Ultras Liverpool dah mula memberontak dan mencari suar.

Aku tak tahulah samada tugas menghina dan memaki Liverpool ini semakin mudah atau susah. Ini disebabkan ultras Liverpool sendiri begitu kuat memaki pasukan dan pemain mereka. Kadang-kadang, sewaktu Liverpool baru mengeluarkan senarai kesebelasan utama untuk satu-satu perlawanan lagi mereka sudah memaki dan tak puashati. Mereka mempersoalkan kenapa pemain sekian-sekian tidak bermain dan blablabla.

Tak cukup dengan itu, mereka sampai menyerang akaun-akaun peribadi pemain mereka di media sosial seperti twitter dan instagram. Mereka percaya media sosial adalah ‘saluran’ yang paling cepat dan terbaik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Ultras Liverpool juga kuat menyerang secara general (atau pukul rata) di media sosial kepada sesiapa saja asalkan mereka penyokong United. Mereka percaya itu hak mereka sebagaimana ikon belia percaya pada hukum hak asasi.

Mengikut kajian aku lagi, ultras Liverpool dah lama bersabar dengan Brendan Rodgers. Hashtag mereka #3TahunBrendanRodgersTidurMati dah berleluasa dikalangan penyokong mereka. Sewaktu kedatangan pasukan Liverpool ke Malaysia baru-baru ini,mereka ada merancang untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan memboikot perlawanan, tetapi gagal.

Ultras Liverpool juga dilarang memakai kasut Adidas kerana Adidas adalah sponsor United. Mereka pakai New Balance. Ultras Liverpool dilarang memandu, menaiki atau memuji kereta Chevrolet, Ultras Liverpool perlu dengar arahan Capo mereka (nama dirahsiakan) yang suka bercerita itu ini begitu begini.

Ada macam-macam fraction dalam Ultras Liverpool ini. Ada Rakankop, SilverBird, LilyBird, BirdBird, Labupool dan sebagainya. Brotherhood mereka didalam fraction ini sangat kuat. Kalau ada game, mereka akan berkumpul di mamak-mamak kegemaran mereka. Mamak itulah ‘home’ itulah juga ‘away’.

Bila Benteke buat lipatan gulung ala Wayne Rooney untuk gol pertama Liverpool, aku syak ramai ultras Liverpool terangkat buntutnya untuk mencapai telefon bimbit nak update kewujudan diri mereka masih relevan. Tapi larian solo Martial pada debutnya mengelicik hebat 2,3 pertahanan Liverpool sebelum menolak masuk menewaskan Mignolet selang 2 minit kemudian membuatkan mereka memadam ‘status’ mereka dan terus memaki Skrtel di instagram. Art, memang Martial art.

Martial membuat satu tumbukan padu keudara, terus aku orgasm bolasepak sebenar.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Misi

Terpaksa menulis balik. Pesen main ugut-ugut ni aku tak gemor langsung. Ni pun aku tulis buat entri bagi cukup syarat. Dan disebabkan yang tukang paksa ni dari kem Selangor, aku nak up gambar je lah pasal pasukan dia.

Kerusi stadium dah kena mamah dengan beruk.


Lawan bola pulak kalah.

Kau ubah je lah stadium Shah Alam ni jadi hospital. Nanti kau ambik misi ramai-ramai. Lepas tu baru kau sembang pasal misi 33, 333, atau 333333333. Ini sembang siang malam pasal misi tapi bila lawan, kalah.

Cukup dah ni. Jumpa lagi di lain masa dan majulah sukan untuk wakil rakyat.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Mat Tial

Ya,

Segelintir penyokong susah mati Liverpool pertikai nama melebihi skill, gol dan kebolehan beliau menjangkau tiga pertahanan Liverpool.

Adat dunia bola sepak, bila tewas segera dicari dan digali berhabis-habisan agar dapat menutup malu kekalahan tersebut.

Abang sudah biasa, tambah-tambah bila melibatkat pasukan Liverpool.

Tak perlu lah kita pertikai nama, macam mana nak sebut, macam mana nak eja, macam mana nak panggil.

Kau panggil ‘mat tial’ dah cukup kalau dah itu je kau mampu. Bunyi dah dekat dah tu.

Usah ditangisi kekalahan lepas. Liverpool tetap Liverpool. Tidak mungkin menjadi Manchester United.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Bola Sepak : Senarai Pemain Harimau Malaya Menghadapi Laos dan Timor Leste

Pasukan Harimau Malaya akan menghadapi 2 perlawanan kompetitif iaitu perlawanan persahabatan menentang Laos pada 8 Oktober 2015 serta perlawanan kelima Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Perlawanan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE bertemu Timor Leste pada 13 Oktober 2015. Ketua Jurulatih sementara Pasukan Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan 33 orang pemain terdiri daripada 23 pemain senarai utama manakala 10 pemain calon simpanan bagi kedua-dua perlawanan tersebut.

Bual Sukan percaya, Datuk Ong Kim Swee pastinya akan menyenaraikan pemain yang benar-benar berkualiti dan berkomitmen tinggi untuk kedua-dua perlawanan tersebut. Misi utama adalah untuk mencapai kemenangan selain mengembalikan semula maruah pasukan Harimau Malaya yang semakin merosot kebelakangan ini. Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Laos pada 8 Oktober 2015 dan menentang Timor Leste pada 13 Oktober 2015 akan datang :

PENJAGA GOL:
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Khairul Azhan Khalid (Pahang)

Mohd. Izham Tarmizi Roslan (JDT FC) 

PERTAHANAN: 
Mohd. Fadhli Mohd. Shas (JDT FC)
Aidil Zafuan Abdul Razak (JDT FC)
S Kunanlan (JDT FC)
Shahrul Mohd. Saad (Terengganu)
Zubir Azmi (Terengganu)
Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda B)
Amirizdwan Taj Tajuddin (Kelantan)

Matthew Davis (Pahang) 

TENGAH
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Safiq Rahim (JDT FC)
Nasir Basharuddin (Perak)
Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan)

Azamuddin Akil (Pahang)

Mohd. Hafiz Kamal (Pahang) 
Christie Jayaseelan (Felda United)
Adam Nor Azlin (Harimau Muda B)

PENYERANG
Ismail Faruqi Ashari (Terengganu)
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Amri Yahyah (JDT FC)
Safee Salee (JDT FC)

10 CALON SIMPANAN
Gary Steven Robbat (JDT FC)
S.Chanturu (JDT FC)
Mohammad Fazly Mazlan (JDT FC)
Joseph Kalang Tie (Sarawak)
Ronny Harun (Sarawak)
Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda B)
Farhan Abu Bakar (Harimau Muda B)
Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor)
Muhammad Nurridzuan Abu Hassan (Perak)
Ahmad Fakri Saarani (Kelantan)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Previu Fantasy Premier League : Minggu 6

Minggu 5 kita dikejutkan dengan kekalahan Chelsea hasil jaringan hat – trick Steven Naismith

Riyad Mahrez dan Dimitri Payet antara yang pemain bersinar dengan membantu pasukan mereka mencapai kemenangan

Berikut adalah tips untuk minggu 6 nanti:

Penjaga gol

Penjaga gol pilihan kami untuk minggu ini adalah Joe Hart (Manchester City)

Selain berjaya menghasilkan 11 gol untuk musim ini, Manchester City juga mempunyai rekod yang baik dari segi pertahanan dimana Manchester City tampil sebagai satu – satunya pasukan yang belum bolos pada musim ini.

Dengan kehadiran pertahanan yang hebat seperti Kompany dan Kolarov sedikit sebanyak sangat membantu Joe Hart (£5.6) untuk meneruskan rekod baik Manchester City

be9323e1-0dfe-3c0d-ab01-60834cf3cc4f

Pilihan lain : Hugo Lloris (Tottenham Hotspurs, £5.0) & David De Gea (Manchester United, £5.4).

Pertahanan

Pertahanan dari Manchester City, Manchester United dan Liverpool menjadi pilihan kami pada minggu ini.

Jika dilihat daripada stats Kompany dilihat sebagai pertahanan yang terbaik tetapi Kolarov tidak kurang hebatnya. Harga Kolarov (£5.9) juga lebih murah berbanding Kompany (£6.4).

Kolarov berjaya menghasilkan satu gol pada musim ini tetapi apa yang menarik tentang Kolarov adalah beliau telah berjaya mengutip 10 bonus point berikutan tiga kali menjadi pemain terbaik perlawanan.

aleksander-kolarov-manchester-city_3002034

Pada minggu ini Manchester United akan berdepan dengan Southampton dimana Southampton gagal menjaringkan sebarang gol semasa menentang West Brom pada minggu lepas.

Southampton akan berdepan dengan lawan yang lebih susah iaitu Manchester United. Kami berminat untuk memilih Matteo Darmian (£5.7) berikutan aksi baik pertahanan Manchester United pada musim ini dengan 3 perlawanan tanpa bolos.

Darmian dilihat calon yang sesuai kerana konsistensi bermain dan harga yang lebih murah.

Selepas berjaya mendapatkan clean sheet kedua mereka pada minggu lepas, kami sekali lagi cenderung untuk memilih Eric Dier (£5.0) berikutan harganya yang murah tetapi sangat efektif.

Spurs bermain dengan pertahanan yang kemas dan kompak sewaktu menentang Sunderland pada minggu 5.

Jika Spurs menunjukkan prestasi yang sama, Spurs dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan clean sheet ketiga mereka.

Pilihan Lain : Micah Richards (Aston Villa , £4.6) , Craig Cathcart (Watford , £4.5)

Pemain tengah

Jika anda aktif bermain FPL pada musim ini anda pasti suka dengan Riyad Mahrez(£6.3).

Mahrez telah menyumbat 4 gol dan 2 assist menjadikan beliau penjaring terbanyak BPL pada musim ini. Jika anda masih belum ada Mahrez di dalam pasukan anda, kami cadangkan untuk ambil beliau kerana harga beliau yang masih meningkat naik masih releven.

Pada minggu ini Mahrez akan bertemu dengan Stoke City di Britania Stadium dan dijangka akan mempamerkan aksi hebat beliau.

Salah seorang lagi pemain yang murah dan hebat untuk musim ini adalah Wes Hoolahan(£5.0)

Hoolahan merupakan pemain tengah bagi Norwich City dan merupakan antara pemain yang sedang beraksi dengan baik. Pada minggu lepas, Hoolahan berjaya mencatatkan 1 gol dan 1 assist sekaligus menjadikan pemain terbaik perlawanan.

Meskipun Norwich City akan bertandang ke Anfield, kami masih mempunyai harapan untuk Norwich berikutan pertahanan Liverpool yang agak goyah ketika ini dimana sedikit sebanyak mampu memberikan peluang untuk Norwich menhasilkan gol.

Jika anda sedang mencari pemain tengah yang murah dan efektif, Wes Hoolahan adalah orangnya.

wes-hoolahan-16x973-2123424

Manchester City akan menjadi tuan rumah buat West Ham pada minggu ini.

Kami berminat untuk memilih Yaya Toure pada minggu ini berikutan prestasi beliau yang hebat pada musim ini. Yaya Toure telah mencatat 2 gol dan 2 assist pada musim ini.

Pada harga (£9.0) Yaya Toure merupakan antara pemain tengah yang konsisten bersama dengan David Silva (£10.2). Jika anda merasakan Eden Hazard tidak memberikan pulangan mata yang berpadanan dengan harga mahalnya, Yaya Toure adalah pemain untuk pasukan anda.

Pilihan Lain : Theo Walcott (Arsenal , £8.5) , Andre Ayew (Swansea , £7.2) , Gylfi Sigurdsson (Swansea, £5.6)

Penyerang

Selepas sepi tanpa gol dalam 2 perlawanan pertama, Callum Wilson (£9.0) membuat kejutan dengan menjaringkan Hat-trick menentang West Ham dan satu gol sewaktu menentang Leicester City.

Pada minggu ini Bournemouth akan menjadi tuan rumah untuk pasukan kedua tercorot liga,Sunderland dan dijangka Wilson mampu meneruskan rekod baik beliau berikutan aksi hambar Sunderland pada musim ini.

Walaupun sekadar mempunyai rekod 1 gol pada musim ini, kami masih menaruh harapan kepada Sergio Aguero (£13.2).

Penjaring terbanyak musim lepas ini sentiasa memberikan situasi kucar kacir kepada pertahanan lawan sekaligus membuka ruang untuk pemain lain menjaringkan gol

sergio-aguero_ac_2787203k

Pilihan Lain : Bafetimbi Gomis (Swansea , £7.5) , Christian Benteke (Liverpool , £8.5)

The post Previu Fantasy Premier League : Minggu 6 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Tengok bola dalam rumah. Jerebu ni!

Hi!
Dalam kita berseronok menonton bola sepak samaada Piala Malaysia ataupun Liga Perdana Inggeris, janganlah kita leka. Berjaga-jaga dengan kehadiran jerebu yang semakin hari semakin teruk. Hasil maklumat kawan abang yang merupakan penyelidik udara dari cawangan Batu Muda mendapati bacaan Indeks Pencemaran Udara adalah pada 151 dan ianya semakin meningkat.
Entri kali ini abang tidak mahu mengulas tentang perlawanan yang lepas. Mengulas perlawanan yang sudah basi dikira tidak move on, luzer nak mampos, ophilia dan skinhead anjing.
Apa yang abang hendak ceritakan kali ini adalah berkenaan Uefa Champions League yang bermula pada hari esok. Perlawanan tumpuan mestilah pada hari Rabu 16/9/2015 iaitu Chelsea vs Maccabi Tel Aviv.
Perlawanan ini boleh diklasifikasikan sebagai perlawanan menyelamatkan dunia bilamana kita tahu bahawa Israel adalah sebuah entiti yang jahat, lucifer dan pengamal ilmu hitam. 
Marilah sama-sama kita menyokong menentang kejahatan dunia ini. Jika sekalipun pasukan kegemaran anda tiada, abang benarkan anda untuk memilih Chelsea sebagai pasukan sokongan.
Kata you’ll never walk alone, kan?
Jack Murthi,
0045, Mont Kiara.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Pengenalan Kepada Perangkap Ofsaid

Tidak keterlaluan untuk mengatakan perangkap ofsaid adalah seni.

Menerangkan tentang perangkap ofsaid adalah mudah. Tetapi untuk melakukannya dengan efektif di atas padang, ia jauh lebih sukar.

Benarkah dakwaan ini?

Apa itu perangkap ofsaid?

Perangkap ofsaid adalah satu strategi pertahanan yang direka supaya penyerang pasukan lawan bergerak ke kawasan ofsaid sebaik sahaja dia menerima bola.

Perangkap ofsaid digunakan oleh pasukan yang gemar menyerang.

Mengapa ia selalunya dipasang oleh pasukan yang gemar menyerang?

Untuk menyerang, semua 10 pemain anda (kadang-kala penjaga gol juga) perlu naik ke atas (push up) dan bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi.

Ini untuk memastikan bola kekal lebih lama di kawasan kubu pertahanan lawan.

Tetapi apabila pasukan anda push up dan bermain dengan defensive line yang tinggi, pertahanan tengah anda akan meninggalkan ruang yang besar di belakang mereka.

Memandangkan kebanyakan pertahanan tengah tidak mempunyai kelajuan seperti penyerang, ruang yang besar ini boleh dimanipulasikan oleh penyerang lawan.

Untuk meneutralisasikan bahaya penyerang lawan ketika pasukan anda sedang push up, jentera pertahanan pasukan anda perlu memasang perangkap ofsaid.

aa offside trap

Dalam erti kata lain, perangkap ofsaid membolehkan pasukan anda menyerang tanpa perlu risaukan ruang besar di belakang pertahanan tengah anda.

Bagaimana untuk melakukan perangkap ofsaid yang berjaya?

Untuk melakukan perangkap ofsaid yang berjaya, pasukan anda memerlukan:

a. Pertahanan tengah yang sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.

Kunci utama kejayaan perangkap ofsaid adalah adanya organisasi di jentera pertahanan tengah anda. Sesebuah organisasi yang berjaya memerlukan pemimpin.

Jentera pertahanan Arsenal era George Graham mempunyai Tony Adams sebagai pemimpin.

AC Milan era Arrigo Sacchi mempunyai Franco Baresi.

Barcelona era Pep Guardiola mempunyai Carles Puyol.

Kami akan bincangkan lebih lanjut mengenai perangkap ofsaid 3 pasukan hebat ini di bawah nanti.

b. 4 pemain pertahanan yang bertahan sebagai satu unit yang kohesif

Ketika pasukan sedang diserang di tengah, bek kiri dan kanan perlu memastikan posisi mereka berada di satu garisan defensif yang sama atau lebih tinggi.

Ketika pasukan sedang diserang di kiri/kanan, pertahanan tengah juga perlu memastikan posisi mereka berada di satu garisan defensif yang sama atau lebih tinggi.

Apabila walau seorang pemain gagal bermain sebagai satu unit yang kohesif, perangkap ofsaid akan gagal. Seperti ini:

Example-6-Qatar-1

Apa yang perlu dilakukan dalam sesi latihan?

Untuk memastikan pemain anda mampu melaksanakan perangkap ofsaid dengan sempurna, mereka perlu mengamalkan latihan shadow play.

Shadow play banyak dipraktiskan dalam pelbagai disiplin seperti badminton dan ragbi. Malah ketika belajar bermain gitar juga! Tujuannya adalah untuk melatih muscle memory.

Dengan shadow play, pemain badminton mampu mengembalikan pukulan dari segenap ruang dan mengetahui sama ada bulu tangkis akan jatuh di dalam atau luar gelanggang.

Dengan shadow play, pemain gitar pula mampu memainkan chord gitar tanpa melihat jarinya pada setiap masa.

Begitu juga dalam bola sepak, shadow play membolehkan pemain tahu di mana posisi yang sepatutnya dia berada mengikut situasi perlawanan. Termasuklah posisi mereka ketika perangkap ofsaid dilakukan.

Contoh: Latihan shadow play AC Milan ketika era Arrigo Sacchi

Bilakah perangkap ofsaid sesuai dipasang?

Perangkap ofsaid sesuai dipasang jika pasukan lawan menggunakan strategi serangan yang mudah dibaca. Contohnya jika pasukan lawan menyerang dengan hantaran jauh.

Bagaimanapun perangkap ofsaid agak berisiko jika pasukan lawan bermain dengan hantaran pendek.

Ini kerana serangan dengan hantaran pendek sukar dibaca. Apatah lagi apabila pemain lawan mampu melakukan trick passes seperti backheel dan flick yang tak mampu dijangka.

Seperti apa yang berlaku kepada pertahanan Villareal ketika menentang Barcelona ini:

Perangkap ofsaid juga agak berisiko jika penjaga gol anda tidak mempunyai kelajuan untuk keluar dari kawasan golnya dan bertindak sebagai sweeper, atau dalam bahasa bola sepak orang Malaysia – last man.

Dalam konteks pasukan Harimau Malaya dan Liga Super, perangkap ofsaid agak berisiko untuk diamalkan oleh pertahanan Malaysia.

Ini kerana mereka tidak berkomunikasi dan tidak bertahan dalam satu unit.

Contoh: Thailand 2-0 Malaysia (Piala AFF Suzuki 2014)

zzz6

Contoh pasukan yang aktif melakukan perangkap ofsaid

1. Arsenal era George Graham (1992-1995)

Entah berapa kali dalam kariernya, Tony Adams mengangkat tangannya dalam perlawanan. Sehinggakan pengadil rasa perlu mengangkat bendera ofsaid setiap kali Adams mengangkat tangannya.

Di bawah organisasi yang disusun Tony Adams, Steve Bould, Nigel Winterburn dan Lee Dixon membentuk jentera pertahanan yang hebat memasang perangkap ofsaid.

2. AC Milan era Arrigo Sacchi (1988-1991)

Ketika Franco Baresi menyusun organisasi pertahanan Milan, peraturan ofsaid sangat ketat berbanding sekarang. Sepakan percuma akan diberikan walaupun pemain yang ofsaid itu tidak terlibat dalam active play.

Franco Baresi, Mauro Tasotti, Alessandro Costacurta dan Paulo Maldini perlu berterima kasih kepada Arrigo Sacchi.

Kerana latihan shadow play beliau berjaya melatih mereka menjadi sebahagian daripada jentera pertahanan yang hebat.

3. Barcelona era Pep Guardiola (2008-2012)

Sebagai salah satu pasukan yang gemar menyerang, Pep Guardiola sentiasa mahukan Barcelona bermain dengan garisan defensif yang tinggi.

Di kemuncak kariernya, Guardiola menyempurnakan taktikal Marcelo Bielsa.

Dengan sistem man marking, Guardiola sentiasa mahukan lebihan seorang pemain (extra man) di jentera pertahanan disamping membuat perangkap ofsaid.

Jika Barcelona menentang pasukan yang menggunakan 2 penyerang, Sergio Busquet akan diarahkan bermain sebagai pertahanan tengah (ketika Barcelona diserang) dan defensive midfielder (ketika Barcelona memegang bola).

Ini membolehkan Barcelona mempunyai Carles Puyol (kemudian Eric Abidal), Gerard Pique dan Sergi Busquet ketika diserang 2 penyerang.

Situasi 3 lawan 2 ini memihak Barcelona. Ia bagaikan satu polisi insurans jika perangkap ofsaid Barcelona tidak menjadi.

Baca juga: PENGENALAN KEPADA TUGAS PERANCANG: PLAYMAKER, TREQUARTISTA, REGISTA DAN ENGANCHE

The post Pengenalan Kepada Perangkap Ofsaid appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Kerancakan TM Piala Malaysia 2015

TM Piala Malaysia 2015 telah memasuki perlawanan ketiga peringkat kumpulan dengan setiap pasukan pastinya ingin mencari bekalan yang selesa bagi mencerahkan peluang untuk melangkah ke pusingan suku akhir akan datang. Namun begitu terdapat 3 perlawanan yang terpaksa ditunda akibat perkara yang tidak dapat dielakkan. 3 perlawanan tersebut ialah :

Kumpulan A
Johor Darul Ta’zim II lwn Kedah – Ditunda ekoran masalah jerebu yang berlaku 

Kumpulan B
Sarawak lwn Johor Darul Ta’zim FC – Ditunda bagi memberikan laluan kepada JDT FC yang akan bersaing dalam Separuh Akhir Pertama Piala AFC 2015 menentang kelab Al-Qadsia (Kuwait) pada 29 September 2015.

Kumpulan D
PDRM FA lwn PKNS FC – Ditunda ekoran Stadium Shah Alam digunakan untuk Perlawanan antara Selangor lawan Felda United pada tarikh yang sama.

Bual Sukan percaya, pasukan-pasukan ini pastinya akan bersedia dengan perlawanan di tarikh yang baru dan mempersiapkan pasukan masing-masing dengan persiapan rapi bagi mengekalkan momentum saingan TM Piala Malaysia 2015 ini. Selamat Berjuang kepada semua pasukan dan kepada para peminat teruskan memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

PREVIU FANTASY PREMIER LEAGUE: MINGGU 7

Siapa sangka pasukan yang 5 berturut – turut clean sheet pada musim ini iaitu Manchester City akhirnya bolos di tangan West Ham di laman sendiri.

Chelsea pula semakin mendapat rentak musim lepas apabila berjaya menumpaskan Arsenal 2 – 0

Berikut adalah tips untuk minggu 7 nanti:

Penjaga gol

Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Adrian (West Ham).

Jika anda melihat perlawanan antara Manchester City menentang West Ham anda pasti kagum dengan prestasi Adrian. Adrian berjaya mencatatkan 8 save walaupun gagal mendapatkan clean sheet hasil jaringan Kevin De Bruyne.

Dengan harga yang hanya £5.0, Adrian adalah pilihan yang murah tetapi efektif.

Minggu ini West Ham akan bertemu Norwich City di Upton Park.

Dengan pertahanan West Ham yang tampak lebih efektif berbanding musim lepas, tugas Adrian dijangka menjadi lebih mudah.

Adrian-9

Pilihan lain : Simon Mignolet (Liverpool, £5.1 ) & David De Gea (Manchester United, £5.4 ).

Pertahanan

Pertahanan dari Chelsea, West Brom dan Watford menjadi pilihan kami pada minggu ini.

Selepas kemenangan dan clean sheet keatas Arsenal pada minggu lepas kami yakin Chelsea sudah kembali kepada form musim lepas.

Cesar Azplicueta £6.0 antara pemain yang bermain dalam semua perlawanan Chelsea juga berjaya menghasilkan 1 goal dan 1 assist pada musim ini.

Minggu ini, Chelsea akan bertemu dengan kelab yang dilanda krisis dan juga telah kalah 4 kali berturut – turut iaitu Newcastle.

Bukan itu sahaja, Newcastle juga merupakan pasukan yang cuma berjaya menhasilkan 3 gol pada musim ini. Lebih sedikit dari jaringan Riyad Mahrez sendiri.

Kami jangkakan Chelsea akan mendapat kemenangan yang mudah juga berjaya mendapatkan clean sheet

cesar-azpilicueta-chelsea_3010149

Meskipun sekadar mengutip 8 mata pada musim ini, West Brom tampil dengan pertahanan yang agak kukuh apabila West Brom merupakan pasukan yang berjaya mendapatkan 4 clean sheet di dalam 6 perlawanan.

Kami berminat untuk memilih Dawson £5.0 berikutan harga beliau yang murah juga konsisten pasukan mereka.

Man Utd akan bertemu dengan pasukan tercorot liga iaitu Sunderland. Sunderland tidak berjaya menghasilkan sebarang gol untuk 2 perlawanan terakhir mereka di liga dan dijangka peluang Man Utd akan lebih cerah.

Pertahanan dari Man Utd seperti Chris Smalling £6.2 berikutan konsistensi beliau juga Man Utd berjaya meraih 3 clean sheet pada 3 perlawanan terawal liga.

Pilihan lain : Craig Cathcart (Watford, £4.5 ) & Phil Jagielka (Everton, £5.4 )

Pemain tengah

Kami pasti semua pemain FPL pasti mempunyai Riyad Mahrez £6.3 di dalam pasukan mereka berikutan konsistensi beliau. Mahrez telah terlibat dengan 5 daripada 6 perlawanan untuk menjaringkan gol dan assist untuk musim ini.

Setakat 2 perlawanan terakhir liga sahaja, Mahrez telah berjaya menghasilkan 1 goal dan 3 assist. Kami jangkakan beliau dapat menyumbang mata untuk pemain FPL walaupun terpaksa bertemu Arsenal pada minggu ini.

Juan Mata £8.6 antara pemain yang bersinar di Man Utd pada musim ini. Setakat ini Mata telah berjaya mendapatkan 2 goal dan 2 assist untuk Man Utd. Beliau juga antara pemain yang konsisten di bawah kendalian Van Gaal pada musim ini.

juany

Dimitri Payet £7.8 telah menghasilkan 3 goal dan 2 assist pada musim ini. Beliau juga merupakan pemain yang berjaya membuat assist pada minggu lepas semasa menentang Manchester City.

Kualiti dan form beliau ketika ini membuatkan kami memilih beliau pada minggu ini.

West Ham akan bertemu dengan Norwich City di halaman sendiri dan dijangka West Ham dapat mendapatkan 3 mata penuh.

Pilihan lain : Eden Hazard (Chelsea, £11.3 ) & Philippe Coutinho (Liverpool, £8.1 )

Penyerang

Anda tidak akan silap untuk memilih penyerang pada minggu ini. Ini berikutan ramai penyerang yang hebat dan sedang on form ketika ini.

Callum Wilson £6.0 muncul sebagai penjaring terbanyak liga dengan 5 goal setelah berjaya menjaringkan goal semasa menentang Sunderland.

Minggu ini Wilson sekali lagi menjadi pilihan kami kerana Bournemouth akan bertemu dengan Stoke City. Untuk pengetahuan anda, Stoke City belum pernah mendapatkan clean sheet  pada musim ini.

2 goal semasa menentang Man Utd berjaya membuktikan Graziano Pelle £7.9 telah kembali kepada form terhebat beliau seperti musim lepas. Penyerang dari Italy ini berjaya menjaringkan 4 goal dan 1 assist pada musim ini. Sebuah rekod yang agak baik untuk 6 perlawanan.

SOUTHAMPTON, ENGLAND - SEPTEMBER 27:  Graziano Pelle (R) of Southampton celebrates scoring their second goal during the Barclays Premier League match between Southampton and Queens Park Rangers at St Mary's Stadium on September 27, 2014 in Southampton, England.  (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Nampaknya pemain remaja termahal dunia iaitu Anthony Martial £8.3 berjaya membuktikan nilai beliau apabila berjaya menjaringkan 4 goal di dalam 4 perlawanan.

Untuk perlawanan liga beliau sudah menjaringkan 3 goal di dalam 80 minit dan dijangka rekod jaringan beliau akan bertambah apabila bertemu pasukan tercorot liga, Sunderland.

Pilihan lain : Ighalo (Watford, £5.1 ) & Salomon Rondon (West Brom, £7.0 )

 

The post PREVIU FANTASY PREMIER LEAGUE: MINGGU 7 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

PBNJ rayu kad merah Figueroa

Johor Bahru: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) sudah menghantar surat rayuan berhubung kad merah diterima Luciano Figueroa ketika aksi suku akhir kedua Piala AFC.
Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, surat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu dihantar sebaik skuad Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pulang dari Hong Kong, Rabu lalu.

“Kami berharap AFC akan mempertimbangkan semula layangan kad merah itu dan mengkaji sama ada ia relevan atau tidak.

“Tidak salah untuk merayu dan kini terpulang kepada AFC sama ada mahu menerima rayuan kita atau kekal dengan keputusan kad merah itu,” katanya pada sidang media di Stadium Larkin, semalam.

Figueroa dilayangkan kad merah selepas didakwa mengasari pemain South China pada minit ke-37 dalam saingan Piala AFC di Stadium Mong Kok, baru-baru ini sehingga memaksa Johor DT beraksi dengan 10 pemain sepanjang 60 minit perlawanan.

Tunku Ismail juga berpuas hati dengan kemampuan skuad Harimau Selatan itu yang merealisasikan sasaran layak ke separuh akhir kerana itu yang menjadi sasaran mereka pada awal musim.
Bagaimanapun, Johor DT bakal berdepan saingan sengit di separuh akhir Piala AFC itu kerana lawan bakal ditemui bukan calang-calang pasukan.

“Al-Qadsia adalah juara bertahan Piala AFC dan pasukan itu cukup bagus. Kita belum lagi mencapai tahap kelab dari Kuwait itu berada, sebaliknya masih perlu belajar. Tapi, kita tidak boleh terus maju secara mendadak.

“Apa yang saya boleh rumuskan Johor DT berada di landasan terbaik dalam pembentukan struktur untuk memajukan bola sepak dan memerlukan masa untuk berada di tahap tinggi walaupun kemajuan itu sudah mula nampak hasilnya sejak 2013,” kata Tunku Ismail.
Johor DT