Bola Sepak : Fakta Menarik Kelayakan UEFA Euro 2016 France

Pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telahpun berakhir dengan 19 negara berjaya mengiringi tuan rumah, Perancis melayakkan diri ke Pusingan Akhir Euro 2016 akan datang. Manakala baki 4 lagi pasukan bakal ditentukan dalam Pusingan Play-offs yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 November 2015 akan datang. Paling mengecewakan ialah kegagalan pasukan gergasi bola sepak dunia, Belanda yang gagal melayakkan diri kali ini. 5 negara berjaya melayakkan diri ke Pusingan Akhir buat kali pertama iaitu Iceland, Wales, Ireland Utara, Slovakia dan Albania. 

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Pusingan Kelayakan UEFA Euro 2016 France :

Jumlah Perlawanan : 258

Jumlah Jaringan : 675 Gol

Penjaring Terbanyak : Robert Lewandowski (Poland – 13 Gol)

Negara yang menjaringkan Gol Terbanyak : Poland (33 Gol)

Negara yang bolos paling banyak : Gibraltar (56 Gol)

Negara yang bolos paling sikit : Romania (2 Gol)

Negara yang catat rekod kemenangan 100% : England (10 Perlawanan)

Negara yang tidak kalah sepanjang kelayakan : England, Austria, Itali & Romania

Negara yang kalah semua perlawanan : Andorra, Gibraltar

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

11 Pemandangan Yang Anda Dapat Jika Membeli Tiket Termurah Di 11 Stadium

€64 satu tiket. Tetapi tanpa penyokong, bola sepak tiada nilainya!



Itulah mesej yang tertulis di kain rentang protes penyokong Bayern Munich ketika perlawanan menentang Arsenal di Emirates Stadium pada Selasa lepas (waktu UK). Protes mereka turut mendapat tepukan gemuruh penyokong tuan rumah, Arsenal.

Menonton perlawanan bola sepak di stadium pasukan-pasukan besar di dunia sudah menjadi aktiviti yang mahal. Anda perlu membayar harga yang mahal untuk mendapat seat yang bagus.

Jadi kami kumpulkan 11 seat yang anda dapat (dan pemandangannya) jika anda membeli tiket termurah di 11 stadium pasukan besar di dunia.

11. Emirates Stadium (Arsenal)

Harga tiket: €64 (RM301.00)

seat-emirates-termurah

emirates17

10. Old Trafford (Manchester United)

Harga tiket: €64 (RM301.00)

1ZFbEFr

oldtrafford9

9. Anfield (Liverpool)

Harga tiket: £54 (RM352.00)

8KWyEjj

anfield8

8. Westfalenstadion (Borussia Dortmund)

Harga tiket: €17 (RM80)

LH1SMiZ

signaliduna7

7. Nou Camp (Barcelona)

Harga tiket: €69 (RM324.20)

vcDYHaa

6. Stamford Bridges (Chelsea)

Harga tiket: £52 (RM338.80)

stamfordbridge1

5. Estadio Santiago Bernabéu (Real Madrid)

Harga tiket: €30 (RM141.00)

bernabeu6

4. Stadio Olimpico (AS Roma)

Harga tiket: €17 (RM80)

olimpico2

3. Estádio do Dragão (FC Porto)

Harga tiket: €10 (RM47)

j6ox9h4

2. San Siro (AC Milan & Internazionale)

Harga tiket: €24 (RM112.80)

sansiro8

sansiro11

1. Allianz Arena (Bayern Munich)

Harga tiket: €50 (RM234.90)

ToFLCd1

AJONs1X

Baca juga: 10 Penyokong Yang Memaki Pemain Dan Jurulatih Mereka Depan-depan

The post 11 Pemandangan Yang Anda Dapat Jika Membeli Tiket Termurah Di 11 Stadium appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Anda Ada Binatang Peliharaan? Pique: Ada. Namanya Marc Bartra.

Gerard Pique terkenal sebagai pemain yang gemar bergurau di kem Barcelona.

Semasa di La Masia, Pique pernah membuat Lionel Messi menangis apabila menyorokkan PlayStation milik Messi.

Selepas kemenangan 2-0 Barcelona menentang BATE Borisov, Pique mengadakan sesi soal jawab dengan peminatnya di Twitter.

Berdasarkan beberapa jawapannya, humor Pique nyata tidak menghampakan.

Soalan 1: Apakah ibu negeri Alaska?

Soalan 2: Perkara paling menyeronokkan apabila menjadi pemain bola sepak?

Terjemahan: Tiba di bilik persalinan selepas menang dan tahu anda dah bermain dengan sempurna.

Soalan 3: Siapa akan menang Ballon d’Or?

Terjemahan: Perlukah saya jawab soalan ini? 😉

Soalan 4: Pelakon kegemaran?

Soalan 5: Band kegemaran?

Soalan 6: Adakah anda akan potong rambut macam Douglas?

Terjemahan: Saya tak minat gaya rambut pelakon porno.

Soalan 7: Anda ada binatang peliharaan?

Terjemahan: Ada. Namanya Marc Bartra.

Soalan 8: Apa rancangan TV yang anda selalu tengok?

Terjemahan: Sekarang saya tengah tengok Suits, Scandal dan Narcos.

Soalan 9: Neymar lebih pandai bermain poker daripada anda.

Terjemahan: Mustahil!

Soalan 10: Makanan kegemaran?

Terjemahan: Siput masakan nenek saya.

Soalan 11: Siapa makan paling banyak dalam pasukan?

Terjemahan: Sudah tentulah Luis Suarez.

Baca juga: Mengapa Barcelona Masih Boleh Membeli Pemain Walaupun Dikenakan Sekatan?

The post Anda Ada Binatang Peliharaan? Pique: Ada. Namanya Marc Bartra. appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : FIFA Piala Kelab Dunia 2015

Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2015 atau 2015 FIFA Club World Cup akan berlangsung pada 10 hingga 20 Disember 2015 akan datang. Edisi kali ke 12 ini akan berlangsung di Jepun melibatkan 6 kelab yang muncul juara Liga Juara-Juara benua masing-masing serta kelab yang menjadi juara liga di negara yang menjadi tuan rumah. Antara pasukan yang telah mengesahkan penyertaan ialah FC Barcelona (Juara Liga Juara-Juara Eropah 2014/15), River Plate (Juara Copa Libertadores 2015), Club America (Juara Liga Juara-Juara CONCACAF 2014/15) dan Aucland City (Juara Liga Juara-Juara OFC 2014/15). Baki 3 lagi pasukan iaitu Juara Liga Juara-Juara AFC 2015, Juara Liga Juara-Juara Afrika 2015 serta Juara Liga J 2015 akan ditentukan setelah saingan berakhir kelak.

2 kelab yang menjadi pilihan untuk menjuarai kejohanan edisi kali ini ialah FC Barcelona dan River Plate di mana kedua-dua kelab ini mempunyai pemain-pemain terbaik masing-masing. Namun begitu, saingan kelab-kelab lain pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan boleh berlaku. Bual Sukan menjangkakan saingan kali ini pastinya sengit dan setiap kelab pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing. Berikut adalah Jadual Perlawanan Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2015 akan datang :

Play-off Suku Akhir
10 Disember 2015
Juara Liga J 2015 lwn Auckland City

Suku Akhir
13 Disember 2015
Pemenang Perlawanan Play-off lwn Juara Liga Juara-Juara CAF 2015

Club America lwn Juara Liga Juara-Juara AFC 2015  

Separuh Akhir
16 Disember 2015
Pemenang Suku Akhir 1 lwn River Plate

17 Disember 2015
Pemenang Suku Akhir 2 lwn FC Barcelona

Penentuan Tempat 5/6
16 Disember 2015
Kalah Suku Akhir 1 lwn Kalah Suku Akhir 2

Penentuan Tempat 3/4
20 Disember 2015
Kalah Separuh Akhir 1 lwn Kalah Separuh Akhir 2

Perlawanan Akhir
20 Disember 2015
Pemenang Separuh Akhir 1 lwn Pemenang Separuh Akhir 2

* Jadual akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Previu Fantasy Premier League: Minggu 10

Minggu lepas kita dihiburkan dengan kehadiran Klopp ke BPL

Newcastle United dan Manchester City pula berjaya mendapatkan kemenangan besar ke atas pihak lawan.

Arsenal berjaya meneruskan rekod kemenangan mereka dengan kemenagan ke atas Bayern Munich.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 10 nanti:

Penjaga gol

Penjaga gol pilihan kami buat minggu ini adalah Jack Butland (Stoke City).

Butland (£4.6) bermain dengan baik bersama Stoke City pada minggu lepas.

Walaupun umurnya baru 22 tahun Butland berjaya membuktikan beliau sudah cukup layak untuk menjadi penjaga gol yang baik seterusnya mewakili England.

Stoke City yang bergelut dengan masalah pertahanan pada awal musim berjaya mendapatkan 2 clean sheet pada dua perlawanan BPL terbaru ini.

Minggu ini Stoke City akan bertemu dengan Watford di Britania Stadium.

Kami yakin skuad bimbingan Mark Hughes mampu mendapatkan kemengan setelah mereka berjaya membuktikan mereka mampu untuk menang 3 perlawanan berturut – turut.

football-stokes-jack-butland-celebrates

Pilihan lain : Boaz Myhill (West Brom, £4.7 ) & Petr Cech (Arsenal, £5.6 )

Pertahanan

Pertahanan dari West Brom, Tottenham dan Arsenal menjadi pilihan kami pada minggu ini.

Siapa sangka West Brom sudah berjaya mencatatkan 5 clean sheet di dalam 9 perlawanan pada musim ini.

Craig Dawson (£5.1) antara pemainnya.

Dawson berjaya mencatatkan 1 goal dan bermain pada semua perlawanan pada musim ini.

Minggu ini West Brom akan menentang dengan pasukan yang bolos 6 goal pada minggu lepas iaitu Norwich City

Jika anda mencari pertahanan yang murah dan efektif, pertahan dari West Brom antara pilihan yang baik.

Jika anda melihat perlawanan antara Arsenal dan Bayern Munich pasti anda perasan betapa pantasnya Hector Bellerin (£5.8).

Seawal umur 20 Bellerin sudah mampu menyerang dan bertahan dengan baik. Beliau sudah mencatatkan 2 assist dan 5 clean sheet bersama Arsenal di dalam liga.

Meskipun Arsenal akan menentang Everton pada minggu ini, kami yakin Arsenal mampu dapatkan clean sheet jika mereka bermain dengan baik seperti mana mereka bermain menentang Bayern Munich tempoh hari.

960

Kami berminat untuk memilih Toby Alderweireld (£5.2) pada minggu ini.

Antara sebabnya adalah kerana pertahanan mereka beraksi cemerlang semasa menentang Liverpool pada minggu lepas.

Minggu ini Tottenham akan menentang Bournemouth dimana Bournemouth gagal untuk mendapatkan sebarang kemenangan di dalam 3 perlawanan setelah ketiadaan pemain tonggak mereka iaitu Wilson dan Gradel.

Pilihan lain : Cameron (Stoke City, £4.5 ) & Alberto Moreno (Liverpool, £4.7 )

Pemain tengah

Alexis Sanchez (£11.5) sekali lagi berjaya menghasilkan gol pada minggu lepas menentang Watford.

Nampaknya beliau sudah berjaya menghasilkan 6 goal di dalam 3 perlawanan terakhir.

Prestasi beliau semasa menentang Bayern Munich juga sangat baik walaupun tidak dapat menyumbang sebarang goal.

Jika minggu lepas kita dapat lihat Phil Jagielka tidak dapat menandingi kelajuan Wayne Rooney, bayangkan pula jika Alexis Sanchez yang menyerang pada kali ini.

4 goal pada minggu lepas sudah cukup untuk mengatakan Wijnaldum (£6.9) berada di dalam pretasi yang terhebat.

Minggu ini Newcastle akan bertemu dengan Sunderland atau lebih dikenali dengan Tyne-Wear derby.

Selain Wijnaldum, Moussa Sissoko (£5.7) juga antara menyinar di dalam perlawanan Newcastle dan Norwich yang berakhir dengan 6 – 2.

Sissoko berjaya mendapatkan 3 assist di dalam perlawanan tersebut.

Dengan prestasi Sunderland yang agak buruk tanpa kemenagan pada musim ini kami yakin Newcastle United dapat membuktikan sesuatu.

sissoko-cropped_1uedlz4oldni31fwcgac90llhz

Ketiadaan David Silva dan Sergio Aguero bukanlah suatu masalah yang besar buat Manchester City.

Manchester City berjaya membuktikan pemain lain mereka juga mempunyai kualiti yang sama.

Kevin De Bruyne (£10.5) dan Raheem Sterling (£8.8) menyinar untuk perlawanan menentang Sevilla dan Bournemouth.

Minggu ini Manchester City akan bertemu dengan Manchester United di dalam Manchester Derby.

Pilihan lain : Yohan Cabaye (Crystal Palace, £6.9 ) & Mesut Ozil (Arsenal, £8.5 )

Penyerang

Suatu kerugian besar jika anda tidak mempunyai Jamie Vardy di dalam pasukan FPL anda.

Dengan harga sekadar £7.0, Vardy sudah berjaya menjaringkan 9 goal dan 1 assist pada musim ini.

Maksudnya purata goal beliau ada sejajar dengan bilangan perlawanan iaitu 9 goal di dalam 9 perlawanan.

Jika anda masih kurang yakin dengan Vardy, rekod ini menceritakan segalanya.

CRwCBvHUkAACadR (1).jpg-large

Pada minggu ini Leicester akan menjadi tuan rumah kepada Crystal Palace, pasukan yang tewas di halaman sendiri dengan West Ham pada dengan keputusan 1 – 3.

Saido Berahino juga antara penyerang yang mempunyai rekod yang baik ketika ini.

Berahino telah berjaya menjaringkan 2 goal di dalam 3 perlawanan.

Minggu ini West Brom akan melawat ke Carrow Road untuk menentang Norwich.

Norwich yang kini mempunyai masalah semasa bertahan dimana Norwich telah melepaskan 10 goal di dalam 3 perlawanan sedikit sebanyak membuatkan peluang untuk West Brom untuk dapatkan goal lebih tinggi.

Pilihan lain : Anthony Martial (Manchester United, £8.4 ) & Olivier Giroud (Arsenal, £8.7)

 

 

The post Previu Fantasy Premier League: Minggu 10 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Perlawanan Akhir AFC Liga Juara-Juara Asia 2015

AFC Liga Juara-Juara Asia 2015 atau AFC Champions League 2015 semakin menuju ke saingan kemuncaknya dengan 2 kelab iaitu Al-Ahli dari UAE dan Guangzhou Evergrande FC dari China bakal bertemu pada perlawanan akhir yang akan diadakan secara timbal balik. Perlawanan Akhir Pusingan Pertama akan diadakan pada 7 November 2015 di Stadium Al-Rashid, Dubai, UAE manakaa Perlawanan Akhir Pusingan Kedua pula akan berlangsung di Stadium Tianhe, Guangzhou, China. Pemenang ditentukan melalui keputusan agregat, kelebihan gol di tempat lawan ataupun penentuan sepakan penalti. Pasukan yang merangkul kejuaraan akan mewakili pasukan Zon AFC ke saingan Piala Kelab Dunia 2015 di Jepun pada Disember 2015 akan datang.  

Kedua-dua pasukan ini berjaya melangkah ke perlawanan akhir hasil kemenangan tipis agregat ke atas lawan masing-masing. Al-Ahli menewaskan kelab Arab Saudi Al-Hilal degan kelebihan agregat 4-3 manakala Guangzhou Evergrande FC pula menewaskan kelab Gamba Osaka dari Jepun dengan agregat 2-1. Pasukan Al-Ahli yang dibimbing oleh Pengurus Romania, Cosmin Olaroui pastinya akan memanfaatkan aksi pertama di gelanggang sendiri dengan mencari bekalan gol yang selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan. Namun saingan Guangzhou Evergrande FC yang dibimbing oleh Pengurus berpengalaman dari Brazil, Luis Felipe Scolari pastinya mempunyai perancangan strategi dan taktikal bagi mencapai keputusan terbaik di gelanggang lawan dan membawa bekalan selesa dalam perlawanan kedua di gelanggang sendiri. 

Bual Sukan percaya, kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang yang seimbang dan tidak mustahil perlawanan bakal berlarutan ke aksi yang dramatik. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya mempunyai kelebihan dan peluang untuk muncul juara edisi 2015 kali ini. Semoga peminat bola sepak dapat menyaksikan saingan perlawanan akhir yang berkualiti daripada kedua-dua pasukan ini.     

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Analisis Taktikal Arsenal 2-0 Bayern Munich (UEFA Champions League 2015/2016)

Salah seorang penulis kami, Axello Tacts telah membuat analisisnya sendiri untuk perlawanan ini di fanpage nya.

Jadi kami ingin mengambil pendekatan berbeza untuk menganalisis taktikal kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini.

Daripada menganalisis perlawanan ini secara umum, kami ingin menjawab 5 soalan popular yang pasti akan ditanya oleh peminat bola sepak yang menonton 90 minit perlawanan ini.

1. Mengapa Bayern Munich berjaya mendapat sehingga 69% penguasaan bola?

Arsenal bermula dengan sistem dan formasi kebiasaan, 4-2-3-1/4-4-1-1.

Menentang majoriti pasukan di England, Arsenal biasanya akan boleh mendapat sehingga lebih 60% penguasaan bola.

Tetapi ketika menentang Bayern semalam, Arsenal hanya memperolehi 31% penguasaan bola. Mengapa?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu berbalik kepada peristiwa kekalahan 0-6 Arsenal kepada Chelsea di Stamford Bridge dan 1-5 kepada Liverpool di Anfield dalam musim liga 2013/2014.

Dalam 2 perlawanan ini, Arsenal sentiasa lapar untuk memburu penguasaan bola.

Mereka bermain dengan garisan defensif yang tinggi. Pantas memberikan tekanan kepada pemain lawan.

Tetapi mudah dihukum Chelsea dan Liverpool dalam serangan balas.

Sejak 2 kekalahan memalukan ini, Arsene mula menyediakan pelan B untuk pasukannya. Pelannya adalah: berikan bola kepada pasukan lawan.

Minit 1′ – 25′

Pada 25 minit pertama, Arsenal kerap memberikan tekanan (pressing) kepada pemain Bayern yang mempunyai bola, terutamanya Ozil dan Alexis.

Ozil dan Alexis kerap kali meninggalkan posisi mereka untuk memberikan tekanan kepada Jerome Boateng dan Xabi Alonso. Siapa kata Ozil malas?

Alexis juga kerap kali dilihat memberi isyarat tangan kepada Aaron Ramsey, Santi Cazorla dan Francis Coquelin untuk naik memberikan tekanan kepada pemain Bayern.

arsenal1

Sistem pressing Arsenal vs sistem pressing Bayern a.k.a gegenpressing

Tetapi tekanan (pressing) yang diberikan oleh Ozil dan Alexis tidak membawa apa-apa masalah kepada Bayern kerana Coquelin dan Cazorla tidak menyokong tekanan mereka.

Sebaliknya Coquelin dan Cazorla lebih memilih untuk kekal kompak dan padat untuk melindungi Per Mertesacker dan Laurent Koscielny di tengah.

Jika kita bandingkan tekanan yang dibuat oleh Arsenal dengan Bayern, Bayern nyata lebih efektif.

Sistem tekanan Bayern (dipanggil gegenpressing atau counter-pressing) dilaksanakan oleh semua pemain Bayern. Bukan seorang dua sahaja seperti Arsenal.

Arsenal sukar mengeluarkan bola dari kawasan kubu mereka apabila gegenpressing Bayern berfungsi.

Itulah sebabnya Bayern memiliki sehingga 70% penguasaan bola pada 25 minit pertama.

arsenal4

Hanya sekali sahaja sistem gegenpressing Bayern tidak menjadi. Ia berlaku pada minit 32′.

Entah macam mana, Alexis yang dikepung oleh 5 pemain Bayern berjaya melepasi gegenpressing Bayern.

Ini menyebabkan Ozil dan Monreal secara tiba-tiba mempunyai ruang di sebelah kiri.

Monreal membuat hantaran lintang kepada Walcott yang menunggu di dalam kotak penalti.

Tetapi seperti Alexis, Manuel Neuer juga istimewa. Entah macam mana, beliau berjaya menyelamatkan tandukan Walcott.

Minit 25′ dan seterusnya

Selepas minit ke 25′, Arsenal sudah mula mengurangkan tekanan kepada pemain Bayern yang mempunyai bola.

Sebaliknya mereka lebih berminat untuk mengekalkan struktur defensif mereka.

4 pemain tengah dan 4 pemain pertahanan Arsenal membentuk 2 blok defensif yang kompak dan padat.

arsenal3

Pertukaran strategi pertahanan ini menyebabkan Bayern lebih selesa memegang bola.

Tetapi ia membuatkan pertahanan Arsenal menjadi lebih kukuh. Terutamanya di tengah, kawasan 2 pemain Bayern paling berbahaya – iaitu Thiago dan Vidal – beroperasi.

Malah kebanyakan hantaran yang dilakukan oleh Alonso, Boateng dan Alaba adalah hantaran ke tepi (sideways) yang tak berbahaya.

Ketika ini, Ozil dan Alexis dilihat telah bertukar posisi. Kami tak pasti sama ada ia arahan Wenger atau dirancang oleh mereka sendiri.

Tetapi ketika ini, Alexis dilihat lebih banyak berlegar di tengah. Ozil pula di sebelah kiri.

arsenal5

2. Mengapa Bayern mudah diserang balas oleh Arsenal? Bukankah mereka dah buat gegenpressing?

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu tahu kekuatan Arsenal:

  • Boleh passing dengan tempo yang tinggi (laju).
  • Mempunyai pemain yang laju seperti Walcott, Alexis, Ozil, Bellerin dan Monreal.

2 kekuatan ini jika diaplikasikan dalam taktikal serangan balas (counter attack), ia mampu merobek mana-mana sistem pertahanan pasukan.

Dengan pemain-pemain yang mempunyai kualiti teknikal yang tinggi, Arsenal boleh passing dengan tempo yang laju.

Jika anda melaksanakan strategi sama kepada pemain yang lemah teknikalnya, counter attack pasukan anda akan gagal dengan sendirinya.

Kemudian dengan pemain yang laju, Arsenal boleh membuat hantaran ke ruang di belakang Boateng dan Alaba.

Sebab itulah Wenger memilih Walcott sebagai penyerang pilihan utamanya.

Dan melalui kelajuan Bellerin, beliau dapat melancarkan serangan balas dan membolehkan Arsenal mendapat gol kedua.

3. Mengapa Robert Lewandowski dan Thomas Mueller ‘senyap’ dalam perlawanan itu?

Jawapan kepada soalan ini ada kena-mengena dengan gambar di bawah.

Robert-Lewandowskis-touches-Most-of-them-are-far-away-from-the-box

Gambar di atas menunjukkan posisi Lewandowski ketika menerima bola daripada rakan sepasukannya.

Seperti yang anda dapat lihat, kebanyakan hantaran yang diterima oleh Lewandowski adalah di luar kotak penalti.

Sedangkan beliau adalah penyerang klasik. Pemain no.9 klasik. Bukannya false nine.

Dalam teori taktikal, false nine sentiasa bermain dengan false ten. Dan dalam perlawanan ini, siapa yang menjadi false ten Bayern? Kami memperkenalkan kepada anda: Arturo Vidal.

arsenal6

Pada pendapat kami, Guardiola mungkin mahu mengelirukan Mertesacker (sama ada untuk mengawal Lewandowski atau Vidal). Tetapi kredit kepada Mertesacker kerana tidak termakan dengan muslihat Guardiola.

Mueller pula terpinggir di sayap sebelah kanan. Di antara semua pemain Bayern yang bermain 90′, Mueller adalah pemain yang menerima pass paling sedikit, iaitu 32.

Mengapa Mueller menerima pass paling sedikit? Kami akan jawab dalam soalan ke-4 kerana ia ada kena-mengena dengan punca Bayern sukar menembusi pertahanan Arsenal.

4. Apakah punca Bayern sukar tembus pertahanan Arsenal?

Satu aspek serangan yang jarang dieksploit oleh Bayern dalam perlawanan itu adalah serangan melalui kawasan sayap.

Ya, Bayern banyak menggunakan servis Douglas Costa untuk menyerang melalui kawasan sayap. Ya, Costa beberapa kali menewaskan Hector Bellerin dalam situasi 1 lawan 1.

Tetapi kekurangan larian overlapping daripada Juan Bernat di sebelah kiri dan Philip Lahm (kemudian Rafinha) di sebelah kanan menyebabkan pertahanan Arsenal agak selesa.

Pertahanan yang kompak dan padat mungkin kebal daripada serangan dari tengah. Tetapi ia boleh dikucar-kacirkan dengan serangan melalui kawasan sayap.

Ia tidak menjamin gol. Tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menguji kebolehan Mertesacker dan Koscielny bertarung di udara dengan Lewandowski.

Dalam perlawanan tersebut, Bernat hanya membuat 2 hantaran lintang. Manakal Lahm hanya membuat 4 hantaran lintang. Kesemuanya berjaya dikeluarkan pertahanan Arsenal.

Kemudian, walaupun Costa banyak menewaskan Bellerin dalam situasi 1 lawan 1, kebanyakan hantaran lintang beliau tidak berkualiti dan mudah ditangani oleh pertahanan Arsenal.

Kami berpendapat kekurangan serangan daripada kawasan sayap dan larian overlapping daripada Bernat dan Lahm membuatkan Bayern sukar menembusi pertahanan Arsenal.

Itu juga punca mengapa Mueller sangat ‘senyap’ dalam perlawanan tersebut.

5. Apakah impak kemasukan Olivier Giroud?

Seperti yang kami beritahu tadi, penyerang seperti Giroud tidak sesuai bermain menentang pasukan yang boleh menguasai bola dan bermain dengan garisan defensif tinggi seperti Bayern.

Ini kerana Giroud tidak mempunyai kelajuan untuk mengeksploit ruang besar di belakang Boateng dan Alaba.

Tetapi dengan Giroud, Petr Cech akhirnya mempunyai outlet dan target yang boleh disasarkan daripada sepakan golnya.

Dari segi teori, Arsenal mungkin tidak mampu mengeksploit ruang di belakang Boateng dan Alaba lagi.

Tetapi dengan ketinggian dan kemahiran teknikal Giroud, Arsenal boleh menjadikan sepakan gol Cech sebagai cara untuk meredakan tekanan yang dihadapi jentera pertahanan mereka.

arsenal7

Malah kemasukan Giroud memberi ancaman udara (aerial threat) kepada sepakan percuma dan sepakan sudut Arsenal. Dan itulah cara Arsenal mendapat gol pertama.

Baca juga: Bagaimana Taktikal Bayern Munich Berfungsi?

The post Analisis Taktikal Arsenal 2-0 Bayern Munich (UEFA Champions League 2015/2016) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Buku bertemu ruas, Lewandowski bertemu Cech.

Hnssssssss

Dah lama tak tulis pakai nombor.

1. Saya menonton perlawanan Arsenal dan Bayern Munich di rumah. Tidak perlu rasanya untuk keluar menonton di kedai-kedai mamak bagi sebuah perlawanan yang sudah pasti menang. Cukuplah kegembiraan yang sedikit itu diraikan sorang-sorang.

2. Wenger menurunkan sebelas pemain yang rata-rata menunjukkan wajah yang ceria, tanpa tekanan, dan tenang sahaja sepanjang perlawanan. Saya difahamkan mereka sudah 3 hari tidak training dan bersikap acuh tak acuh sahaja menjelang hari perlawanan ini. Malah, ada antara pemain yang pergi masat, main snuker, dan main motor sahaja seolah-olah kerja mereka bukanlah pemain bolasepak.

3. Ulasan perlawanan. Arsenal bermain dengan sangat baik memandangkan Bayern Munich ialah satu kelab yang senang-senang saja Arsenal boleh makan. Pada separuh masa pertama, Arsenal kekadang membiarkan sahaja Bayern main passing sesama sendiri. Kekadang Arsenal test keeper. Tindakan itu diulangi sehinggalah tamat separuh masa pertama.

4. Sebenarnya, tiada yang menarik pun dalam perlawanan ini. Keputusan mengeluarkan Walcott lalu digantikan dengan Giroud adalah dijangka. Menjaringkan satu lagi gol di saat akhir bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi Arsenal. Juga sudah dijangka. Tambah-tambah saya kurang memberi perhatian kepada perlawanan tetapi lebih banyak meluangkan masa untuk mengenalpasti mana satukah pemain yang bernama Lewandowski.

5. Hal ini adalah demikian kerana ramai yang memberi amaran pemain yang bernama Lewandowski itu sangat berbahaya. Kononnya mampu merobek jaring lebih dari 3 gol dalam satu perlawanan dan tidak mengenal erti kasihan. Ini menjadikan drama luar padang begitu menarik apabila majoriti peminat bola menjangka pemain yang bernama Lewandowski akan melayan Arsenal seperti kelab-kelab lain. Mereka silap. Saya ulangi di sini, mereka silap.

6. Kesudahannya, pemain yang saya tidak kenal itu gagal memaksa saya untuk mengenalinya kerana dia gagal membuat saya memberi perhatian kepadanya. Tengok sorang player Bayern, nampak bodoh. Tengok sorang lagi, pun sama bodoh. Tiada beza dah Lewandowski ke, Xabi ke, Lahm ke.

7. Sebelum perlawanan, tanyalah kepada peminat-peminat bola, siapa yang akan menang. 9 dari 10 menjangkakan Bayern Munich termasuklah sesetengah peminat Arsenal sendiri. Macam bangsat. Pengecut. Tapi bukan saya.

8. Tidak dilupa, antara yang seronok masa menonton perlawanan ini ialah penonton lebih berdebar semasa Arsenal membuat cubaan berbanding semasa Bayern membuat percubaan. Kerana apa? Ya, kerana mereka memiliki piala tetapi Arsenal lebih menjadi perhatian mereka.

Full time : Arsenal 2-0 Bayern Munich

********

Lewandowski who? Ni awal-awal lagi aku payung Giroud.
Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Bola Sepak : Calon Anugerah Jurulatih Terbaik 2015

Anugerah Jurulatih Terbaik Tahunan FIFA 2015 atau 2015 FIFA World Coach of The Year mengiktiraf pencapaian Jurulatih-Jurulatih pasukan sama ada pasukan kebangsaan ataupun pasukan kelab. Anugerah Tahunan FIFA ini dijadualkan berlangsung di Zurich Kongreshaus, Switzerland pada 11 Januari 2016 akan datang. Musim lalu menyaksikan Jurulatih Kebangsaan Jerman, Joachim Loew yang berjaya membimbing pasukan kebangsaan Jerman menjuarai Kejohanan FIFA Piala Dunia 2014 Brazil merangkul Anugerah Jurulatih Terbaik Tahunan FIFA 2014 menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Carlo Ancelotti (Real Madrid) dan Diego Simeone (Atletico Madrid). 

FIFA telah mengumumkan 10 calon Jurulatih yang bakal bersaing merebut anugerah ini. Bual Sukan percaya setiap Jurulatih yang telah dinamakan oleh FIFA ini memberikan sumbangan yang signifikan kepada pasukan kebangsaan mahupun pasukan kelab masing-masing. Senarai pendek 3 Ketua Jurulatih yang bakal merebut Anugerah Jurulatih Terbaik Tahunan FIFA 2015 akan diumumkan pada 30 November 2015. Berikut adalah senarai 10 Ketua Jurulatih yang telah diumumkan oleh FIFA untuk anugerah ini :
Embedded image permalink

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Taktikal Bayern Munich 2015/2016: Bagaimana Mereka Bermain?

Bercakap mengenai Pep Guardiola, ramai yang menganggap beliau gemarkan tiki-taka dan bola sepak hantaran pendek.

Bagi kami, inilah salah faham yang paling banyak peminat bola sepak lakukan.

Di bawah kendalian Guardiola, Bayern Munich adalah pasukan paling versatil di dunia ketika ini.

Ketika kemenangan 3-0 menentang Mainz 05 pada 26 September 2015 lepas, Bayern menyerang dengan hantaran pendek.

Tetapi ketika kemenangan 5-1 menentang Borussia Dortmund, Bayern menyerang dengan hantaran panjang.

Tetapi di sebalik perbezaan antara dua perlawanan ini, falsafah bola sepak Bayern masih sama. Mereka:

  1. Bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi
  2. Pemain mereka versatil dan boleh bermain dalam banyak posisi
  3. Sentiasa mengadaptasi taktikal mereka untuk mendedahkan kelemahan taktikal pasukan lawan
  4. Menggunakan peraturan 15 hantaran untuk menyusun organisasi serangan dan pertahanan

Bermain dengan defensive line yang tinggi

Seperti pasukan Barcelona kendalian Pep Guardiola dulu, Bayern gemar bermain dengan garisan defensif (defensive line) yang tinggi.

Bagi sesetengah pasukan, bermain dengan garisan defensif yang tinggi umpama menempah maut. Pasukan anda akan meninggalkan ruang yang sangat besar di belakang pertahanan tengah.

Dan ruang ini boleh dieksploit oleh penyerang yang laju dalam serangan balas.

Inilah yang berlaku ketika Bayern kalah kepada Vfl Wolfsburg (1-4) dan Borussia Monchengladbach (0-2) pada musim lepas.

Untuk mengelak penyerang pihak lawan mengeksploit ruang yang besar di belakang pertahanan tengah mereka, Bayern akan:

  1. Melakukan counter-pressing (atau gegenpressing) setiap kali mereka kehilangan bola.
  2. Memastikan ada sekurang-kurangnya 1 pertahanan tengah laju (Jerome Boateng, Mehdi Benatia dan kadangkala Juan Bernat juga).
  3. Memberi kebebasan kepada Manuel Neuer untuk menjadi sweeper (last man).

Baca: Pengenalan Kepada Taktik Gegenpressing

Pemain versatil

Dalam skuad Bayern, mereka mempunyai banyak pemain versatil.

David Alaba boleh bermain sebagai pertahanan tengah, bek kiri dan pemain tengah. Philip Lahm boleh bermain sebagai bek kanan, pemain sayap dan pemain tengah.

Pep Guardiola perlu berterima kasih kepada Marcelo Bielsa kerana mengajar Javi Martinez – seorang defensive midfielder – cara bermain sebagai pertahanan tengah semasa di Athletic Bilbao dulu.

Di Bayern, Thiago pernah bermain sebagai pemain tengah, defensive midfielder dan pemain sayap.

Manakala Mario Goetze pula sudah mencipta nama sebagai pemain sayap klasik.

Jika dulu beliau terkenal sebagai inverted winger dan attacking midfielder, kini Goetze kerap berlari berhampiran dengan garisan tepi padang sebelah kanan.

Mengadaptasi taktikal untuk eksploit kelemahan lawan

Di bawah kendalian Pep Guardiola, Bayern menjadikan bola sepak seperti perlawanan catur. Mereka tiada formasi kegemaran.

Sebaliknya, scouting team Bayern akan menganalisis taktikal pasukan lawan.

Dan Guardiola akan mengubah taktikal Bayern supaya mereka dapat mengeksploit kelemahan taktikal pasukan lawan.

Keversatilan pemain-pemain Bayern seperti Alaba, Lahm, Thiago, Mueller dan Goetze membolehkan Bayern menukar formasi dan sistem permainan mereka mengikut situasi perlawanan.

Tetapi secara kasarnya, Bayern akan bermain dengan 3 pertahanan tengah jika mereka menentang pasukan yang menggunakan 2 penyerang.

Ini adalah untuk mencipta situasi 3 lawan 2 di bahagian pertahanan Bayern.

Jika mereka menentang pasukan yang menggunakan 1 penyerang, mereka akan bermain dengan 2 pertahanan tengah.

Taktikal vs Borussia Dortmund (4 Oktober 2015)

Ketika menentang Bayern, Dortmund bermula dengan formasi 4-3-1-2. Pierre Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan mengetuai jentera serangan Dortmund.

Melihat Dortmund yang bermain dengan 2 penyerang, Bayern menggunakan formasi 3-4-3/3-3-1-3.

bayern-5-1-dortmund-semuanya-bola

Apabila sistem 4-3-1-2 Dortmund bertembung dengan sistem 3-3-1-3 Bayern, situasi di jentera tengah menjadi pertarungan 4 lawan 4.

Tiada pemain tengah yang benar-benar bebas untuk menguasai perlawanan.

Satu-satunya pemain yang bebas adalah Jerome Boateng (bagi Bayern) dan Mats Hummel (bagi Dortmund).

Menyedari Boateng adalah satu-satunya pemain yang bebas daripada tekanan mana-mana pemain Dortmund, Guardiola mengarahkan Boateng untuk melancarkan hantaran-hantaran jauh (long balls) ke ruang di belakang Mats Hummel dan Sven Bender (yang bermain sebagai pertahanan tengah ketika itu).

Long balls yang dilancarkan oleh Boateng ini kemudiannya akan dikejar oleh Robert Lewandowski dan Thomas Mueller.

Menyedari taktikal yang dilakukan oleh Guardiola ini, Thomas Tuchel menukar formasi Dortmund kepada 4-2-3-1.

Guardiola pula bertindak balas dengan menukar formasi pasukannya kepada 4-2-3-1.

Amat menakjubkan apabila anda melihat Bayern bertukar daripada sistem 3 at the back kepada sistem 4 at the back tanpa sebarang pertukaran pemain.

Bayern menang 5-1 dalam perlawanan tersebut.

Taktikal vs Werder Bremen (17 Oktober 2015)

Werder Bremen vs Bayern Munich - Football tactics and formations

Menentang Werder Bremen yang bermain dengan formasi 4-5-1 pula, Bayern menampilkan formasi 4-1-4-1 pula.

Alaba dan Boateng berpasangan sebagai pertahanan tengah.

Tetapi apabila Bayern memegang bola, Xabi Alonso turun berhampiran Boateng. Dan Alaba akan naik menyertai serangan dari bawah.

Alaba sukar dikawal oleh pemain Bremen. Dia berada di mana-mana. Fungsinya dalam sistem ini hampir sama dengan fungsi Franz Beckenbauer, Klaus Augenthaler dan Mathias Sammer:

  • bebas menyerang ketika pasukannya mempunyai bola.
  • tetapi pantas turun sebagai pertahanan tengah sebaik sahaja Bayern kehilangan bola.

Thiago bermain di sayap kiri. Mueller pula bermain di sayap kanan. Tetapi kedua-duanya tidak bermain sebagai pemain sayap klasik. Sebaliknya mereka menjadi pemain tengah.

Thiago dan Mueller hanya berada di kawasan sayap bila Bayern kehilangan bola.

Bayern menang 1-0. Dan mereka mempunyai 81% penguasaan bola.

Peraturan 15 Hantaran

Dalam buku Pep Confidential tulisan Marti Perarnau, Guardiola ada memperkenalkan Peraturan 15 Hantaran.

Menurut Guardiola, Peraturan 15 Hantaran membolehkan pasukan beliau menyerang dan mempunyai organisasi pertahanan yang kukuh pada masa yang sama.

“Tanpa 15 hantaran ini, adalah mustahil untuk membuat transisi daripada bertahan kepada menyerang.”

“Dengan Peraturan 15 Hantaran, anda boleh menyusun organisasi pertahanan pasukan anda. Dan dalam pada masa yang sama, anda boleh merosakkan organisasi pasukan lawan.”

“Bagaimana untuk merosakkan organisasi pasukan lawan? Dengan 15 hantaran pendek yang laju dan kemas.”

“Pemain anda perlu bekerjasama dalam satu unit. Dan mereka perlu meluaskan padang untuk stretch (rosakkan) pasukan lawan.”

“Ini kerana ketika anda melaksanakan Peraturan 15 Hantaran, pemain pasukan lawan akan mengejar pemain anda untuk merampas bola.”

“Tanpa mereka sedari, organisasi pasukan mereka akan rosak.”

Guardiola menjelaskan Peraturan 15 Hantaran memudahkan pasukannya melaksanakan counter-pressing atau gegenpressing.

“Jika pemain anda hilang bola selepas melaksanakan Peraturan 15 Hantaran pun, pemain yang dapat merampas bola itu akan berseorangan dan dikelilingi pemain anda.”

“Ini memudahkan pasukan anda untuk merampas kembali bola dan menghalang mereka untuk menyerang.”

Apa maksud Guardiola?

Kami ambil contoh ketika Bayern menentang Mainz 05 pada 26 September 2015 lepas.

Seperti yang kami beritahu sebelum ini, Bayern gemar bermain dengan garisan defensif yang tinggi.

Dan seperti yang anda sudah maklum, bermain dengan garisan defensif yang tinggi ada bahayanya.

Untuk mengurangkan bahaya ini, Guardiola mencadangkan Peraturan 15 Hantaran.

Katakan pasukan anda mendapat bola dari bawah seperti ini:

bayern-peraturan-15-hantaran-1

Idea Guardiola adalah pasukan anda perlu melaksanakan Peraturan 15 Hantaran untuk bermain dengan garisan defensif yang tinggi seperti ini:

bayern-peraturan-15-hantaran-2

Dengan Peraturan 15 Hantaran, pasukan anda mempunyai organisasi yang tersusun untuk melaksanakan counter-pressing sekiranya pasukan anda hilang bola.

Baca juga: Taktikal AS Roma 2015/2016: Bagaimana Mereka Bermain?

The post Taktikal Bayern Munich 2015/2016: Bagaimana Mereka Bermain? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA