Jersi Baru Adidas Manchester United Musim 2015/16?

Adidas man utd 1

Jersi Home Manchester United

Mungkinkah ini adalah gambaran jersi terbaru Manchester United untuk musim 2015/16 bersama dengan ‘gergasi’ pengeluar peralatan dan kelengkapan sukan dari Jerman, Adidas?

Adidas telah melabur sebanyak £750j untuk bekerjasama dengan United musim depan. Ini juga adalah perjanjian termahal dalam sejarah penajaan peralatan dan kelengkapan sukan United.

Adidas man utd 2

Jersi Away Manchester United

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Adidas bekerjasama dengan United. Kali terakhir Adidas menjadi penaja kit United ialah pada 1992, sebelum Umbro dan kemudian bersama dengan Nike.

Adidas man utd 5

Adidas man utd 4

Adidas man utd 3

Walaupun sebelum ini banyak ‘gambaran’ tentang jersi United Adidas, tetapi ini dikatakan mungkin lakaran yang paling hampir dan sempurna.

Apa kata penyokong United? tinggalkan komen.

//Sumber : metro.co.uk , talksport.com

Copy of Full Text RSS Builder

Incoming search terms:

Sembang Bola Sepak: Mutu & Kualiti Skuad Kebangsaan di tahap membimbangkan?

Assalamualaikum wbt

Ketika ini penulis pasti masih ramai yang tidak henti bersembang dan memperkatakan tentang kekalahan besar skuad kebangsaan 6-0 terhadap Oman, selain ranking skuad kebangsaan yang jatuh teruk di tangga 164 dunia, di bawah negara-negara seperti Bhutan & Timor Leste. Disebabkan itu, kita menghadapi kesulitan sewaktu undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 baru-baru ini dimana kita ditempatkan bersama skuad Arab Saudi, UAE, Palestin & Timor Leste, dimana skuad kita adalah skuad paling rendah diantara kesemua skuad di dalam kumpulan berkenaan.

Semakin ramai mempersoalkan dimana silapnya sehinggakan ranking kita jatuh teruk. Ketika ini terdapat ramai yang mempersoalkan tentang kebolehan jurulatih Dollah Salleh, terutamanya di sudut taktikal, selain ada yang memperkatakan bahawa inilah tahap bola sepak kita kerana bergantung kepada pemain yang ada yang mungkin tidak semua mempunyai kualiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Manakala tempoh persiapan yang pendek juga dijadikan alasan di atas kekalahan tersebut. Dimanakah silapnya sebenarnya?

Pada pandangan penulis, semua pihak harus mula bertanggungjawab tentang hal ini. Malangnya, dilihat hanya sekarang baru pihak seperti FAM mula melihat ini sebagai serius. Atas sebab apa penulis sendiri tidak pasti. Pada pandangan penulis mungkin sudah terlambat untuk menyediakan skuad yang penuh kualiti di setiap posisi dan terpaksa bergantung kepada pemain yang sedia ada dan dinilai dari segi prestasi terkini di Liga, namun tidak ada salahnya untuk memanggil pemain-pemain muda daripada skuad Harimau Muda A & B untuk bermain terus untuk skuad kebangsaan, memandangkan mereka sudah mula terlibat dengan “international assignment” sebelum skuad kebangsaan bermain perlawanan persahabatan dengan Oman tempoh hari. Penulis berpendapat bahawa perlunya skuad ini beraksi dengan skuad-skuad yang mana ranking mereka lebih tinggi daripada kita seperti Bhutan, India, Hong Kong dan Afghanistan yang sudah mula jauh meninggalkan kita dari segi ranking sebagai persediaan kelayakan Piala Dunia & Piala Asia berbanding perlawanan menentang Spurs & Liverpool dimana negara-negara berkenaan juga dalam persiapan perlawanan yang sama berbanding perlawanan kelab EPL yang mana skuad yang lain boleh dihantar untuk perlawanan tersebut.

Mungkin ini masanya untuk memanggil Kumaaran,Nazirul Naim, Rozaimi dan lain-lain untuk skuad kebangsaan. Penulis juga menyokong saranan yang dibuat baru-baru ini oleh Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin untuk memanggil lebih ramai pemain seperti Matthew Davies, Brendan Gan & Junior Edstal untuk mewakili skuad kebangsaan, namun harus diteliti terlebih dahulu kualiti mereka. Penulis berpendapat mungkin bola dipanggil semula pemain seperti Tan Shun Seang (maaf jika salah eja nama) yang tidak silap penulis pernah dipanggil sebelum ini oleh Datuk Ong Kim Swee serta jika boleh dipanggil juga Titus James Palani untuk dilihat aksinya setelah sekian lama berkelana di Eropah.

Filed under: Sembang-Sembang pasal bola sepak
Copy of Full Text RSS Builder

Incoming search terms:

5 gol terbaik dalam sejarah bolasepak Malaysia

Mudahnya menjemput rezeki : http://bit.ly/rahsiautokens

Saksikan 5 gol terbaik dalam sejarah bolasepak negara kita Malaysia. Ayuh sokong majulah sukan bolasepak untuk negara.!!

Berminat beli catuaba? : http://bit.ly/134gs4s

Singapore 1-3 Malaysia: Two dramatic late goals from Safiq Rahim & Indra Putra sent Malaysia into the Semi Finals of the AFF Suzuki Cup at the expense of rivals Singapore

Facebook: https://www.facebook.com/affsuzukicup
Twitter: https://twitter.com/affsuzukicup
Instagram: www.instagram.com/AFFSuzukiCup
Website: affsuzukicup.com
Video Rating: / 5

Incoming search terms: