Bola Sepak : Calon Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2015

Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2015 atau 2015 African Footballer of The Year mengiktiraf pemain terbaik Benua Afrika atau Zon CAF. 10 pemain telah disenarai pendekkan bagi merebut gelaran tersebut di mana pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah pada 7 Januari 2016 di Abuja, Nigeria. Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Tahun 2014, Yaya Toure dari Ivory Coast yang mewakili kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City turut tercalon sekali lagi merebut gelaran ini. Beliau juga merupakan pemenang anugerah ini untuk 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2011 hingga 2014. Pemain-pemain yang tersenarai ini merupakan pemain yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sama ada untuk negara serta kelab yang mereka wakili.

Bual Sukan percaya, semua pemain yang tercalon ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing untuk merebut gelaran pemain terbaik tahunan ini. Berikut adalah senarai 10 pemain yang bakal merebut Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika 2015 akan datang :

Andre Ayew (Ghana/Swansea)
Aymen Abdennour (Tunisia/Valencia)
Mudather Eltaib Ibrahim “Karika” (Sudan/El-Hilal)
Mohamed Salah (Mesir/AS Roma)
Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon/Borussia Dortmund)
Sadio Mane (Senegal/Southampton)
Serge Aurier (Ivory Coast/PSG)
Sofiane Feghouli (Algeria/Valencia)
Yacine Brahimi (Algeria/FC Porto) 
Yaya Toure (Ivory Coast/Manchester City)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Malaysia lawan UAE

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian sementara Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee akan meneruskan perjuangan dalam Kumpulan A Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia dan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE di mana pasukan negara akan bertemu pasukan UAE pada 17 November 2015 ini di Malaysia. Ini merupakan perlawanan ketujuh buat pasukan negara di mana pasukan Harimau Malaya kini menduduki tangga keempat Kumpulan A degan mengumpul 4 mata hasil daripada 1 kemenangan, 1 seri serta 4 kekalahan dengan hanya menjaringkan 2 gol serta dibolosi sebanyak 26 kali. Dalam perlawanan sebelum ini, pasukan negara telah dibelasah teruk oleh pasukan UAE dengan keputusan 0-10 yang juga merupakan rekod kekalahan terbesar pasukan negara di pentas antarabangsa.
Tiada harapan diletakkan kepada pasukan negara yang pastinya akan cuba mengelakkan dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar sepertimana perlawanan bertemu Palestin yang mana gawang pasukan negara dibolosi dengan 6 gol. Datuk Ong Kim Swee pastinya akan merancang strategi, taktikal serta formasi yang berbeza untuk perlawanan menentang UAE ini. Bual Sukan percaya, rombakan besar akan dilakukan ke atas skuad negara ekoran satu lagi siri kekalahan besar menentang Palestin. Pasukan UAE pastinya akan melancarkan serangan demi serangan untuk merobek gawang pasukan Malaysia. Pasukan Harimau Malaya kini terperosok di kedudukan ke 171 ranking FIFA berbanding pasukan UAE yang kini menghuni tangga ke 67 dunia. Semoga pasukan negara dapat memberikan permainan terbaik bagi mengelakkan terus diaibkan dalam pentas bola sepak antarabangsa. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Pahang vs Selangor: Previu Separuh Akhir Piala Malaysia 2015

Pahang akan menanti kunjungan Selangor untuk separuh akhir yang pertama. 2 pasukan ini ada rekod yang menarik dalam Piala Malaysia.

Selangor gah dengan 32 kejuaraan dan Pahang (4 kejuaraan) merupakan kuasa Piala Malysia pada sekitar awal 80-an, awal 90-an dan juga merupakan juara 2013, 2014.

Pahang mencari kejuaran hatrik untuk menjadi pasukan ke-4 melakukan hat trik (3 kejuaraan berturut turut) selepas Singapura, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pahang dan Selangor pernah bertemu 4 kali dalam final Malaysia dengan kali terakhir adalah pada 1997 yang dimenangi Selangor.

Rekod Pertemuan 6 Perlawanan Terakhir

Pahang (1) v Selangor (3)  Seri- 2

PS

 

Nisbah Gol (6 Perlawanan Terakhir)

Pahang 8 (1.33 )  Selangor 9 (1.50)

Prestasi Semasa: 6 Perlawanan Terakhir

Pahang- K M S M K K 

P6

Gol : 9 Bolos : 11

Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.50
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.83

 

Selangor – S M K M M S

S6

Gol : 8 Bolos : 6

Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.33
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 0.66

Analisis Corak Permainan Semasa:

Pahang

  • mencipta gol melalui hantaran silang
  • menyerang daripada sayap kiri
  • menggunakan 2 ‘target man’ yang berkesan
  • gemar bermain ‘counter attack’
  • sistem kawalan ketat ke atas pemain lawan ( tight man marking)

Selangor

  • gemar bermain sistem ‘hole’
  • gemar bertukar tukar fungsi pemain sayap
  • serangan dari tengah
  • bertahan secara ‘zonal marking’

Kekuatan

Pahang

  • menyudahkan peluang gol dengan klinikal
  • stabil di semua bahagian
  • kekuatan bila bersaing secara fizikal dan di udara
  • pemain sayap yang laju
  • mengancam melalui sepakan bebas atau situasi bola mati (sepakan penjuru dan sebagainya)

Selangor

  • ‘playmaker’ yang kreatif
  • lebih ‘fluid’ di kawasan serangan (final third)
  • memiliki pemain yang laju dan berskil
  • efektif dalam mencipta peluang melalui ‘through passes’
  • berkeupayaan tinggi mengekalkan ‘clean sheet’

Kelemahan

Pahang

  • lambat menukar pelan taktikal bila ketinggalan
  • agak sukar berdepan dengan pemain yang lincah
  • kerap melepaskan faul di kawasan bahaya
  • pemain kadang kadang terlalu bermain secara individu

Selangor

  • konsistensi pemain penyerang (no.9)
  • keupayaan yang rendah untuk menguasai kawasan tengah
  • pemain kerap gagal mengelakkan tackle oleh pertahanan yang agresif

Pemain Tumpuan

Matias Conti (Pahang)

conti

Pemain yang gemar menjaringkan gol dalam perlawanan bertekanan tinggi.

Lupakan dahulu Dickson Nwakaeme kerana Matias Conti antara individu yang menjadi kesayangan peminat Pahang.

Beliau pastinya mahukan kejuaraaan hat trik Piala Malaysia bersama sama dengan pasukan Pahang.

Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

030515HazwanBakri

Salah seorang bakat yang agak under-rated dalam bolasepak tempatan.

Pemain yang memiliki fleksibiliti dan fluiditi untuk bergandingan bersama sama dengan Andik Vermansyah.

Beliau adalah ancaman yang gemar memecah masuk sama ada secara terus ke dalam kotak atau melalui ‘byline’.

Jika beliau dalam prestasi terbaik, agak sukar mengawal pemain ini secara konsisten.

Sebelum Wisel

Selangor hanya tewas 2 kali daripada 10 pertemuan terakhir dengan pasukan Pahang dan Pahang pula tewas 4 kali daripada jumlah perlawanan yang sama.

Sejak tahun 2011 , perlawanan di antara kedua dua pasukan ini cuma 3 kali sahaja salah satu daripada pasukan meledak 3 gol dan ke atas.

Sudah pasti ini satu pertarungan yang sengit dan kedua dua pasukan akan ada kelebihan gelanggang sendiri.

Kedua dua pasukan mungkin akan bertarung 4-4-2 dalam pertembungan ini. Fluiditi Selangor di ‘final third’ mungkin akan menjadi subjek utama latihan pemain pertahanan Pahang.

Begitu juga pertahanan Selangor mungkin akan berdepan dengan 2 penyerang yang sangat prolifik , Conti dan Nwakaeme.

 

The post Pahang vs Selangor: Previu Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pahang vs Selangor, Felda United vs Kedah: Pasukan Manakah Yang Akan Ke Final?

Saingan Piala Malaysia 2015 semakin menuju ke klimaks selepas Pahang, Selangor, Felda United dan Kedah masing-masing akan berentap dalam 2 perlawanan separuh akhir bermula esok.

SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima mengkaji peluang 4 pasukan ini untuk ke final Piala Malaysia 2015.

Pahang vs Selangor (Siaran Langsung di TV3)

Tidak dinafikan lagi, perlawanan antara dua pasukan negeri yang kaya dengan sejarah Piala Malaysia ini adalah perlawanan tumpuan. Juara bertahan menentang juara 32 kali.

Pahang mungkin masih mencari-cari rentak konsistensi mereka dalam kempen Piala Malaysia, tetapi kebolehan jentera serangan mereka menjaringkan gol di Kuantan sememangnya tak boleh dipertikai.

image

Mangsa terbaru mereka adalah Lions XII yang dibelasah 1-4 di Kuantan. Lions bangkit untuk menang 2-0 di halaman sendiri, tetapi defisit yang dilakar di Kuantan oleh Pahang nyata terlalu besar.

Jika Pahang mampu mengekalkan konsistensi dan mengekalkan rentak kemenangan mereka, Selangor berdepan dengan tugas yang berat di Kuantan esok.

Berbanding Pahang, Selangor tampil dalam perlawanan ini sebagai pilihan underdog. Dan untuk berlaku jujur, ia bukanlah sesuatu yang teruk sangat.

Malah jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic menegaskan status bukan pilihan mereka hanya membuatkan pemainnya lebih kuat berusaha dan tidak mudah berputus asa.

IMG_4476-compressed

Jika status bukan pilihan adalah apa yang Selangor perlukan untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2012, mereka pasti tidak kisah jika nama Selangor berada di luar radar media.

FELDA United vs Kedah (Siaran Langsung di TV9)

Selepas menyingkirkan Johor Darul Takzim di halaman mereka sendiri pada suku akhir lepas, Felda United terus disebut-sebut oleh peminat bola sepak tempatan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia.

Dan mereka mempunyai sebab mereka masing-masing.

Ketika ini, jentera serangan Felda United dikemudi oleh penjaring terbanyak Piala Malaysia 2015, Thiago Augusto Fernandes yang pada asalnya di bawa masuk untuk menggantikan Edward Wilson.

Tetapi Thiago ternyata terlalu bagus sehingga beliau mampu menggantikan tugas Makeche Ndumba sekali.

183-compressed

Memusnahkan rekod tanpa kalah Johor Darul Takzim di Larkin sememangnya satu pencapaian hebat.

Tetapi persoalan masih berlayang-layang sama ada Felda United mampu menewaskan Kedah yang sudah menjaringkan 19 gol daripada 8 perlawanan Piala Malaysia setakat ini.

b9a695f0-4fd0-4a4f-aa6a-39ff2525078f

Bakal disertai oleh puluhan ribu briged penyokong dari utara tanah air pada setiap perlawanan, Kedah mempunyai lebih banyak sebab untuk menang separuh akhir esok berbanding Felda United.

Perlawanan separuh akhir esok adalah perlawanan untuk pasukan mana yang paling mahukan tempat di final. Ia adalah perlawanan untuk pasukan yang paling lapar.

Antara Felda United – pasukan yang ghairah mahu mula mencipta sejarah – dengan Kedah, pasukan yang mahu mengulangi sejarah, pasukan mana yang lebih lapar esok?

Saksikan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, Pahang vs Selangor di TV3 dan Felda United vs Kedah di TV9 pada Rabu, 2 Disember 2015 ini pada jam 8.30 malam.

Kedua-dua perlawanan juga boleh disaksikan secara Global Live Streaming di www.tonton.com.my/liveList

Insta SA1

The post Pahang vs Selangor, Felda United vs Kedah: Pasukan Manakah Yang Akan Ke Final? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Hoki : Keputusan Hoki Piala Remaja Asia 2015

Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2015 sedang berlangsung di Kuantan, Pahang bermula pada 14 hingga 22 November 2015 akan datang. Kejohanan ini merupakan kejohanan edisi kelapan di mana 8 negara akan bersaing dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Asia ini. 3 pasukan yang menamatkan kejohanan ini di 3 kedudukan teratas akan mewakili Asia ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 di India. Pada kejohanan edisi ketujuh yang lalu, pasukan hoki remaja Malaysia berjaya merangkul kejuaraan apabila bejaya menewaskan pasukan Pakistan dalam perlawanan akhir.

Pasukan hoki remaja negara di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Arul Selvaraj pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan kejuaraan yang dimiliki sekaligus menempah slot ke Piala Dunia Remaja 2016 India akan datang. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan India, China dan Jepun manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Pakistan, Korea Selatan, Bangladesh dan Oman. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi mencerahkan kemaraan ke pusingan akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India akan datang. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Hoki Piala Remaja Asia 2015 :

KUMPULAN A : Malaysia, India, Jepun, China
14 November 2015 (Sabtu)
Malaysia lwn China (4-0)

India lwn Jepun (2-1)

15 November 2015 (Ahad)
China lwn Jepun (1-2)

Malaysia lwn India (4-5)
17 November 2015 (Selasa)
India lwn China (4-1)

Jepun lwn Malaysia (2-2)

KUMPULAN B : Korea Selatan, Pakistan, Oman, Bangladesh

14 November 2015 (Sabtu)

Pakistan lwn Bangladesh (3-1)

Korea Selatan lwn Oman (5-2)

15 November 2015 (Ahad)
Pakistan lwn Korea Selatan (3-0)

Oman lwn Bangladesh (4-5)

17 November 2015 (Selasa)
Oman lwn Pakistan (1-7)

Korea Selatan lwn Bangladesh (0-2)

SUKU AKHIR
19 November 2015 (Khamis)
India lwn Oman (9-0)

Bangladesh lwn Jepun (0-3)

Malaysia lwn Korea Selatan (3-3) : Korea Selatan menang Penentuan Penalti 4-1
(Malaysia gagal ke Piala Dunia Remaja 2016 di India)

Pakistan lwn China (4-1)

PENENTUAN TEMPAT 5 – 8
21 November 2015 (Sabtu)
Oman lwn Bangladesh (2-2) : Bangladesh menang Penentuan Penalti 3-2

Malaysia lwn China (5-1)

SEPARUH AKHIR
21 November 2015 (Sabtu)
India lwn Jepun (6-1)

Korea Selatan lwn Pakistan (2-2) : Pakistan menang Penentuan Penalti 8-7

PENENTUAN TEMPAT 7/8
22 November 2015 (Ahad)
Oman lwn China (2-7)

PENENTUAN TEMPAT 5/6
22 November 2015 (Ahad)
Bangladesh lwn Malaysia (0-8)

PENENTUAN TEMPAT 3/4
22 November 2015 (Ahad)
Jepun lwn Korea Selatan (1-2)

PERLAWANAN AKHIR
22 November 2015 (Ahad)
India lwn Pakistan (6-2)

KEPUTUSAN KESELURUHAN
Johan : India
Naib Johan : Pakistan
Tempat Ketiga : Korea Selatan
Tempat Keempat : Jepun
Tempat Kelima : Malaysia
Tempat Keenam : Bangladesh
Tempat Ketujuh : China
Tempat Kelapan : Oman

* Kemaskini pada 22 November 2015.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Selangor Vs Sarawak: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung pada malam esok, Sabtu 28 November 2015.

SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima membawakan kepada anda previu perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2015.

Kami mulakan artikel previu kami dengan perlawanan melibatkan pasukan Selangor dan juga Sarawak.

Keputusan Suku Akhir Pertama:

Selangor 2-1 Sarawak

Rekod Pertemuan 6 Perlawanan Terakhir

H2H

Prestasi Semasa: 6 Perlawanan Terakhir

SELANGOR – M K M M S M

6SEL

SARAWAK – K S S K M K

6SARAnalisis Corak Permainan Semasa:

Selangor

  • serangan melalui tengah
  • menggemari penguasaan dalam perlawanan ( possession footbal)
  • lebih fluid dan gemar bertukar tukar fungsi sayap (flanker)
  • sistem ‘target man’ klasik
  • suka menggunakan zonal marking

Sarawak

  • Serangan melalui tengah
  • menggemari cubaan jarak jauh
  • ‘counter attacking’ football
  • sistem pertahanan yang agresif

Kekuatan

Selangor

  • memiliki pemain sayap yang laju
  • boleh mencipta peluang beterusan dan lebih kreatif
  • kuat dalam pertarungan di udara
  • keupayaan mengekalkan clean sheet

Sarawak

  • menghasilkan gol melalui cross
  • conuter attack dari kanan yang berkesan
  • kuat dalam pertarungan di udara
  • Kelemahan

    Selangor

    • agak lemah berdepan dengan lawan yang bermain fizikal
    • kerap offside
    • kurang konsisten

    Sarawak

    • Agak agresif  di pertahanan dan kerap melepaskan faul di kawasan bahaya
    • Kurang efektif mengekalkan clean sheet.

    Pemain Tumpuan:

    Andik Vermansyah (Selangor)

    andik vermansyah asiana

    Pusat utama kreativiti pasukan Selangor yang efektif bermain dalam pasukan (teamplay) atau individu.

    Pemain ini boleh mengubah nasib pasukan Selangor dengan bersendirian jika pasukan beliau buntu.

    Billy Mehmet (Sarawak)

    billy

    Pemain ini amat sukar dikawal dan ada fizikal serta skil yang membolehkan beliau memberikan sumbangan di bahagian serangan/final third.

    Stamina dan kesungguahn beliau di dalam padang adalah titik utama yang harus diberikan perhatian oleh Selangor.

    Sebelum Wisel

    Secara kritikalnya, Selangor ada kelebihan dari segi jaringan tempat lawan yang agak berat untuk dibayar pasukan Sarawak kali ini.

    Melepaskan gol awal kepada Selangor adalah bukan opsyen untuk Sarawak. Dengan rekod kemenangan terakhir Sarawak ke atas Selangor adalah pada 2013,  pasukan Selangor akan menjadi pilihan untuk layak kali ini dalam perlawawanan yang masih terbuka.

    Sarawak memerlukan jaringan awal untuk memadamkan jaringan tempat lawan dan mencari gol kedua.

    Mencari gol menentang Selangor mungkin tak sesukar mempertahankan gol di Shah Alam dengan rekod pertahanan Sarawak yang rapuh.

    Nantikan artikel previu kami untuk 3 lagi perlawanan suku akhir Piala Malaysia.

    Siaran Langsung

    Saksikan PKNS FC menentang Kedah SIARAN LANGSUNG pada 28 November (Sabtu) ini jam 8.30 malam di TV9 dan secara ‘global live streaming’ menerusi www.tonton.com.my/liveList.

    Anda juga boleh saksikan SIARAN TERTUNDA antara Lions XII dan Pahang pada 28 November (Sabtu) ini jam 8.30 malam di TV3 dan secara ‘global live streaming’ menerusiwww.tonton.com.my/liveList.

    *Perlawanan di antara Lions XII menentang Pahang merupakan SIARAN TERTUNDA kerana perlawanan bermula awal di Stadium Jalan Besar.

    Insta Suku 2

The post Selangor Vs Sarawak: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Lions XII Vs Pahang: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Bahagian 3: Lions XII vs Pahang

Suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung pada malam ini, Sabtu 28 November 2015.

SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima membawakan kepada anda previu perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2015.

Untuk bahagian ketiga ini, kami bawakan kepada anda previu perlawanan di antara Lions XII dan Pahang.

Baca: Johor Darul Ta’zim Vs Felda United: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Keputusan Suku Akhir Pertama:

Pahang 4-1 Lions XII

Rekod Pertemuan 6 Perlawanan Terakhir

blank

Nisbah Gol

Lions XII (14) Pahang (12)

Prestasi Semasa: 6 Perlawanan Terakhir

Lions XII- K M M K M M

Gol : 9
Bolos : 10

Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.50
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.67

LIONS6

Pahang – M S M K K M

Gol : 11
Bolos : 9

Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.83
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.50

PAHANG6

Analisis Corak Permainan Semasa:

Lions XII

  • serangan sayap kanan
  • menggemari corak bertahan dan ‘counter attack’ bila berdepan pasukan kuat
  • bolasepak yang menggunakan kepantasan dan bukan fizikal
  • mencipta peluang melalui ‘through pass’

Pahang

  • Menggemari sistem 2 ‘target man’
  • Mencipta peluang gol melalui hantaran lintang
  • Serangan dari kiri

Kekuatan

Lions XII

  • Pemain yang laju dan berskil
  • Boleh bermain bolasepak yang ‘fluid’
  • sistem pertahanan ‘tight man marking’

Pahang

  • Mempunyai sumber penjaring gol hampir dari semua bahagian
  • Kuat dalam menewaskan perangkap ofsaid
  • Klinikal di depan gol

Kelemahan

Lions XII

  • Lemah dalam mengekang (track back) serangan balas dari sayap
  • Kurang dominasi di kawasan bulatan tengh (center circle area)
  • Kerap melepaskan faul di kawasan bahaya

Pahang

  • Mematikan counter attack dari sayap
  • Berdepan pemain lincah

Pemain Tumpuan

Izwan Mahbud (Lions XII)

izwan mahbud

Melepaskan 1 gol kepada Pahang adalah bukan opsyen kepada Lions XII dan sudah pasti ‘tangan selamat’ Lions XII ini akan menjalankan tugas terbaik beliau malam ini.

Beliau adalah bakat yang boleh diharap dan terbukti sudah banyak kali menjadi inspirasi pasukan Lions XII untuk perlawanan-perlawanan penting.

Damion Stewart (Pahang)

damion stewart

3 gol adalah defisit yang harus dikejar Lions XII. Jadi dalam perlawanan ini, amatlah penting bagi Pahang memiliki jeneral pertahanan tengah yang sentiasa fokus dalam kerja mereka.

Damion Steward pasti akan menjadi topik  dan subjek untuk Lions XII. Jika Lions XII dapat memanipulasi aksi keras beliau dengan menggunakan pemain lincah untuk berada di kawasan beliau.

Damion sudah pasti bersedia dan pengalaman mengendalikan perlawanan seperti ini pasti memudahkan kerja beliau.

Ini adalah perlawanan di tempat lawan dengan tekanan sudah pasti terarah kepada pertahanan untuk tidak melakukan kesilapan.

Sebelum Wisel

Sama ada Pahang melakukan kesilapan berterusan atau Lions XII mendapat gol awal dengan mudah, mungkin itu antara faktor yang membolehkan Lions XII mara ke perlawanan seterusnya.

Zainal mungkin lebih memfokuskan kepada titik pertahanan dan melancarkkan ‘counter attack’.

Agak menarik sama ada Zainal akan menurunkan penyerang kembar atau cuma menurunkan seorang no.9 untuk melabur (investing) di bahagian lain.

Bagi Fandi Ahmad, beliau adalah pemain yang sudah berkali-kali dalam keadaan ini dan berjaya bangkit daripada tekanan dan ketinggalan.

Ini adalah Piala Malaysia terakhir untuk Lions XII buat masa ini. Dengan kualiti pemain muda yang sentiasa bertenaga dan bersemangat, Fandi ada senjata yang boleh fokus kepada bola sepak daripada memikirkan tekanan.

Ia pasti akan menjadi perlawanan yang memerlukan Lions XII menyumbang tenaga 120% lebih banyak daripada Pahang sejak dari awal.

Perlawanan ini adalah ‘only Pahang To Lose and for Lions XII to win’. Maksudnya , Pahang sudah ada segala kelebihan untuk mara ke peringkat seterusnya dan cuma tahap disiplin dan keinginan mereka sahaja yang membolehkan Lions XII medapat sesuatu daripada perlawanan ini.

Cuma tinggal sama ada Pahang nak mara atau nak lepaskan peluang ini.

Ia adalah tugasan terlalu berat untuk Lions XII dan saya rasa Pahang merupakan satu satunya pasukan yang sudah sebelah kaki ke separuh akhir berbanding dengan 7 pasukan yang lain.

Untuk Lions XII , kami bersedia menanti keajaiban dalam bolasepak

Siaran Langsung

Saksikan PKNS FC menentang Kedah SIARAN LANGSUNG pada 28 November (Sabtu) ini jam 8.30 malam di TV9 dan secara ‘global live streaming’ menerusi www.tonton.com.my/liveList.

Anda juga boleh saksikan SIARAN TERTUNDA antara Lions XII dan Pahang pada 28 November (Sabtu) ini jam 8.30 malam di TV3 dan secara ‘global live streaming’ menerusiwww.tonton.com.my/liveList.

*Perlawanan di antara Lions XII menentang Pahang merupakan SIARAN TERTUNDA kerana perlawanan bermula awal di Stadium Jalan Besar.

Insta Suku 2

The post Lions XII Vs Pahang: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA