HIMPUNAN JERSI MERAH SELAMAT MARUAH BANGSA INGGERIS

Mengharap kepada pasukan lemah dan tiada tradisi sebagai wakil bangsa inggeris ke peringkat eropah samalah seperti mengharap kepada pasukan Liverpool menjadi juara liga inggeris. Kita boleh biarkan mereka mencuba tapi jangan harap mereka berjaya.

Kekalahan Chelsea dan Arsenal benar-benar membangkitkan kemarahan Queen E kerana memalukan maruah bangsa inggeris di pentas eropah. Queen E terus mencadangkan hanya pasukan Manchester United sahaja dibenarkan menjadi wakil tetap bangsa inggeris ke eropah, mujur FA England tidak membenarkan campurtangan istana dalam pengurusan bolasepak mereka.

Kalau tidak…

Bermain dipentas eropah ini bukan untuk semua pasukan boleh. Kau letak la Costa ke, Sanchez ke atau Fabregas dan Pedro, kalau setakat boleh berbahasa Spanish bersama, tak kemana. Kalau pasukan kau hebat, tak perlu semua itu. Tengok Manchester United, hantar Smalling aje untuk jaringkan gol. Bertahan pun dia, jaringkan gol kemenangan pun dia. Hilang amarah Queen E bila bangsa inggeris baju merah menyelamatkan keadaan.

Tapi bagus juga idea Queen E tu. Sepatutnya hanya pasukan teratas liga saja layak ke eropah. Pasukan nombor 1. Ini no. 5 pun nak pergi, no 14 pun sesama sibuk!

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Senarai Tempat Wifi Free di Johor

Senarai Tempat Wifi Free di Johor

Pelancaran ini akan diadakan pada 30 Aug 2015 bermula jam 10:30 Malam di Dataran Bandaraya Johor Bahru. 135 rangkaian Hotsport percuma akan disediakan diseluruh negeri JOHOR. Terima Kasih kerajaan JOHOR atas apa yang telah mereka lakukan untuk rakyat JOHOR. Kami berasa bangga menjadi anak JOHOR.

Berikut adalah Daerah dan kawasan yang terlibat.

•Majlis Bandaraya Johor Bahru – 13
•Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah – 14
•Majlis Perbandaran Pasir Gudang – 2
•Majlis Perbandaran Batu Pahat – 11
•Majlis Perbandaran Kulaijaya – 9
•Majlis Perbandaran Kluang – 5
•Majlis Perbandaran Muar – 7
•Majlis Daerah Kota Tinggi – 8
•Majlis Daearah Labis – 2
•Majlis Daerah Mersing – 7
•Majlis Daerah Pontian – 9
•Majlis Daerah Segamat – 5
•Majlis Daerah Simpang Renggam – 2
•Majlis Daerah Tangkak – 4
•Majlis Daerah Yong Peng – 5
•Lembaga Bandaran Johor Tenggara – 7
•Projek Perumahan Rakyat – 25
Johor DT

Bola Sepak : Nama Gelaran 32 Pasukan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau 2015/16 UEFA Champions League sedang berlangsung dengan 32 pasukan bersaing serta berusaha mencapai keputusan terbaik masing-masing bagi mencerahkan laluan ke pusingan 16 terbaik. Pasukan FC Barcelona daripada Sepanyol yang juga juara bertahan pastinya akan berusaha sekali lagi mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu cabaran untuk mengekalkan kejuaraan pastinya bukan mudah dengan saingan kelab-kelab lain yang pastinya menjadikan saingan musim ini semakin kompetitif. 32 pasukan yang bersaing ini pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing. Dengan perancangan strategi, taktikal serta formasi yang baik menjadi oleh Pengurus masing-masing pastinya akan membawa kejayaan kepada pasukan masing-masing.

Bual Sukan percaya, dengan kerancakan saingan kumpulan ini, pastinya penyokong masing-masing mengharapkan kejayaan menyebelahi pasukan kesayangan mereka dan pasukan mereka berjaya meneruskan kemaraan lebih jauh pada saingan kali ini. Berikut adalah nama gelaran 32 pasukan yang bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 ini :

KUMPULAN A
PSG : Les Rouge-Et-Blues (The Red and Blue), Les Parisiens (The Parisians)

Real Madrid : Los Blancos (The Whites), Los Merengues, Los Vikings (The Viking)

Shakhtar Donetsk : Hirnyky (The Miners), Kroty (The Moles)

Malmo FF : Di Blae (The Blues), Himmelsblatt (The Sky Blues)

KUMPULAN B
PSV Eindhoven : Boeren (Peasants), Lempkes (Light Bulbs), Philips, Rood-witten (Red & Whites) 

Manchester United : The Red Devils

CSKA Moskva : Koni (Horses), Krasno-sinie (Red-Blues), Armeitsy (Militarians)

VfL Wolfsburg : Die Wolfe (The Wolves)

KUMPULAN C
Benfica : Aguias (Eagles), Encarnados (Reds), Glorioso (Glorious)

Atletico Madrid : Colchoneros (Mattressers), Rojiblancos (Red & Whites), Atleti, Indios (Indians)

Galatasaray : Cim-Bom

Astana FC : The Blue & Yellows

KUMPULAN D
Juventus : La Vecchia Signora (The Old Lady), La Fidanzata d’Italia (The Girlfriend of Italy), I bianconeri (The White-Blacks), Le Zebre (The Zebras), La Signora Omicidi (The Killer Lady), La Goeba (Gallo-Italic for: Hunchback)

Manchester City : City, The Citizens, The Sky Blues

Sevilla : Sevillistas, Los Rojiblancos (The Red and Whites), Los Nervionenses (The Ones fromNervión), El Grande de Andalucía (The Great of Andalusia)

Borussia Monchengladbach : Die Fohlen (The Foals), Die Borussen (The Borussians)
KUMPULAN E
FC Barcelona : Barça or Blaugrana (team), Culés or Barcelonistas (supporters), 
Blaugranes or Azulgrans (supporters)

Bayer Leverkusen

AS Roma : i Giallorossi (The Yellow-Reds), La Maggica (The Magic One), i Lupi (The Wolves)

BATE Borisov 
KUMPULAN F
FC Bayern Munich : Der FCB (The FCB), Die Bayern (The Bavarians), Stern des Südens (Star of the South), Die Roten (The Reds), FC Hollywood

Arsenal : The Gunners

Olympiakos : Thrylos (The Legend), Erythrolefkoi (The Red-Whites), Kokkinoi (The Reds),
  • Dafnostefanomenos (The laurel-crowned)
 
Dinamo Zagreb : ModriPlavi (The Blues)
KUMPULAN G
Chelsea : The Blues, The Pensioners

FC Porto : Dragões (Dragons), Azuis e brancos (Blue & whites)

Dynamo Kyiv

Maccabi Tel Aviv : Maccabi, The Yellows

KUMPULAN H
Zenit : Sine-Belo-Golubye (The Blue-White-Sky Blues), Zenitchiki (The Anti-aircraft Gunners)

Valencia : Los Che, Els Taronges (The Oranges), Valencianistes, Les rates penades (The Bats)

Lyon : Les Gones (The Kids)

KAA Gent : De Buffalo’s (The Buffalos)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Johor Dt Masih Berpeluang

Tanpa kelibat penyerang Luciano Figueroa buat kedua-dua perlawnan separuh akhir tersebut, JDT ternyata tumpul di jentera serangan.

Dalam 30 minit pertama, benteng pertahanan skuad Harimau Selatan menjalankan tugas masing-masing dengan disiplin untuk menghalang pemain Qadsia daripada memecahkan kebuntuan.

Penyerang pasukan rumah Doris Fuakumputu kerap mencemari pintu gol JDT dan hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi tanndukan sepakan sudut tetapi ia gagal melepasi kapten JDT Safiq Rahim di tiang gol.

Kemudian, Doris sekali lagi mendapat peluang menerusi kesilapan benteng pertahanan untuk menanduk bola ke arah pintu gagal tetapi hanya mampu menggegarkan tiang gol.

Sepakan sudut ketiga dalam 4 minit membuahkan hasil buat Qadsia, kali ini menerusi kesilapan Gary Steven Robbat yang gagal mempertahankan Doris daripada menanduk bola ke dalam gawang.

Lima minit kemudian, pemain Qadsia mula menemui rentak dan mempamerkan pergerakan licik serta hantaran kemas sebelum mencabar penjaga gol Mohd Izham Tarmizi tetapi peluang gagal dimanfaatkan.

Pada minit ke-40, asakan pertahanan Aidil Zafuan memaksa pengadil memberi sepakan penalti kepada pasukan rumah yang disempurnakan kapten Bader Al-Mutawa.

Bersambung babak kedua, pasukan Kuwait mengambil kesempatan ke atas keruntuhan benteng pertahanan JDT pada minit ke-57 menerusi Seydouba Soumah yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang mudah melepasi Izham Tarmizi buat kali ketiga.

Perlawanan terus berpihak Qadsia namun penyerang Amri Yahya menyalakan semula harapan JDT menerusi percubaan jauh yang melepasi penjaga gol hmed Al Fahdli yang berada di luar posisinya.

Semestinya, JDT mengharapkan perlawanan kedua di halaman sendiri mampu memberi suntikan semangat kepada pasukan yang sudahpun membuktikan kualiti mereka di pentas Asia.
Johor DT