Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan PDRM FA 2016

Pasukan PDRM FA atau nama gelaran mereka The Copsmerupakan antara pasukan yang berjaya mempamerkan prestasi memberangsangkan pada saingan Liga Malaysia 2015 yang lalu. Pasukan PDRM FA berjaya menamatkan saingan Liga Super 2015 di tangga keenam dari 12 pasukan mengatasi saingan pasukan-pasukan seperti Singapore Lions XII, Perak, Kelantan dan Sarawak. Bagi saingan Liga Malaysia 2016 akan datang, pasukan PDRM FA yang dikemudi oleh Ketua Jurulatih, Mohd. Fauzi Pilus pastinya akan berusaha untuk terus kekal bersaing dalam Liga Super 2017. Pasukan The Cops kehilangan ramai pemain-pemain utama yang berhijrah ke pasukan-pasukan lain. Tugas getir pastinya bakal digalas oleh Ketua Jurulatis, Mohd. Fauzi Pilus beserta barisan kejurulatihan The Cops untuk menyusun semula pasukan bagi saingan musim 2016 akan datang.
Bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain import dari Brazil, Andrezinho yang pernah beraksi untuk pasukan JDT. Selain itu, pemain serba boleh dari Singapura Safuwan Baharuddin juga bakal beraksi dengan pasukan PDRM FA untuk saingan akan datang. Khidmat pemain import terbaik Liga Malaysia 2014 iaitu Ketua Pasukan Maldives, Ali Ashfaq juga akan terus dikekalkan bagi musim baru 2016. Bual Sukan percaya, barisan pemain yang akan beraksi untuk pasukan The Cops patinya akan memberikan permainan yang cemerlang bagi bersaing dengan 11 pasukan lain. Dengan percaturan taktikal, strategi dan formasi yang tepat oleh Ketua Jurulatih mereka, tidak mustahil pasukan PDRM FA mampu mengekalkan momentum saingan Liga Malaysia 2016 akan datang.
Berikut adalah senarai pemain pasukan PDRM FA bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2016 akan datang :
PENJAGA GOL
PERTAHANAN
Osman Damanhuri, Mohd. Faizal Muhammad, Safuwan Baharudin (Singapura)
  
TENGAH
Mohd. Lot Abu Hassan, Andrezinho (Brazil)
PENYERANG
Ali Ashfaq (Maldives), Muhammad Shafiq Jamal, Haziq Fikri Hussein, Muhd. Izuan Salahuddin

* akan dikemaskini dari semasa ke semasa.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Previu Fantasy Premier League: Minggu 23

Sedar tak sedar FPL sudah sampai ke Minggu 23

Maknanya tinggal 15 gameweek sahaja lagi

Minggu 22 menunjukkan Man City berada di dalam prestasi yang baik setelah berjaya menundukkan Crystal Palace dengan 4 – 0

Man Utd pula berjaya mengalahkan Liverpool di dalam Match of the week.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 22 nanti:

Penjaga Gol

jack-butland-stoke-goalkeeper_3371567

Kami memilih Jack Butland (£5.3) untuk penjaga gol pada minggu ini.

Jack Butland merupakan penjaga gol yang mempunyai kutipan mata tertinggi di FPL dengan 12 mata bonus.

Butland memaparkan aksi yang baik semasa menentang Arsenal pada minggu lepas.

Stoke City akan bertemu Leicester pada minggu ini di halaman lawan.

Faktor prestasi Leicester yang kurang baik ketika ini kemungkinan akan memberi peluang untuk Jack Butland mendapatkan clean sheet ke-10 beliau.

David De Gea (£5.6) berjaya menghalang Liverpool dari mendapatkan gol di Anfield pada minggu lepas.

De gea juga berjaya mendapatkan 2 mata bonus untuk perlawanan tersebut.

Bermain di halaman sendiri pada minggu ini menentang Southampton sedikit sebanyak memberi peluang buat De Gea mendapatkan clean sheet.

Pertahanan

2B36226300000578-0-image-m-21_1451075631662

Leighton Baines (£6.2) antara pemain yang banyak membantu Everton pada minggu lepas.

Baines berjaya mendapatkan 2 assist hasil jaringan Mirallas dan Funes Mori.

Charlie Daniels (£4.6) dari Bournemouth antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik.

Daniels berjaya mendapatkan 1 goal, 1 assist serta clean sheet sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Harganya jugak murah untuk kualiti yang pada beliau.

Glen Johnson (£5.3) antara pemain yang bermain dengan baik semasa menentang Arsenal.

John berjaya mendapat clean sheet serta 2 mata bonus.

Pemain Tengah

101815-SOCCER-wijnaldum-ahn-PI.vresize.1200.675.high.45

Wijnaldum (£7.0) muncul sebagai wira semasa menentang West Ham.

Wijnaldum berjaya mendapatkan 1 goal , 1 assist serta dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Setakat ini beliau berjaya mendapatkan 115 mata untuk FPL musim ini.

Menentang pasukan Watford yang sudah bolos 8 goal di dalam 5 perlawanan bakal memberi peluang yang lebih buat Wijnaldum menambah koleksi gol beliau pada musim ini.

David Silva (£9.9) antara pemain yang menyerlah semasa perlawanan menentang Crystal Palace pada minggu lepas.

Silva berjaya mendapatkan 1 goal dan 1 assist untuk perlawanan tersebut.

Ross Barkley (£7.3) antara pemain yang konsisten bermain pada musim ini.

Prestasi Barkley semasa bermain di halaman sendiri juga agak baik dengan 3 assist di dalam 3 perlawanan terakhir.

Everton bakal berdepan dengan lawan yang tidak begitu sukar selepas ini iaitu Swansea, Newcastle, Stoke dan West Ham

Dusan Tadic (£6.7) dan Ward Prowse (£5.5) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang baik ketika ini.

Masing masing berjaya mendapatkan 2 gol di dalam 2 perlawanan terakhir.

Selain Man City, Spurs juga antara pasukan yang berjaya mendapatkan kemenangan besar pada minggu lepas.

Eriksen (£8.3) berjaya menyumbat 2 goal sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Penyerang

090415-Soccer-Man-United-Wayne-Rooney-PI-CH.vresize.1200.675.high.72

Nampaknya Aguero (£13.3) kembali bermain di dalam prestasi yang baik setelah berjaya mendapatkan 2 goal dan 1 assist semasa menentang Crystal Palace.

Walaupun harganya agak mahal, prestasi beliau semasa top form sangat berbaloi untuk anda dapatkan.

Man City bakal untuk West Ham, Sunderland, Leicester selepas ini memberikan peluang yang lebih buat Aguero mendapatkan gol.

Wayne Rooney (£10.0) muncul sebagai penyelamat buat Man Utd di Anfield setelah berjaya mendapatkan gol tunggal untuk perlawanan tersebut.

Setakat ini, Rooney berjaya mendapatkan 5 goal dan 1 assist untuk 4 perlawanan terakhir.

Meskipun sudah sunyi tanpa gol untuk 3 perlawanan terakhir, kami masih percaya Lukaku (£9.2) mampu buktikan sesuatu semasa menentang Swansea nanti.

Tambahan pula, prestasi Swansea ketika ini tidak begitu baik.

Swansea sekadar berjaya mendapatkan 1 kemenangan untuk 4 perlawanan terakhir.

Pilihan Kapten : Sergio Aguero (Man City) , Romelu Lukaku (Everton) , Wijnaldum (Newcastle)

 

 

 

The post Previu Fantasy Premier League: Minggu 23 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Perkara Menarik Yang Berlaku Di Liga Korea Selatan Pada Musim 2015

Memandangkan tiada bahan bacaan berbahasa Malaysia tentang liga teratas Korea Selatan, K-League Classic, kami mendapatkan bantuan daripada rakan kami, Steven Price untuk memberikan maklumat tentang liga Korea Selatan.

Steven Price merupakan pengasas KLeagueFootball.com, laman web yang membekalkan berita bola sepak Korea Selatan dalam bahasa Inggeris.

Jika anda mahu mengetahui serba-sedikit tentang apa yang berlaku di liga bola sepak Korea Selatan sepanjang tahun 2015, ini adalah artikel untuk anda.

Selepas membaca anda juga akan sedar, liga bola sepak Korea Selatan tidaklah jauh bezanya dengan liga bola sepak di Malaysia.

1. Jeonbuk Hyundai Motors bukti bajet gaji besar adalah resepi juara

(Sumber: Michael Dodge / Getty Images)
(Sumber: Michael Dodge / Getty Images)

Pada musim lepas, Jeonbuk Hyundai Motors muncul juara K-League Classic – liga yang dianggotai oleh 12 pasukan seperti Liga Super – buat kali kedua berturut-turut.

Jeonbuk Hyundai Motors meninggalkan pencabar terdekat, Suwon Samsung Bluewings dengan jarak 6 mata.

Kunci utama kemenangan mereka pada musim lepas adalah gabungan dua faktor – prestasi konsisten pada awal musim dan bajet gaji yang besar.

Pada musim lepas, Jeonbuk menghabiskan USD12 juta (RM52 juta) untuk gaji pemain sahaja. Penerima gaji terbesar mereka adalah pemain tengah Brazil, Leonardo dan penyerang veteran, Lee Dong-Gook (bekas penyerang Middlesbrough) yang masing-masing menerima gaji tahunan USD1.1 juta (RM4.7 juta).

Pada usia 36 tahun, Lee Dong-Gook masih mampu menyumbat 13 gol untuk muncul penjaring gol keempat terbanyak dalam liga.

2. Suwon Samsung Bluewings makin lemah

suwon
(Sumber: www.bluewings.kr)

Pesaing terdekat juara liga, Suwon Samsung Bluewings pula hanya mampu membelanjakan USD8.7 juta (RM37.5 juta) untuk gaji pemain pada musim lepas.

Jarak perbezaan bajet gaji Suwon dengan Jeonbuk kelihatan akan menjadi lebih besar pada musim 2016 akan datang.

Apatah lagi bila Jeonbuk mengumumkan Kim Bo-Kyung (bekas pemain tengah Cardiff City) bakal menyertai mereka nanti.

Suwon pula baru saja menjual penjaga gol mereka yang bergaji mahal, Jong Sung-Ryung yang akan menyertai pasukan J1 League, Kawasaki Frontale.

Ini ditambah pula dengan pemergian penyerang Korea Utara, Jong Tae-Sae ke satu lagi pasukan J1 League, Shimizu S-Pulse pada pertengahan musim lepas. Ketiadaan Tae-Se menyebabkan cabaran menjuarai liga Suwon menjadi semakin sukar.

3. Ulsan Hyundai mempunyai bajet gaji ketiga tertinggi, tetapi masih teruk

2747836_40
(Sumber: news.kbs.co.kr)

Walaupun statistik membuktikan Semakin tinggi jumlah bajet gaji pemain. semakin baik kedudukan pasukan dalam liga, Ulsan Hyundai membuktikan sebaliknya.

Meskipun mempunyai bajet gaji ketiga tertinggi dalam liga, Ulsan hampir-hampir menduduki zon penyingkiran liga. Mujurlah prestasi pasukan Daejeon Citizen dan Busan I’Park lebih teruk daripada mereka.

4. Kim Shin-Wook selamatkan Ulsan, tapi masih diketepikan pasukan kebangsaan

(Sumber: www.uhfc.tv)
(Sumber: www.uhfc.tv)

Jika dilihat prestasi buruk Ulsan Hyundai pada musim lepas, mereka perlu berterima kasih kepada penyerang, Kim Shin-Wook yang menjaringkan 18 gol untuk mmuncul penjaring terbanyak liga pada musim lepas.

Perlu diingat, Kim Shin-Wook hanya baru belajar bermain sebagai penyerang pada 7 tahun lepas. Dengan ketinggian 1.96 meter, Shin-Wook biasa bermain sebagai pertahanan tengah sejak dari zaman remaja.

Pertukaran beliau daripasa seorang pertahanan tengah ke penyerang berbisa adalah sesuatu yang mengagumkan.

Bagaimanapun disebalik prestasi cemerlangnya dalam liga, Shin-Wook masih gagal menambat hati ketua jurulatih skuad kebangsaan, Uli Stielike yang lebih sukakan Hwang Ui-Jo (Seongnam FC) dan Lee Jeong-Hyup (Busan I’Park).

5. Masalah liga Korea Selatan: kekurangan penonton

(Sumber: modernseoul.org)
(Sumber: modernseoul.org)

Berbanding Chinese Super League dan J1 League yang semakin meningkat jumlah kedatangan penyokongnya ke stadium, K-League Classic pula menunjukkan penurunan.

Pasukan-pasukan besar seperti FC Seoul, Jeonbuk Motors, dan Suwon Bluewings masih menarik ramai penyokong untuk datang ke stadium mereka.

Rekod tertinggi kedatangan penyokong ke stadium pada musim lepas adalah 39,328 orang ketika perlawanan derby antara FC Seoul dan Suwon Bluewings yang berkesudahan seri 0-0.

Secara keseluruhannya, K-League Classic hanya mampu menarik purata 7,720 penonton saja ke stadium pada setiap perlawanan. Sebagai contoh, Jeonnam Dragons hanya mampu menarik 628 penonton ke stadium ketika mereka kalah 2-5 menentang Ulsan Hyundai.

Di Malaysia, rata-rata stadium pasukan utama Liga Super seperti Pahang, Selangor, Perak, Kelantan dan JDT mencatatkan purata lebih 10,000 penonton pada setiap perlawanan.

Penonton berkurangan, lebih banyak masalah

Dengan harga tiket yang murah (USD10 atau RM43) untuk seorang dewasa, dan pendapatan siaran langsung TV yang hanya membawa USD5 juta (RM21.5 juta) semusim, pasukan-pasukan di Korea Selatan berdepan dengan masalah sama seperti Malaysia.

Mereka terlalu bergantung kepada tajaan syarikat besar dan kerajaan negeri untuk beroperasi.

Di Korea Selatan, tajaan syarikat besar dan sumbangan kerajaan negeri membentuk hampir 80% daripada keseluruhan bajet menguruskan pasukan.

Kecuali Jeonbuk Motors yang stabil, pada ketika ini semakin banyak syarikat dan kerajaan negeri yang sudah memotong perbelanjaan pasukan bola sepak.

Sebab itulah semakin ramai pemain Korea Selatan sudah mula merantau ke liga Asia lain untuk mencari kontrak baru.

Jika perbelanjaan ini terus dipotong dan dipotong, liga-liga Asia yang lain akan menerima kebanjiran pemain-pemain bintang dari Korea Selatan.

Baca juga: Taktikal Piala Asia 2015: Korea Selatan

The post 5 Perkara Menarik Yang Berlaku Di Liga Korea Selatan Pada Musim 2015 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Perak 2016

Pasukan Perak atau nama gelaran mereka The Bos Gaurus pastinya akan menjadikan musim baru Liga Malaysia 2016 akan datang sebagai medan kebangkitan semula pasukan setelah sekian lama gagal memberikan aksi terbaik seperti yang diharapkan oleh peminat setia skuad Seladang ini. Dengan pengurusan serta pentadbiran baru persatuan pastinya pasukan The Bos Gaurus ingin memberikan yang terbaik dalam setiap aksi yang dihadapi. Pasukan Perak bakal dikemudi oleh bekas pemain pertahanan kental pasukan Perak iaitu Syamsul Saad bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang. Dengan membariskan rata-rata pemain muda serta anak tempatan, tidak mustahil pasukan The Bos Gaurus mampu mencabar sekurang-kurangnya enam kedudukan terbaik liga.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Perak, Syamsul Saad serta barisan kejurulatihanya akan merencanakan strategi, taktikal serta formasi terbaik pasukan Perak menghadapi setiap perlawanan. Dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman, pemain-pemain muda berpotensi serta pemain-pemain import yang berkualiti, tidak mustahil The Bos Gaurus mampu memberi saingan terbaik musim 2016 akan datang. Pengajaran masa lalu seperti kesilapan pemilihan pemain import berkualiti, kesilapan pemilihan formasi selain kecederaan jangka panjang pemain-pemain utama pastinya akan cuba sedaya upaya diatasi oleh Ketua Jurulatih mereka Syamsul Saad bagi musim ini.
Berikut adalah senarai pemain pasukan Perak bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang :
PENJAGA GOL
Mohd. Zamir Selamat, Muhammad Syazani Mat Puat, Mohd. Hafizul Hakim Khirul Nizam
PERTAHANAN
Muhd. Arif Ismail, Mohd. Styazwan Mohd. Roslan, Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari, Thiago Junior (Brazil), Mohd. Raffi Nagoorgani, Mohd. Shahrul Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim, Muhd. Rafiq Faeez Muhd. Fuad
TENGAH
Mohd. Nasir Basharuddin (Ketua Pasukan), Mohamad Hafiz Ramdan, Muhammad Ridzuan Azly Hussham, ahmad Sukri Abdul Hamid, Nurridzuan Abu Hassan, Fazrul Hazli Kadri, Mohd. Nor Hakim Isa, Mohd. Fikri Sudin, Ahmad Khairul Anuar Ahmad Zamri, D.Kenny Pallraj, Muhammad Firdaus Saiyadi, Vokhid Shodiev (Uzbekistan)
PENYERANG
Khairul Ashraf Sahizah

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

11 Cadangan Pembaikan Stadium Paling Dimahukan Oleh Penyokong Tempatan

Baru-baru ini, kami telah melakukan bancian kepada 15,000 followers kami di Twitter mengenai cadangan untuk menggalakkan penyokong datang ke stadium.

Berikut adalah 12 cadangan penambahbaikan yang penyokong mahukan di stadium.

1. Kemudahan WiFi percuma dalam stadium

(Sumber: Cameron Spencer/Getty Images)
(Sumber: Cameron Spencer/Getty Images)

Internet kini bukanlah satu kemewahan, sebaliknya ia sudah menjadi keperluan.

Kami pernah menerbitkan artikel luahan hati jurugambar sukan yang sering menghadapi kesukaran melakukan kerja apabila pihak perbadanan stadium tidak menyediakan kemudahan WiFi kepada mereka.

Baca: Luahan Hati Jurugambar Sukan Tentang Realiti Kemudahan Internet Stadium Di Malaysia

Bukan saja jurugambar sukan dan kakitangan media, malah penyokong yang datang ke stadium juga mahukan kemudahan WiFi.

Penyokong bukan sahaja boleh mempromosikan kemeriahan atmosfera stadium kepada rakan-rakan mereka yang tak pergi stadium, malah mereka juga boleh mengetahui keputusan semasa di stadium-stadium lain.

Di Amerika Syarikat, pasukan-pasukan NFL giat mempersiapkan stadium mereka dengan kemudahan WiFi dan membangunkan app mereka sendiri.

Melalui app dan kemudahan WiFi ini, peminat NFL yang datang ke stadium dapat melihat siaran ulangan, statistik semasa dan membuat tempahan makanan dan minuman.

Pasukan NFL pula dapat membuat promosi merchandise dan meningkatkan jualan makanan dan minuman dalam stadium, selain dapat menyimpan database penyokong mereka.

Kami tak menjangkakan kemudahan ini bakal diberi kepada penyokong dalam masa terdekat, tetapi sememangnya boleh dilakukan pada masa akan datang.

2. Naik taraf surau, tempat ambil wuduk dan tandas, kemudahan OKU

Sebagai sebuah negara yang bermajoritikan penganut agama Islam, agak menghairankan apabila kemudahan seperti surau dan tempat wuduk di sesetengah stadium masih lagi tak diperbesarkan dan diperbaiki.

Ini menyebabkan penyokong terpaksa mengambil wuduk di tandas yang memualkan dan bersolat di laluan pejalan kaki dan atas padang.

(Sumber: utra-alkahfi.blogspot.com)
(Sumber: utra-alkahfi.blogspot.com)

Pihak perbadanan stadium juga perlu membina lebih banyak ramp untuk memberikan peluang kepada penyokong OKU untuk turut memeriahkan stadium.

Tetapi sebelum kemudahan stadium kita dinaik taraf, penting sebenarnya untuk kita sebagai penyokong turut ‘menaik taraf’ mentaliti kita ketika menggunakan kemudahan awam.

Janganlah buang lampin bayi di lubang tandas, tidur di surau dan buang air kecil di tempat mengambil wuduk.

3. Tempat duduk yang bernombor

(Sumber: blogs.mprnews.org)
(Sumber: blogs.mprnews.org)

Sudah berapa kali anda beli tiket, hanya untuk berdiri sebelum sepak mula perlawanan hingga tiupan wisel penamat kerana tempat duduk sudah penuh?

Berapa ramai pula yang terpaksa masuk ke stadium seawal jam 4 petang (jika perlawanan bermula pada 8.45 malam) hanya untuk mendapat tempat duduk?

Bagaimana 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh penuh jika tiket yang terjual baru mencecah 80,000 keping?

Perkara ini merupakan perkara asas dalam hal ehwal pengurusan stadium. Tempat duduk bernombor memelihara hak penyokong yang membayar untuk membeli tiket, dan mencerminkan kecekapan dan ketelusan pihak pengurusan stadium.

4. Jualan pas bermusim, tiket secara online 

Ini adalah sesuatu yang perlu diusahakan oleh semua pasukan.

Jualan tiket secara online bukan sahaja memudahkan penyokong yang mementingkan convenience (kesenangan), malah memudahkan pasukan untuk mengumpul database penyokong mereka.

Ketika ini, tiketbola.com.my adalah satu-satunya penyedia platform pembelian tiket perlawanan secara online.

Bagaimanapun servis mereka masih terhad kepada tiket perlawanan untuk pasukan Kedah, Perak dan Terengganu saja.

5. Kemudahan parking kenderaan yang lebih baik

Ada sesetengah penyokong, terutamanya yang menggunakan kereta dan membawa keluarga, mengelak dari pergi ke stadium kerana kesukaran mencari tempat parking yang baik.

Ketiadaan sistem sekuriti di tempat parking juga mendedahkan risiko kenderaan mereka mudah dipecah masuk.

6. Akses sistem pengangkutan awam ke stadium

Jika anda pernah menaiki kereta dan bas untuk menghadiri perlawanan besar di Stadium Shah Alam, anda pasti tahu betapa ‘ngerinya’ pengalaman balik dari stadium tersebut.

Ketiadaan akses sistem pengangkutan awam yang cekap ke Stadium Shah Alam sering menyebabkan kesesakan teruk di kawasan sekitarnya.

Kami sendiri pernah terperangkap selama 2 jam dalam kesesakan tersebut selepas perlawanan final Piala Malaysia 2015 yang lepas.

Alangkah bagusnya jika semua stadium di Malaysia mempunyai akses pengangkutan awam seperti Stadium Nasional Bukit Jalil.

(Sumber: ibn75.wordpress.com)
(Sumber: ibn75.wordpress.com)

7. Kaunter, tempat duduk dan pintu khas untuk golongan wanita

Pertama kali kami mendengar cadangan ini diutarakan adalah, ketika proses menaik taraf Stadium Muhammad Ke-IV baru dilancarkan. Bagi kami, ia adalah cadangan yang sangat baik dan amat dialu-alukan.

Ia juga bertepatan dengan imej Kota Bharu yang diberi jolokan Bandaraya Islam.

Jika sebelum ini penyokong wanita agak keberatan untuk turun ke stadium tanpa ditemani penyokong lelaki yang muhrim, langkah ini dapat menarik kedatangan mereka, walaupun jumlah mereka masih tak banyak.

8. Haramkan terus aktiviti merokok dan vapers

Terdapat sesetengah stadium yang sudah memulakan langkah pengharaman aktiviti merokok dan vaping. Dan stadium-stadium lain juga perlu menguatkuasakan perkara sama.

Langkah ini mampu memelihara kesucian paru-paru penyokong wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak merokok.

9. Lagu gol

Ini adalah cadangan menarik yang kami terima. Goal tunes atau lagu gol.

Bagi anda yang tidak tahu, Goal tunes adalah lagu latar belakang yang akan dimainkan apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol. Ia adalah amalan biasa di liga Jerman, Belanda dan sesetengah kelab Sepanyol dan England.

Untuk melaksanakan idea ini, pihak pengurusan pasukan perlu berbincang dahulu dengan wakil kumpulan penyokong untuk memilih goal tunes mereka.

10. Ada skrin paparan untuk replays

(Sumber: Johor Southern Tigers)
(Sumber: Johor Southern Tigers)

Antara perkara lain yang dicadangkan oleh penyokong adalah penyediaan skrin LCD besar untuk mereka melihat ulang tayang aksi menarik dan gol yang dijaringkan.

Setahu kami, hanya Stadium Haji Hassan Yunos, dan Stadium Shah Alam sahaja yang mempunyai kemudahan ini.

11. Pasang CCTV di seluruh stadium

Selain keselesaan, faktor keselamatan juga perlu dipertingkatkan.

Antara saranan yang baik adalah meletakkan lebih ramai polis bantuan, marshall stadium semasa perlawanan dan meletakkan lebih banyak kamera litar tertutup di dalam dan luar stadium.

Jika berlaku sebarang kekecohan atau keganasan, rakaman dari kamera CCTV boleh dijadikan bukti untuk menghukum pesalah.

Lebih kukuh jaminan keselamatan dalam stadium, bermakna lebih ramai orang – terutamanya keluarga – yang akan berkunjung ke stadium.

Baca juga: 11 Pemandangan Yang Anda Dapat Jika Membeli Tiket Termurah Di 11 Stadium

The post 11 Cadangan Pembaikan Stadium Paling Dimahukan Oleh Penyokong Tempatan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

England Lancarkan Liga Bola Sepak Eksklusif Hanya Untuk Lelaki Gemuk

Memandangkan Malaysia adalah negara yang mempunyai penduduk paling gemuk di Asia Tenggara, mungkin ini sesuatu yang perlu kita laksanakan.

Kebetulan pula, Malaysia adalah negara yang fanatik dengan bola sepak. Jadi apa kata kita wujudkan liga bola sepak khas untuk lelaki gemuk di Malaysia sebagai salah satu cara untuk membakar lemak dan memulakan gaya hidup sihat?

Inilah yang dilakukan oleh Andrew Shanahan, lelaki berumur 37 tahun yang mengasaskan liga Man V Fat di England.

Tiada program khas untuk lelaki

(Sumber: SWNS TV)
(Sumber: SWNS TV)

Idea program ini bermula selepas Andrew Shanahan (gambar atas) yang pada satu masa pernah mempunyai berat badan 108kg mendapati kebanyakan kelas menurunkan berat badan dipenuhi oleh wanita.

“Saya ingat lagi semasa saya pergi ke kelas Weight Watchers. Saya adalah satu-satunya lelaki di sana. Malunya saya bukan kepalang.”

“Ketua kelas tersebut bercakap mengapa haid wanita boleh mempengaruhi berat badan. Saya berfikir, kelas ini bukan untuk saya. Bukan untuk lelaki.”

“Itu sebabnya banyak lelaki gagal. Mereka juga ingat mereka perlu berlari maraton untuk menurunkan berat badan. Itu cara salah.”

Menurut Shanahan yang kini sudah menurunkan 32kg, lelaki gemuk perlukan sokongan daripada lelaki gemuk yang lain untuk menurunkan berat badan.

“Kita perlu mengubah cara kita makan, ubah gaya hidup kita. Dan kita perlukan sokongan untuk melakukan semua itu.”

Syarat masuk liga: BMI 30 dan lebih

3053706000000578-0-image-a-28_1453277538545
(Sumber: Daily Mail UK)

Untuk mengubah keadaan, Shanahan memulakan program Man V Fat pada 2 tahun lepas dengan bantuan dana daripada majlis perbandaran setempatnya.

Kini liga Man v Fat mempunyai lebih 40,000 peserta, kesemuanya berkumpul 3 hari seminggu untuk bermain bola sepak.

Syarat untuk bertanding dalam liga ini adalah satu saja – body mass index (BMI) anda mestilah 30 ke atas. Tiada had umur dikenakan kepada peserta.

Lelaki gemuk perlukan sokongan

(Sumber: Daily Mail UK)
(Sumber: Daily Mail UK)

Menurut Shanahan, cabaran terbesar untuk menurunkan berat badan adalah mencari dan meminta bantuan rakan dan keluarga yang boleh memberikan sokongan.

“Saya tanya 40,000 peserta Man V Fat, apa yang sangat-sangat perlukan untuk menurunkan berat badan. Majoriti daripada mereka mahukan sokongan daripada lelaki gemuk yang lain.”

Maka atas sebab itulah Shanahan menubuhkan Man V Fat – supaya lelaki gemuk dapat beriadah bersama-sama tanpa rasa malu dan mendapat sokongan daripada peserta-peserta lain.

“Kebanyakan daripada mereka mahu bersukan, tapi takut dan malu kerana kebanyakan pasukan bola hanya mahukan seorang lelaki gemuk saja dalam pasukan mereka.”

Laman web: Man v Fat
Facebook: Man v Fat

Baca juga: Antonio Cassano: Kejatuhan Karier Adalah Kerana Saya Malas, Bukan Salah Jurulatih

The post England Lancarkan Liga Bola Sepak Eksklusif Hanya Untuk Lelaki Gemuk appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Lionel Messi Mahu Bantu Budak Mangsa Perang Yang Pakai Jersi Messi Dari Plastik

Ini sesuatu yang menyentuh hati kami. Dan ia mengingatkan kami, mengapa kita cintakan bola sepak.

Pasukan perhubungan awam (PR) Lionel Messi sedang giat melancarkan kempen untuk mencari identiti kanak-kanak lelaki dalam gambar yang memakai ‘jersi’ Argentina yang tertera nama ‘Messi’ dan nombor ’10’, yang diperbuat daripada beg plastik.

Gambar tersebut yang tersebar viral di Twitter menunjukkan imej belakang seorang kanak-kanak lelaki yang menyarung beg plastik berwarna jalur biru dan putih – menyerupai jersi Argentina.

Nama ‘Messi’ dan nombor ’10’ tersebut ditulis dengan menggunakan pen marker berwarna biru pekat.

Akaun Twitter yang memuat naik gambar tersebut merupakan milik peminat pemain Argentina dan Barcelona, Messi10stats.

Menurut pemilik akaun tersebut, beliau telah dihubungi oleh pasukan perhubungan awam (PR) Lionel Messi untuk membantu mereka mencari dan membantu kanak-kanak dalam gambar tersebut.

Lokasi gambar tersebut diambil bagaimanapun tidak diketahui. Tetapi menurut Daily Mail, kanak-kanak tersebut mungkin diambil di Dohuk, Iraq – kawasan yang ditinggalkan oleh ribuan keluarga untuk melarikan diri dari serangan ISIS.

Pada tahun lepas, Lionel Messi menderma £315,000 (RM2 juta) kepada badan kebajikan United Nations Children’s Fund (UNICEF).

Sebiji bola yang ditandatangi oleh beliau juga telah dijual pada harga £45,000 (RM282,000) sebelum dana tersebut didermakan kepada UNICEF.

Seperti kisah bapa pelarian Syria menjual pen

Kisah ini mengingatkan kami kepada seorang pelarian Syria di Lubnan yang berubah nasibnya selepas gambarnya tersebar viral di media sosial.

Dalam gambar tersebut, Abdul Halim al-Attar dilihat sedang gigih menjual pen di jalan raya sekitar Beirut sambil memikul anak perempuan yang lena di bahunya.

Selepas gambar beliau tersebar viral, seorang wartawan Norway, Gissur Simonarson memulakan usaha kempen untuk mencari Abdul Halim al-Attar dan memulakan kempen mengumpul derma di Internet.

Kempen tersebut berjaya mengumpul dana sebanyak £120,000 (RM750,000) untuk Abdul Halim al-Attar dan keluarganya.

Abdul Halim al-Attar bagaimanapun hanya dapat mengeluarkan 40% daripada keseluruhan wang tersebut ditolak caj pemprosesan PayPal, Indiegogo dan upah mengeluarkan duit kepada kawannya yang boleh mengeluarkan duit di Dubai.

Tetapi wang tersebut masih tetap cukup untuknya menderma £16,000 kepada kawan-kawan dan keluarganya di Syria, serta membuka kedai roti, kedai kebab dan restoran yang memberi peluang pekerjaan kepada 16 pelarian Syria.

Dengan kuasa media sosial, tidak mustahil nasib budak lelaki yang memakai ‘jersi’ Messi ini bakal berubah. Semuanya kerana Lionel Messi dan bola sepak.

Baca juga: Juara Dunia FIFA 16: Messi Takut Lawan Saya, Ronaldo Langsung Tak Pandai Main

The post Lionel Messi Mahu Bantu Budak Mangsa Perang Yang Pakai Jersi Messi Dari Plastik appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Kelantan 2016

Pasukan Kelantan atau nama gelaran mereka The Red Warriors (Gergasi Merah) pastinya ingin melupakan aksi Liga Malaysia 2015 apabila sekadar menamatkan saingan Liga Super 2015 di tempat kelapan. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi musim lalu seperti penggantian Ketua Jurulatih, masalah prestasi pemain import serta masalah dalaman lain pastinya memberikan pengajaran berguna kepada pasukan mereka. Bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang, pasukan Kelantan bakal dibimbing oleh Ketua Jurulatih, K.Devan yang pernah membimbing pasukan Selangor dan Negeri Sembilan. Pastinya pucuk pimpinan persatuan negeri memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menyusun semula pasukan dan menjadi antara pasukan gergasi bola sepak Malaysia.
Bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang, pasukan Kelantan mengekalkan sebahagian pemain musim lalu selain membawa masuk pemain-pemain tempatan berkualiti serta pemain-pemain muda berpotensi menghadapi musim mencabar 2016. Bual Sukan percaya, pasukan The Red Warriorsmampu untuk bangkit semula bersaing musim ini dengan formasi, strategi dan taktikal terbaik dalam setiap perlawanan. Ketua Jurulatih, K.Devan juga pastinya akan menggunakan segala pengalaman beliau membentuk keserasian antara pemain seterusnya mengecap kejayaan yang disasarkan pasukan.
Berikut adalah senarai pemain pasukan Kelantan bagi musim panjang Liga Malaysia 2016 akan datang :
PENJAGA GOL
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Shahrizan Ismail, Ramadhan Hamid
PERTAHANAN
Norhafiz Zamani Misbah, Jonathan McKain (Australia(, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Mohd. Farisham Ismail, Noor Hazrul Mustapha, Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin, Zairul Fitree Ishak, Mohd. Zhafran Akramin Abdul Razak, Mohd. Qayyum Marjoni Sabil, Muslim Ahmad, Mohd. Daudsu Jamaluddin
 
TENGAH
Brendan Gan, Wan Zaharulnizam Zakaria, Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, Mohd. Khairul Izuan Rosli, Mohd. Shahrul Hakim Rahim, Mohd. Amir Zikri Pauzi, Faris Shah Rosli, Mohd. Rozaimi Azwar, Mohd. Faizal Abu Bakar,
PENYERANG

Nor Farhan Muhammad, Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi, Abdul Manaf Mamat, Indra Putra Mahyuddin
Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Sarawak 2016

Pasukan Sarawak atau nama gelaran mereka The Crocs pastinya ingin bangkit semula dalam saingan bola sepak Liga Malaysia 2016 akan datang. Pasukan Sarawak bakal mendapatkan sentuhan serta khidmat bekas Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Datuk K.Rajagopal bagi musim akan datang. Pasukan Sarawak mengekalkan beberapa pemain tonggak musim lalu selain menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti bagi musim 2016 akan datang. Datuk K.Rajagopal pastinya bakal mencurahkan segala pengalaman serta kemampuan beliau untuk menjadi menjadikan pasukan Sarawak salah satu pasukan yang digeruni dalam Liga Malaysia 2016.
Bual Sukan berpandangan, pasukan The Crocsmampu memberikan saingan bermakna kepada 11 pasukan lain dan tidak mustahil mereka mampu melakar kejutan dalam saingan musim ini. Dengan pengalaman Datuk K.Rajagopal serta gabungan pemain-pemain tempatan, pemain-pemain muda berpotensi serta pemain-pemain import berkualiti pasukan The Crocs adalah antara pasukan yang perlu diberikan perhatian dalam saingan sengit musim 2016 akan datang.
Berikut adalah senarai pemain pasukan Sarawak yang bakal menggalas cabaran bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang :    
PENJAGA GOL
Mohd. Iqbal Suhaimi, Mohd. Shahril Saa’ri
PERTAHANAN
Ronny Harun, Ramesh Lai Ban Huat, Mohd. Dzulazlan Ibrahim, Mohd. Hairol Mokhtar, Mazwandi Zakaria, Dzulfadli Awang Marajah
TENGAH
Ikhwan Izzat Jamaludin, J.Partiban, Ashri Chuchu, K.Thanaraj, Mohd. Shahrol Saperi, K.Gurusamy, Shreen Tambi, Daglish Papin Test, Syahrul Azwari Ibrahim
PENYERANG
Gilmar Jose da Silva Filho (Brazil), Ndumba Makeche (Australia)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Laluan JDT FC di AFC Champions League 2016

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC atau JDT FC sekali lagi bakal mewakili pasukan Malaysia dalam saingan AFC Liga Juara-Juara Asia 2016 atau AFC Champions League 2016 akan datang. Pasukan JDT FC yang jolokan nama The Southern Tigers (Harimau Selatan) dijadualkan bertemu dengan pasukan dari Thailand iaitu Muangthong United Football Club pada perlawanan kelayakan pusingan kedua setelah mendapat laluan terus ke pusingan ini. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2016 akan datang di Thailand di mana pemenang perlawanan ini akan layak ke perlawanan kelayakan pusingan ketiga bertemu wakil China iaitu Shanghai SIPG pada 9 Februari 2016 akan datang di China bagi menentukan pasukan yang layak ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2016 akan datang.
Pasukan Harimau Selatan selaku juara bertahan Piala AFC 2015 pastinya akan membuat persiapan rapi menentang pasukan Muangthong United FC yang merupakan naib juara Liga Perdana Thailand 2015. Pada pusingan yang sama tahun lalu, pasukan JDT FC tewas juga kepada kelab Thailand iaitu Bangkok Glass FC. Pasukan Muangthong United FC dibarisi oleh ramai pemain kebangsaan Thailand dan pertemuan kedua-dua pasukan ini pastinya menarik untuk disaksikan apatah lagi pasukan Harimau Selatan juga kebanyakkannya dibarisi oleh pemain kebangsaan Malaysia. Pasukan JDT FC juga bakal menggunakan khidmat pemain import dari Brazil, Paolo Rangel yang pernah beraksi untuk pasukan Muangthong United FC sebelum berhijrah ke pasukan Liga Malaysia.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih pasukan JDT FC iaitu Mario Gomez pastinya akan merancang strategi, taktikal dan formasi terbaik berdepan wakil Thailand ini. Pasukan Harimau Selatan juga pastinya mensasarkan untuk melangkah lebih jauh pada saingan Liga Juara-Juara Asia 2016 ini seterusnya menjadi wakil negara ke saingan 2016 akan datang. Sekiranya pasukan JDT FC tewas, mereka akan bersaing dalam kejohanan Piala AFC 2016 atau AFC Cup 2016 akan datang. Selamat berjuang kepada pasukan JDT FC dalam saingan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2016 akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa