Bola Sepak : Pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Saingan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau UEFA Champions League 2015/16 telahpun berakhir di mana 16 pasukan yang berjaya muncul juara serta naib juara kumpulan berjaya melangkah ke pusingan seterusnya manakala 8 pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga peringkat kumpulan akan bersaing dalam pusingan 32 Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa Cup 2015/16. Juara bertahan iaitu FC Barcelona adalah antara pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan 16 pasukan.

16 pasukan ini akan bersaing merebut 8 tiket ke pusingan suku akhir akan datang. Saingan pusingan 16 ini akan berlangsung secara timbal balik pada 16, 17, 23 dan 24 Februari 2016 untuk Pusingan Pertama manakala pada 8,9, 15 dan 16 Mac 2016 untuk Pusingan Kedua. Pasukan yang melangkah ke pusingan suku akhir adalah melalui kemenangan agregat, kelebihan gol di tempat lawan serta penentuan penalti. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing untuk mencerahkan peluang bersaing dalam pusingan suku akhir. Berikut adalah Undian Pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan datang :  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Pusingan 32 Piala Liga Europa 2015/16

Saingan peringkat kumpulan Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 telah pun berakhir dengan 24 pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan bersama-sama dengan 8 pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan bersaing dalam pusingan 32 pasukan terbaik. Saingan Pusingan 32 ini akan berlangsung secara timbal balas pada 18 Februari 2016 untuk Pusingan Pertama manakala Pusingan Kedua akan berlangsung pada 25 Februari 2016. 32 pasukan ini bakal merebut 16 tempat ke saingan Pusingan 16 Pasukan akan datang.

Saingan Pusingan 32 ini pastinya menarik dengan setiap pasukan pastinya akan mempamerkan permainan terbaik serta mencari bekalan gol yang selesa untuk mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Bual Sukan percaya, kejutan pasti berlaku dengan kelab-kelab kecil pastinya akan memberikan saingan terbaik kepada kelab-kelab yang lebih besar dalam saingan kali ini. Berikut adalah Undian Pusingan 32 Pasukan saingan Piala Liga Europa 2015/16 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Lelaki Ini Menyara Hidup Keluarganya Dengan Hanya Bermain FIFA

Jamie Bateson mungkin lelaki yang paling dicemburui oleh peminat permainan video FIFA. Ini kerana beliau mampu menyara kehidupannya dengan hanya bermain FIFA!

PAY-Jamie-Bateson

Bateson, 28 tahun, pada mulanya hanyalah seorang mekanik yang gemar bermain FIFA. Pada masa lapangnya, beliau akan merakam videonya bermain FIFA dan memuat naik video tersebut ke channel Youtube (bateson87) beliau.

Bermula dengan 2 penonton setia, channel Youtube beliau kini mempunyai lebih 2,000 penonton setiap hari.

Jika dulu videonya hanya mendapat 1,000 views setiap hari, kini video Bateson tiada masalah menarik 50,000 views setiap hari.

Ini kerana video-video Bateson banyak memberikan tips-tips kepada peminat tegar permainan FIFA.

Ketika artikel ini ditulis, channel YouTube beliau telah mengumpul lebih 168 juta views dan mengumpul hampir 750 ribu subcsribers.

bateson1

Berhenti kerja mekanik untuk bermain FIFA setiap hari

Bateson yang merupakan peminat Liverpool turut mendedahkan bagaimana beliau membuat peralihan sebagai pemain FIFA profesional.

“Dulu saya bekerja di Stagecoach di Kendal sebagai mekanik kereta. Kemudian, sebuah syarikat penyiaran menghubungi saya dari Amerika dan berminat untuk menjadi rakan kongsi channel Youtube saya.”

“Apabila saya beritahu orang yang saya akan berhenti kerja di Stagecoach, ramai orang ketawakan saya. Mereka tak sangka yang saya boleh buat duit (dengan bermain FIFA).”

“Tapi keluarga saya sangat menyokong – walaupun mereka tidak tahu apa yang saya sedang cuba lakukan.”

“Kini, satu dunia tahu apa yang saya buat. Tapi tidak bagi orang-orang di Kendal.”

imgID49701398

Main FIFA 12 jam sehari

Kerja keras dan kerajinan Jamie yang bekerja selama 12 jam sehari, 7 hari seminggu telah meyakinkan EA Sports, pencipta permainan FIFA, untuk memberi kontrak profesional kepadanya.

Selain itu, dia juga sering menyertai acara FIFA di Amerika dan Jerman, berjumpa dengan bintang Brazil, Hulk dan bintang muda Belgium, Axel Witsel.

Walaupun dikenali sebagai bintang YouTube yang berjaya (dan kaya), Jamie masih suka tinggal di Kendal.

“Saya suka tinggal di Kendal kerana tak ramai orang yang kenal saya di sana.”

Bateson mungkin tak sepopular dan sekaya PewDiePie – satu lagi gamers yang gemar memuat naik videonya bermain pelbagai permainan video.

Namun anda harus ingat, Bateson hanya memuat naik videonya bermain FIFA sahaja. Manakala PewDiePie pula memuat naik videonya bermain bermacam-macam permainan video.

PewDiePie juga mendapat lebih banyak views kerana ia lebih feminin dengan kehadiran teman wanitanya di channel beliau, Marzia.

maxresdefault

Pesan kami kepada anda, buatlah benda yang anda minat anda buat dengan bersungguh-sungguh dan profesional. Kerana jika anda benar-benar sukakan pekerjaan anda, anda sebenarnya tidak perlu bekerja setiap hari.

Baca juga: PES 2016 Boleh Membuatkan Populariti FIFA 16 Jatuh

The post Lelaki Ini Menyara Hidup Keluarganya Dengan Hanya Bermain FIFA appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Saingan Liga Malaysia 2016

Musim Liga Malaysia 2015 telahpun melabuhkan tirainya dengan pasukan Selangor berjaya merangkul gelaran juara Piala Malaysia 2015 apabila berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan keputusan 2-0. Musim Liga Malaysia 2016 akan datang dijadualkan bermula pada 13 Februari 2016 dengan perebutan kejuaraan Piala Sumbangsih 2016 atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 antara Juara Piala Malaysia 2015, Selangor bertemu dengan Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta’zim FC. Saingan Liga Premier 2016 akan bermula pada 12 Februari 2016.

Saingan Liga Super 2016 dan Liga Premier 2016 akan melibatkan 24 pasukan terdiri daripada pasukan negeri dan pasukan kelab. Saingan Liga Malaysia 2016 turut menyaksikan pasukan jemputan iaitu Singapore Lions XII tidak lagi akan beraksi pada saingan tahun 2016 akan datang. Slot tersebut bakal diisi sama ada oleh ATM FA (Pasukan Tangga Kesebelas Liga Super 2015) ataupun T-Team (Pasukan Tangga Ketiga Liga Premier 2015) dalam saingan play-off. Pasukan Kuala Lumpur (Pasukan Tangga Kesebelas Liga Premier 2015) yang diturunkan ke Liga FAM akan kembali ke saingan Liga Premier 2016.

Saingan Liga Malaysia 2016 akan menyaksikan penswastan yang dikendalikan oleh Football Malaysia Limited Liability Partner-ship (FMLLP) diterajui oleh Kevin Ramalingam. Bual Sukan percaya, saingan Liga Malaysia 2016 akan datang pastinya akan lebih menarik dengan setiap pasukan pastinya menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti memantapkan pasukan masing-masing. Selain itu, pemain-pemain muda pasukan masing-masing juga pastinya akan diperkenalkan oleh pasukan masing-masing. Peminat bola sepak Malaysia pastinya mengharapkan sinar yang lebih gemilang untuk pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia 2016 akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Previu Fantasy Premier League: Minggu 19

Minggu 18 kita dikejutkan dengan kekalahan besar Arsenal kepada Southampton

Dua pasukan gergasi yang kurang menyerlah pada musim ini iaitu Manchester United dan Chelsea akan bertembung pada minggu ini

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 19 nanti:

Penjaga Gol

maarten-stekelenburg-southampton-europa-league_3334043

Kami memilih Stkelenburg pada minggu berikutan aksi cemerlang beliau semasa menentang Arsenal tempoh hari.

Harga Stkelenburg juga masih ditahap yang rendah iaitu (£5.0).

Southampton akan bertemu dengan pasukan yang tidak begitu memberi cabaran yang besar untuk 4 perlawanan akan datang membolehkan pertahanan Southampton mendapatkan clean sheet.

Wayne Hennessey (£4.1) juga antara pilihan yang baik.

Crystal Palace akan bermain di halaman sendiri pada minggu ini menentang Swansea.

Pretasi pertahanan Crystal Palace juga agak baik pada ketika ini.

Crystal Palace sekadar bolos 1 goal untuk 3 perlawanan terakhir serta dan berjaya mendapatkan 2 clean sheet pada 2 perlawanan di tempat sendiri.

Pertahanan

alberto-moreno-liverpool-football_3230831

Pertahanan Liverpool nampaknya berada di dalam keadaan jika dinilai berdasarkan perlawanan menentang Leicester City.

Liverpool merupakan satu satunya pasukan yang berjaya clean sheet menentang Leicester.

Alberto Moreno antara pemain Liverpool yang konsisten bermain serta mempunyai harga yang agak rendah iaitu (£5.0).

Minggu ini mereka akan bertemu dengan pasukan ke-19 liga iaitu Sunderland.

Everton dan Crystal Palace antara pasukan yang berjaya mendapat clean sheet.

Funes Mori (£5.5) dari Everton dan Scott Dann (£5.7) antara pemain yang rajin membuat serangan.

Pada minggu lepas, Funes Mori antara pemain yang agresif membuat serangan serta berjaya mendapatkan 2 mata bonus.

Pemain Tengah

2F14603600000578-0-image-a-25_1449320989161

Pemain tengah dari Manchester City nampaknya betul betul mendominasi keputusan Man City semasa menentang Sunderland.

Selain De Bruyne (£10.8) yang berjaya mendapatkan 1 goal dan 2 assist, Yaya Toure juga antara pemain yang menyerlah.

Yaya Toure (£8.6) berjaya mendapatkan 1 goal dan 2 mata bonus.

Arnautovic antara pemain yang berada di dalam prestasi yang sangat cemerlang.

Arnautovic berjaya mendapatkan 1 gol sewaktu perlawanan menentang Man Utd.

Selain itu, Kami masih menaruh harapan untuk Ozil (£9.9) dan Riyad Mahrez (£7.1)

Penyerang

Harry-Kane-GQ_09Feb15_pa_b_1083x658

Kami memilih Harry Kane (£9.8), Odion Ighalo (£6.2) dan Benteke (£8.2) untuk bahagian penyerang pada minggu ini.

Kesemuanya berada di dalam form yang baik serta menjaringkan gol pada Boxing Day.

Lukaku (£9.3) juga antara pilihan yang baik untuk minggu ini.

Apa yang merisaukan kami adalah kemungkinan Jamie Vardy tidak akan bermain kerana tidak begitu sihat.

Pilihan Kapten : Mesut Ozil (Arsenal) , Harry Kane (Spurs) , De Bruyne (Manchester City)

 

 

 

 

 

The post Previu Fantasy Premier League: Minggu 19 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Helicopter Sunday 2005: Bagaimana Rangers Merampas Takhta Liga Daripada Celtic Dengan Helikopter

Siapa yang tidak suka dengan cerita kebangkitan (comeback)? Kebangkitan adalah satu nikmat jika pasukan anda yang melakukannya. Tapi satu azab jika pasukan anda yang menjadi mangsanya.

Dalam artikel ini, kita akan membuka fail kebangkitan klasik daripada arkib bola sepak Scotland yang berlaku pada hari terakhir liga pada 2005 – 7 tahun sebelum Manchester City mencipta kebangkitan epik pada 2012 di England.

Peristiwa ini dipanggil Helicopter Sunday 2005.

1. Apa itu Helicopter Sunday?

Helicopter Sunday adalah ungkapan sinonim bagi peminat bola sepak Scotland jika juara liga terpaksa ditentukan pada hari terakhir liga.

Ini kerana helikopter yang membawa piala kejuaraan liga akan berlegar-legar di udara ketika perlawanan berlangsung dan akan mendarat di stadium pemenang liga selepas tamat perlawanan.

Kali terakhir Helicopter Sunday berlaku di United Kingdom adalah pada akhir musim 2014/2015 di Scottish League 1 antara Greenock Morton, Stranraer dan Forfar Athletic.

Akhirnya takhta kejuaraan Scottish League 1 dimenangi oleh Greenock Morton.

2. Helicopter Sunday 2005

Pada hari terakhir Scottish Premier League (SPL) musim 2004/2005, Celtic mendahului Rangers dengan 2 mata. Celtic dengan 92 mata dan Rangers dengan 90 mata.

Celtic hanya perlu seri dengan Motherwell di Fir Park untuk menjadi juara liga. Manakala Rangers perlu menang dengan Hibernian di Easter Road.

Di Fir Park, segalanya kelihatan baik-baik belaka buat Celtic pada mulanya. Celtic yang dibimbing oleh Martin O’Neill mendahului 1-0 hasil jaringan Chris Sutton pada minit ke-29.



Ini membimbangkan penyokong Rangers yang berada di Edinburgh setelah mengetahui musuh ketat mereka sedang mendahului melalui radio dan telefon bimbit. Ketika itu, Rangers masih terikat 0-0 dengan Hibernian.

Hibernian ternyata menjadi lawan yang liat buat Rangers pada hari itu kerana mereka sedang mengejar kelayakan ke Eropah.

Tamat separuh masa pertama, Alex McLeish memainkan peranannya sebagai pengurus Rangers dengan memberi kata peransang kepada anak buahnya. Beliau berkata:

“Satu-satunya perkara yang kamu tak boleh buat hari ini adalah tak menang perlawanan ini. Jika Celtic tercicir mata, dan kamu pula tak menang, kamu akan menyesal seumur hidup kamu.”

McLeish kemudiannya meminta bantuan jeneral tengahnya, Barry Ferguson (gambar) dan jeneral pertahanan, Marvin Andrews untuk meyakinkan rakan sepasukan lain – yang mereka mampu menang.



“Jika kamu menjaringkan gol dan Motherwell juga menjaringkan gol. Kamu adalah juara liga,” kata McLeish kepada pemainnya sebelum memulakan separuh masa kedua.

60 saat yang mahu dilupakan penyokong Celtic

Separuh masa kedua bermula, Rangers terus menyerang. Akhirnya Nacho Novo berjaya menjaringkan gol untuk Rangers pada minit ke-59. Rangers 1-0 Hibernian.

Sekarang, Rangers hanya perlu mengharapkan Motherwell untuk menang menentang Celtic.

Di Fir Park, penyokong Celtic yang turun ke Lanarkshire merasakan mereka sudah pasti menjuarai liga musim ini. Namun langit tidak selalunya cerah.

Ketika perlawanan hanya berbaki 2 minit, Scott McDonald melakukan voli cantik untuk memberikan gol penyamaan Motherwell. Motherwell 1-1 Celtic.

Penyokong Celtic semakin gementar. Pasukan mereka hanya perlu bertahan pada kedudukan 1-1, tetapi Motherwell semakin bersemangat mengejar gol kedua. Jentera pertahanan Celtic pula semakin teruk.

60 saat selepas gol penyamaan Motherwell, mimpi ngeri penyokong Celtic menjadi realiti.

Kali ini Scott McDonald menggelecek melepasi cabaran beberapa pemain Celtic sebelum melepaskan rembatan.

Takdir Tuhan mungkin memainkan peranan kerana rembatan McDonald terkena pertahanan Celtic dan terbias di luar jangkaan penjaga gol Celtic. Motherwell menang 2-1 dalam perlawanan itu.



“Sakitnya masih terasa sehingga hari ini”

Apabila berita kemenangan Motherwell sampai ke pengetahuan penyokong Rangers di Edinburgh, mereka bersorak gembira.

Apabila wisel tamat ditiup, Rangers sah bergelar juara liga untuk kali ke-51 dalam sejarah mereka selepas menewaskan Hibernian 1-0.

Helikopter yang pada mulanya berlegar-legar di atas ruang udara Fir Park, Lanarkshire terpaksa mengubah arah ke Edinburgh untuk mendarat di padang Easter Road. Trofi SPL milik Rangers.



Penyerang Celtic, Chris Sutton nyata kecewa dengan kekalahan minit akhir Celtic.

“Tiada perasaan seteruk ini, sakitnya masih terasa sehingga hari ini. Saya rasa saya takkan mampu melupakannya.”

Alex McLeish pula menyifatkan kejayaan ini adalah yang terbaik dalam karier pengurusannya.

“Kemenangan Birmingham ke atas Arsenal (dalam final League Cup 2011) pun dah terbaik.”

“Tetapi peristiwa ini (Helicopter Sunday 2005) membuatkan stadium bergegar dengan sorakan penyokong yang luar biasa. Ia takkan mampu lagi dicipta semula.”

Begitulah kisah Helicopter Sunday yang terbaik dalam sejarah. Apa reaksi semua? Ada kisah kebangkitan lain yang menarik untuk dikongsikan? Sila kongsi di ruangan komen.

Dalam artikel seterusnya, kita akan ke England untuk mengenali pemain Plymouth Argyle yang bernama James Bittner.

The post Helicopter Sunday 2005: Bagaimana Rangers Merampas Takhta Liga Daripada Celtic Dengan Helikopter appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016

Tirai saingan Liga Malaysia 2015 telah pun berakhir dengan gilang gemilang di mana pasukan Selangor berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2015 menewaskan pasukan Kedah sekaligus berjaya dalam misi 33 mereka. Musim baru Liga Malaysia 2016 bakal menyaksikan saingan liga diswastakan bagi memberikan saingan yang lebih kompetitif. Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2016 bakal menyaksikan pasukan Selangor atau The Red Giant selaku juara Piala Malaysia 2015 bakal bertemu pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) atau Harimau Selatan merebut gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau Piala Sumbangsih 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2016 akan datang. 

Pada saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 yang lalu, pasukan JDT FC berjaya merangkul gelaran juara apabila berjaya menewaskan pasukan Pahang atau Tok Gajah dengan keputusan 2-0. Kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi merangkul kejuaraan pembuka tirai ini selain memungut 3 mata berharga untuk saingan Liga Super 2016. Kedua-dua pasukan ini mempunyai reputasi yang baik dengan barisan-barisan pemain yang berkualiti sebagai satu pasukan. Bual Sukan percaya, saingan perebutan juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini pastinya akan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan pastinya akan menandatangani pemain-pemain baru yang berkualiti untuk cabaran panjang Liga Malaysia 2016 akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Previu Fantasy Premier League: Minggu 18

Sehari selepas Hari Natal, Perlawanan EPL terus bermula

Selalunya, terdapat beberapa keputusan yang tak dijangka akan berlaku pada Boxing Day

Riyad Mahrez dan Romelu Lukaku masih meneruskan aksi terbaik mereka pada setiap minggu.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 18 nanti:

Penjaga Gol

hugo-lloris

Tottenham antara 4 pasukan yang berjaya untuk mendapatkan clean sheet pada minggu lepas.

Konsistensi Harry Kane serta pertahanan telah melonjakkan Tottenham ke tangga keempat liga.

Hugo Lloris (£5.1) nampaknya berada di dalam prestasi yang baik setelah berjaya mendapatkan clean sheet dan bonus 2 mata pada minggu lepas.

Setelah berjaya mendapatkan clean sheet di tempat lawan pada minggu lepas kami yakin Hugo Lloris mampu lakukan perkara yang sama di White Hart Lane semasa menentang Norwich City.

Meskipun menentang Chelsea pada minggu ini, tidak mustahil untuk penjaga gol Watford, Haurelho Gomes (£4.7) untuk mendapatkan clean sheet.

Berdasarkan rekod, Watford berjaya mendapatkan 3 clean sheet dari 3 perlawanan terakhir termasuk kemangan 3 – 0 pada minggu lepas menetang Liverpool.

Pertahanan

Man-United-v-Man-City-Vincent-Kompany_3107744

Vincent Kompany (£6.2) akan kembali bermain pada minggu ini.

Nampaknya masalah pertahanan Manchester City dapat dikurangkan setelah gagal beberapa kali pada perlawanan terakhir untuk mendapatkan clean sheet.

Tambahan pula, Manchester City akan bermain di halaman sendiri pada minggu ini menentang pasukan ke – 19 liga iaitu Sunderland.

Selain Alderweireld dan Eric Dier, Kyle Walker juga merupakan pilihan yang baik.

Walker merupakan pertahan Tottenham yang banyak menyerang dan mendapatkan assist tetapi masih mempunyai harga yang agak rendah iaitu (£5.1).

Setakat ini Walker sudah berjaya mendapat 6 clean sheet dan 5 mata bonus.

Arsenal juga mempunyai pertahan yang agak baik dengan rekod 7 clean sheet pada musim ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan pertahanan Arsenal dengan harga yang rendah, Per Mertesacker (£5.3) antara pilihan yang baik.

Menentang pasukan yang berada di dalam prestasi yang kurang konsisten, Arsenal kemungkinan berpeluang mendapatkan clean sheet.

Ivanovic (£6.5) antara pemain yang menyerlah pada minggu lepas di bawah kendalian Guus Hiddink.

Ivanovic berjaya mendapatkan 1 goal dan 1 assist pada perlawanan minggu lepas menentang Sunderland.

Pemain Tengah

rs_20150915120601

Pemain berumur 19 tahun ini sudah berjaya mendapatkan 4 goal dan 4 assist pada musim ini.

Pada minggu lepas sahaja beliau sudah berjaya menjaringkan 1 goal dan 1 assist.

Bermain di White Hart Lane pada minggu ini kami yakin Dele Alli (£5.2) dapat buktikan sesuatu.

Selain Ivanovic, Willian (£7.0) juga antara pemain yang menyerlah pada minggu lepas.

Willian berjaya mendapatkan 2 assist. Selain itu, Willian antara pemain yang konsisten bermain di Chelsea dan sudah mengutip 7 mata bonus.

Sudahkah kami memberi tahu Riyad Mahrez (£7.1) dan Mesut Ozil (£9.9) merupakan pemain wajib yang patut berada di dalam FPL anda berdasarkan rekod mereka.

Penyerang

Ighalo-celebrates

 

Jika pada bahagian midfield anda wajib mempunyai Riyad Mahrez dan Mesut Ozil, pada bahagian penyerang kami sarankan anda untuk mendapatkan Romelu Lukaku (£9.3) dan Jamie Vardy (£7.7).

Lukaku sudah berjaya menjaringkan 7 goal berturut turut pada setiap perlawanan.

Setakat ini Lukaku sudah berjaya mendapatkan 13 goal dan 4 assist manakala Jamie Vardy tampil sebagai penjaring terbanyak liga dengan 15 goal dan 4 asssist untuk musim ini.

Selain itu, Odion Ighalo (£6.1) merupakan pilihan yang baik setelah beliau berjaya menjaringkan 12 goal dan 5 assist pada musim ini.

Apa yang merisaukan kami adalah Watford terpaksa melalui perlawanan yang agak sukar iaitu bertemu dengan Chelsea, Tottenham dan Manchester City selepas ini.

Harry Kane (£9.7) juga antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.

Kane berjaya menjaringkan gol ke-9 beliau pada minggu lepas dan dijangka akan lebih lagi apabila pasukkanya bertemu Norwich City di halaman sendiri.

Cadangan kapten: Riyad Mahrez (Leicester), Harry Kane (Tottenham), Romelo Lukaku (Everton)

 

 

 

The post Previu Fantasy Premier League: Minggu 18 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

7 Hadiah Krismas Paling Terbaik (Dan Paling Teruk) Yang Diterima Peminat Bola Sepak

Perayaan Krismas merupakan antara peluang terbaik bagi peminat bola sepak untuk mendapatkan merchandise bola sepak yang mereka idam-idamkan.

Antara yang popular adalah buku, jersi dan DVD musim pasukan kegemaran menjadi juara.

Kami mengumpul 7 hadiah Krismas paling terbaik yang diterima oleh peminat bola sepak seluruh dunia. Termasuklah yang paling teruk.

1. Juventus

juventus

Penyokong Juventus ini bukan saja menerima hadiah yang cool, malah ia adalah hadiah yang paling bermakna untuk setiap penyokong la Vecchia Signora.

Jersi yang diterimanya merupakan jersi away yang dipakai oleh pemain Juventus ketika final Champions League 1996 di Rome.

Dalam perlawanan tersebut, Juventus muncul juara selepas menewaskan Ajax Amsterdam dalam penentuan sepakan penalti.

Harga pasaran untuk jersi yang rare ini adalah RM956.00.

2. Borussia Dortmund

dortmund

Hadiah ini diterima oleh seorang penyokong Borussia Dortmund dari Australia.

Sejak kembali ke Westfalonstadion dari Manchester United, tahap persembahan Shinji Kagawa bukan saja kembali ke potensi sebenarnya. Malah nama Kagawa kini merupakan nama tetap kesebelasan utama Dortmund.

3. Liverpool

liverpool1 liverpool2

Penyokong Liverpool ini memuat naik gambar hadiahnya di Imgur dengan caption:

“Santa was real good to me this year”.

Jersi ini kekal antara jersi Liverpool yang cantik, dengan rekaan kolar yang cool. Ditambah pula dengan cetakan nombor 14 dan nama Xabi Alonso, jersi ini boleh mencapai nilai RM287 di Internet.

4. Manchester United

man united

Penyokong Manchester United yang sudah menyokong sejak era Ron Atkinson pasti masih ingat detik kapten Bryan Robson menjaringkan 2 gol dan memenangi penalti untuk menjulang FA Cup pada tahun 1983.

Ketika itu, United memakai jersi Adidas dengan nama penaja, Sharp Electronics, tertera di baju.

Jersi yang diterima penyokong United ini ada dijual di butik rasmi Manchester United dengan harga RM193. Ia bukan design asal seperti yang dipakai oleh pemain pada 1983.

5. Chelsea

chelsea

Buku ini menyenaraikan segala fakta dan nombor tentang sejarah Chelsea sejak penubuhannya pada 110 tahun lepas.

6. Arsenal

arsenal1 arsenal2 arsenal3 arsenal4 (1)

Penyokong Arsenal ini beruntung kerana bukan saja dapat hadiah yang tak dijangkanya. Malah ia datang dari penyokong Arsenal juga.

Baucar lawatan ke Stadium Emirates yang diperolehi penyokong Arsenal ini mungkin tak semahal jersi, tetapi pengalaman yang bakal diperolehinya pasti akan diingati sampai bila-bila.

7. Aston Villa

astonvilla

Seorang penyokong Aston Villa menerima hadiah (paling kejam) ini sempena hari Krismas. Beliau memuat naik gambar hadiahnya di Twitter dengan caption:

“I laughed. Then the sadness came.”

Baca juga: 17 Kata-kata Johan Cruyff Yang Mengubah Cara Anda Berfikir Tentang Bola Sepak

The post 7 Hadiah Krismas Paling Terbaik (Dan Paling Teruk) Yang Diterima Peminat Bola Sepak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Pusingan Ketiga Emirates FA Cup 2015/16

Saingan bola sepak berprestij England Emirates Piala FA 2015/16 atau Emirates FA Cup 2015/16 memasuki pusingan ketiga dengan 64 pasukan bakal bersaing merebut 32 tempat ke pusingan keempat. 64 pasukan ini terdiri daripada 20 pasukan Liga Perdana Inggeris, 24 pasukan Liga Kejuaraan serta 20 pasukan yang memenangi perlawanan di pusingan kedua yang lalu. Dalam undian yang telah diadakan pada 7 Disember 2015 yang lalu, pasukan juara bertahan iaitu Arsenal sekali lagi akan turun mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu apabila diundi bertemu dengan pasukan Sunderland. Finalis musim lalu, Aston Villa pula dijadualkan bertemu pasukan Wycombe Wanderers. 

Bual Sukan percaya, kejutan kelab-kelab kecil pasti akan berlaku dalam saingan kali ini. Setiap pasukan yang bersaing ini pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi melangkah ke peringkat seterusnya. Berikut adalah undian Pusingan Ketiga Emirates FA Cup 2015/16 akan datang yang dijadualkan berlangsung pada 8, 9 dan 10 Januari 2016 akan datang : 

Arsenal v Sunderland
Birmingham v Bournemouth
Brentford v Chesterfield/Walsall
Bury v Bradford City
Cardiff City v Grimsby/Shrewsbury
Carlisle v Yeovil
Chelsea v Leyton Orient/Scunthorpe
Colchester v Charlton
Doncaster v Stoke City
Eastleigh v Bolton
Everton v Dagenham & Redbridge/Whitehawk
Exeter City v Liverpool
Huddersfield v Reading
Hull City v Brighton
Ipswich v Portsmouth
Leeds United v Rotherham
Manchester United v Sheffield United
Middlesbrough v Burnley
Newport County v Blackburn
Northampton v MK Dons
Norwich v Manchester City
Nottingham Forest v QPR
Oxford United v Swansea
Peterborough v Preston NE
Salford City/Hartlepool v Derby
Sheffield Wednesday v Fulham
Southampton v Crystal Palace
Tottenham v Leicester
Watford v Newcastle
West Bromwich v Bristol City
West Ham v Wolves

Wycombe v Aston Villa 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa