Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Felda United 2016

Pasukan Felda United atau nama gelaran mereka The Fighters merupakan pasukan yang dilihat mampu memberikan saingan getir dalam Liga Malaysia 2016 akan datang. Merupakan antara pasukan kelab yang berjaya diuruskan dengan pengurusan terbaik, Felda United yang di bimbing oleh Ketua Jurulatih berpengalaman iaitu Irfan Bakti Abu Salim pastinya meletakkan sasaran terbaik bagi musim 2016 akan datang dengan memberikan saingan sengit kepada 11 pasukan lain dalam Liga Super 2016. Bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang, pasukan The Fighters mengekalkan sebahagian besar pemain-pemain utama musim lalu selain menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain import berkualiti bagi memantapkan pasukan menghadapi saingan panjang Liga Malaysia 2016 akan datang.

Bual Sukan percaya, pasukan Felda United pastinya akan memberikan cabaran sukar kepada pasukan-pasukan lain dengan semangat juang pasukan yang tinggi mencapai keputusan terbaik. Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim pastinya akan menggunakan segala pengalaman serta kemahiran beliau dalam merencanakan strategi serta taktikal dan formasi terbaik membawa pasukan mencapai kejayaan dengan fokus yang jitu dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Felda United bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL
Mohd. Fairul Azwan Shahrullai, Mohd. Soffuan Towil, Mohd. Farizal Harun, Mohd, Suffian Abdul Rahman  

PERTAHANAN
Adib Aizuddin Abdul Latiff, Mohammad Khairul Ismail, Mohd. Shukor Adan (Ketua Pasukan), Mohd. Airulridzwan Razali, Firdaus Faudzi, Hasni Zaidi Jamian, Norfazly Alias, Mohd. Idris Ahmad  
TENGAH
Zah Rahan Krangar (Liberia), Ahmad Syamim Yahya, Hadin Azman, D, Cristie Jayaseelan, Abdul Syukur Jusoh, Lutfulla Turaev (Uzbekistan), Ahmad Ezrie Shafizie, S.Sivanesan

PENYERANG
Bobby Gonzales, Thiago Augusto (Brazil), Mohd. Ferris Daniel

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bagaimana Untuk Mendapatkan Patch Liga Malaysia PES 2016

Kali ini, kami bawakan artikel khas untuk peminat siri Pro Evolution Soccer (PES). Artikel ini ditulis oleh Faiz Tobeng dari JomGaming.com.

Seperti biasa, anda sudah pasti akan memerlukan logo dan jersi (kit packs) yang telah siap direka untuk melengkapkan siri PES di konsol PlayStation 4 anda. Terdapat banyak laman web yang menyediakan patch untuk kit packs ini.

Biasanya, untuk kit-kit bagi kelab-kelab dari Eropah, kami lebih gemar mengambilnya dari PESWorld. Tapi, bagaimana pula dengan kit dan logo untuk pasukan-pasukan dari liga bola sepak tempatan?

Artikel ini ada jawapannya.

Jg3


Seperti yang kita semua ketahui, pemain berupaya mencipta dan mengubahsuai jersi dan logo dalam PES 2016 secara eksklusif di konsol PS4.

Impian para pemain untuk memasukkan pasukan-pasukan kegemaran masing-masing akan dapat dicapai dengan hasil usaha seorang pemain dan peminat setia siri PES, Alpacino Cilox.

Beliau dengan gigihnya telah mencipta kesemua pasukan Liga Super Malaysia bagi musim 2015, lengkap dengan logo, jersi dan gambar pengurus.

Kami telah diberi peluang oleh beliau untuk mencubanya dan setelah mengaplikasikan ke dalam game, ia adalah sangat cantik.

Hasil ciptaan yang beliau rekakan adalah sangat berkualiti dan setiap logo, tajaan dan tulisan yang terdapat di jersi adalah sangat terperinci serta nampak hidup. Gambar yang telah diberikan juga adalah beresolusi tinggi.

JG1 JG2 jg6 jg7 jg8 jg9

Dengan hasil usaha dan masa yang telah diperuntukkan beliau untuk mencipta semua ini, bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan.

Dengan RM20, PES anda akan mendapat jersi dan logo untuk semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana bagi musim 2015.

jg10

Bagaimana pula untuk musim 2016? Tak perlu risau.

Beliau menjanjikan logo dan jersi untuk kesemua pasukan Liga Malaysia untuk musim 2016 bakal tiba dan dijangka siap pada bulan Mac 2016. Anda boleh mula membuat pre-order untuk musim 2016 dengan harga RM30.

Selain itu, beliau juga mengambil tempahan untuk mereka bentuk jersi-jersi khas atas permintaan, dengan mengenakan harga RM20 untuk mendapatkan tiga jersi (Home, Away & Penjaga gol).

Beliau juga boleh mereka jersi-jersi klasik seperti yang terdapat pada era 90-an dan 80-an!

Dan sebagai peminat tegar Liverpool sejak azali, apa lagi, saya pun cubalah jersi Liverpool untuk musim 2004/2005!

jg4

jg5

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini? Anda boleh sertai group PESCILOXdesign (Malaysia League Jersey)

Baca juga: PES 2016: Boleh Beli Ke Boleh Blah?

The post Bagaimana Untuk Mendapatkan Patch Liga Malaysia PES 2016 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Pahang FC 2016

Pasukan Pahang yang kini bakal dikenali sebagai Pahang FC pastinya ingin melupakan saingan Liga Malaysia 2015 yang lalu di mana mereka gagal meraih sebarang kejuaraan. Selain itu, kedudukan mereka di tempat kedua Liga Super 2015 turut terlucut kepada pasukan Selangor ekoran pemotongan 6 mata akibat masalah yang berlaku berkaitan pemain import. Ini pastinya menjadi pengajaran berguna buat pasukan yang mendapat gelaran Tok Gajah atau The Elephants ini serta pasukan-pasukan Liga Malaysia yang lain dalam pemilihan pemain import. Musim 2016, pasukan Pahang FC bakal dikemudikan oleh Ketua Jurulatih baru iaitu, Ahmad Shaharuddin Rosdi yang juga merupakan bekas pemain Pahang serta pemain pasukan kebangsaan.

Pasukan Tok Gajah bagi musim akan datang bakal dibarisi oleh gabungan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berpotensi ekoran kehilangan ramai pemain-pemain tonggak yang berhijrah ke pasukan-pasukan lain bagi musim 2016. Bual Sukan percaya, kemampuan pasukan Pahang FC untuk bersaing tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan-pasukan lain walaupun dibarisi oleh rata-rata pemain kurang berpengalaman. Ketua Jurulatih Pahang FC, Ahmad Shaharuddin Rosdi pastinya akan menyusun semula pasukan Tok Gajah dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain import dan pemain-pemain muda bagi membentuk pasukan yang mantap. 

Berikut adalah senarai pemain pasukan Pahang FC atau Tok Gajah bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL
Mohd. Nasril Nourdin, Muhd. Saufi Mohamad, Mohd. Daniel Wafiuddin Sadun 

PERTAHANAN
Saiful Nizam Miswan, Mohd. Shahrizan Salleh, Mohd. Ridhwan Maidin, Matthew Davies, Muhammad Ashar Al-Aafiz Abdullah, Zesh Rahman (Pakistan), Nejc Potokar (Slovenia), Mohd. Faisal Mohd. Rosli
TENGAH
D.Saarvindran, Mohd. Nor Azam Abdul Azih, Mohd. Rizua Syafiqi Kamarulzaman, Mohd. Shah Amirul Mohd. Zamri, Mohd. Faisal Abdul Halim, A.Salomon Raj, R.Kogileswaran, R.Dinesh, Mohd. Hariz Fazrin Mohd. Nazri 

PENYERANG
Mohd. Fauzi Roslan, Mohd, Faizal Abdul Rani, Muhd. Amirul Kasmuri, Mohd. Shafie Zahari, German Pacheco (Argentina), Juan Felipe Alves Ribeiro (Brazil) 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Badge Baru Manchester City Didedah, Dikutuk Oleh Penyokong Kerana ‘Nampak Boring’

Pada mulanya, Manchester City bercadang untuk mengumumkan rekaan badge baru kelab kepada penyokong pada Boxing Day.

Tetapi terima kasih kepada Pejabat Harta Intelek UK, penyokong City dapat melihat badge baru kelab mereka lebih awal.

Rekaan badge baru Manchester City itu didedahkan oleh laman web Pejabat Harta Intelek UK secara tak sengaja. Dan ia turut mendedahkan tarikh City memohon badge mereka dijadikan harta intelek.

GB50110000003141842

Sebelum badge baru kelab direka, Manchester City melancarkan konsultansi dengan penyokong kelab pada bulan September berhubung cadangan untuk mengubah rekaan badge kelab.

Dalam konsultansi tersebut, ramai penyokong mahukan rekaan badge City beralih ke rekaan retro; badge bulat yang mengandungi simbol kapal Mancunian dan ros merah Lancashire.



Reaksi penyokong Manchester City

Reaksi penyokong City tentang rekaan terbaru badge kelab mereka agak bercampur-baur.

Ada yang sukakannya. Tetapi ramai yang mempertikaikan ketiadaan perkataan ‘football club’ atau ‘FC’ di badge terbaru kelab mereka.

Ada juga penyokong yang mengesan keseragaman (uniformity) antara badge City dengan badge kelab-kelab yang dimiliki oleh Sheikh Mansour bin Zayed al Nahyan.

perbandingan-logo-manchester-city

Sebahagian kecil penyokong City tak mahukan bunga rose merah Lancashire diletakkan dalam badge terbaru.

Baca juga: Penyokong Vietnam Membakar Tiket Kerana Layanan Buruk Manchester City

The post Badge Baru Manchester City Didedah, Dikutuk Oleh Penyokong Kerana ‘Nampak Boring’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Fantasy Premier League: Minggu 20

Selamat Tahun Baru kami ucapkan buat semua pembaca SemuanyaBOLA

Jika pada minggu lepas para pemain perlu menempuh perlawanan seawal sehari selepas Hari Natal, kini mereka terpaksa melalui perkara yang sama sehari selepas tahun baru.

Berikut adalah tips FPL untuk minggu 20 nanti:

Penjaga Gol

2B0BA68700000578-0-image-a-8_1438550812129

Petr Cech tampil sebagai penjaga gol yang berjaya mendapatkan clean sheet terbanyak dalam sejarah BPL iaitu sebanyak 170 pada minggu lepas.

Menentang pasukan ke-17 liga di Stadium Emirates kami yakin pertahanan Arsenal mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan clean sheet seperti minggu lepas menentang Bournemouth.

Kasper Schmeichel (£4.5) juga antara pilihan yang baik.

Schemeichel berjaya membuat 5 saves dan dinobatkan pemain terbaik perlawanan semasa menentang Manchester City.

Pada minggu ini Leicester City akan bertemu dengan Bournemouth di halaman sendiri.

Pertahanan

CP v Sunderland 3/11/12 Joel Ward Photo: ©Neil Everitt 07970 789228

Pertahanan Liverpool nampaknya kini berada di dalam prestasi yang baik.

Liverpool berjaya mendapatkan 3 clean sheet di dalam 3 perlawanan terakhir.

Alberto Moreno antara pemain Liverpool yang konsisten bermain serta mempunyai harga yang agak rendah iaitu (£5.0).

Meskipun pertahanan Man Utd agak teruk ketika ini, pencabarnya Swansea juga menghadapi nasib yang sama.

Swansea sekadar berjaya menyumbat 1 goal di dalam 3 perlawanan terakhir.

Menentang Man Utd di Old Trafford kami yakin pertahanan Man Utd mampu mendapatkan clean sheet.

Joel Ward (£4.5) juga antara pilihan yang baik.

Crystal Palace akan bermain di halaman sendiri pada minggu ini menentang Chelsea.

Pretasi pertahanan Crystal Palace juga agak baik pada ketika ini.

Crystal Palace sekadar bolos 1 goal dan berjaya mendapat 3 clean sheet di dalam 4 perlawanan terakhir.

Meskipun menentang Chelsea pada minggu ini, Crystal Palace dibawah kendalian Alan Pardew antara pasukan sukar untuk Chelsea menang jika diikutkan rekod rekod sebelum ini.

Pemain Tengah

2F14603600000578-0-image-a-25_1449320989161

Arnautovic (£6.6) antara pemain yang berada di dalam prestasi yang sangat cemerlang.

Selepas berjaya mendapatkan 1 goal menentang Man Utd, Arnautovic meneruskan rekod baik beliau dengan meyumbat 2 goal dan 1 assist semasa menentang Everton.

Selain itu, pastikan anda mempunyai Ozil (£10.0) dan Riyad Mahrez (£7.1) di dalam pasukan FPL anda.

Ozil berjaya menyumbat 1 goal dan 1 assist pada minggu lepas.

Menentang Watford kami yakin De Bruyne (£10.9) dapat buktikan sesuatu.

Setakat ini De Bruyne sudah berjaya mendapatkan 5 goal dan 8 assist serta 11 mata bonus untuk musim ini.

Tambahan pula, perlawanan Manchester City selepas – selepas ini tidak begitu sukar memberikan peluang buat Man City menjaringkan goal dengan lebih lagi.

Penyerang

benteke-liverpool-anfield-christian_3338840

Christian Benteke (£8.2) antara hero di Liverpool ketika ini.

Liverpool berjaya mendapatkan kemenangan 1 – 0 pada 3 perlawanan terakhir dan kesemuanya dijaringkan oleh Benteke.

Benteke nampaknya berada di dalam prestasi yang sangat baik ketika ini.

Walaupun tewas di gelanggang sendiri pada minggu lepas ke atas Stoke City, Romelu Lukaku (£9.3) berjaya mendapatkan 2 goal dan tampil sebagai pemain terbaik perlawanan.

Lukaku kini telah mempunyai rekod yang sama dengan Jamie Vardy iaitu 15 goal.

Apa yang lebih menarik adalah konsistensi beliau pada 9 perlawanan terakhir, Lukaku telah berjaya mendapatkan 10 goal.

Pilihan Kapten : Mesut Ozil (Arsenal) , Romelu Lukaku (Everton) , Riyad Mahrez (Leicester)

 

 

 

The post Previu Fantasy Premier League: Minggu 20 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Undian Pusingan Akhir UEFA EURO 2016 France

Undian peringkat kumpulan kejohanan berprestij bola sepak negara-negara eropah atau UEFA EURO 2016 France telah berlangsung pada 12 Disember 2015 yang lalu. 24 negara akan mengambil bahagian pada kejohanan kali ini di mana ianya merupakan tambahan 8 negara berbanding edisi terdahulu iaitu 16 negara. Pusingan Akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. 

5 negara akan membuat kemunculan buat kali pertama di pentas pusingan akhir kali ini iaitu Iceland, Wales, Albania, Slovakia dan Ireland Utara. Pasukan gergasi eropah iaitu Belanda tidak akan beraksi pada kejohanan kali ini berikutan kegagalan dalam saingan kumpulan kelayakan. Pasukan juara bertahan edisi UEFA EURO 2012 yang lalu iaitu Sepanyol pastinya mempunyai misi mengekalkan kejuaraan yang mereka kecapi. Namun begitu, saingan pasukan tuan rumah Perancis bersama-sama pasukan gergasi eropah lain seperti Jerman, Itali, England, Portugal, Belgium serta negara-negara lain pastinya sengit.

Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan terbaik menghadapi saingan kali ini. Tidak mustahil, kejutan pasti akan berlaku pada saingan kali ini. 24 negara ini telah dibahagikan kepada 6 Kumpulan di mana 6 Juara dan 6 Naib Juara Kumpulan serta 4 pasukan terbaik tangga ketiga akan melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik. Jika dilihat dari segi undian kumpulan, setiap kumpulan dilihat sengit dengan Kumpulan E boleh dikatakan antara Kumpulan Maut kali ini. Namun undian kumpulan lain juga sengit dan saingan akhir nanti pastinya mendebarkan. Berikut adalah undian Kumpulan Pusingan Akhir UEFA EURO 2016 France akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan FIFA Piala Kelab Dunia 2015 Jepun

Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2015 Jepun atau 2015 FIFA Club World Cup Japan sedang berlangsung bermula pada 10 Disember hingga 20 Disember 2015 akan datang dengan pasukan Jepun kembali menjadi tuan rumah edisi kali ini. 6 kelab yang muncul sebagai juara Liga Juara-Juara Benua masing-masing serta pasukan yang muncul Juara Liga Jepun atau J-League akan bersaing pada kejohanan edisi kali ini. Pasukan FC Baecelona dan pasukan River Plate pastinya menjadi pilihan untuk saingan kali ini. Namun begitu, saingan kelab-kelab lain juga pastinya sengit dan tidak mustahil kejutan boleh berlaku.

Bual Sukan percaya, setiap kelab yang bersaing akan memberikan permainan terbaik masing-masing untuk mencapai keputusan terbaik pada saingan kali ini. Berikut adalah keputusan perlawanan Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia Jepun 2015 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :   

Play-off Suku Akhir

10 Disember 2015
Sanfrecce Hiroshima lwn Auckland City (2-0)
Sanfrecce Hiroshima : Yusuke Minagawa, Tsukasa Shiotani

Suku Akhir
13 Disember 2015
Club America lwn Guangzhou Evergrande (1-2) 
Club America : Oribe Peralta
Guangzhou Evergrande : Zheng Long, Paulinho 

Sanfrecce Hiroshima lwn TP Mazembe (3-0)
Sanfrecce Hiroshima : Tsukasa Shiotani, Kazuhiko Chiba, Takuma Asano

Separuh Akhir
16 Disember 2015
Sanfrecce Hiroshima lwn River Plate (0-1)
River Plate : Lucas Alario

17 Disember 2015
Guangzhou Evergrande lwn FC Barcelona (0-3)
FC Barcelona : Luis Suarez (3)

Penentuan Tempat 5/6
16 Disember 2015
Club America lwn TP Mazembe (2-1)
Club America : Dario Benedetto, Martin Zuniga
TP Mazembe : Rainford Kalaba

Penentuan Tempat 3/4
20 Disember 2015
Sanfrecce Hiroshima lwn Guangzhou Evergrande

Perlawanan Akhir
20 Disember 2015
River Plate lwn FC Barcelona

* Kemaskini pada 17 Disember 2015.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan diadakan pada hari Jumaat 18 Disember 2015 di Sunway Convention Centre. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian persatuan, pasukan, pemain serta jurulatih pasukan Liga Malaysia 2015 yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang Liga Malaysia 2015 berlangsung. Selain itu juga, anugerah turut mengiktiraf penyokong pasukan yang mempamerkan sokongan jitu tanpa berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan masing-masing.

Bual Sukan percaya, mereka yang tercalon ini sememangnya layak dan barisan panel pastinya akan menilai sebaiknya dalam memilih pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 ini. Berikut adalah senarai calon untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Surat Terbuka Kepada PBNJ Dari Seorang Peminat Bola Sepak Sarawak

Saya bukanlah pengulas sukan ataupun pakar dalam sukan bolasepak.

Jadi dengan rasa rendah diri, saya ingin menyatakan pendapat saya yang mungkin boleh diambil kira untuk pembangunan bola sepak tempatan. Kalau tak pun, jadikanlah pendapat saya ini sekadar bahan bacaan di masa lapang sahaja.

Saya berasal dari Sarawak. Namun saya merupakan salah peminat pasukan JDT sejak ianya direvolusikan pada tahun 2013.

Kenapa saya minat JDT? Padahal Johor bukanlah negeri kelahiran saya.

Saya minat JDT kerana struktur pembangunan bolasepak, fasiliti pasukan dan budaya pentadbiran mereka yang telus.

Bermula daripada sekadar mengikuti perkembangan JDT sejak 2013, kini JDT telah menjadi satu obsesi. Secara jujurnya sejak penubuhan JDT pada 2013, saya agak mencemburui apa yang TMJ lakukan untuk peminat bolasepak Johor.

Sumber gambar: http://www.johortimes.my/
Sumber gambar: www.johortimes.my

Dengan rasa rendah diri, berikut adalah harapan saya kepada PBNJ dan juga kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab seluruh Malaysia.

1. Luaskan kuasamu ke pendalaman Sarawak

IMG_3704

Seperti yang anda sedia tahu, Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Mengikut pemerhatian saya, ramai belia yang berbakat di pendalaman Sarawak.

Namun, mereka tidak mendapat pendedahan yang sepatutnya. Bakat yang mereka ada disia-siakan.

Saya tahu, bukan mudah untuk mencungkil bakat-bakat di pedalaman. Sepertimana yang kita tahu, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) pun tidak dapat mencari bakat menyeluruh di pedalaman Sarawak.

Tetapi saya yakin dengan apa sumber dan kepakaran yang JDT ada, tidak mustahil akan ada bakat yang segar dari pedalaman Sarawak.

Contohnya, ramai anak-anak Kayan, Kenyah, Bidayuh, Iban, Melayu, Cina, Orang Ulu, Bisaya dan Penan yang mempunyai bakat. Namun mereka sangat dahagakan pendedahan dan peluang untuk membuktikan keupayaan mereka.

2. Jadikan JDT satu jenama universal

IMAGE ONE

Ketika ini jika seseorang menyebut nama ‘JDT’, kita akan segera ingat ia jenama untuk bangsa Johor saja. Tidak. Bagi saya, JDT boleh menjadi lebih daripada itu. JDT boleh menjadi jenama universal.

Ketika ini, kelab-kelab besar dari Eropah seperti Manchester United, Barcelona, Bayern Munich dan sebagainya sibuk mempromosikan jenama pasukan mereka ke rantau Asia.

Manchester United bukan lagi kelab untuk penduduk Greater Manchester sahaja. Barcelona pula bukan lagi kelab untuk rakyat Catalonia sahaja. Bayern Munich pula bukan lagi kelab untuk orang Bavaria sahaja.

Jika kelab-kelab besar Eropah ini boleh, kenapa tidak JDT? Kenapa tidak Sarawak? Dan kenapa tidak Selangor?

Jadi saya berpendapat pihak pengurusan PBNJ dan pengurusan persatuan pasukan lain perlu meluaskan lagi pengaruh mereka ke Sarawak dan negeri lain.

Dengan strategi pemasaran yang betul, PBNJ dapat membantu pemain muda tempatan untuk untuk mengembangkan bakat di akademi bolasepak masing-masing pada masa hadapan.

3. Cawangan JDT di Sarawak

a7

Membuka cawangan penyokong JDT di negeri lain bukanlah satu kesalahan. Ia tak bermakna kita membelakangkan pasukan dan persatuan bolasepak negeri sendiri. Mungkin PBNJ boleh berkerjasama dengan pihak tempatan.

Dengan adanya cawangan di setiap ibu negeri, JDT dapat menyediakan informasi selain dapat menjual tiket dan merchandise untuk perantau Johor dan penyokong JDT yang dibesarkan di negeri lain.

Ini membolehkan PBNJ mempunyai sumber kewangan tambahan selain daripada hasil jualan tiket perlawanan.

Cadangan ini tak terhad kepada PBNJ saja. Persatuan-persatuan bolasepak negeri di Malaysia juga boleh membuka cawangan di negeri lain bagi memeriahkan lagi industri bolasepak negara.

Cadangan saja

Ini cadangan saya saja peminat bolasepak tanah air. Bukanlah niat saya untuk mencari salah semua pihak. Saya cuma sangat meminati gaya kepimpinan PBNJ yang didukung oleh TMJ.

Pencapaian serta prestasi JDT amat saya kagumi. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat bersua muka dengan beliau untuk berkongsi pendapat dan membincangkan mengenai pembangunan bola sepak.

Saya percaya dengan adanya pengurusan yang professional dan disiplin yang tinggi, tidak mustahil bola sepak kita akan maju.

Malah cadangan saya tidak terhad untuk PBNJ saja, malah untuk persatuan-persatuan bola sepak yang lain juga.

Adalah menjadi impian saya untuk menyumbang pembangunan bolasepak negara secara langsung atau tidak langsung. Saya bukan lah mengkritik ataupun mengatakan semua pihak tidak bagus, tetapi sekadar menyampaikan pendapat.

Sekian, terima kasih. Salam dari Borneo.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Justine Pengiran Igai, seorang peminat bola sepak dan penyokong JDT dari Sarawak.

Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke semuanyabola@gmail.com

Baca juga: 4 Sebab Mengapa Bilik Persalinan JDT Impian Setiap Pemain Bola Sepak

The post Surat Terbuka Kepada PBNJ Dari Seorang Peminat Bola Sepak Sarawak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA