Buat malu Malaysia

Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR – “Buat malu negara sahaja. Penyokong Singapura (Lions XII) jauh lebih matang daripada kita. Kita sepatutnya menjadi contoh kepada mereka.”

Itu kenyataan tegas Pengerusi Jawatankuasa Ke­selamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim terhadap tindakan ganas segelintir penyokong Terengganu yang membakar ambulans, selain me­rosakkan kemudahan lain setelah pasukan mereka gagal ke final Piala FA, kelmarin.

Katanya, penyokong skuad Penyu harus berlapang dada dalam menerima kekalahan tersebut dan jangan bertindak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman.


“Biarpun mereka mendakwa keputusan pengadil salah, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk membuat keganasan.

“Ini tidak, mereka bakar ambulans yang diletak di perkara­ngan stadium. Macam mana mereka sanggup bakar kenderaan itu sedangkan ia digunakan untuk hantar pemain atau penonton sakit ke hospital.

“Lebih teruk, mereka yang membawa keluarga dan anak-anak kecil terkena gas pemedih mata yang dilepaskan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana mahu menenteramkan keadaan,” kata­nya.

Difahamkan, penyokong tidak berpuas hati dengan pe­ngadil, Mohd. Amirul Izwan Yaacob kerana tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana ofsaid.

Kemenangan 3-2 yang diraih Terengganu pada separuh akhir kedua gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII mara ke final menerusi peraturan gol tempat lawan setelah terikat 4-4 secara agregat.

Mengulas lanjut, beliau menggesa FAM mengambil tindakan drastik terhadap insiden tersebut yang dilihat mencemarkan imej negara.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu kenyataan rasmi berkata, keputusan pengadil dalam perlawanan itu adalah muktamad.

“Merujuk kepada bantahan pemain Terengganu selepas gol mereka dibatalkan, keputusan pengadil adalah muktamad.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan lengkap daripada pegawai perlawanan berhubung apa yang berlaku.

“Mengikut amalan biasa, segala aduan atau bantahan mengenai apa-apa keputusan pegawai perlawanan akan dirujuk kepada jawatankuasa yang berkenaan untuk dinilai.

“Berhubung tindakan penyokong Terengganu yang merusuh selepas perlawanan, FAM berasa dukacita. Jadi insiden ber­kenaan akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

“Mengenai status pemain import Terengganu, Paulo Rangel yang dilayangkan kad merah, dia dibenarkan beraksi untuk perlawanan bertemu Tottenham Hotspur, 27 Mei ini,” katanya dalam kenyataan itu.


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

Bola Sepak : 2015/16 Football League Cup

Saingan Bola Sepak Piala Liga 2015/16 atau Capital One Cup telah memasuki pusingan ketiga dengan 32 pasukan akan bersaing merebut 16 tempat ke pusingan keempat. Pasukan Chelsea selaku juara bertahan pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Berdasarkan Undian yang diadakan, pasukan finalis musim lalu, Tottenham berdepan cabaran sukar menentang pasukan Arsenal. Chelsea pula akan dijadualkan bertemu dengan Walsall di gelanggang lawan.
Bual Sukan percaya, saingan musim ini pastinya akan sengit dan mendebarkan serta tidak mustahil pasukan-pasukan pilihan dikejutkan oleh pasukan-pasukan bukan pilihan pada saingan kali ini. Pusingan ketiga dijadualkan berlangsung pada 22 dan 23 September 2015 akan datng. Berikut adalah undian pusingan ketiga Piala Liga 2015/16 atau 2015/16 League Cup akan datang :   
Middlesbrough lwn Wolves
Norwich City lwn West Brom
Hull City lwn Swansea
Leicester City lwn West Ham United
Aston Villa lwn Birmingham
Tottenham lwn Arsenal
Manchester United lwn Ipswich Town
Liverpool lwn Carlisle United
Crystal Palace lwn Charlton Athletic
Fulham lwn Stoke City
Sunderland lwn Manchester City
Newcastle United lwn Sheffield Wednesday
Reading lwn Everton
Preston lwn AFC Bournemouth
Walsall lwn Chelsea
Milton Keynes Dons lwn Southampton

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Perlawanan Tumpuan Liga Premier 2013 (21)

Berikut adalah keputusan undian perlawanan tumpuan Astro Liga Premier pada 24hb Jun 2013. Perlawanan Sarawak menentang K.Lumpur menjadi perlawanan tumpuan warga page BM pada kali ini.

1. SARAWAK lwn K.LUMPUR (126 undian)
91% Sarawak menang
6% K.Lumpur menang
3% Seri
2. JOHOR lwn SABAH (62 undian)
50% Sabah menang
39% Johor menang
11% Seri
3. KEDAH lwn NS BETARIA (26 undian)
67% Kedah menang
22% NS Betaria menang
11% Seti
4. UITM lwn SIME DARBY (13 undian)
50% Sime Darby menang
25% UITM menang
25% Seri
5. PDRM lwn PERLIS (7 undian)
67% Perlis menang
33% PDRM menang
0% Seri
6. POS MALAYSIA lwn SPA (7 undian)
50% Pos Malaysia mennag
50% Seri
0% SPA menang

Bolasepak Malaysia

Benda Basic

Bangang tiada tara
Aku bukak twitter nak tengok makwe denyut dan terbaca tweet ini dari ateras. Barangkali mereka kecewa dengan sambutan dingin ke atas perlawanan Filipina menentang Malaysia. Yela, main jauh depa tak boleh pergi sama. Dah tak boleh bakar flare, perkecilkan minat orang ajelah kan. Lepas tu guna sentimen patriotisme untuk kasi kukuh sikit statement sendiri yang bangang. Dah habis power la tu taruk hashtag #SupportLocalFootball lepas kritik sikap peminat EPL di Malaysia. Meh aku nak tanya;
Adakah aku kena jadi orang London dulu untuk berbual ghairah tentang Arsenal?
Adakah aku kena jadi orang Merseyside dulu untuk membahan Manchester United?
Disebabkan aku orang Malaysia, adakah aku kena lebih fokus kepada Safie Sali yang mewakili Malaysia?
Disebabkan aku orang Malaysia, adakah aku kena lebihkan pasukan bola negara aku yang terumbang ambing ni?
Kepala takuk dia. Orang minat bolasepak. Bukan minat pasukan. Bebalnya jelas nampak tahu bila cakap “bersungguh sokong EPL macam la dia beranak kat London.”
Orang Malaysia tak tengok Liga Monyet ni sebab bolasepak tempatan ni tak sedap. Terima aje lah. Kenapa susah nak jujur pada diri sendiri? Ya, Sokernet pun ada tengok Liga Monyet sekali sekala. Tapi macam ko pergi zoo, ko mesti nak tengok sugar glider. Takkan nak tengok punai kan? Begitu juga dengan pengulas Sokernet yang sekali sekala meluangkan masa untuk tengok Liga Monyet. 
Sini la aku tanya engko lagi satu ateras-ateras semua yang katanya patriotik. Engko tengok tv? Engko kenal Ryujin Juwara? Kau pilih mana antara Ryujin Juwara dengan Batman? Kalau engko pilih Batman, starlite la dahi sendiri. Patriotik celaka apa kalau pilih Batman jugak.
Habis yang itu, ini lagi satu ultras bangang tak faham fundamental bolasepak. Suku-sakat ni bangang sepesen.
Bangang tanpa penghujung
Tiga minggu Liga Super rehat tetapi yang disibukkan mereka ialah tak boleh main flare, tak boleh chant, tak boleh terkinja-kinja, tak ada tifo. Fakoff. Orang sibuk dengan prestasi Kelantan yang dah macam Kedah, depa boleh pulak pikir benda-benda picisan macam ni. Akal mana akal?
*****
Point dia senang aje, ketiadaan semangat sukan. Kefahaman dan roh bolasepak jelas tak ada dalam diri ultras-ultras. Menyokong atas sentimen patriotisme dan bukannya atas sentimen rasa cinta yang mendalam ke atas sukan ini. Sebagai penyokong bolasepak yang selalu memerhati, khalayak yang sokongannya macam ni biasanya makwe-makwe belen yang status Facebooknya berbunyi “ittew sokong tak kira apew ponk jadi. Selamanyerrr Harimau Malaya.” Dah tu apa beza ultras dengan makwe-makwe belen kalau macam ni la sebab utama ke stadium? Makwe belen pun takat gigit kuku aje bila Safee Sali tak score penalti. Takde maki-maki marah. Ultras lagi la tak marah.
Malas cakap lagi panjang. Bukan deme paham. Kesimpulannya, jangan perkecilkan minat orang. Kita semua ada motif masing-masing dalam memilih pasukan kegemaran. Yang pasal gaduh-gaduh membahan tu biasalah. Kau fan Chelsea, kau fan Liverpool, kau Manchester United, aku Arsenal. Kita semua berbeza tapi jangan lupa bahawa kita minat satu perkara yang sama iaitu bolasepak. Biarlah kita bersatu atas dasar minat bolasepak dan membahan sekali sekala atas dasar mempertahankan pasukan.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 2)

Lanjutan daripada Bahagian 1.

Disebabkan kurangnya kesedaran akan betapa pentingnya pengurusan maklumat, ketokohan lagenda bolasepak negara iaitu Mokhtar Dahari turut mendapat tempiasnya. Mana tidaknya, rekod 125 gol yang dijaringkan beliau dalam 167 penampilan bersama skuad kebangsaan tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memutuskan bahawa nama besar bolasepak negara yakni “SuperMokh” hanya menjaringkan 5 gol dalam 20 penampilan antarabangsa sahaja. Katakanlah 125 gol tersebut tidak dapat dibuktikan sebagai gol yang telah dijaringkan oleh beliau dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa yang bertaraf ‘A’, namun ianya masih belum pula membuktikan bahawa 125 gol tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku. Jadi, bagaimana untuk benar-benar memastikan bahawa rekod yang diiktiraf diterima pakai oleh orang ramai samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah, membuktikannya dengan maklumat yang betul. Maklumat yang betul hanya boleh dibentangkan sekiranya maklumat tersebut dikumpul dan disusun dengan rapi. Maklumat yang dikumpul dan disusun dengan rapi itulah yang dipanggil sebagai pengurusan maklumat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas
Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari.

Biar pun buat masa ini tiada siapa yang dapat mengeluarkan segala maklumat yang diperlukan dengan segera, tetapi pengurusan maklumat sebetulnya sudah pun boleh dimulakan sekarang dengan mengambil dahulu apa-apa sahaja maklumat yang ada. Bermula dari situ, sedikit demi sedikit maklumat dikumpulkan. Kemudian, setelah banyak maklumat telah dikumpulkan maka bermulalah pula proses penyusunan. Semua maklumat yang diterima hendaklah ditapis terlebih dahulu supaya maklumat yang boleh dikongsi nanti adalah benar dan tepat. Walaupun pada awalnya nampak agak susah untuk dilaksanakan, tapi dengan berbekalkan doa, usaha, dan tawakkal, tugas berat yang telah bertangguh sejak sekian lama ini akan dapat diselesaikan juga apabila tiba masanya. InshaaAllah, moga-moga ia turut dikira sebagai amal kebaikan.

Menurut rekod rasmi yang ada pada FIFA, hanya ada lima perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA yang melibatkan nama Mohamed Mokhtar Dahari. Perlawanan-perlawanan tersebut adalah:

  • Kalah 3-0 menentang rejim Zionis (Israel) pada 19 Mei 1973 di Seoul, Korea Selatan bagi edisi 1974
  • Kalah 2-1 menentang Korea Selatan pada 21 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Kalah 4-0 menentang Kuwait pada 25 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Seri 2-2 menentang Thailand pada 27 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Kalah 2-0 menentang Korea Selatan pada 19 Mei 1985 di Seoul, Korea Selatan bagi edisi 1986

Sayang sekali apabila tidak dinyatakan pula berapa atau jumlah gol yang dijaringkan oleh Mokhtar Dahari dalam arkib yang disimpan dalam laman sesawang FIFA. Selain itu, pada tarikh yang bersejarah iaitu 30 Mei 1978, nama Mokhtar Dahari juga termaktub sebagai pemain yang telah menjaringkan gol penyamaan Malaysia semasa melawan England. Kehebatan Mokhtar Dahari memang tidak boleh disangkal terutama sekali apabila turut mendapat pujian pengurus England ketika itu iaitu Bobby Robson yang cukup ternama dalam sejarah bolasepak dunia. Walaupun perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur tersebut hanya berhadapan dengan pasukan England ‘B’, keputusan seri 1-1 yang diperoleh akan tetap dikenang sampai bila-bila.

Namun begitu, ternyatalah bagi semua pihak bahawa rekod menunjukkan Mokhtar Dahari mempunyai sekurang-kurangnya 5 kaps atau penampilan bersama skuad kebangsaan Malaysia. Maka, tugas penting yang perlu dilakukan oleh sesiapa yang berkesempatan adalah mencari sebahagian lagi kaps dan gol lain bagi membuktikan rekod sebenar Mokhtar Dahari. Ini baru mengenai rekod Mokhtar Dahari, bagaimana pula dengan rekod pemain-pemain ternama yang lain seperti R. Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Isa Bakar, Abdul Ghani Minhat, mahupun Dollah Don? Terpulanglah samada pihak yang bertanggungjawab mahu mengambil perkara ini sebagai suatu perkara yang serius ataupun tidak. Jika tidak, tugas tersebut nampaknya akan berpindah. Beralih dan terletak ke atas bahu-bahu penyokong dan peminat tegar bolasepak Malaysia.

Di sini, duniabolasepak.blogspot.com ingin mengambil kesempatan untuk membentangkan beberapa rekod di sepanjang sejarah bolasepak tanahair. Untuk makluman, walaupun terdapat beberapa rekod yang tidak muktamad, ia tetap merupakan catatan sejarah yang penting. Ia boleh sahaja dikemaskini pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baru yang terkini.

Berikut adalah para pemenang anugerah Kasut Emas liga utama Malaysia (penjaring terbanyak Liga-M) semenjak tahun 1989 sehingga kini:

1989 Zainal Abidin Hassan (Selangor/Malaysia): 12 gol
1990 Alistair Edwards (Singapura/Australia): 13 gol
1991 Abbas Saad (Johor/Australia): 11 gol
1992 Zainal Abidin Hassan (Pahang/Malaysia): 12 gol
1993 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 13 gol
1994 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 25 gol
1995 Scott Ollerenshaw (Sabah/Australia): 22 gol
1996 Scott Ollerenshaw (Sabah/Australia): 18 gol
1997 Laszlo Repasi (Perak/Hungary): 19 gol
1998 Vyacheslav Melnikov (Pahang/Rusia): 17 gol
1999 Azman Adnan (Pulau Pinang/Malaysia): 13 gol
2000 Azizul Kamaluddin (Pahang/Malaysia): 12 gol
2001 Norizam Ali Hassan (Perak/Malaysia): 13 gol
2002 Muhamad Khalid Jamlus (Perak/Malaysia): 17 gol
2003 Phillimon Chepita (Perlis/Zambia): 23 gol
2004 Indra Putra Mahayuddin (Pahang/Malaysia): 15 gol
2005 Julio Cesar Rodriguez (Sabah/Brazil): 18 gol
Zacharia Simukonda (Perlis/Zambia): 18 gol
2005-2006 Keita Mandjou (Perak/Guinea): 17 gol
2006-2007 Keita Mandjou (Perak/Guinea): 21 gol
Mohd Shahrazen Said (DPMM FC/Brunei): 21 gol
2007-2008 Marlon Alex James (Kedah/Saint Vincent and the Grenadines): 23 gol
2009 Mohd Nizaruddin Yusof (Perlis/Malaysia): 18 gol
2010 Ashari Samsudin (Terengganu/Malaysia): 18 gol
2011 Abdul Hadi Yahya (Terengganu/Malaysia): 20 gol
2012 Jean-Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan/Cameroon): 15 gol
Francis Forkey Doe (Terengganu/Liberia): 15 gol
2013 Marlon Alex James (ATM/Saint Vincent and the Grenadines): 16 gol
2014 Paulo Rangel (Selangor/Brazil): 16 gol

Pemenang-pemenang anugerah Kasut Emas liga divisyen kedua Malaysia pula adalah:

1989 Praduphan Jarunya (Perlis/Thailand): 13 gol
1990 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 13 gol
Boonphop Praphut (Kelantan/Thailand): 13 gol
1991 Marshall Soper (Pulau Pinang/Australia): 11 gol
1992 Dariusz Dudala (Kelantan/Poland): 9 gol
1993 Alistair Edwards (Singapura/Australia): 18 gol
1994 tiada
1995 tiada
1996 tiada
1997 tiada
1998 Seidu Issifu (Terengganu/Ghana): 8 gol
1999 Rusdi Suparman (Selangor/Malaysia): 15 gol
2000 Anuar Abu Bakar (Kelantan/Malaysia): 12 gol
2001 Suharmin Yusuf (Sabah/Malaysia): 12 gol
Shahrin Majid (Sabah/Malaysia): 12 gol
2002 Isaac Kuffour (Telekom Melaka FC/Ghana): 22 gol
2003 Juan Manuel Arostegui (Selangor MPPJ FC/Argentina): 33 gol
2004 Brian Diego Fuentes (Selangor/Argentina): 25 gol
2005 Marlon Alex James (MK Land FC/Saint Vincent and the Grenadines): 23 gol
2005-2006 Gustavo Fuentes (Melaka/Argentina): 18 gol
2006-2007 Marin Mikac (UPB-MyTeam FC/Croatia): 13 gol
2007-2008 Mouhamadou Moustapha (Kelantan/Senegal): 27 gol
2009 Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (T-Team FC/Malaysia): 24 gol
2010 Mohammad Zamri Hassan (PKNS FC/Malaysia): 20 gol
2011 Mohd Fitri Omar (Majlis Perbandaran Muar FC/Malaysia): 19 gol
2012 Khairul Izuan Abdullah (PDRM/Malaysia): 14 gol
Marlon Alex James (ATM/Saint Vincent and the Grenadines): 14 gol
2013 Karlo Primorac (Sime Darby FC/Croatia): 24 gol
2014 Edward Junior Wilson (Felda United FC/Liberia): 19 gol

Tidak ketinggalan adalah rekod yang berkenaan dengan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Berikut dipetik 10 orang pemain yang paling banyak mencatatkan kaps penampilan bersama skuad kebangsaan:

1.  Soh Chin Aun, pertahanan tengah, 324 kaps
2. Arumugam Rengasamy, penjaga gawang, 196 kaps
3. Mokhtar Dahari, penyerang, 167 kaps
4. Chandran Muthuveeran, pertahanan tengah, 163 kaps
5. Zainal Abidin Hassan, pertahanan tengah, 138 kaps
6. Thanabalan Nadarajah, penyerang, 107 kaps
7. Hairuddin Omar, pemain tengah, 105 kaps
8. Dollah Salleh, penyerang, 97 kaps
9. Norhafiz Zamani Misbah, pertahanan tengah, 84 kaps
10. Ali Bakar, pemain tengah, 80 kaps

10 orang pemain yang paling banyak menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan pula adalah:

1.  Mokhtar Dahari, penyerang, 125 gol
2. Abdul Ghani Minhat, penyerang, 106 gol
3. Zainal Abidin Hassan, penyerang, 78 gol
4. Azman Adnan, penyerang, 49 gol
5. Dollah Salleh, penyerang, 48 gol
6. Muhamad Khalid Jamlus, penyerang, 39 gol
7. Hairuddin Omar, penyerang, 30 gol
8. Mohd Amri Yahyah, penyerang, 29 gol
9. Safee Sali, penyerang, 23 gol
10. Indra Putra Mahayuddin, pemain sayap, 17 gol

Sekian sahaja buat kali ini, selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan al-Mubarak.

Rujukan:

http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrecords/players/player=48173/index.html

http://www.11v11.com/matches/malaysia-v-england-30-may-1978-234730/

https://en.wikipedia.org/wiki/FAM_Football_Awards#Golden_Boot_Award

DUNIA BOLA SEPAK

Bola Sepak : 2015/16 UEFA Champions League Draw

Saingan bola sepak antara kelab berprestij eropah Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau 2015/16 UEFA Champions League akan kembali musim ini. 32 kelab akan bersaing merebut gelaran berprestij ini. Pasukan juara bertahan, FC Barcelona pastinya akan sekali lagi berusaha mempertahankan gelaraan yang mereka menangi musim lalu apabila berjaya menewaskan pasukan Juventus dengan keputusan 3-1. Namun begitu, saingan musim ini pastinya berbeza dengan setiap pasukan pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi memastikan pasukan mereka terus melangkah jauh pada saingan musim ini.

Undian peringkat kumpulan diadakan pada 27 Ogos 2015 di Monaco, Perancis di mana sebanyak 32 pasukan kelab diundi dalam 8 kumpulan. Juara dan Naib Juara kumpulan akan meneruskan kemaraan ke peringkat 16 pasukan terbaik. Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara timbal balik di mana perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 September 2015 akan datang. Bual Sukan percaya setiap perlawanan yang berlangsung pastinya sengit dan tidak mustahil kejutan pasti berlaku. Berikut adalah keputusan Undian Peringkat Kumplan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan datang :

KUMPULAN A
PSG, Real Madrid, Shakhtar Donetsk, Malmo 

KUMPULAN B
PSV, Manchester United, CSKA Moskva, VfL Wolfsburg

KUMPULAN C
Benfica, Atletico Madrid, Galatasaray, Astana

KUMPULAN D
Juventus, Manchester City, Sevilla, Borussia Monchengladbach

KUMPULAN E
FC Barcelona, Bayer Leverkusen, AS Roma, BATE Borisov 

KUMPULAN F
FC Bayern Munich, Arsenal, Olympiakos, Dinamo Zagreb 

KUMPULAN G
Chelsea, FC Porto, Dynamo Kyiv, Maccabi Tel Aviv

KUMPULAN H
Zenit, Valencia, Lyon, Gent 

* akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

2014, CR sudah jaringkan 60 gol, Messi 58

Tahun 2012, Messi menjaringkan 91 gol untuk Barcelona, satu rekod jaringan terbanyak dari Januari hingga Disember.

Untuk tahun 2014, pemburuan Ballon D’or terus hangat dengan perbandingan antara dua pemain terbaik dunia, dua mesin pencetak gol, Ronaldo dan Messi.

Ronaldo kini menjaringkan 60 gol, lebih 2 dari Messi dengan 58 gol. Namun dari 60 jaringan tersebut 15 gol Ronaldo hadir hasil dari sepakan penalti berbanding Messi yang hanya 6 penalti. Ini bermakna Ronaldo hanya menjaringkan 45 gol melalui open play dan Messi 52 gol melalui open play dan Messi juga terlepas beberapa sepakan penalti yang tidak menerjah jaring.

Copy of Full Text RSS Builder

Analisis Penjaring Import Dan Tempatan Liga Super 2015

Nota editor: Artikel ini telah ditulis oleh pembaca kami, Faiqy. Beliau mahu lebih banyak pemain tempatan mendominasi senarai penjaring utama Liga Super pada musim-musim akan datang.

Liga Super 2015 baru saja melabuhkan tirai minggu lalu. JDT muncul juara. Pahang pula terpaksa berpuas hati di tempat ke-2.

Sepanjang 22 minggu Liga Super 2015 berlangsung, sebanyak 410 gol berjaya dijaringkan dalam 132 perlawanan. Ini menjadikan purata 3.1 gol pada setiap perlawanan!

Jumlah jaringan pada musim ini juga lebih banyak daripada musim lepas. Lebih 63 gol berbanding musim 2014.

Dari 410 gol yang dicetak, bagaimanakah prestasi pemain tempatan pada kali ini? Penulis mengkaji persoalan: pasukan manakah yang paling banyak bergantung kepada pemain import untuk menjaringkan gol.

Pasukan Lions XII dikecualikan dalam artikel ini.

1. JOHOR DARUL TAKZIM (JDT)

JDT menjaringkan 36 gol pada musim ini. Dengan 12 daripadanya disumbang oleh Luciano Figueroa. Ini bermakna Figueroa menyumbang 33.3% jumlah jaringan gol JDT. Satu rekod yang sangat bagus memandangkan Figueroa kerap cedera pada musim ini.

Bagi seorang pemain tengah, 7 gol yang dijaringkan Safiq Rahim menggambarkan beliau lebih berbahaya jika bermain di posisi yang lebih menyerang. 5 gol jaringan Amri Yahyah pula membuktikan pada umur 34 tahun, beliau masih mampu bermain seperti orang muda.

11866215_511330549030249_6029726366156652539_n

JDT juga adalah pasukan yang mempunyai senarai penjaring terbanyak pada musim ini. Sebanyak 14 pemain berbeza mencatat nama sebagai penjaring gol JDT. Ini sekaligus meringankan beban jaringan yang dipikul oleh Figueroa.

Senarai penjaring lain:

2 gol: Aidil Zafuan

1 gol: Marcos Antonio, Junior Eldstal, Hariss Harun, Alhaji Kamara, Aidil Zafuan, Patito Rodriguez, Asrarudin Putra Omar, Safee Sali, Mahali Jasuli, Nazrin Nawi, S. Chanturu.

2. PAHANG FA

Pahang FA adalah antara pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Super 2015 dengan 43 gol. Tetapi kebergantungan mereka kepada pemain import untuk menjaringkan gol sangat ketara.

Daripada 43 gol, hanya 12 gol dijaringkan oleh pemain tempatan (27.9% sahaja).

Matias Conti masih lagi penjaring utama mereka dengan 12 gol. Dickson Nwakaeme menyumbang 8 gol. Malah, pemain pertahanan seperti Zesh Rehman (6 gol) dan Damion Stewart (5 gol) turut menjaringkan lebih banyak gol daripada penyerang tempatan.

Secara keseluruhan, barisan 4 pemain import Pahang sahaja sudah menyumbang 72.0% jumlah gol Pahang pada musim ini!

Senarai penjaring lain:

2 gol: R. Gopinathan, Azidan Sarudin, Hafiz Kamal, Azamudin Akil, R. Surendran

1 gol: D. Saarvindran, Fauzi Roslan

3. SELANGOR FA

Seperti Pahang, Selangor juga menjaringkan 43 gol dalam pada musim ini. Ini peningkatan ketara berbanding musim lepas, di mana mereka hanya menjaringkan 28 gol. Jumlah bolos mereka juga meningkat daripada musim lepas, bolos 28 berbanding 19 pada 2014.

Statistik ini menunjukkan Mehmet Durakovic berjaya mengubah Selangor menjadi pasukan yang lebih menyerang pada musim ini.

Afiq Azmi muncul penyerang tempatan paling prolifik musim ini dengan 8 gol. Hanya kurang 1 gol daripada Guilherme de Paula yang menjaringkan 9 gol.

11147108_845122058893620_3626140374255030168_o

Ahmad Hazwan Bakri terus menyinar sebagai pemain sayap dengan 7 gol. Satu lagi pemain sayap utama Selangor, Andik Vermansyah turut cemerlang apabila menyumbang 6 gol.

Secara keseluruhan, 23 gol Selangor disumbangkan oleh pemain tempatan. Jika pemain tempatan Pahang hanya menyumbang 28.0% jumlah gol pasukan, pemain tempatan Selangor pula menyumbang 53.5% jumlah gol pasukan.

Senarai penjaring lain:

4 gol: Abdul Hadi Yahya, Robert Cornthwaite.

1 gol: Fitri Syazwan, Leandro dos Santos, K.Gurusamy, Rizal Fahmi, Shahrom Kalam

4. TERENGGANU FA

Terengganu menjaringkan 40 gol pada musim ini. Tetapi apa yang menariknya 57.5% daripadanya terhasil selepas Paulo Rangel digantung dan Abdul Rahman Ibrahim ‘direhatkan’.

Kebetulan? Penulis rasa tidak.

Selepas Paulo Rangel digantung dan Abdul Rahman Ibrahim direhatkan, Terengganu menang 8 daripada 9 perlawanan. Menjaringkan 23 gol dengan purata 2.56 gol setiap perlawanan.

Issey Nakajima-Farran muncul penjaring terbanyak Terengganu dengan 9 gol. Meskipun beliau hanya tiba di Terengganu pada bulan April. Pencapaian Issey ini sekaligus menggerhanakan sumbangan 8 gol oleh Paulo Rangel pada awal musim.

11873353_1228152353880535_153099001769411959_n

Prestasi pemain tempatan Terengganu juga cemerlang dengan jumlah sumbangan 18 gol. Ismail Faruqi menjadi pemain tempatan paling prolifik dalam kem Terengganu apabila mencetak 7 gol. Siapa kata pemain pendek tak boleh menjadi penyerang?

Senarai penjaring lain:

4 gol: Ashari Samsudin

3 gol: Vincent Bikana

2 gol: Gustavo Lopez, Helmi Rameli

1 gol: Shahrin Sapien, Fakhrurazi Musa, Norshahrul Idlan Talaha, Nasril Izzat

5. FELDA UNITED

Sejak dari Liga Perdana lagi, Felda United tiada masalah untuk menjaringkan gol. Mereka menjaringkan 36 gol pada musim ini. 1 daripadanya adalah gol sendiri.

Daripada 35 gol, 14 atau 40.0% datang daripada sumbangan pemain tempatan. Penjaring tertinggi pemain tempatan mereka adalah Indra Putra Mahayuddin (5 gol) dan Ahmad Syamim Yahya (4 gol).

Barisan penyerang import Felda juga tidak mengecewakan. Ndumba Makeche menyumbat 6 gol. Manakala Edward Junior Wilson (sudah berpindah) dan penggantinya, Thiago Fernandes masing-masing menjaringkan 5 gol.

Apa yang menarik adalah, Wilson menjaringkan 5 gol itu hanya selepas 7 perlawanan liga.

Senarai penjaring lain:

4 gol: Zah Rahan Krangar

2 gol: Shukor Adan

1 gol: Bojan Miladinovi, Cristie Jayaselan, Hadin Azman, Shahrul Saad

6. PDRM FA

Pada awal musim, pendatang baru; PDRM atau ‘The Cops’ mengancam pasukan elit Liga Super apabila mencatat kemenangan demi kemenangan. Salah satu faktornya adalah kekuatan jentera serangan mereka.

PDRM menjaringkan 42 gol pada musim ini. Ketiga terbanyak selepas Pahang dan Selangor. Dan mereka perlu berterima kasih kepada gandingan penyerang import mereka. Dramane Traore (19 gol) dan Ashfaq Ali (10) sahaja sudah menyumbang 69.0% jumlah gol PDRM.

Pemain tempatan PDRM pula hanya mampu menjaringkan 9 gol. Peminat bola sepak tempatan mungkin melihat kebergantungan PDRM kepada pemain import sebagai sesuatu yang negatif.

Tetapi sebagai pasukan bola sepak yang tiada kumpulan penyokong yang hardcore, mereka sukar untuk menarik nama-nama besar pemain tempatan. Jadi inilah satu-satunya cara PDRM untuk kekal kompetitif dalam liga.

Senarai penjaring lain:

3 gol: Mamadou Sumareh, Ezrie Shafizie, Afif Amirudin

1 gol: Muslim Ahmad, Shahruain Abu Samah, Faizal Abu Bakar

7. PERAK FA

Kebergantungan Perak terhadap Namkung Woong dan Chad Souza jelas apabila masing-masing menjaringkan 9 gol. 18 gol daripada mereka berdua sahaja sudah membentuk 56.3% daripada 32 gol yang dijaringkan Perak pada musim ini.

Pemain tempatan paling menyerlah bagi Perak tentunya – pakar sepakan percuma – Nurridzuan Abu Hassan. Nuri menjaringkan 5 gol. Dengan 3 daripadanya terhasil daripada sepakan percuma.

11900030_391857387680268_1218506017788013030_n

Tak keterlaluan untuk dikatakan jika Safiq Rahim adalah pakar sepakan percuma berkaki kanan, Nuri pula pakar sepakan percuma berkaki kiri.

Senarai penjaring lain:

2 gol: Horace James, Nasir Basharuddin, Thiago Aquino Jr, Bobby Gonzales

8. KELANTAN FA

Musim ini saja Kelantan sudah mempunyai 3 ketua jurulatih berbeza. Antara George Boateng, Azraai Khor dan Zahasmi Ismail, Zahasmi adalah yang paling menyerlah.

Di bawah Zahasmi, Kelantan menang 5 kali. Mereka juga menjaringkan 23 gol – merangkumi 67.6% jumlah gol keseluruhan Kelantan pada musim ini.

Kelantan menjaringkan 34 gol pada musim ini. Walaupun posisinya sering diubah-ubah, Nor Farhan masih muncul pemain tempatan paling prolifik dalam kem Kelantan dengan 6 gol. Gilmar yang hanya tiba pada April juga menjaringkan 6 gol.

Erwin Carillo yang tiba sejak awal musim hanya mampu menjaringkan 5 gol. Secara keseluruhan, 4 pemain import Kelantan menyumbang 16 gol (47.1%). Pemain tempatan pula menyumbang 18 gol (52.9%).

Senarai penjaring lain:

3 gol: Iwuji Austin Amutu, Badhri Radzi

2 gol: Wan Zaharulnizam, Jonathan Mckain, Wan Zack Haikal, Noor Hazrul

1 gol: Amirizwan Taj, Fakri Saarani, Khairul Izuan

9. SARAWAK FA

Seperti musim lepas, Sarawak masih bergelut di zon penyingkiran liga. Di tangga ke-10 dengan hanya 28 gol dan bolos 40 gol.

Kepentingan Billy Mehmet (10 gol) dan Ryan Griffiths (6 gol) kepada Sarawak memang tak boleh disangkal. Mereka berdua sahaja sudah menyumbang 57.1% jumlah gol keseluruhan pasukan mereka pada musim ini.

Hanya 9 gol dihasilkan oleh pemain tempatan. Joseph Kalang Tie sahaja sudah menyumbat 4 gol.

Bagaimanapun senarai nama penjaring Sarawak tercatat nama pemain muda baru berusia 19 tahun, Tommy Mawat. Tommy menjaringkan gol pada minggu ke-20 ketika Sarawak seri 1-1 menentang ATM. Penulis mengharapkan Tommy terus gigih memburu gol!

#BintangDalamPembikinan#BacaSampaiHabisNama : Tommy Mawat anak BadaNama samaran : Tommy #Mr8Umur : 19 tahunTarikh…

Posted by Sarawak Supercroc on Thursday, August 6, 2015

Senarai penjaring lain:

2 gol: Patrick Gerhardt

1 gol: Hairol Mokhtar, Shahrol Saperi, Ashri Chuchu, Ivan Fatic, J. Partiban

10. ATM FA

Jika ATM mampu mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana pada musim lepas, kegagalan mereka memperkuatkan pasukan dan konflik dalaman membawa padah apabila tersingkir pada musim ini.

ATM menjaringkan 21 gol pada musim ini. 10 gol daripadanya disumbang oleh Jerry Palacios (5 gol) dan Abdulafees Abdulsalam (5 gol).

Hanya 9 gol yang mampu dihasilkan pemain tempatan ATM. Venice Elphi paling banyak dengan 3 gol.

Senarai penjaring lain:

2 gol: Hairudin Omar

1 gol: Mario Karlovic, Norshahrul Idlan Talaha (sebelum berpindah ke Terengganu FA pada April), Norfazly Alias, Shukor Jusoh,

11. SIME DARBY FC

Jika pada musim lepas mereka digelar ‘The Giant Killer’, musim depan Sime Darby FC perlu memikirkan nama lain. Sesuai dengan persembahan buruk dan langsung tidak kompetitif yang dipamerkan mereka pada musim ini.

2 seri dan 8 kekalahan dalam 10 perlawanan awal bagaikan petanda nasib mereka di akhir musim.

Satu-satunya kemenangan mereka terhasil ketika mereka sudah sah tersingkir ke Liga Perdana. Mereka menewaskan ATM 1-0 pada minggu kedua terakhir liga.

Dari 20 gol yang terhasil, hanya 4 gol (20.0%) datang dari pemain tempatan.

Tiga pemain import; Nemanja Vidakovic, Reinaldo de Costa dan Marko Perovic masing-masing menyumbat 5 gol.

Senarai penjaring lain:

2 gol: Fahrul Razi

1 gol: Nazrul Kamaruzaman, Dilshod Sharofetdinov, Nizad Ayub


Senarai penjaring utama (tempatan) Liga Super 2015

8 gol: Afiq Azmi (Selangor), Faris Ramli (Lions XII)

7 gol: Safiq Rahim (JDT), Hazwan Bakri (Selangor), Ismail Faruqi (Terengganu)

6 gol: Nor Farhan (Kelantan)

Senarai penjaring utama (import) Liga Super 2015

19 gol: Dramane Traore

12 gol: Matias Conti (Pahang), Luciano Figueroa (JDT)

10 gol: Ashfaq Ali (PDRM), Billy Mehmet (Sarawak)

9 gol: Chad Souza (Perak), Namkung Woong (Perak), Guilherme de Paula (Selangor), Issey Nakajima-Farran (Terengganu)

8 gol: Paulo Rangel (Terengganu), Dickson Nwakaeme (Pahang)

Baca juga: 8 LAMAN WEB RASMI TERBAIK PASUKAN LIGA SUPER MALAYSIA

Anda mahu menulis tentang bola sepak? Tulis apa-apa sahaja pasal bola sepak dan hantar artikel tulisan anda ke semuanyabola@gmail.com. Kami akan siarkan di laman web kami.

Sumber: Media Perak FA, Terengganu FA, FA Selangor, Johor Southern Tigers, asiana.my

The post Analisis Penjaring Import Dan Tempatan Liga Super 2015 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Senarai Kelab Ukrainian Premier League 2015/16

Sepak mula musim baru Liga Perdana Ukraine 2015/16 atau Ukrainian Premier League 2015/16 akan bermula 18 Julai 2015 ini dengan 14 pasukan akan bersaing merebut gelaran kejuaraan liga musim ini. Pasukan juara bertahan yang juga gergasi bola sepak Ukraine, Dynamo Kyiv pastinya sekali lagi akan berusaha mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu dengan pencabar terdekat iaitu pasukan Shakhtar Donetsk sekali lagi dilihat pencabar utama mereka musim ini. Namun begitu, pasukan bimbingan pengurus Serhiy Rebrov ini juga tidak harus memandang mudah cabaran daripada 12 pasukan lain kerana perebutan kejuaraan terbuka kepada semua pasukan.

Bual Sukan percaya, dengan musim yang panjang ini saingan Liga Perdana Ukraine 2015/16 akan datang pastinya menarik untuk disaksikan. Tidak mustahil kejutan demi kejutan pasti berlaku dalam saingan yang panjang musim ini. Berikut adalah senarai 14 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Perdana Ukraine 2015/16 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Undian Kempen Piala Malaysia 2015

Selepas berakhirnya perlawanan ‘Play-Off’ Piala Malaysia 2015 melibatkan pasukan ATM bertemu NS Matrix dan Sime Darby menentang JDTII semalam, maka lengkaplah slot 16 pasukan yang mengambil bahagian dalam kempen kali ini selepas ATM dan JDTII melayakkan diri selepas menewaskan lawan masing masing.

Pertandingan berprestij ini melibatkan 10 pasukan teratas Liga Super, empat pasukan teratas Liga Perdana dan dua pasukan yang berjaya mengharungi perlawanan ‘Play-Off’ tersebut.

Undian akan dijalankan berdasarkan balang berikut :
Balang A – Johor Darul Ta’zim, Selangor, Pahang dan Terengganu.
Balang B – Felda United, PDRM, Lions XI, Perak
Balang C – Kelantan, Sarawak, Kedah, Penang FA
Balang D – T-Team, PKNS F.C, ATM, Johor Darul Ta’zim II

Undian untuk penentuan pasukan akan berlangsung esok untuk mengetahui kumpulan masing-masing bagi mengharungi kempen yang akan bermula pada 11 September 2015.

Mario Gomez dan Nenad Bacina pasti memikul tugas besar untuk menghalang penguasaan Pahang yang akan mempertahankan kejuaraan piala berprestij ini. Taktikal mereka untuk merencanakan rentak permainan untuk pasukan masing masing pasti ditagih oleh semua pnyokong Harimau Selatan
Johor Darul Ta’zim