Bola Sepak : Pasaran Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2016

Musim panjang Liga Malaysia 2015 telahpun berakhir dengan kejayaan gemilang pasukan Selangor The Red Giant menjuarai Piala Malaysia 2015 sekaligus melengkapkan misi 33 yang disasarkan pasukan mereka. Musim baru Liga Malaysia 2016 dijadualkan bermula pada 13 Februari 2016 akan datang di mana kali pertama liga diswastakan serta bakal dikendalikan oleh dikendalikan oleh Football Malaysia Limited Liability Partner-ship (FMLLP). Masih mengekalkan format saingan 24 pasukan di mana  12 pasukan beraksi dalam saingan Liga Super 2016 dan 12 pasukan beraksi dalam Liga Premier 2016. Saingan Liga Malaysia 2016 menyaksikan tiada lagi penglibatan pasukan jemputan iaitu Singapore Lions XII di mana slot tersebut bakal direbut antara pasukan ATM FA (Pasukan Tangga Kesebelas Liga Super 2015) dengan pasukan T-Team (Pasukan Tangga Ketiga Liga Premier 2015) dalam saingan playoff pada 31 Januari 2016 akan datang. Pasukan Kuala Lumpur (Pasukan Tangga Kesebelas Liga Premier 2015) pula yang jatuh ke Liga FAM 2016 akan kembali beraksi dalam saingan Liga Premier 2016.  

Setiap pasukan yang bersaing kini pastinya akan menandatangani serta membawa masuk pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia 2016 akan datang. Selain itu juga, terdapat pasukan yang melakukan rombakan dengan perubahan barisan kejurulatihan untuk musim baru akan datang. Pasaran perpindahan dan pendaftaran pemain tempatan serta pemain import dibahagikan kepada 2 fasa iaitu bermula 23 November 2015 hingga 14 Februari 2016 bagi Pasaran Perpindahan dan Pendaftaran Pertama manakala Pasaran Perpindahan Kedua ditetapkan pada 20 Jun 2016 hingga 15 Julai 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan memastikan mereka menandatangani pemain-pemain tempatan dan pemain-pemain import berkualiti bagi memastikan pelaburan mereka berbaloi dan setimpal. Berikut adalah senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2016 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

Liga Super 2016
Johor Darul Ta’zim FC
Azamuddin Akil (Pahang)
Mohd. Azinee Taib (Pulau Pinang)

Selangor
Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Mohd. Hafiz Kamal (Pahang)
Mohd. Razman Roslan (Pahang)
R.Gopinathan (Pahang)
Zarif Irfan Hashimuddin

Pahang
Mohd. Faizal Abdul Halim (Pulau Pinang)

Terengganu
Joseph Kalang Tie (Sarawak)
Amirizwan Taj Tajudin (Kelantan)
Indra Putra Mahyuddin (Felda United)
Yong Kuong Yong (Pulau Pinang) 

Felda United

PDRM FA
Andrezinho

Perak
Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda)
D. Kenny Pallraj (Harimau Muda)
Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

Kelantan
Abdul Manaf Mamat (Terengganu)
Syahrul Azwari (Harimau Muda)
Muslim Ahmad
Mohd. Faizal Abu Bakar
Mohd. Ramadhan (Harimau Muda)
Faris Shah Rosli (Harimau Muda)

Sarawak
Gilmar (Kelantan)
Ndumba Mkeche (Felda United)
K.Gurusamy (Sarawak)
Mohd. Shahril Sa’ari (T-Team)

Kedah
Carlos Kahe

Pulau Pinang
Mohd. Fitri Omar (Kelantan)
S.Kumaahran (Harimau Muda)
Brent Griffiths 
Mohd. Nursalam (UiTM FC)

ATM FA/T-Team

Liga Premier 2016 
ATM FA/T-Team

Sime Darby FC

PKNS FC

Johor Darul Ta’zim II
ElHadji Diouf (Sabah)
Dominic Tan (Harimau Muda)
Mohd. Al-Hafiz Hamzah (JDT FC)

Negeri Sembilan Matrix
Kevin Gunter
Ahmad Azlan Zainal (Terengganu)

Sabah

UiTM FC

Kuantan FA

DRB Hicom FC

Kuala Lumpur

Perlis
Afif Amiruddin (PDRM FA)
Obinha Nwaneri
Edward Junior Wilson

Melaka United
Labinot Harbuzi
Shin Jae Pil
Illija Spasojevic 
See Kok Luen (Pulau Pinang)

* Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan berlangsung hari ini 18 Disember 2015 di Pusat Konvensyen Sunway. Anugerah tahunan ini mengiktiraf pencapaian pemain, jurulatih, pasukan serta penggiat bola sepak negara yang telah memberikan sumbang bakti terbaik sepanjang tahun 2015. Selain itu juga, anugerah ini juga turut mengiktiraf penyokong terbaik pasukan yang merupakan “pemain ke 12” di padang yang telah memberikian sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan masing-masing sama ada semasa mencapai kejayaan mahupun mengalami kemerosotan.

Anugerah ini pastinya akan diberikan penjurian sebaiknya oleh juri-juri penilai yang dilantik bagi memberikan pengiktirafan kepada mereka yang benar-benar layak memenangi anugerah ini. Bual Sukan percaya, pemain-pemain yang memenangi anugerah ini pastinya akan meningkat motivasi mereka untuk membawa cabaran pasukan masing-masing pada saingan Liga Malaysia 2016 akan datang selain memberikan komitmen terbaik untuk pasukan kebangsaan sekiranya mereka terpilih. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 (akan dikemaskini) :

Pemain Paling Bernilai
Safiq Rahim (JDT FC)

Penjaga Gol Terbaik
Farizal Marlias (JDT FC)
Khairul Azhan (Pahang)
Khairul Fahmi (Kelantan)

Pertahanan Terbaik
Shukor Adan (Felda United)
Razman Roslan (Pahang)
Aidil Zafuan (JDT FC)

Pemain Tengah Terbaik
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Safiq Rahim (JDT FC)
Hafiz Kamal (Pahang)

Penyerang Terbaik
Safee Sali (JDT FC)
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Amri Yahyah (JDT FC)

Pemain Import Terbaik
Dickson Nwakaeme (Pahang)
Luciano Figeroa (JDT FC)
Ali Ashfaq (PDRM FA)

Pemain Muda Terbaik
Matthew Davies (Pahang)
Farhan Roslan (Kedah)
Nazmi Faiz (Selangor)

Jurulatih Terbaik
Mario Gomez (JDT FC)
Tan Cheng Hoe (Kedah)
Zainal Abidin Hassan (Pahang)

Anugerah Fair Play
Singapore Lions XII

Pasukan Bolasepak Terbaik
Kedah

Kelab Penyokong Terbaik
Elephant Army (Pahang)

Pemain Bolasepak Wanita Terbaik
Nurul Azurin Mazlan (Sabah)

Anugerah Khas
Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim FC

Anugerah Khas Wanita

Pemain Futsal Terbaik Lelaki
Azrul Hadee Mohd. Taufik

Pemain Futsal Terbaik Wanita
Siti Asnidah Zamri

Penjaring Terbanyak Liga Super 2015
Dramane Traore (PDRM FA)

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015
Francis Forkey Doe (Negeri Sembilan Matrix)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Reaksi Dato’ Vida Apabila Dicadang Oleh Penyokong Untuk ‘Selamatkan’ Bola Sepak Kelantan

Masalah kewangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelang musim baru bola sepak pada tahun 2016 bukanlah satu rahsia lagi.

Dalam satu status Facebook yang dikeluarkan pada 22 November lepas, pengerusi KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa mengesahkan ‘akaun berakhir dengan terhutang beberapa juta dan kantung kering’.

Beliau juga meluahkan kekecewaannya apabila kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan ‘tidak akan membantu’ pasukan Kelantan pada musim depan.

Entah kemana lagi nasib PASUKAN NEGERI NAK bergantung..Dlm keadaan semua negeri spt Sngor P Pinang Tganu dll melabur…

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Saturday, November 14, 2015

“Dengan keputusan kerajaan negeri TIDAK AKAN MEMBANTU, bererti kita (Kelantan akan bermula) tanpa sebarang modal untuk mulakan musim depan.”

“Penaja juga belum ada. Apakan daya. Seorang individu tentunya tidak terdaya memikul sesuatu yang kerajaan tak mampu pikul” tulisnya.

Selepas menikmati kejayaan demi kejayaan sekitar tahun 2009 hingga 2013, Kelantan kini bergelut untuk mengekalkan kestabilan kewangannya sehingga berdepan masalah untuk membayar gaji pemainnya pada musim lepas.

Tan Sri Annuar Musa sendiri mengaku terpaksa membuat pinjaman bank untuk melangsaikan isu gaji pemain yang tertangguh.

Kemudian, beliau juga mengumumkan KAFA sedang berusaha untuk mengurangkan kos dan bajet kepada satu jumlah yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Berdasarkan post Instagram rasmi TRWFC semalam, KAFA sudah memulakan usaha mereka untuk mengurangkan kos – iaitu dengan ‘secara sukarela beri giliran kepada tenaga baru yang lebih mampu menguruskan bola Kelantan’.

TAWAR JAWATAN KEPADA YANG BERMINAT — "28 Disember ini adalah hari kongres Mesyuarat Agung KAFA diadakan. Hanya kongres yang boleh memutuskan perkara besar KAFA terutama hal jawatan. . "Justeru saya harap mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang dan diharap akan ada yang sanggup tampil ke hadapan untuk mengambil alih tugasan di KAFA. . "Dan jika ada, bolehlah kita buat satu ketetapan dan resolusi pada 28 Disember ini untuk kita secara sukarela beri giliran kepada tenaga baru yang lebih mampu menguruskan bola Kelantan. . "Sebagai tugasan sukarela saya harap ramai yang sedia dan inilah masanya. . "Yang berminat boleh hubungi Su Agong KAFA, Dato Ismail Md Noor sebelum tarikh 28 Disember 2015. Salam hormat." . – Tan Sri Annuar Musa – 22 Disember 2015

A photo posted by TRWFC (@trwfc_official) on Dec 21, 2015 at 9:06pm PST

Penyokong-penyokong Kelantan yang memberi komen rata-ratanya mempunyai satu nama yang mereka harapkan mampu ‘memutihkan’ masa depan kewangan KAFA yang gelap ketika ini – usahawan produk kecantikan, Dato’ Seri Vida.

Respon Dato’ Vida

Ketika ditanya oleh kami mengenai permintaan penyokong Kelantan yang mahukannya menyelamatkan bola sepak Kelantan, Dato’ Vida hanya memberi jawapan ringkas dengan emoji ‘terkejut’.

datovida

Baca juga: Penilaian Prestasi Piala Malaysia 2015: Kelantan

The post Reaksi Dato’ Vida Apabila Dicadang Oleh Penyokong Untuk ‘Selamatkan’ Bola Sepak Kelantan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2016

Musim baru Liga Malaysia 2016 dijadualkan akan berlangsung bermula Februari 2016 akan datang di mana buat julung kalinya pengendalian Liga Malaysia 2016 secara penswastaan. Dengan masih mengekalkan format asal iaitu 12 pasukan dalam saingan Liga Super 2016 serta 12 pasukan dalam saingan Liga Premier 2016, saingan musim depan pastinya bakal dinantikan oleh peminat-peminat bola sepak tempatan. Setiap pasukan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing bagi persediaan musim baru 2016 akan datang. Antara persediaan awal pasukan adalah dengan melantik barisan kejurulatihan yang baru bagi memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing. Peranan Ketua Jurulatih dilihat amat penting bagi memastikan segala perancangan taktikal, strategi serta formasi yang diterapkan berjaya diadaptasi oleh pasukan masing-masing seterusnya mencapai keputusan terbaik kepada pasukan.

Saingan musim Liga Malaysia 2016 akan datang menyaksikan banyak pasukan telah merombak barisan kejurulatihan. Antara yang menarik adalah kembalinya 2 bekas Ketua Jurulatih kebangsaan iaitu Datuk K.Rajagopal serta Dollah Salleh ke persada kejurulatihan bola sepak tempatan. Terdapat juga pasukan yang menandatangani ketua jurulatih asing bagi musim akan datang. Kesemua Ketua Jurulatih yang telah dilantik pasukan masing-masing ini pastinya mempunyai ramuan serta acuan terbaik untuk membentuk pasukan yang mantap bagi saingan akan datang. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan memastikan pasukan mereka berjaya dalam saingan akan datang seterusnya mengembalikan kegemilangan bola sepak pasukan masing-masing. Berikut adalah senarai Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2016 akan datang :

LIGA SUPER 2016
Johor Darul Ta’zim FC : Mario Gomez (Argentina)
Selangor : Mehmet Durakovic (Australia) atau Zainal Abidin Hassan
Pahang FC : Ahmad Shaharuddin Rosdi
Terengganu : Ahmad Yusof
Felda United : Irfan Bakti Abu Salim
PDRM FA : Mohd. Fauzi Pilus
Perak : Syamsul Saad
Kelantan : K.Devan
Sarawak : K.Rajagopal
Kedah : Tan Cheng Hoe
Pulau Pinang : Jacksen F.Tiago (Brazil)
*ATM FA : Azhar Abdullah

*T-Team : Rahmad Darmawan (Indonesia)

LIGA PREMIER 2016
*ATM FA : Azhar Abdullah
*T-Team : Rahmad Darmawan (Indonesia)
Sime Darby FC :
PKNS FC : E.Elavarasan
Johor Darul Ta’zim II : Benjamin Mora (Mexico)
Negeri Sembilan Matrix : Gary Michael-Phillips (Australia)
Sabah : Vjeran Simunic (Croatia)
UiTM FC : Raja Isa Raja Akram Shah
Kuantan FA : Zulhamizan Zakaria
DRB Hicom FC : Chong Yee Fatt
Kuala Lumpur
Perlis : Dollah Salleh
Melaka United : Mat Zan Mat Aris 

* Playoff Liga Super 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Anthony Martial menang Anugerah Golden Boy 2015

Pemain muda Perancis yang mewakili pasukan Liga Perdana Inggeris 2015/16 Manchester United berjaya merangkul Anugerah Budak Emas 2015 atau Golden Boy 2015 selaku pemain muda terbaik Eropah 2015. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada pemain muda bawah 21 tahun yang mempunyai potensi yang tinggi serta menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun 2015. Beliau berjaya menewaskan 39 pemain yang telah disenaraikan dengan saingan terdekatnya adalah Kingsley Coman (Perancis/FC Bayern Munich) dan Hector Bellerin (Sepanyol/Arsenal). 

Bual Sukan percaya, kejayaan ini pastinya sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat beliau untuk mencapai kejayaan demi kejayaan dalam karier bola sepak beliau yang masih panjang sama ada di peringkat antarabangsa mahupun peringkat kelab. Antara pemain yang pernah memenangi anugerah ini ialah Wayne Rooney (England/Manchester United), Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona), Sergio Aguero (Argentina/Manchester City), Mario Balotelli (Itali/AC Milan) dan Raheem Sterling (England/Manchester City). Tahniah diucapkan kepada beliau atas pengiktiran ini.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Jamie Carragher: Jika Man United Ambil Jose Mourinho, Itu Petanda Mereka Penakut

Ketika ini, khabar angin yang mengatakan Jose Mourinho bakal mengambil alih Manchester United kelihatan seperti bakal menjadi realiti dalam masa terdekat.

Dengan prestasi United yang goyah di bawah kendalian Louis van Gaal ketika ini, media UK melaporkan van Gaal mempunyai 2 perlawanan (vs Stoke City dan Chelsea) untuk menyelamatkan jawatannya.

Kalah salah satu daripada 2 perlawanan tersebut, van Gaal akan dipecat.



Jose Mourinho yang baru saja dipecat oleh Chelsea pada minggu lepas, dikatakan berminat dan bersedia untuk mengambil alih United.

Pendapat Jamie Carragher

Ketika ramai orang melihat tiada masalah dengan prospek Mourinho ke United, Jamie Carragher pula berpendapat sebaliknya.

Ketika diminta mengulas mengenai berita Jose Mourinho ke Manchester United dalam rancangan Monday Night Football di Sky Sports, Jamie Carragher berpendapat Mourinho bukanlah calon sesuai untuk United.

“Adakah Jose (Mourinho) calon sesuai untuk Manchester United? Bagi saya, tidak.”

“Sebabnya adalah; jika saya kenang balik Man United, sejarah dan identiti mereka pada 50-60 tahun lepas, menang trofi adalah satu-satunya aspek yang Jose boleh lakukan.”

“Tapi menggunakan pemain muda akademi? Tidak.”



“Bermain bola sepak menyerang, yang menarik, setiap perlawanan? Tidak juga.”

Bagi Carragher, jika Mourinho adalah pengurus yang dipilih oleh ahli-ahli lembaga pengarah United, ia menandakan mereka sudah ‘takut’.

“Jadi jika dialah (Mourinho) pengurus yang lembaga pengarah Man United mahu, ia hanya menunjukkan ketakutan yang mereka alami.”

“Mereka mungkin terdengar Pep Guardiola akan pergi ke Manchester City. Jadi mereka rasa ‘kita sedang ketinggalan’.”

“Jadi mereka akan melupakan prinsip-prinsip yang menjadikan pegangan kelab mereka sejak 50-60 tahun lepas. Ia menunjukkan United terdesak untuk menang trofi.”

Pendapat Thierry Henry

Thierry Henry yang turut bersama Carragher dalam Monday Night Football bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat Carragher.

Bagi Henry, Mourinho layak dan sesuai menjadi pengurus United.

Mengulas pendapat Carragher yang mengatakan mentaliti defensif Mourinho mungkin tak sesuai dengan prinsip United, Henry pantas memberi contoh yang masih beliau ingati.

Menurut Henry, Mourinho pernah menampilkan gaya permainan laju dan menarik ketika musim pertamanya di Chelsea pada 2004.



Ketika ini United berada 9 mata di belakang pendahulu liga, Leicester City di tangga ke-5 liga. United sudah gagal mencatat kemenangan dalam 4 perlawanan liga setakat ini.

Baca juga: Gary Neville Memberitahu Apa Kesilapan David Ospina Dengan Bantuan Jamie Carragher

The post Jamie Carragher: Jika Man United Ambil Jose Mourinho, Itu Petanda Mereka Penakut appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Mengapa Lagenda Bola Sepak USA Ini Mahukan Semua Orang Lupakannya?

Dalam mana-mana sukan termasuk bola sepak, pemain lagenda adalah sumber inspirasi kepada generasi muda.

Kisah mereka dibukukan, difilemkan dan ditulis supaya kanak-kanak boleh mendapat inspirasi daripada kejayaan dan pencapaian lagenda tersebut.

Tetapi itu bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh lagenda bola sepak wanita Amerika Syarikat, Abby Wambach.



Sebaliknya, Wambach mahu semua orang lupakannya. Termasuklah kanak-kanak perempuan yang sedang mencari inspirasi dalam bola sepak wanita.

Kontroversi dengan Klinsmann

Belum pun perlawanan bola sepak terakhirnya bermula, Wambach sudah pun menangis.

Beberapa jam sebelum perlawanan itu, Wambach menimbulkan kontroversi apabila secara terbuka memberitahu media bahawa Jurgen Klinsmann perlu dipecat.

Wambach berpendapat Klinsmann terlalu banyak mengambil pemain kelahiran Jerman sebagai pemain kebangsaan. Bukannya fokus kepada pembangunan akar umbi pemain muda tempatan.

China merosakkan parti

Menentang China di Superdome of New Orleans, hampir 33,000 rakyat Amerika Syarikat membanjiri stadium untuk melihat Wambach mengetuai jentera serangan Amerika Syarikat buat kali terakhir.

China bagaimanapun langsung tidak mempedulikan kepentingan perlawanan ini kepada Wambach dan penyokong Amerika Syarikat. Mereka menang 1-0.



Wambach yang sudah berusia 35 tahun, bukan saja gagal menjaringkan gol. Malah pasukannya baru saja meranapkan rekod 104 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri – rekod yang bertahan sejak 2004.

Pada minit ke-72, Wambach dikeluarkan. Karier bola sepaknya berakhir.



“Saya rasa takdir dah menentukan yang saya hanya main 70 minit dan tak dapat jaringkan gol,” gurau Wambach selepas perlawanan.

“Mungkin ini masa saya untuk bersara. Masa depan pasukan terletak di tangan pemain-pemain muda sekarang.”

“Saya tahu semua orang mahukan saya jaringkan gol. Tapi mungkin itulah sebab kami gagal jaringkan gol. Sebab ahli pasukan lain terlalu fokus mahukan saya jaringkan gol.”

Karier bola sepak Wambach melangkaui 15 tahun. Di peringkat kebangsaan, Wambach sudah menjaringkan 184 gol, lebih banyak daripada mana-mana pemain lelaki dan perempuan dalam sejarah bola sepak antarabangsa.

“Lupakan saya”

Mana-mana pemain dengan rekod hebat sehebat Wambach pastinya layak dijulang dan mahu diingati.

Tetapi Wambach bertegas mahu semua orang lupakannya dalam mesej video yang diterbitkan oleh Gatorade.

“Lupakan saya. Lupakan nombor saya. Lupakan nama saya. Lupakan kewujudan saya. Lupakan pingat yang saya pernah menangi, rekod yang dipecahkan dan pengorbanan yang saya buat.”

“Saya mahu tinggalkan legasi di mana kita sentiasa memandang ke hadapan. Atau pemain daripada generasi seterusnya berjaya sehingga saya tak diingati.”

“Jadi, lupakan saya. Kerana hari kita dapat lupakan saya, adalah hari kita berjaya.”

Baca juga: Bolehkah Wanita Menjadi Jurulatih Bola Sepak Lelaki?

The post Mengapa Lagenda Bola Sepak USA Ini Mahukan Semua Orang Lupakannya? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pelakon Utama Filem FIFA, United Passions Mengaku Benci Melakonkan Watak Sepp Blatter

Saya perlu mengaku. Melihat nama Tim Roth dalam senarai nama pelakon filem propaganda FIFA, United Passions, yang diterbitkan pada tahun lepas membuatkan hati saya berkecamuk.

Saya membesar dengan mengagumi lakonannya sebagai Mr. Orange dalam Reservoir Dogs dan Pumpkin dalam Pulp Fiction.

Saya masih ingat betapa intense-nya babak ketika Jules (lakonan Samuel L. Jackson) ‘berceramah agama’ kepada Pumpkin (lakonan Tim Roth) dalam 20 minit terakhir filem Pulp Fiction.

pulp-fiction-jules-and-ringo1

Filem United Passions yang menerima pelaburan USD27 juta daripada FIFA menceritakan tentang asal-usul penubuhan FIFA dan kejohanan Piala Dunia. Filem tersebut hanya menerima rating 2/10 daripada IMDb dan hanya 1% daripada Metacritic.

Pengkritik filem menyamakan United Passions sebagai filem propaganda untuk memberi imej palsu, kononnya FIFA adalah organisasi yang berimej suci dalam sukan bola sepak.

Di panggung wayang seluruh Amerika Syarikat, filem itu hanya mengutip USD918. Ini menjadikan United Passions sebagai filem yang paling teruk jumlah kutipan tiketnya dalam sejarah Hollywood.

Dalam filem tersebut, Tim Roth melakonkan watak Sepp Blatter, presiden FIFA sejak 1998. Sepp Blatter kini sedang disiasat oleh jemaah disiplin FIFA atas 5 tuduhan rasuah.

united-passions-trailer

Ketika ditanya oleh ahli forum Reddit tentang penglibatannya dalam filem United Passions, Tim Roth mengaku benci filem tersebut tetapi terpaksa melakukannya kerana memerlukan duit.

“Filem itu teruk (sepatutnya saya tak boleh cakap macam itu kerana saya belum tengok lagi filem itu). Saya benci berlakon dalam filem itu.”

“Ia adalah filem yang salah untuk saya lakonkan, tapi saya mempunyai tujuan yang betul.”

“2 anak saya sedang belajar di universiti. Jadi saya memerlukan duit. Mungkin ia keputusan yang salah. Tapi saya dah buat keputusan awal-awal dan saya perlu tepati janji saya.”

“Anda tak mahu lakukannya, tapi saya gembira dapat melakukannya demi keluarga saya.”

Tim Roth kemudiannya mengulas kes rasuah Sepp Blatter, watak yang dilakonkannya dalam filem tersebut.

“Saya ingatkan filem ini adalah berkenaan dengan isu rasuah yang dihadapi oleh beliau (Blatter).”

Film FIFA Movie

“Saya tak tahu jika dia akan ditangkap atau tak, tapi beliau nampak macam sukar dihukum. Ini kerana beliau mempunyai syarikat-syarikat besar di belakangnya.”

“Tapi sejak kebelakangan ini, beliau nampak macam akan dihukum sebab dah banyak bukti dapat dikumpul oleh pihak berkuasa.”

Respons Tim Roth kepada soalan ini mendapat pujian daripada ahli-ahli Reddit yang tidak mengelak soalan sukar dan memberi jawapan jujur.

tim roth ama

Baca juga: 11 Filem Bola Sepak Terbaik, #2 Adalah Filem Bola Sepak Terbaik Pernah Dihasilkan

The post Pelakon Utama Filem FIFA, United Passions Mengaku Benci Melakonkan Watak Sepp Blatter appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Guus Hiddink Pengurus Sementara Chelsea

Pasukan Chelsea melantik bekas Pengurus Belanda, Guus Hiddink sebagai pengurus sementara pasukan The Blues sehingga musim Liga Perdana Inggeris 2015/16 berakhir pada bulan Mei 2016 akan datang. Beliau menggantikan Pengurus Portugal, Jose Mourinho yang meninggalkan pasukan Chelsea akibat masalah kemerosotan prestasi pasukan Chelsea pada musim ini. Ini merupakan kali kedua beliau membimbing pasukan Chelsea setelah kali pertama pada musim 2009 juga sebagai pengurus sementara di mana beliau berjaya membawa pasukan Chelsea muncul juara Piala FA musim 2008/2009.

Beliau pastinya membawa cabaran getir untuk pasukan Chelsea bangkit semula serta kembali bersaing memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris 2015/16. Beliau juga, pastinya diharapkan berjaya membawa cabaran pasukan Chelsea dalam 2 lagi saingan merebut kejuaraan iaitu Emirates FA Cup 2015/16 dan UEFA Champions League 2015/16 di mana pasukan Chelsea berdepan cabaran getir kelab gergasi Perancis, PSG pada pusingan 16 pasukan pada Februari 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, beliau akan menggunakan segala pengalaman serta kepakaran beliau bagi menaikkan semula pasukan Chelsea dalam setiap perlawanan yang dihadapi. Beliau juga pastinya akan menyusun semula pasukan Chelsea dan tidak mustahil mereka akan berbelanja besar pada pasaran perpindahan Januari 2016 akan datang bagi mencari pemain-pemain baru berkualiti memantapkan pasukan mereka. 

Beliau mempunyai rekod yang baik ketika membimbing Chelsea di mana dalam 22 perlawanan yang beliau kendalikan, pasukan Chelsea berjaya memenangi 16 perlawanan, seri 5 kali dan tewas 1 kali. Namun begitu, saingan kali ini pastinya berbeza dan beliau perlu mencari strategi, taktikal serta formasi terbaik menghadapi pasukan-pasukan lain. Semoga berjaya diucapkan kepada pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink.
Hasil carian imej untuk guus hiddink chelsea stats

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Apa Yang Jurgen Klopp Boleh Ajar Kepada Pasukan 5-A-Side Dan Futsal

Ketika menonton highlight kemenangan 4-1 Liverpool ketika menewaskan Manchester City sebulan lepas, saya tertanya-tanya apa yang dijeritkan oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kepada Roberto Firmino dan Emre Can.

Pasukannya bermain dengan baik. Mereka mendahului Manchester City di Etihad Stadium. Kalau jurulatih lain, mereka sudah duduk tersandar di kerusi dengan senyuman lebar di muka.

Tetapi Klopp bertempik kepada penjaring gol ketiganya, Firmino dan enjin jentera tengahnya, Can.

Apabila saya membaca artikel ini, barulah saya faham mengapa.

Dan bagi saya, alasan beliau menjerit kepada Firmino dan Can boleh menjadi sesuatu yang boleh anda pelajari, jika anda bermain bola sepak 5-a-side.

1) Jangan naik atas, kalau tak boleh nak turun balik



Pemain pertama yang menjadi mangsa kemarahan Klopp adalah Emre Can. Kesalahannya? Naik atas untuk menyerang tapi tak boleh turun balik untuk bertahan.

Menurut Klopp:

“Emre masih muda. Dia penuh emosi. Tapi bila anda dah penat dan tak boleh nak turun balik untuk bertahan, janganlah naik atas untuk menyerang.”

“Larian dia kadang-kala membuka ruang. Tapi bila pasukan anda sedang mendahului 4-1, anda tak nampak masalahnya.”

Apa yang Klopp katakan memberi penjelasan kepada tugas Emre Can sebagai pemain tengah box-to-box: anda hanya boleh naik menyerang jika anda mempunyai tenaga untuk turun bertahan.

Bermain 5-a-side dengan perokok, vapers dan pemain casual (turun sebulan 2 kali dan selalu cancel last minute), kita pasti pernah berjumpa dengan pemain sebegini.

Mereka rajin naik menyerang. Tetapi malas turun bawah untuk bertahan sama-sama.

Dalam bola sepak 5-a-side, pasukan berjaya dianggotai oleh pemain yang terlibat dalam kedua-dua fasa permainan, iaitu fasa serangan dan pertahanan.

Dengan bertahan secara berpasukanlah, pasukan anda mempunyai tiket untuk naik menyerang.

Jadi jika anda tak boleh nak turun bertahan, janganlah naik atas untuk menyerang.

2) Penyerang tak boleh kerap turun bawah



Mangsa kedua kemarahan Klopp adalah penyerang Brazil, Roberto Firmino.

Tunggu sekejap. Anda mungkin mempersoalkan: adakah Roberto Firmino ini penyerang atau attacking midfielder?

Menurut Klopp, beliau melihat Firmino sebagai penyerang.

“Sebelum perlawanan, saya beritahu dia adalah penyerang yang kadang kala boleh bermain sebagai midfielder – bukan midfielder yang kadang kala boleh bermain sebagai penyerang.”

Dalam perlawanan tersebut, Klopp marah kepada Firmino kerana beliau bermain seperti midfielder.

“Kami perlukan beliau (Firmino) sebagai target tapi dia suka turun bawah. Jadi saya cakap: ‘Apa yang kita buat? Kita tak boleh menyerang kalau kita tiada target.”

“Jadi saya beritahu dia: jangan turun ke bawah!”

Kontradiksi dengan kes Emre Can

OK. Point kedua ini bertentangan dengan point pertama.

Sebelum ini, Klopp kata semua pemain kena turun untuk bertahan. Tapi sekarang, Klopp suruh Firmino jangan turun ke bawah pula.

Apa yang anda perlu tahu adalah, memandangkan penyerang Liverpool yang lain sedang cedera, Klopp mahu Firmino mengetuai jentera serangan. Jadi kes ini lain dengan kes Emre Can.

Penyerang perlu bertahan, tetapi perlu menjadi outlet juga



Saya nak jelaskan sesuatu. Dalam taktikal Klopp, semua pemain Liverpool perlu melakukan kerja defensif – termasuklah penyerang.

Menjadi penyerang bererti anda adalah pemain pertahanan pertama bila pasukan anda kehilangan penguasaan bola.

Maksud Klopp kepada Firmino adalah, beliau tak mahu Firmino turun ke bawah bila pasukannya mempunyai penguasaan bola. Beliau mahu Firmino menjadi outlet bagi jentera tengah untuk membuat forward passes.

Aplikasi dalam 5-a-side

Asas taktikal ini juga perlu diamalkan dalam 5-a-side.

Bila pasukan anda mempunyai bola dan ingin menyerang, sebagai penyerang anda perlu menjadi outlet supaya pemain lain boleh pass kepada anda.

Sebagi penyerang, anda juga perlu paksa pertahanan lawan turun ke bawah dan cipta ruang untuk ahli pasukan anda. Bila ahli pasukan anda ada ruang, dia boleh jadi berbahaya.

Attacking-Depth-5-a-side-Futsal

Berdasarkan gambar di atas saja, anda boleh tahu gambar di sebelah kiri jauh lebih bagus daripada kanan jika anda pasukan merah dan mahu menyerang.

Pemain X mungkin fikir dengan turun bawah, dia boleh mendapat bola (dan bermain macam false 9).

Tetapi jika ahli pasukannya tidak mengisi ruang yang ditinggalkan oleh pemain X, apa yang pemain X buat hanyalah menutup ruang serangan untuk pasukannya sendiri.

Itu yang Klopp tak mahu. Larian ke bawah Firmino menutup ruang bagi Liverpool untuk melancarkan serangan.

Jadi bila pasukan anda sedang menyerang, pastikan penyerang anda sentiasa kekal di atas untuk cipta ruang kepada pemain lain.

Beritahu penyerang, jangan susah-susah turun bawah untuk mencari bola. Kekalkan posisi di atas. Ahli pasukannya sendiri akan mencari dan memberinya bola.

F5WC Malaysia – Kejohanan Bola Sepak 5-A-Side Amatur Terbesar Di Malaysia

Jika anda berminat untuk menyaksikan aksi bola sepak 5-a-side, anda boleh turun ke UiTM Shah Alam pada 19 dan 20 Disember 2015 ini untuk menyaksikan kejohanan F5WC Malaysia.

Pelbagai acara dan aktiviti turut disediakan kepada orang awam yang berkunjung.

Front page slider 2 (1)

Baca juga: Bagaimana Bola Sepak 5-A-Side Boleh Dijadikan Latihan Untuk 11-A-Side?

The post Apa Yang Jurgen Klopp Boleh Ajar Kepada Pasukan 5-A-Side Dan Futsal appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA