Bola Sepak : Calon Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik AFC 2015

Anugerah pemain terbaik AFC 2015 mengiktiraf pencapaian pemain yang telah menunjukkan prestasi terbaik untuk pasukan yang mereka wakili sama ada kelab serta negara masing-masing. Pengumuman pemenang Anugerah Tahunan AFC 2015 secara gilang gemilang ini akan diadakan pada 29 November 2015 akan datang di New Delhi, India.

3 pemain bola sepak lelaki serta 3 pemain bola sepak wanita telah disenaraikan untuk merebut anugerah pemain terbaik 2015 bagi kategori masing-masing. Bual Sukan percaya, ketiga-tiga pemain yang disenaraikan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing bagi merebut gelaran Pemain Terbaik AFC 2015 akan datang. Berikut adalah 3 pemain bola sepak lelaki serta 3 pemain bola sepak wanita yang tercalon merebut Anugerah Tahunan 2015 akan datang :

Ahmed Khalil (UAE/Al-Ahli)
Omar Abdulrahman (UAE/Al-Ahli)
Zheng Zhi (China/Guangzhou Evergrande)

Aya Miyama (Jepun/Okayama Yunogo Belle)
Elise Kellond-Knight (Australia/FFC TurbinePotsdam)
Rumi Utsugi (Jepun/Montpellier)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Badminton : Datuk Lee Chong Wei Juara BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015

Pemain Badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya membuktikan sekali lagi bahawa beliau mampu menggalas misi pemburuan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil apabila berjaya merangkul kejuaraan perseorangan lelaki Badminton BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015. Beliau berjaya menewaskan pemain muda China yang semakin meningkat naik iaitu Tian Houwei dengan keputusan 21-16 dan 21-15. Ini adalah kejuaraan kelima beliau bagi tahun 2015 dan yang ketiga dalam BWF Siri Super setelah menjuarai Siri Super Terbuka Perancis 2015 dan Siri Super Terbuka China 2015. Beliau juga berjaya merangkul gelaran dalam Grand Prix Emas Terbuka Kanada 2015 dan Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat 2015.

Lebih manis kejayaan beliau kali ini ialah berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia dari China iaitu Chen Long sekali lagi dalam aksi Suku Akhir yang lalu. Bual Sukan percaya, Datuk Lee Chong Wei mampu mengorak langkah untuk merangkul emas pertama olimpik untuk Malaysia akan datang dengan disiplin serta kesungguhan yang tinggi untuk berjaya yang telah ditunjukkan oleh beliau. Beliau juga seharusnya menjadi antara contoh terbaik kepada pemain-pemain muda yang bakal menjadi pelapis masa depan badminton negara. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau menjuarai BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015.     

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Guangzhou Evergrande Juara AFC Liga Juara-Juara Asia 2015

Jaringan tunggal Elkeson De Olivera Cardoso pada minit ke 54 sudah cukup untuk membawa pasukannya Guangzhou Evergrande muncul juara buat kali kedua AFC Liga Juara-Juara Asia 2015 atau 2015 AFC Champions League dengan kemenangan agregat 1-0 ke atas kelab Al-Ahli dari UAE. Dalam perlawanan pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kemenangan ini nyata memberikan kejayaan manis kepada Ketua Jurulatih pasukan dari China ini iaitu Luis Felipe Scolari yang nyata memberikan kegemilangan kepada pasukannya. 

Dengan kejayaan ini, pasukan Guangzhou Evergrande akan mewakili pasukan AFC ke Kejohanan Piala Kelab Dunia 2015 yang akan berlangsung di Jepun pada Disember 2015 akan datang. Bual Sukan percaya, Luis Felipe Scolari pastinya akan merangka strategi serta perancangan taktikal yang mantap bagi menghadapi saingan di Jepun kelak. Tahniah diucapkan kepada pasukan Guangzhou Evergrande atas kejayaan merangkul gelaran Juara AFC Liga Juara-Juara Asia 2015 ini.
 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Daripada Bintang Muda, Freddy Adu Kini Jual Vaccum Cleaner Untuk Sara Diri

Bekas bintang muda bola sepak Amerika Syarikat Freddy Adu mencuri tumpuan lagi, 12 tahun selepas menjadi atlet Amerika Syarikat paling muda menandatangani kontrak profesional pada umur 14 tahun.

Kali ini pemain Tampa Bay Rowdies dalam North American Soccer League (NASL) atau liga divisyen ke-2 Amerika Syarikat itu dilihat sedang mempromosikan vaccum cleaner di akaun Twitter beliau.

Adu mempromosikan vaccum cleaner jenama Hoover dan memuat naik gambarnya menggunakan vaccum cleaner tersebut.

Ia bukan kerja yang glamour bagi seorang pemain bola sepak, tetapi apa yang penting ia salah satu punca pendapatan bagi Adu selain bola sepak.

Pernah digelar sebagai ‘the next Pele’, karier bola sepak Adu tidak mencapai potensi sebenar selepas gagal mempamerkan peningkatan sepanjang 4 tahun di Benfica.



Selepas Benfica, Adu merantau ke 6 negara – Perancis, Greece, Turki, Brazil, Serbia dan Finland – untuk meneruskan karier profesional bola sepaknya.

Baru berusia 26 tahun, Adu kini bermain di liga divisyen ke-2 Amerika Syarikat dengan gaji USD1,700 (RM7,300) sebulan.

Baca juga: Amerika Syarikat Haramkan Pemain Bawah 10 Tahun Menanduk Bola

The post Daripada Bintang Muda, Freddy Adu Kini Jual Vaccum Cleaner Untuk Sara Diri appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Kejohanan Copa America Centenario 2016 USA

Kejohanan Copa America Centenario 2016 atau 2016 Centennial Copa America akan diadakan di Amerika Syarikat pada 3 hingga 26 Jun 2016 akan datang. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang diadakan bagi menyambut ulangtahun ke 100 penubuhan CONMEBOL serta Kejohanan Copa America di mana buat pertama kalinya ianya dipertandingkan di luar Amerika Selatan. Kejohanan ini juga diadakan sebagai sebahagian daripada perjanjian antara CONMEBOL (Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan) dan CONCACAF (Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean) sebagai edisi khas Copa América (sejak diperkenalkan pada tahun 1916).

Kejohanan ini akan disertai oleh 16 buah negara terdiri daripada 10 pasukan CONMEBOL serta 6 pasukan CONCACAF. 10 pasukan CONMEBOL itu iaialah Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela. 4 pasukan CONCACAF yang telah melayakkan diri ialah Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica dan Jamaica manakala 2 lagi pasukan bakal ditentukan dalam saingan playoffs yang dijadualkan pada 8 Januari 2016 akan datang melibatkan 4 pasukan iaitu Panama bertemu Cuba serta Trinidad and Tobago bertemu Haiti. Bual Sukan percaya, kejohanan ini pastinaya akan digunakan sebaiknya oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian bagi mencari rentak menghadapi Jadual Perlawanan Panjang Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia akan datang.   

Saingan Playoffs
8 Januari 2016
Panama lwn Cuba
Trinidad and Tobago lwn Haiti

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2015

Sepak mula Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2015 akan bermula 20 hingga 22 November 2015 ini bagi saingan peringkat kumpulan. 16 buah pasukan terdiri daripada persatuan bola sepak melayu negeri, kelab serta pasukan jemputan iaitu Singapura mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana 2 pasukan yang muncul sebagai Juara serta Naib Juara Kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir yang akan diadakan secara timbal balas. 

Pasukan juara bertahan edisi 2014, Perlis pastinya sekali lagi akan turun selaku pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki. Namun begitu, cabaran pasukan lain juga pastinya sengit dan mencabar. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan berusaha mencapai keputusan terbaik masing-masing bagi memastikan laluan ke suku akhir lebih cerah. Berikut adalah keputusan perlawanan Kejohanan Piala emas Raja-Raja 2015 :

20 November 2015 (Jumaat)

Negeri Sembilan lwn Melaka (2-0)
Perlis lwn Pulau Pinang (5-0)

Proton lwn PDRM (0-0) 
Kuala Lumpur lwn Singapura (3-1)

Putrajaya lwn ATM
Pahang lwn Perak (5-1)

Selangor lwn Terengganu (2-1)
Kelantan lwn Kedah (1-0)

21 November 2015 (Sabtu)
Pulau Pinang lwn Negeri Sembilan 
Melaka lwn Perlis

Kuala Lumpur lwn Proton
Singapura lwn PDRM 

Putrajaya lwn Pahang
Perak lwn ATM
Kedah lwn Selangor
Terengganu lwn Kelantan

22 November 2015 (Ahad)
Negeri Sembilan lwn Perlis
Melaka lwn Pulau Pinang

Proton lwn Singapura
PDRM lwn Kuala Lumpur

Perak lwn Putrajaya
ATM lwn Pahang

Selangor lwn Kelantan

Kedah lwn Terengganu

* Kemaskini pada 20 November 2015. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Previu Fantasy Premier League: Minggu 13

Minggu ini, 3 daripada 4 pasukan teratas liga akan bermain di halaman lawan.

Hanya Manchester City akan bermain di halaman sendiri. Mereka akan menanti kunjungan Liverpool.

Arsenal akan melawat halaman West Brom dan Leicester melawat Newcastle di St. James Park. Manakala Manchester United akan melawat Vicarage Road untuk menentang Watford.

Penjaga gol



Pilihan: David de Gea (£5.6, Man United), Wayne Hennessey (£4.0, Crystal Palace)

United meneruskan prestasi cemerlang mereka di bahagian pertahanan apabila sudah mencatat 5 clean sheet dalam 6 perlawanan ketika menang 2-0 ke atas West Brom.

Apa yang bagusnya, dalam 6 perlawanan akan datang, United akan tidak akan bertemu pasukan besar (Watford, Leicester, West Ham, Bournemouth, Norwich, Stoke).

Jika anda mahu pilihan yang lebih murah, kami cadangkan Wayne Hennessey yang mencatat 3 clean sheet dalam 6 perlawanan bagi Crystal Palace.

Pertahanan



Pilihan: Chris Smalling (£6.7, Man United), Hector Bellerin (£5.9, Arsenal), Danny Rose (£5.2, Tottenham Hotspur)

Pengurus FPL yang mengikuti tips kami pada minggu 12 pasti gembira dengan pembelian Smalling.

Smalling bukan saja kerap melakukan clean sheet, malah persembahan beliau juga sering diberikan markah bonus. Ketika ini beliau sudah mengumpul 9 mata bonus, kedua tertinggi di liga selepas Aleksandar Kolarov (11).

Minggu ini juga akan menyaksikan kembalinya Hector Bellerin dalam kesebelasan utama Arsenal selepas pulih daripada kecederaan.

Jadi sesiapa yang mahu membeli full back yang banyak mencipta assist, anda boleh membeli Bellerin semula.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba Danny Rose dan Ryan Bertrand (£5.3, Southampton).

Pemain tengah



Pilihan: Gerard Deulofeu (£6.3, Everton), Philippe Coutinho (£8.3, Liverpool), Manuel Lanzini (£5.3, West Ham)

Ketika ini anda pasti pening kepala untuk mencari pengganti Dimitri Payet yang cedera selama 3 bulan. Berdasarkan data statistik, Philippe Coutinho adalah alternatif terbaik anda.

Dengan hanya tambahan £0.3 daripada harga Payet, Coutinho bakal bertemu pasukan sederhana dalam 4 minggu akan datang (Swansea, Newcastle, West Brom, Watford).

Countinho juga sudah menjaringkan 3 gol dalam 4 pertemuan menentang Man City.

Jika anda mahu alternatif yang lebih murah, sila lihat Gerard Deulofeu yang sudah melakukan 4 assists dalam 3 perlawanan terakhir Everton.

Kecederaan Payet juga bermakna, Manuel Lanzini akan menggantikan tugas Payet di tengah. Prestasi Lanzini juga tidak kurang hebatnya dengan 3 gol, 2 assist dan 8 mata bonus.

Oh sudahkah kami beritahu, Ozil wajib berada dalam skuad FPL anda?

Penyerang



Pilihan: Harry Kane (£9.4, Tottenham Hotspur), Olivier Giroud (£8.8, Arsenal), Bafitimbi Gomis (£6.8, Swansea)

Selepas Anthony Martial, terdapat keraguan sama ada Jamie Vardy dapat diturunkan atau tidak.

Jika anda tak mahu mengambil risiko, anda boleh menjual Vardy (ketika ini berharga £7.4) dan mendapatkan penyerang alternatif. Seperti Bafitimbi Gomis.

Gomis mungkin sedang mengalami kemarau gol dalam 8 perlawanan, tetapi menentang Bornemouth di halaman sendiri mungkin dapat mengubah nasibnya.

Jika anda mempunyai bajet, anda boleh beralih kepada penyerang kedua yang paling banyak dibeli pengurus FPL pada minggu ini, iaitu Harry Kane.

Olivier Giroud juga boleh menjadi alternatif yang baik memandangkan Arsenal akan menentang pasukan sederhana dalam 4 minggu akan datang.

Semua orang tahu Giroud hanya menjaringkan gol ketika menentang pasukan sederhana, bukan?

Cadangan kapten: Mesut Ozil (Arsenal), Chris Smalling (Man United), Riyad Mahrez (Leicester)

The post Previu Fantasy Premier League: Minggu 13 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Pakar Sepakan Percuma Terbaik Di Eropah

Laman web WhoScored telah mengeluarkan senarai pakar sepakan percuma di Eropah dan keputusannya di luar jangkaan kami.

Dalam senarai ini, WhoScored hanya mengambil kira pemain-pemain yang:

  1. sudah menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol daripada sepakan percuma dan
  2. sudah mengambil sekurang-kurangnya 20 sepakan percuma
  3. menjaringkan gol sepakan percuma dalam liga sahaja.

Data ini dibekalkan oleh Opta dan dikumpul sejak musim 2013/2014 hingga 16 November 2015.

Berikut adalah 10 pakar sepakan percuma terbaik di Eropah mengikut peratusan gol mereka (conversion rate).

10. Gareth Bale (Real Madrid)



Jumlah sepakan percuma diambil: 24
Gol daripada sepakan percuma: 3
Peratusan gol: 12.5%

9. Hakan Calhanoglu (Hamburg SV, Bayer Leverkusen)



Jumlah sepakan percuma diambil: 82
Gol daripada sepakan percuma: 11
Peratusan gol: 13.4%

8. Kevin Mirallas (Everton)



Jumlah sepakan percuma diambil: 22
Gol daripada sepakan percuma: 3
Peratusan gol: 13.6%

7. Christian Eriksen (Tottenham Hotspurs)



Jumlah sepakan percuma diambil: 42
Gol daripada sepakan percuma: 6
Peratusan gol: 14.3%

6. Zlatko Junuzovic (Werder Bremen)



Jumlah sepakan percuma diambil: 35
Gol daripada sepakan percuma: 5
Peratusan gol: 14.3%

5. James Rodriguez (AS Monaco, Real Madrid)



Jumlah sepakan percuma diambil: 27
Gol daripada sepakan percuma: 4
Peratusan gol: 14.8%

4. Steven Gerrard (Liverpool)



Jumlah sepakan percuma diambil: 20
Gol daripada sepakan percuma: 3
Peratusan gol: 15.0%

3. Daniele Conti (Cagliari)



Jumlah sepakan percuma diambil: 26
Gol daripada sepakan percuma: 4
Peratusan gol: 15.4%

2. Daniel Wass (Celta de Vigo)



Jumlah sepakan percuma diambil: 38
Gol daripada sepakan percuma: 6
Peratusan gol: 15.8%

1. Miralem Pjanic (AS Roma)



Jumlah sepakan percuma diambil: 38
Gol daripada sepakan percuma: 7
Peratusan gol: 18.4%

Mengapa senarai ini tiada nama Willian?



Ya, Willian adalah pengambil sepakan percuma yang cemerlang sejak kebelakangan ini. Tetapi seperti yang kami beritahu, senarai ini hanya meliputi:

  • pemain yang sudah mengambil sekurang-kurangnya 20 sepakan percuma sejak 2013/2014

Lagipun 4 gol yang dijaringkan oleh Willian melalui sepakan percuma pada musim ini berlaku dalam kejohanan UEFA Champions League, bukannya dalam liga.

Yaya Toure sendiri sudah menjaringkan 4 gol sepakan percuma pada musim 2013/2014 sahaja.

Tetapi seperti Willian, Toure juga belum mengambil sekurang-kurangnya 20 sepakan percuma untuk masuk dalam senarai ini.

carta-sepakan-percuma

Baca juga: 10 Dribbler Terbaik EPL (Daripada 10 Perlawanan)

The post 10 Pakar Sepakan Percuma Terbaik Di Eropah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia

Presiden pengurusan liga Portugal dan Sepanyol telah membaut satu perjumpaan untuk membincangkan idea penggabungan liga yang dinamakan Liga Iberia, menurut laporan rasmi Liga Portugal.

Dalam laman webnya, Liga Portuguesa de Futebol Profissional (LPFP) melaporkan presiden Pedro Proenca telah berjumpa dengan rakan sejawatannya dari Sepanyol, Javier Tebas dari Liga de Fútbol Profesional (LFP).

Perjumpaan rasmi itu merupakan ‘langkah pertama’ bagi kedua-dua negara untuk menubuhkan liga bersama dalam masa 4 tahun.

liga-sepanyol-portugal-bergabung

LPFP bagaimanapun turut memberitahu media, liga sedia ada tidak akan digabungkan. Sebaliknya LPFP dan LFP mahu mewujudkan pertandingan liga baru.

Matlamat liga ini adalah untuk mendedahkan kelab Portugal ke audiens yang lebih besar. Ini sekaligus menambah pendapatan kelab.

Idea menghasilkan Liga Iberia sudah lama diutarakan.

Tetapi baru mula dibincangkan ketika Portugal dan Spain bergabung untuk memohon hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, yang akhirnya menjadi milik Russia.

Spain_and_Portugal_2018-2022_FIFA_World_Cup_bid_logo.svg

Untuk rekod, kejohanan Iberian Cup pernah diadakan untuk mencari pasukan terbaik dari Semenanjung Iberia. Tetapi ia telah berkubur.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 2005 apabila Vitória de Setúbal menewaskan Real Betis 2-1.

Media Sepanyol melaporkan Portugal lebih mahukan Liga Iberia diwujudkan. Sedangkan Sepanyol hanya mahukan kejohanan berbentuk piala diwujudkan.

Idea Liga Iberia nampak terlalu sukar untuk dilaksanakan memandangkan ada beberapa komplikasi terpaksa mereka hadapi dengan slot kelayakan UEFA Champions League dan Europa League.

Sebelum ini, presiden LFP, Javier Tebas pernah menyuarakan hasratnya untuk mengadakan perlawanan La Liga di luar negara untuk mempromosikan liga Sepanyol secara ‘agresif’ di peringkat global.

Baca juga: Kenali Pemain Baru Sporting Lisbon Dari Indonesia, Yang Juga Mangsa Tsunami 2004

The post Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Penyokong Turki Ejek Upacara Tafakur Seminit, Media Antarabangsa Tak Jelas Hal Sebenar

Selepas kes penyokong Bosnia Herzegovina yang menganggu upacara tafakur seminit sempena tragedi serangan Paris, semalam giliran penyokong Turki pula melakukan perkara sama.

Kejadian berlaku sebelum bermulanya perlawanan persahabatan antara Turki dan Greece di Stadium Basaksehir Fatih Terim.

Siulan kuat dan ejekan boo daripada penyokong Turki jelas kedengaran ketika upacara tafakur seminit dimulakan.

Kemudian, ia diikuti oleh sorakan ‘şehitler ölmez, vatan bölünmez’, yang bermaksud ‘pejuang syahid tak pernah mati, negara kita tidak akan berpecah’.

Ia adalah sorakan biasa orang Turki untuk memperingati mangsa perang atau konflik yang mengorbankan nyawa.

Sesetengah wartawan yang hadir dalam perlawanan tersebut juga melaporkan ada sorakan ‘Allahu Akbar’ daripada kumpulan penyokong Turki.

Berdasarkan tinjauan kami di portal akhbar antarabangsa seperti Daily Mail dan Reuters, rata-ratanya tidak membuat artikel tinjauan mengapa penyokong Turki tidak turut serta dalam upacara tafakur tersebut.

Ini sesuatu yang sangat berbahaya lebih-lebih lagi dengan sentimen Islamophobia yang semakin menjadi-jadi di Barat ketika ini.

Mengapa penyokong Turki tidak menghormati upacara tafakur seminit sebelum perlawanan?



Punca utama penyokong Turki bersiul dan mengejek boo upacara tafakur memperingati mangsa serangan Paris adalah kerana sokongan kerajaan Perancis kepada Parti Buruh Kurdistan (PKK).

PKK adalah parti politik yang memperjuangkan hak orang Kurdish untuk memperolehi negara sendiri.

Oleh itu, kerajaan Turki melihat cita-cita politik PKK sebagai ancaman keharmonian sosio-ekonomi Turki.

2 minggu lepas seorang pemimpin PKK, Zübeyir Aydar diberi ruang dan masa untuk berucap di Parlimen Perancis.

Sedangkan di Turki, Zübeyir Aydar dikehendaki di Turki kerana menjadi pemimpin parti yang menggalakkan orang Kurdish berperang memerangi kerajaan Turki.

Maka sebab itulah sebilangan penyokong Turki tidak menghormati upacara yang melibatkan negara Perancis.

Tetapi jika anda mendengar video di atas betul-betul, anda dapat mendengar siulan dan ejekan boo penyokong Turki ditenggelami oleh sorakan penyokong Turki yang lain.

Persoalannya siapa pula penyokong Turki yang bersorak ini? Mengapa mereka tak ikut bersiul dan boo?

Mengapa ada sorakan di tengah-tengah siulan dan ejekan?

Sorakan ‘şehitler ölmez, vatan bölünmez’ (contoh dalam video bawah) adalah tindak balas penyokong Turki yang tak bersetuju dengan siulan dan boo penyokong Turki yang lain.

Majoriti penyokong Turki yang bersiul dan boo itu adalah rakyat Turki yang pro-kerajaan dan anti-Kurdistan.

Manakala penyokong yang bersorak pula adalah rakyat Turki yang mahu peperangan antara kerajaan Turki dan puak Kurdistan dihentikan.

Mereka bersorak untuk mengenang hampir 100 peserta perarakan keamanan yang terbunuh dalam letupan bom di Ankara.

Dalam perarakan keamanan tersebut, penganjur mahukan kerajaan Turki dan puak Kurdistan (melalui parti PKK) berhenti berperang sesama sendiri.

Jadi dengan bersorak, mereka mahu menenggelamkan siulan dan boo penyokong Turki yang pro-kerajaan.

Apa reaksi rakyat Turki terhadap berita ini?

Rata-rata rakyat Turki malu dengan tindakan penyokong Turki pro-kerajaan yang bersiul dan mengejek boo upacara tafakur tersebut.

turkey-fans

Bagi mereka, perbezaan ideologi politik tidak menghalalkan cara mereka yang jelas tidak menghormati keluarga mangsa serangan Paris.

Malah ini bukan kali pertama penyokong Turki pro-kerajaan tidak menghormati upacara tafakur seminit.

Mereka juga turut tidak menghormati upacara tafakur seminit untuk memperingati hampir 100 mangsa pengeboman di Ankara ketika sebelum perlawanan antara Turki dan Iceland.

Baca juga: Penyokong Bosnia Jerit ‘Palestin, Palestin’ Ketika Upacara Tafakur Seminit Dipukul

The post Penyokong Turki Ejek Upacara Tafakur Seminit, Media Antarabangsa Tak Jelas Hal Sebenar appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA