Liga Bolasepak Rakyat (LBR): Satu Lagi Projek Gagal FAM?

FAM_M_140414

Jika ada satu perkara yang paling pelik tentang bola sepak Malaysia, ia adalah campur tangan politik dalam bola sepak tempatan.

Sementara rakyat Malaysia faham bahawa organisasi bola sepak yang dipayungi oleh ahli politik memudahkan mereka mendapat penajaan, mereka sudah muak dengan pelbagai program bola sepak yang terheret dalam permainan politik.

Inilah yang berlaku kepada Liga Bolasepak Rakyat (LBR).

LBRpresscon

Liga berpotensi besar

LBR adalah hasil ilham Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, dan dipengerusikan oleh Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman.

LBR adalah idea yang bagus. Ia boleh menjadi platform kepada pemain yang lambat berkembang (late bloomers) untuk terus berkembang kerana pemainnya mestilah berumur 28 tahun ke bawah. Mana-mana pemain berbakat yang tercicir dari sistem boleh dikesan melalui LBR.

Baca: The Late Bloomers Club: Semakin Tua Semakin Hebat

Malah ia peluang bagi peminat bola sepak Malaysia untuk merasai kemeriahan yang sebelum ini hanya mampu digambarkan pabila membaca bab terakhir buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.

LBR diancam kegagalan?

Pada 22 Julai 2015 yang lepas, pengerusi LBR ditahan selama 5 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes yang turut melibatkan nama Perdana Menteri.

20150721_Ihsan_Perdana_1mdb_arrest_620_344_100

Malah berdasarkan timeline yang dibentangkan semasa pengumuman teknikal diadakan pada bulan lepas, semua pasukan sudah sepatutnya siap didaftarkan. Sehingga kini, masih ada lagi pasukan yang belum berdaftar.

Apa yang akan berlaku kepada LBR?

Inilah yang terjadi apabila politik dicampuradukkan dengan sukan.

Dengan pengerusi LBR sendiri telah ditahan oleh SPRM (dan telah dibebeaskan dari tahanan) untuk membantu siasatan kes politik yang besar ketika ini, apa yang akan terjadi kepada LBR?

Apakah perancangan jawatankuasa LBR masih terus berjalan di kala pengerusi mereka disiasat? Apakah jaminan dari FAM bahawa LBR akan berjalan dengan lancar?

Dan yang paling penting adalah; memandangkan perbelanjaan LBR ini sendiri dibiayai oleh FAM dan bukannya pihak swasta, mengapa FAM masih mahu melantik orang politik untuk menerajui program mereka?

Agak memalukan apabila program bagus seperti LBR ini kini turut dipalit busuk dari dunia politik. Sedangkan pada ketika ini, bola sepak kita sepatutnya menuju ke era profesionalisme.

Baca: Perlukah Pemain Bola Sepak Belajar Sehingga Ke Universiti?

Sumber: Dunia Sukan, Utusan Malaysia, Malay Mail Online

The post Liga Bolasepak Rakyat (LBR): Satu Lagi Projek Gagal FAM? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2013 (18)

Berikut adalah hasil tinjauan pendapat perlawanan tumpuan Liga Super pada 17hb dan 18hb Mei 2013. Perlawanan Kelantan menentang Selangor menjadi perlawanan tumpuan warga page Bolasepak Malaysia pada kali ini.

1. KELANTAN lwn SELANGOR (357 undian)
68% Kelantan menang
22% Selangor menang
10% Seri

2. PERAK lwn TERENGGANU (180 undian)
62% Perak menang
34% Terengganu menang
4% Seri

3. T-TEAM lwn JOHOR DT (84 undian)
58% Johor DT menang
36% T-Team menang
6% Seri

4. PAHANG lwn LIONS XII (81 undian)
76% Pahang menang
16% Lions Xii menang
8% Seri

5. ATM lwn N.SEMBILAN (25 undian)
50% ATM menang
42% N.Sembilan menang
8% Seri

6. PKNS lwn FELDA UNITED (11 undian)
50% PKNS menang
25% Felda United menang
25% Seri

Bolasepak Malaysia

AFC Champions League : Bangkok Glass FC

bangkok glass_female rabbit

Bangkok Glass Rabbit Girl

Selepas berjaya menewaskan Bengaluru FC dalam perlawana play-off yang pertama, lawan Johor Darul Takzim (JDT) seterusnya ialah Bangkok Glass FC.

Baca : Laluan JDT Dalam AFC CL.

Bangkok Glass adalah juara Piala FA Thailand 2014. Kemenangan itu melayakkan mereka untuk bermain di play-off AFC Champions League (AFC CL). Tetapi kedudukan mereka dalam Liga Perdana Thailand tidak berapa membanggakan. Bangkok Glass menduduki tanga ke-10 musim lalu.

bangkok glass_fan

Bangkok Glass FC

Untuk makluman, selain Bangkok Glass yang layak bermain di play-off AFC CL, Thailand diwakili sebuah kelab lagi iaitu Chonburi FC. Manakala Buriram United selaku juara Liga Perdana Thailand, layak secara automatik ke peringkat kumpulan AFC CL.

Bangkok Glass diuruskan oleh BG FC Sport Co.,Ltd subsidiari Bangkok Glass Group of Companies. Pada tahun 2009, BG FC Sports mengambil alih Krung Thai Bank FC yang bermain di Liga Perdana Thailand dan menukar nama pasukan itu kepada Bangkok Glass FC.

Menurut laporan fourfourtwo.com , kesemua pemain Bangkok Glass boleh menjaringkan gol. Mereka tidak mempunyai penjaring gol yang tetap atau target-man. Antara pemain yang perlu diberi perhatian ialah pemain import mereka Lazarus Kaimbi (Namibia) pantas dan lincah. Dia juga bergandingan baik dengan Goshi Okubo (Jepun).

bangkok glass_darko tasevski

Darko Tavesksi

Pemain tengah mereka Darko Tavesksi (Macedonia) juga dilaporkan antara pemain terbaik di Liga Thailand. Dia juga boleh menjaringkan gol dan telah banyak membuat assists musim lalu.

Stadium Leo di Thanyaburi menjadi gelanggang keramat untuk Bangkok Glass. Kapasiti stadium yang boleh memuatkan 13,000 penonton pasti akan memeberikan sedikit gerun buat semua pelawat yang hadir.

*     *     *

Jika JDT menang dalam perlawanan ini, lawan mereka di pusingan ketiga play-off ialah Beijing Guon.

Selamat berjuang untuk JDT.

//Sumber : fourfourtwo.com ,  wikipedia.org

Copy of Full Text RSS Builder

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 1)

Salah satu aspek yang sangat penting dalam pembangunan bolasepak negara adalah pengurusan maklumat. Pengetahuan sejarah dan simpanan rekod yang kemas serta tersusun dilihat sering diabaikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Mujurlah masih terdapat usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak di kalangan wartawan dan penulis bebas untuk memelihara warisan dan identiti negara. Boleh dikatakan hampir semua usaha tersebut dilakukan atas initiatif sendiri manakala pihak yang sepatutnya bertanggungjawab seolah-olah hanya berpeluk tubuh dan lebih suka menggoyangkan kaki. Terdapat pihak yang tertentu dengan tidak bertanggungjawabnya seperti cuma mahu menceduk sahaja maklumat yang ada tanpa memberi sebarang kredit apatah lagi pengiktirafan terhadap usaha yang dilakukan. Mungkinkah harapan untuk melihat pihak yang bertanggungjawab menjadi lebih bertanggungjawab hanya tinggal sebagai harapan sahaja? Oleh itu, sebelum semuanya menjadi lebih rumit atau sulit pada masa hadapan, duniabolasepak.blogspot.com juga cuba mengambil inisiatif sendiri. Sekalipun ikhtiar seperti ini dipandang remeh, mudah-mudahan pihak-pihak yang berkenaan boleh mendapat inspirasi bagaimana untuk mengurus maklumat dengan betul.

Stadium Merdeka: Bolasepak dan Malaysia

Menurut International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), Liga Malaysia (Liga-M/M-League) pada tahun 2013 menduduki tempat ke-88 yakni turun 14 anak tangga dari tempat ke-74 pada tahun sebelumnya. Biar pun negara kita tersenarai dalam 125 liga nasional yang terkuat di dunia, realitinya Malaysia masih jauh terkebelakang berbanding negara-negara serantau seperti Korea Selatan (ke-23), Arab Saudi (ke-24), Jepun (ke-30), China (ke-34), Iran (ke-37), Kuwait (ke-56), Thailand (ke-63), Qatar (ke-66), Emiriah Arab Bersatu (ke-71), Iraq (ke-74), Oman (ke-75), dan Jordan (ke-85). Kalau hendak dibandingkan dengan 10 negara teratas iaitu Sepanyol, England, Jerman, Itali, Brazil, Argentina, Perancis, Rusia, Colombia, dan Romania, sudah tentu lebih jauh lagi. Walau bagaimanapun, dengan adanya maklumat seperti ini, pihak yang berwajib boleh menilai sendiri kemampuan sebenar sukan bolasepak negara dan mula merancang mengikut potensi yang boleh dikembangkan. Berdasarkan maklumat yang tepat, kemajuan yang ingin dicapai menjadi lebih realistik dan tidak lagi bersumberkan angan-angan Mat Jenin.

Sekiranya Wikipedia menjadi rujukan yang paling mudah dan cepat, Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF) pula menyimpan rekod yang agak komprehensif dan menyeluruh. Berikut disenaraikan juara liga utama negara semenjak tahun 1982 sehingga setakat ini:

1982 Pulau Pinang
1983 Melaka
1984 Selangor
1985 Singapura
1986 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
1987 Pahang
1988 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
1989 Selangor
1990 Selangor
1991 Johor
1992 Pahang
1993 Kedah
1994 Singapura
1995 Pahang
1996 Sabah
1997 Sarawak
1998 Pulau Pinang
1999 Pahang
2000 Selangor
2001 Pulau Pinang
2002 Perak
2003 Perak
2004 Pahang
2005 Perlis
2006 Negeri Sembilan
2007 Kedah
2008 Kedah
2009 Selangor
2010 Selangor
2011 Kelantan
2012 Kelantan
2013 Lions XII (Singapura)
2014 Johor Darul Ta'zim FC

Manakala senarai johan liga tahap kedua negara pula adalah seperti berikut:

1989 Perlis
1990 Terengganu
1991 Negeri Sembilan
1992 Kedah
1993 Selangor
1994 tiada [dua liga yang tertinggi digabungkan]
1995 tiada
1996 tiada
1997 tiada
1998 Terengganu
1999 Johor
2000 Kelantan
2001 Johor FC
2002 Kedah
2003 Selangor Public Bank FC
2004 Selangor MPPJ FC
2005 Selangor
2006 Kedah
2007 PDRM (Polis Diraja Malaysia)
2008 Kuala Muda FC
2009 Harimau Muda
2010 Felda United FC
2011 Selangor PKNS FC
2012 ATM (Angkatan Tentera Malaysia)
2013 Sarawak
2014 PDRM (Polis Diraja Malaysia)

Dalam sejarah bolasepak Malaysia, pembentukan liga pada asalnya hanyalah sebagai pusingan kelayakan bagi pasukan-pasukan yang bertanding untuk layak ke Piala Malaysia. Piala Malaysia dianggap lebih berprestij kerana mempunyai kisah yang lebih panjang apabila dimulakan dengan Malaya Cup pada tahun 1921, kemudian HMS (Her Majesty’s Ship) Malaya Cup pada tahun 1933 sebelum dinamakan Piala Malaya pada tahun 1948 sehinggalah dikenali dengan nama sekarang, Piala Malaysia sejak tahun 1967. Senarai lengkap pemenang-pemenang perlawanan akhir Piala Malaysia adalah seperti berikut:

Malaya Cup
1921 Singapura 2-1 Selangor
1922 Selangor 3-2 Singapura
1923 Singapura 2-1 Perak
1924 Singapura 1-0 Selangor
1925 Singapura 2-1 Selangor
1926 Perak 1-0 Singapura [aet]
1927 Selangor 8-1 Singapura
1928 Selangor 2-2 Singapura [aet] [berkongsi trofi]
1929 Singapura 2-2 Selangor [aet] [berkongsi trofi]
1930 Singapura abd 3-0 Selangor
1931 Perak 3-1 Singapura
1932 Singapura 5-3 Selangor
1933 Singapura 8-2 Selangor
1934 Singapura 2-1 Pulau Pinang
1935 Selangor 2-0 Singapura
1936 Selangor 1-0 Singapura
1937 Singapura 2-1 Selangor
1938 Selangor 1-0 Singapura
1939 Singapura 3-1 Selangor
1940 Singapura 2-0 Kedah
1941 Singapura 3-1 Pulau Pinang
1942-47 [tidak dimainkan]
Piala Malaya
1948 Negeri Sembilan 2-2 2-1 Selangor
1949 Selangor 3-2 Army/Navy (Tentera)
1950 Singapura 2-0 Pulau Pinang
1951 Singapura 6-0 Perak
1952 Singapura 3-2 Pulau Pinang
1953 Pulau Pinang 3-2 Singapura
1954 Pulau Pinang 3-0 Singapura
1955 Singapura 3-1 Kelantan
1956 Selangor 2-1 Singapura
1957 Perak 3-2 Selangor
1958 Pulau Pinang 3-3 3-1 Singapura
1959 Selangor 4-0 Perak
1960 Singapura 2-0 Perak
1961 Selangor 4-2 Perak
1962 Selangor 1-0 Pulau Pinang
1963 Selangor 6-2 Pulau Pinang
1964 Singapura 3-2 Perak [aet]
1965 Singapura 3-1 Selangor
1966 Selangor 1-0 Armed Forces (Tentera)
Piala Malaysia
1967 Perak 2-1 Singapura
1968 Selangor 8-1 Pulau Pinang
1969 Selangor 1-0 Pulau Pinang
1970 Perak 2-0 Kelantan
1971 Selangor 3-1 Perak
1972 Selangor 3-0 Perak
1973 Selangor 2-1 Terengganu
1974 Pulau Pinang 2-1 Perak
1975 Selangor 1-0 Singapura
1976 Selangor 3-0 Singapura
1977 Singapura 3-2 Pulau Pinang [aet]
1978 Selangor 4-2 Singapura
1979 Selangor 2-0 Singapura
1980 Singapura 2-1 Selangor
1981 Selangor 4-0 Singapura
1982 Selangor 1-0 Terengganu
1983 Pahang 3-2 Selangor [aet]
1984 Selangor 3-1 Pahang
1985 Johor 2-0 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
1986 Selangor 6-1 Johor
1987 Kuala Lumpur 1-0 Kedah
1988 Kuala Lumpur 3-0 Kedah
1989 Kuala Lumpur 2-1 Kedah
1990 Kedah 3-1 Singapura
1991 Johor 3-1 Selangor
1992 Pahang 1-0 Kedah
1993 Kedah 2-0 Singapura
1994 Singapura 4-0 Pahang
1995 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1996 Selangor 1-1 Sabah [asdet, 5-3 pen]
1997 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1998 Perak 1-1 Terengganu [asdet, 5-3 pen]
1999 Brunei 2-1 Sarawak
2000 Perak 2-0 Negeri Sembilan
2001 Terengganu 2-1 Perak
2002 Selangor 1-0 Sabah [asdet]
2003 Selangor MPPJ FC 3-0 Sabah
2004 Perlis 1-0 Kedah
2005 Selangor 3-0 Perlis
2006 Perlis 2-1 Negeri Sembilan
2007 Kedah 3-0 Perak
2008 Kedah 3-2 Selangor
2009 Negeri Sembilan 3-1 Kelantan
2010 Kelantan 2-1 Negeri Sembilan
2011 Negeri Sembilan 2-1 Terengganu
2012 Kelantan 3-2 ATM (Tentera) [aet]
2013 Pahang 1-0 Kelantan
2014 Pahang 2-2 Johor Darul Ta'zim FC [aet, 5-3 pen]

Pemenang-pemenang Piala FA pula adalah:

1990 Perak                      4-2 Selangor
1991 Selangor 1-0 Perak
1992 Sarawak 2-1 Kuala Lumpur
1993 Kuala Lumpur 2-1 Sabah
1994 Kuala Lumpur 3-1 Sabah
1995 Sabah 3-1 Pahang
1996 Kedah 1-0 Sarawak
1997 Selangor 1-0 Pulau Pinang
1998 Johor 1-0 Sabah
1999 Kuala Lumpur 0-0 Terengganu [aet, 5-3 pen]
2000 Terengganu 1-1 Pulau Pinang [aet, 4-3 pen]
2001 Selangor 1-0 Sarawak [aet]
2002 Pulau Pinang 1-0 Perak
2003 Negeri Sembilan 2-1 Perlis [asdet]
2004 Perak 3-0 Terengganu [aet]
2005 Selangor 4-2 Perak
2006 Pahang 0-0 Perlis [aet, 4-2 pen]
2007 Kedah 0-0 Perlis [aet, 4-2 pen]
2008 Kedah 3-2 Selangor
2009 Selangor 1-1 Kelantan [aet, 4-1 pen]
2010 Negeri Sembilan 1-1 Kedah [aet, 5-4 pen]
2011 Terengganu 2-1 Kelantan [aet]
2012 Kelantan 1-0 Sime Darby FC
2013 Kelantan 1-0 Johor Darul Ta'zim FC
2014 Pahang 2-1 Felda United FC

Di samping itu, disenaraikan juga pemenang Piala Sumbangsih atau yang kini dipanggil sebagai Piala Sultan Ahmad Shah:

1985 Selangor                   2-1 Pahang
1986 Johor 1-1 Singapura [5-4 pen]
1987 Selangor 1-0 Kuala Lumpur
1988 Kuala Lumpur 2-1 Pahang
1989 Singapurs 1-0 Kuala Lumpur
1990 Selangor 0-0 Kuala Lumpur [3-0 pen]
1991 Kedah 2-1 Selangor
1992 Pahang 2-0 Johor
1993 Pahang 5-0 Sarawak
1994 Kedah 1-0 Kuala Lumpur
1995 Kuala Lumpur 3-2 Pahang
1996 Selangor 2-0 Sabah
1997 Selangor 2-0 Kedah
1998 Sarawak 3-1 Selangor
1999 Perak 2-0 Johor
2000 Kuala Lumpur 2-1 Brunei [asdet]
2001 Terengganu 4-0 Perak
2002 Selangor 2-1 Terengganu
2003 Pulau Pinang 1-0 Selangor
2004 Selangor MPPJ FC 4-2 Negeri Sembilan
2005 Perak 2-2 Perlis [aet, 4-2 pen]
2006 Perak 4-1 Selangor
2007 Perlis 2-1 Pahang
2008 Perlis 0-0 Kedah [5-4 pen]
2009 Selangor 4-1 Kedah
2010 Selangor 2-1 Negeri Sembilan
2011 Kelantan 2-0 Selangor
2012 Negeri Sembilan 2-1 Kelantan
2013 ATM (Tentera) 1-1 Kelantan [4-3 pen]
2014 Pahang 1-0 Lions XII (Singapura)
2015 Johor Darul Ta'zim FC 2-0 Pahang

Merekod data bukan sahaja diperlukan untuk mengumpul maklumat tetapi juga amat berguna dalam meningkatkan pengetahuan agar setiap penambahbaikan boleh dikenal pasti. Seterusnya, pengetahuan tersebut bolehlah digunakan untuk melaksanakan agenda pembangunan bolasepak negara.

Ikuti sambungannya dalam Bahagian 2.

Rujukan:

http://www.iffhs.de/the-strongest-national-league-of-the-world/

http://www.rsssf.com/tablesm/malaychamp.html

DUNIA BOLA SEPAK

Isco, Bale & Ronaldo memberikan Real Madrid 20 kemenangan berterusan

Real Madrid meneruskan rentak kemenangan kepada 20 perlawanan dalam semua kejohanan.

Dalam saingan La Liga awal pagi tadi, Real menewaskan Almeria 1-4 melalui jaringan Isco 34′, G. Bale 42′, Cristiano Ronaldo 81′, 88′ dan gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan Verza, 39.

Ronaldo juga meneruskan aksi terbaik buat dirinya apabila menjaringkan dua gol untuk mengumpul gol ke 25 untuk dirinya dalam 14 penampilan aksi La Liga jauh meninggalkan Messi pada kedudukan kedua penjaring terbanyak dengan 13 gol.

Almeria pula masih mencari kemenangan pertama semejak september

Isco membuka tirai jaringan melalui gerakan menarik apabila memperdaya seorang pertahanan Almeria sebelum merembat masuk untuk gol pertama Real Madrid.
Almeria menyamakan kedudukan pada minit ke 39 apabila Verza melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Cassilas. Kegembiraan mereka tidak kekal lama apabila Bale turut menemui sentuhan jaringan pada minit ke 42 melalui tandukan apabila beliau langsung tidak dicabar.

Almeria beroleh keputusan baik apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti namun digaglkan oleh aksi menyelamat dari Cassilas.

Ronaldo sebagaimana kebiasaan turut menemui sentuhan jaringan pada lewat permainan dengan dua gol. Terus mematikan saingan Almeria.

Copy of Full Text RSS Builder

PBNS Harus Singkir Alves!!

N.Sembilan bakal beraksi di Liga Premier musim hadapan seandainya tiada “langkah menyelamat” dilakukan PBNS. Apa istimewanya Alves dimata PBNS? Adalah amat mengejutkan PBNS masih mampu bersabar dengan rekod 15 perlawanan tanpa kemenangan skuad kendalian Divaldo Alves dalam saingan Liga Super musim ini. Sedangan pada musim 2011, PBNS telah menyingkirkan Wan Jamak hanya selepas 7 perlawanan Liga Super.
“Langkah Menyelamat” yang dimaksudkan ialah dengan menyingkirkan individu yang terlibat secara langsung didalam latihan, pemilihan pemain serta taktikal pasukan, Divaldo Alves. Pada permulaan musim Alves agak cenderung menggunakan formasi secara defensif 4-2-3-1. Ia ternyata agak berkesan ketika bertahan namun memberikan kesan negatif dalam aspek serangan.  Ternyata Alves gagal mencatur taktikal terbaik walaupun beliau telah menyedari taktikal yang diterapkannya gagal menjelmakan kejayaan buat pasukan. De Porras menjadi kambing hitam diatas kegagalan barisan serangan N.Sembilan musim ini, sedangkan Alves lah yang membawa penyerang tersebut ke sini. Dalam pusingan kedua Liga Super barulah Alves dilihat menukar kepada formasi 4-4-2, satu langkah yang sepatutnya diambil lebih awal.
Tempoh untuk mendapatkan pemain baru telah disia-siakan bagi mendapatkan pemain tempatan yang berkualiti. Hanya Fadhil Hashim yang berjaya ditandatangani bagi mengantikan Azmeer Yusof. Alves sepatutnya mengambil peluang ini dengan mendapatkan pemain baru bagi menampung kelompangan yang ada dalam pasukan terutamanya dibahagian midfield. Ini kerana punca utama kegagalan skuad N.Sembilan meraih sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super hingga setakat ini adalah kerana ketumpulan di jentera serangan serta ketiadaan “jeneral” di tengah padang bagi mengatur perlawanan. Alves ternyata ketandusan idea bagi mengatasi masalah ini. Taktikal yang diterapkan oleh Alves gagal untuk menghasilkan keputusan yang positif. Bayangkan jumlah jaringan yang dihasilkan oleh pasukan N.Sembilan 7 gol hingga setakat ini adalah kurang daripada separuh jumlah gol yang dijaringkan oleh Marlon Alex James. Fabio Leandro Barbossa yang menggantikan De Porras kelihatan agak berbisa tetapi kerana kegagalan barisan tengah memberikan sokongan ketika menyerang, kemampuannya sebagai penyerang gagal dimanipulasikan sepenuhnya.
Suka atau tidak PBNS harus menerima hakikat mereka perlu mendapatkan pengganti kepada Alves sebelum keadaan menjadi bertambah parah. Untuk jalan selamat pilihlah jurulatih tempatan yang berwibawa. Ketika ini kepakaran jurulatih tempatan amat penting kerana jika jurulatih import yang diambil, akan timbul masalah untuk jurulatih terbabit mengenali karektor serta potensi pemain dalam waktu terdekat. Jesteru itu pengalaman jurulatih seperti Wan Jamak Wan Hassan, Norizan Bakar ataupun M.Karathu boleh ditagih sebagai individu yang sesuai mengantikan tempat Alves. Sekiranya pasukan N.Sembilan terjerumus ke saingan Liga Premier musim hadapan, ruang untuk kembali bangkit tentu sukar kerana sudah pasti pemain-pemain terbaik skuad N.Sembilan akan dipancing pasukan lain terutamanya yang bermain di Liga Super. Semoga PBNS dapat melakukan sesuatu bagi menjamin skuad N.Sembilan terus bersaing dalam saingan tertinggi negara. Kepada PBNS, carilah individu yang lebih berkelayakan membimbing skuad N.Sembilan kerana Divaldo Alves sudah terbukti GAGAL.

Bolasepak Malaysia