Bola Sepak : Pengurus Pasukan Liga Perdana Inggeris 2016/17

Sepak mula musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 dan dijangka berakhir pada 21 Mei 2017 akan datang. Ini merupakan musim ke 25 sejak ianya mula dijenamakan sebagai Liga Perdana sejak tahun 1992 yang lalu. 20 pasukan bakal bersaing merebut gelaran kejuaran musim ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City pastinya akan sekali lagi akan berusaha mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini pastinya lebih mencabar di mana beberapa kelab telah membuat rombakan ke atas pasukan masing-masing dengan melantik barisan pengurus baru bagi memastikan kelab mampu mencabar kejuaraan musim ini. Selain itu juga, setiap kelab kini giat menjalani persiapan pramusim dengan mengadakan perlawanan pemanas badan selain menandatangni pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing menghadapi musim panjang Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang. 
3 kelab baru yang bakal bersaing pada Liga Perdana Inggeris 2016/17 ini ialah pasukan Burnley, Hull City dan Middlesbrough menggantikan 3 pasukan yang tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan 2016/17 iaitu Newcastle, Norwich City dan Aston Villa. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi oleh pasukan adalah amat penting untuk mencapai kemenangan bagi memastikan pasukan mampu mencabar kejuaraan musim ini. Setiap Pengurus juga pastinya akan merencanakan formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukan masing-masing bagi memberi cabaran musim ini. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai disiplin pertahanan yang baik mampu mencapai keputusan yang diinginkan. 

Musim Liga Perdana Inggeris 2015/16 yang lalu menyaksikan bagaimana beberapa pengurus pasukan dipecat serta meletak jawatan ekoran prestasi pasukan yang mengecewakan pengurusan kelab masing-masing. Musim ini juga pastinya juga turut mencabar pengurus kelab masing-masing yang berdepan ekspektasi tinggi barisan pengurusan tertinggi kelab serta peminat masing-masing. Berikut adalah senarai Pengurus pasukan kelab Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

AFC Bournemouth : Eddie Howe (England)
Arsenal : Arsene Wenger (Perancis)
Burnley : Sean Dyche (England)
Chelsea : Antonio Conte (Itali)
Crystal Palace : Alan Pardew (England)
Everton : Ronald Koeman (Belanda)
Hull City : Steve Bruce (England)
Leicester City : Claudio Ranieri (Itali)Liverpool : Jurgen Klopp (Jerman)
Manchester City : Josep Guardiola (Sepanyol)
Manchester United : Jose Mourinho (Portugal)
Middlesbrough : Aitor Karanka (Sepanyol)
Southampton : Claude Puel (Perancis)
Stoke City : Mark Hughes (Wales)
Sunderland : David Moyes (Scotland)
Swansea City : Francesco Guidolin (Itali)
Tottenham Hotspur : Mauricio Pochettino (Argentina)
Watford : Walter Mazzari (Itali)
West Bromwich Albion : Tony Pulis (Wales)West Ham United : Slaven Bilic (Croatia)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Mahrez Terus Dikaitkan Dengan Arsenal, Ranieri Memberikan Respon

Sebelum ini, Jamie Vardy pernah dikaitkan dengan kelab London tersebut juga. 

Namun, Vardy kemudian menandatangani kontrak baru bersama juara Inggeris ini. Leicester kemudian kehilangan N’golo Kante ke Chelsea.
Berberapa hari kebelakangan ini, banyak media melaporkan bahawa Riyad Mahrez pula mahu menyertai Arsenal.

riyad-mahrez-leicester-celtic_3750361

Satu berita yang membuatkan pengurus Leicester City, Claudio Ranieri sendiri tampil memberikan komen dalam sidang media selepas perlawanan pra-musim menentang Celtic.

Perlawanan berakhir 1-1 dan Mahrez menjadi penjaring gol penyamaan dengan gol yang menarik.

Mahrez Akan Kekal!

Ranieri menegaskan, beliau yakin Mahrez akan kekal bersama dengan mereka untuk musim hadapan.

Celtic-v-Leicester-City-International-Champions-Cup

“Anda tidak nampak betapa gembiranya beliau?”

“Dia bermain bersungguh-sungguh dan menjaringkan gol untuk kami.”
“Ia amat penting untuk saya mengekalkan pemain bintang yang saya ada.”

leicesters_riyad_mahrez_and_daniel_amartey_256150

“Dia adalah bintang kami, dan kami tidak mempunyai ramai bintang seperti pasukan lain.”

“Dengan pasukan lain beliau mungkin tidak bermain pada tahap sekarang, mungkin juga dia duduk di bangku simpanan. Jadi lebih baik beliau kekal bersama kami.”

Ranieri kelihatan sangat yakin Riyad Mahrez akan kekal dan berkata:

“Anda(wartawan) teruskan menulis, menulis dan menulis. Dia pula akan kekal bersama kami. Dia gembira!.”

Berita ini mungkin akan mengakhiri spekulasi ke atas pemain yang dicalonkan sebagai pemain terbaik tahunan PFA musim lalu.

Baca juga: Claudio Ranieri Beritahu 4 Rahsia Kejayaan Leicester City: Vardy, Kante, Pizza, Penyokong

The post Mahrez Terus Dikaitkan Dengan Arsenal, Ranieri Memberikan Respon appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

PERPINDAHAN PERTENGAHAN MUSIM 2016

Berikut ialah senarai penuh jendela perpindahan kedua untuk musim 2016:
LIGA SUPER
FELDA United FC
  • Masuk: Fakri Saarani (Kedah)
  • Keluar: Ezrie Sazali (Melaka), Ferris Danial Nasir (Melaka), Zul Fahmi Awang (Sime Darby)
Johor Darul Ta’zim JDT
  • Masuk: Dominic Tan (JDT II), Hasbullah Abu Bakar (JDT II), Azrif Nasrulhaq (Selangor)
  • Keluar: Amer Saidin (JDT II), Akram Mahinan (JDT II)
Kedah
  • Masuk: Shane Smeltz (Sydney FC, Australia), Thiago Fernandes (FELDA United FC 2015)
  • Keluar: Kahê (Ditamatkan kontrak), Sandro da Silva (Dibatalkan pendaftaran), Fakri Saarani (FELDA United FC)
Kelantan
  • Masuk: Morgaro Gomis (Heart of Midlothian FC, Scotland), Wander Luiz (Tombense FC, Brazil)
  • Keluar: Rozaimi Mat Noor (MOF FC), Farisham Ismail (Pulau Pinang), Faim Zainal Abidin (MOF FC), Draman Traoré (Ditamatkan kontrak), Jonatan Lucca (Ditamatkan kontrak)
Pahang FC
  • Masuk: Claudio Meneses (CD San Luis de Quilotta, Chile), Pablo Vranjican (CDP Curicó Unido, Chile), Jailton Santos (EC Bahia, Brazil), Faysal Shayesteh (Songkhla United FC, Thailand), R. Dinesh, M.Kogileswaran, Helmi Eliza Elias
  • Keluar: Zeshan Rehman (Ditamatkan kontrak), Dalibor Volaš (Ditamatkan kontrak), Germán Pacheco (Ditamatkan kontrak), Nejc Potokar (Ditamatkan kontrak)
PDRM
  • Masuk: Fakrul Aiman Sidid (DRB-HICOM FC), Guilherme de Paula (Ethnikos Achna FC, Cyprus), Safiee Ahmad (PDRM FA Piala Belia), Fauzi Majid (Perlis), Eskandar Ismail
  • Keluar: Ali Ashfaq (Ditamatkan kontrak), Izuan Salahuddin (DRB-HICOM FC), Fekry Tajudin, Safwan Hashim (DRB-HICOM FC)
Pulau Pinang
  • Masuk: Jeong Seok-min (Jeonnam Dragons, Korea Selatan), Ranti Soleye (Kingfisher East Bengal, India), Farisham Ismail (Kelantan)
  • Keluar: Brent Griffiths (Ditamatkan kontrak), Osas Saha (Ditamatkan kontrak)
Perak
  • Masuk: Xhevahir Sukaj (FK Partizani Tirana, Albania), Syahmil Khairi, Razali Kandasamy (MISC-MIFA), Oybek Kilichev (Pakhtakor FC, Uzbekistan), Irfan Ghani (JDT II), Tuah Iskandar Jamaluddin (JDT II)
  • Keluar: Vokhid Shodiev (Ditamatkan kontrak), Eric Lewis (Madura United FC, Indonesia)
Sarawak
  • Masuk: Teah Baysah Dennis (Barrack Young Controllers FC, Liberia)
  • Keluar: Davide Grassi (Ditamatkan kontrak)
Selangor
  • Masuk: Ugochukwu Ukah (AEL Kallonis FC, Greece)
  • Keluar: Robert Cornthwaite (Ditamatkan kontrak), Azrif Nasrulhaq (JDT)
Terengganu
  • Masuk: Radhi Yusof (T-Team FC), Bogdan Milić (CA Osasuna, Spain), Hasrolsyawal Hamid (Hanelang FC), Suhaimi Husin (Hanelang FC)
  • Keluar: Amirizdwan Taj bin Tajudin (Ditamatkan kontrak), Gustavo López (Dibatalkan pendaftaran), Juan Morales (Ditamatkan kontrak)
T-Team FC
  • Masuk: Tiada
  • Keluar: Radhi Yusof (Terengganu)
100PLUS Liga Premier
ATM
  • Masuk: Khassan Abdukarimov (FC Khyzylzhar, Kazakhstan), Sirojiddin Rakhmatullaev (FC Mash’al, Uzbekistan), Boris Fomenkov (FC Okzhetpes, Kazakhstan), Faqih Ikhwan Fauzi, Noraiman Talib, Aiman Nasir, Suhairy Johari, Giyos Irisbekov (FC Ordabasy, Kazakhstan)
  • Keluar: Zamri Yusuf, Syafez Mohammad, Faizul Saad
DRB-HICOM FC
  • Masuk: Cedric Mbaga* (Bamboutos FC, Cameroon), Ibrahim Aziz (PB Melayu Malaysia), Izuan Salahuddin (PDRM), Safwan Hashim (PDRM), Shamar Fadzil, Iszwan Ismail
  • Keluar: Philip Lund (Ditamatkan kontrak), Fakrul Sidid (PDRM), R. Sanjef Dinesh (FELDA United FC Piala Presiden)
Johor Darul Ta’zim JDT II
  • Masuk: Rafael Bonfim* (Capivariano FC, Brazil), Darren Lok* (Eastbourne Borough FC, England), Azrul Haziq Aminuddin, Syafiq Heelmi Fikri, Amer Saidin (JDT), Akram Mahinan (JDT)
  • Keluar: Dominic Tan (JDT), Hasbullah Abu Bakar (JDT), Tuah Iskandar Jamaluddin (Perak), Irfan Ghani (Perak), Shazalee Ramlee (Kuantan), Curran Ferns (Negeri Sembilan), Stuart Wark (Sabah)
Kuala Lumpur
  • Masuk: Jonathan Zorrilla (CD Palestino, Chile), Diego Mellao (Deportes La Pintana, Chile), Ibrahim Syaihul (FELCRA FC), Nazri Ahmad (Sabah)
  • Keluar: Anselmo da Silva (Ditamatkan kontrak), Mario Karlović (Ditamatkan kontrak), Azidan Sarudin (Air Asia All-Stars FC)
Kuantan
  • Masuk: Shazalee Ramlee (JDT II), Sim Woonsub (Phnom Penh Crown FC, Kemboja)
  • Keluar: Rohaizad Zainal Abidin, Shunsuke Nakatake (Ditamatkan kontrak)
Melaka
  • Masuk: Reeshafiq Alwi (Air Asia All-Stars FC), Yaser Islame (CDP Curicó Unido, Chile), Alexandru Tudose (FC Petrolul Ploiești, Romania), Ezrie Sazali (FELDA United FC), Ferris Danial Nasir (FELDA United FC), Fadzley Abdul Rahim (Sabah), Khuzaimi Piee (SAMB FC), Saiful Mustafa
  • Keluar: Faiz Suhaimi, Rusmanizam Roseland, Shin Jaepil (Ditamatkan kontrak), Shahir Ismail (SAMB FC), Balša Božović (Ditamatkan kontrak), Marco Stefan Petrovski (Meninggal dunia), V.Kavichelvan, Syazwan Nordin (SAMB FC)
Negeri Sembilan
  • Masuk: Henrique Silva (Brisbane Roar FC, Australia), Goran Jerković (FK Iskra Danilovgrad, Montenegro), Curran Ferns (JDT II), Benjamin King* (Corinthian-Casuals FC, England)
  • Keluar: Kevin Gunter (UiTM FC), Andrew Nabbout (Ditamatkan kontrak), Joel Joseph Chianese (Ditamatkan kontrak)
Perlis
  • Masuk: Damion Stewart (Harbour View FC, Jamaica), Park Yongjun (Nagaworld FC, Kemboja), Charles Chad (Macaé Esporte FC, Brazil)
  • Keluar: Obinna Nwaneri (Ditamatkan kontrak), Kayne Vincent (Ditamatkan kontrak), Fauzi Majid (PDRM), Edward Wilson (Ditamatkan kontrak)
PKNS FC
  • Masuk: Tiada
  • Keluar: Muhaimin Mohamad (MOF FC), K. Satish (Air Asia All-Stars FC)
Sabah
  • Masuk: Robson Rendy Rining (NS Penjara FC), Everton Santos (Al-Musannah SC, Oman), Stuart Wark (JDT II), Muamer Salibašić (Sarawak 2014)
  • Keluar: Fadzley Rahim (Melaka), Marco Silva (Ditamatkan kontrak), Nazri Ahmad (Kuala Lumpur), Prince Nnake (Ditamatkan kontrak)
Sime Darby FC
  • Masuk: Zul Fahmi Awang (FELDA United FC), Charles Obi Ikechukwu (UiTM FC 2014)
  • Keluar: Lee Gilhoon (Ditamatkan kontrak), Faiz Adnan
UiTM FC
  • Masuk: Syafiq Syazwan Min, Syafiq Ramli (Hanelang FC), Franklin Touadéré (Đồng Tâm Long An, Vietnam), Oh Juho (National Police Commissary FC, Kemboja), Yosri Derma Raju (MISC-MIFA), John Matkin (FC Pyunik), Kevin Gunter (Negeri Sembilan), Moustapha Belibi (Al-Nahda Club, Oman)
  • Keluar: G.Rohan, Kang Jin Ouk (Ditamatkan kontrak), Pavel Purishkin (Ditamatkan kontrak), Eliel Guardiano (Ditamatkan kontrak), Hasrul Hasim, Shammin Abdullah, Wafiq Wajdy, Hakeem Badri Fuad, Pavel Matiash (Ditamatkan kontrak)
Pendaftaran dibuat sebelum tempoh jendela perpindahan kedua tamat, masih dalam proses kelulusan


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

Bola Sepak : Calon Pemain Terbaik Eropah 2015/16

Anugerah pemain terbaik Eropah 2015/16 mengiktiraf pemain yang mempamerkan permainan terbaik untuk kelab masing-masing untuk musim 2015/16 yang lalu. Pemain terbaik eropah musim lalu, Lionel Messi yang mewakili kelab FC Barcelona sekali lagi tercalon antara 10 pemain yang bakal merebut gelaran kali ini. UEFA telah mengeluarkan senarai 10 pemain yang bakal merebut anugerah pemain terbaik tahunan. Senarai pendek 10 pemain terbaik menyaksikan 4 pemain dari kelab Real Madrid, masing-masing 2 pemain dari kelab FC Barcelona dan FC Bayern Munich serta masing-masing 1 pemain dari kelab Atletico Madrid dan Juventus telah tercalon untuk anugerah berprestij ini. 

Pengumuman pemain terbaik UEFA akan diadakan pada 25 Ogos 2016 akan datang di Monaco bersekali dengan undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2016/17. Bual Sukan percaya, setiap pemain yang tersenarai ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk merangkul anugerah selaku pemain terbaik eropah 2015/16 akan datang. Berikut adalah senarai 10 pemain yang bakal merebut gelaran selaku pemain terbaik Eropah 2015/16 :





Manuel Neuer (FC Bayern Munich/Jerman)
Luis Suarez (FC Barcelona/Uruguay)
Toni Kroos (Real Madrid/Jerman)
Thomas Muller (FC Bayern Munich/Jerman)
Lionel Messi (FC Barcelona/Argentina)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid/Perancis)
Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Portugal)
Gianluigi Buffon (Juventus/Itali)
Gareth Bale (Real Madrid/Wales)
Pepe (Real Madrid/Portugal)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab akan bersaing merebut kejuaraan musim ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City di bawah kendalian Pengurus Itali, Claudio Ranieri pastinya akan berusaha mengulangi musim gemilang mereka merangkul kejuaraan musim lalu. Namun begitu, laluan mengekalkan kejuaraan pastinya bukan mudah dengan pasukan-pasukan gergasi seperti Arsenal, Manchester City, Tottenham Hotspur, Manchester United, Liverpool dan Chelsea pastinya adalah antara pasukan pilihan mencabar kejuaraan liga musim 2016/17. Musim 2016/17 juga menyaksikan perubahan kepada pengurusan kelab di mana beberapa kelab melantik pengurus baru kelab masing-masing. Antaranya ialah Pep Guardiola (Manchester City), Jose Mourinho (Manchester United), Antonio Conte (Chelsea), Ronald Koeman (Everton), Claudio Puel (Southampton) dan Walter Mazzari (Watford).
Dengan musim yang panjang, setiap pasukan pastinya mempunyai perancangan masing-masing untuk mencapai keputusan terbaik bagi mencabar kejuaraan musim ini. Setiap pasukan pastinya akan menggunakan kesempatan musim perpindahan pemain ini dengan menandatangani pemain-pemain baru berkualiti selain memperkenalkan pemain-pemain muda berpotensi tinggi bagi digabungkan dengan pemain-pemain sedia ada untuk memantapkan pasukan masing-masing. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan adalah amat penting untuk mendapatkan keputusan terbaik. Setiap pengurus juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing menentang pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai disiplin pertahanan yang baik pastinya mampu mencapai keputusan yang diinginkan.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa :

13 Ogos 2016 (Sabtu)
Hull City lwn Leicester City
Everton lwn Tottenham Hotspur
Southampton lwn Watford
Middlesbrough lwn Stoke City
Crystal Palace lwn West Bromwich Albion
Burnley lwn Swansea City
Manchester City lwn Sunderland

14 Ogos 2016 (Ahad)
AFC Bournemouth lwn Manchester United
Arsenal lwn Liverpool

15 Ogos 2016 (Isnin)
Chelsea lwn West Ham United

19 Ogos 2016 (Jumaat)
Manchester United lwn Southampton

20 Ogos 2016 (Sabtu)
Stoke City lwn Manchester City
Swansea City lwn Hull City
West Bromwich Albion lwn Everton
Watford lwn Chelsea
Tottenham Hotspur lwn Crystal Palace
Burnley lwn Liverpool
Leicester City lwn Arsenal

21 Ogos 2016 (Ahad)
Sunderland lwn Middlesbrough
West Ham United lwn AFC Bournemouth

27 Ogos 2016 (Sabtu)
Tottenham Hotspur lwn Liverpool
Everton lwn Stoke City
Crystal Palace lwn AFC Bournemouth
Chelsea lwn Burnley
Leicester City lwn Swansea City
Sunderland lwn Southampton
Watford lwn Arsenal 
Hull City lwn Manchester United

28 Ogos 2016 (Ahad)
West Bromwich Albion lwn Middlesbrough
Manchester City lwn West Ham United
Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Cicinho Dedah Punca Kejatuhan Kariernya, Bidas Sikap Pemain Brazil Suka Selfie

Masihkah anda ingat dengan nama Cicinho?

Bek kanan yang bermentalitikan menyerang ini merupakan pemain kelahiran Brazil yang menjadi perhatian seluruh dunia ketika beliau disunting oleh gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Perpindahan mega ini hadir selepas aksi cemerlangnya dalam Kejohanan Juara-Juara Kelab Dunia 2005 bersama Sao Paulo di Tokyo.

Beliau membantu Sao Paolo menewaskan Liverpool dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Aksi cemerlang beliau telah membuatkan beliau diberikan gelaran Cafu baru. Ada juga melabelkan beliau sebagai Roberto Carlos versi berkaki kanan.

Ketika di awal kariernya, Cicinho kerap dilabel sebagai full back dan wing back yang paling lengkap dan mengujakan di atas padang.

Dalam erti kata lain, pada ketika itu Cicinho menepati stereotaip full back dan wing back Brazil; mahir menggelecek dan laju seperti pemain sayap tetapi kental bertahan untuk bermain sebagai pertahanan.

Apa yang dilakukan beliau sangat semulajadi. Pemain yang kreatif dan mampu menjaringkan gol.

Namun, sayangnya, beliau cuma tampil dalam 32 perlawanan untuk Los Blancos sebelum dijual ke AS Roma pada 2007 selepas membantu Real Madrid menjuarai La Liga musim 2006/07.

Ketika itulah kariernya mula merudum.

Karier Merudum Selepas AS Roma

Semasa di AS Roma, Cicinho masih sempat menikmati bibit-bibit terakhir kegemilangan kariernya.

Tetapi apabila AS Roma mula memikirkan cara untuk ‘membuang’ anda ketika kontrak masih belum habis, karier anda sebenarnya sedang mengalami penurunan.

Inilah yang berlaku kepada Cicinho.

Selepas hanya semusim di Roma, beliau tiba-tiba menjadi bek kanan pilihan ke-3, di belakang Marco Casetti dan Marco Motta pada musim kedua.

Tak tahan duduk di bangku simpanan, Cicinho mendesak pengurus Roma pada ketika itu, Claudio Ranieri untuk mencarikannya kelab lain yang mahukan servisnya.

Kelab lamanya, Sao Paolo datang memanggil pada jendela perpindahan musim sejuk 2009/2010. Tetapi beliau tetap jarang bermain.

Sekembalinya dari Sao Paolo, Cicinho dipinjamkan ke Villareal pula. Di sana pun, beliau jarang bermain.

Kontrak beliau di Roma akhirnya tamat dan Cicinho kembali ke Brazil untuk menyertai kelab Brazil kecil, Sport Recife. Hanya di kelab kecil ini, barulah Cicinho selalu mendapat aksi kesebelasan utama.

Penghijrahan beliau dari Sport Recife ke kelab Turki, Sivasspor hanya menguatkan dakwaan peminat bola sepak yang karier beliau sedang merosot.

Persoalannya bagaimana karier beliau boleh merosot teruk selepas hanya 2 musim di Eropah?

Cicinho: Saya bertarung dengan ketagihan alkohol

Kini dalam usia 36 tahun, beliau sedang bertarung dengan masalah alkoholik yang kronik.

Dalam temu ramahnya kepada ESPN Brazil, Cicinho mendedahkan:

“Saya bukanlah orang yang boleh minum (alkohol) hanya satu atau dua gelas sahaja. Saya akan minum sehingga saya tumbang”.

Adat beberapa pemain bola sepak yang tiba-tiba mendapat nikmat kontrak mewah di Eropah, Cicinho adalah antara beberapa pemain bola sepak berprofail tinggi yang banyak menghabiskan duit dengan alkohol.

Sebelum ini kita mendengar nama nama seperti George Best, Paul Gascoigne, Tony Adam dan Garrincha yang turut mengalami kemerosotan karier kerana ketagihan alkohol.

Cicinho bidas sikap pemain Brazil sekarang

Cicinho turut membidas sikap pemain Brazil hari ini terutama sekali ketika Copa America Centenario berberapa minggu yang lalu.

Ketika diminta mengulas mengenai prestasi Brazil yang tersingkir awal daripada kejohanan tersebut. Cicinho berkata;

“Pemain Brazil hari ini lebih mementingkan selfie dan gaya rambut.”

“Tak salah nak bergaya tetapi Brazil memerlukan pemain yang berperangai lebih baik dari itu.”

img_szaldua_20160718-185839_imagenes_md_otras_fuentes_cicinho-kMmE-U403308013964woH-980x554@MundoDeportivo-Web

“Anda boleh lihat ada pemain meminta untuk tidak terlibat dalam Copa America. Itu tidak sepatutnya berlaku.”

Cicinho nyata kecewa dengan pencapaian pasukan Brazil sejak akhir-akhir ini.

Niat beliau untuk menegur pemain-pemain Brazil mungkin murni.

Tetapi kami sangat meragui kemungkinan nasihat beliau diambil serius oleh pemain-pemain Brazil lantaran kesilapan lampaunya.

Baca juga: Garrincha: Burung Kecil Yang Menari Di Sayap Kanan

The post Cicinho Dedah Punca Kejatuhan Kariernya, Bidas Sikap Pemain Brazil Suka Selfie appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Agger Dedah Bagaimana Gabungan Pil Tahan Sakit, Kafein Dan Minuman Tenaga ‘Hancurkan’ Badannya

Jika anda berminat untuk tahu bagaimana karier Daniel Agger merosot dari seorang pertahanan penting untuk Liverpool (ketika era Rafa Benitez) kepada seorang pertahanan yang mudah tercedera, anda perlu terus membaca.

Dalam temu ramahnya bersama The Guardian, pertahanan tengah kelahiran Denmark ini mendedahkan sebab utama beliau mudah tercedera hingga memaksanya menggantung but pada umur 31 tahun.

Pitam selepas 29 minit bermain

Ketika diminta mengulas detik-detik terakhir kariernya yang memaksa beliau untu bersara, Agger sentiasa teringat detik beliau hanya mampu berbaring dan menggeletar ketika menentang FC Copenhagen.

2401

Pada 8 Mac 2015, beliau turun sebagai kapten Brondby menentang FC Copenhagen dalam aksi liga Denmark.

Beliau cuma bermain selama 29 minit sebelum dikeluarkan .

Kemudian ketika berehat di bangku simpanan beliau pitam. Agger digegaskan ke bilik fisioterapi di Parken, detik yang Agger sendiri tak ingat.

Agger sepatutnya tidak terlibat dalam perlawanan tersebut. Beliau masih menanggung kesakitan yang dibawa dari minggu sebelumnya.

Namun Agger menganggap ia perkara biasa kerana sudah banyak kali melaluinya sebelum ini.

Kecederaan dan pil tahan sakitnya

Untuk membolehkannya bermain dalam kesakitan, Agger melakukan ‘rutinnya’.

Beliau mengambil 2 biji pil tahan sakit pada pagi hari perlawanan menentang FC Copenhagen.

Kemudian ketika taklimat pra-perlawanan di Stadium Brondby, beliau menambah lagi 2 biji pil.

Salah satu kesan sampingan mengambil pil tahan sakit adalah mengantuk. Beliau kemudiannya berasa mengantuk dan tidur selama 15 minit di dalam bas sepanjang perjalanan ke Parken.

Rakan sepasukannya Martin Ornskov membangunkan beliau. Ornskov kemudian memberitahu Agger bahawa dia tidak pernah melihat Agger seperti keadaan beliau hari itu.

Akibat terlalu mengantuk Agger telah mengambil satu shot kafein dan minum minuman tenaga sebelum sesi memanaskan badan.

Dia kemudiannya melakukan rutin pra-perlawanan seperti biasa .

“Saya hanya fikir satu perkara sahaja. Iaitu, pergi ke bilik persalinan, pakai baju dan bermain,” kata Agger.

Terlebih dos

Tanpa diketahui Agger, ‘rutin’ mengambil pil tahan sakit yang diamalkan beliau menyebabkan badannya tidak mampu bertahan lagi.

Badan menjadi kebas, menggeletar dan pitam merupakan petanda jelas badannya sedang ‘bekerja lebih masa’ untuk memproses lebihan dos bahan kimia dalam pil tahan sakit, kafein dan taurine dari minuman tenaganya.

Detik detik hilang kawalan ke atas badannya sendiri membuatkan Agger takut untuk meneruskan pengambilan pil. Beliau takut dirinya akan lumpuh.

1430__2389__140101-lfchull13

Agger kemudian memutuskan untuk tidak lagi mengambil pil tersebut kerana beliau merasakan ia semakin berisiko.

Seminggu selepas itu, Agger turut memutuskan untuk bersara daripada arena bolasepak ketika usianya baru menginjak 31 tahun.

Kerana ‘rutin’ pil tahan sakitnya, beliau terpaksa melupakan bola sepak kerana badan beliau secara beransur-ansur ‘rosak’.

Sehingga kini beliau menghidapi kesakitan berpanjangan di seluruh badannya terutama di bahagian belakang.

Beliau dikatakan cuma berada pada 70%-80% kemampuan fizikalnya sepanjang bermain untuk Liverpool dan Brondby.

Bagaimana Agger boleh terjebak amal rutin pil tahan sakit?

Masalah utama Agger bermula selepas beliau didiagnos dengan hypermobility syndrome.

Sindrom ini membuatkan sendi beliau terlalu mudah untuk terlebih lenturan (hyperextended) daripada badan normal. Sindrom ini mula dikesan berlaku di pinggul beliau seawal tahun 2007.

Ini bermakna beliau telah bermain dalam kesakitan kira-kira dalam tempoh 12 tahun!

Ia diburukkan lagi ketika beliau terjatuh teruk ketika perlawanan pra-musim di Thailand pada tahun 2008.

Bahagian cekera di belakang beliau tergelincir (prolapsed disc) diikuti dengan sakit lutut dan jari kaki .

daniel-agger-denmark-euro-2016_3435678

Untuk terus bermain, Agger telah mengambil pil tahan sakit yang dipanggil pil anti-inflamasi yang digunakan untuk merawat penyakit sendi dan cereblex.

Apabila kesakitannya berlanjutan, beliau mengambil dos yang berlebihan daripada yang disyorkan. Inilah yang mula memberikan risiko kepada kesihatannya.

“Saya telah mengambil terlalu banyak pil anti-inflamasi sepanjang kerjaya saya.”

“Saya sangat kenal dengan ubat tersebut, ia ‘merosakkan’ badan saya. Akhirnya saya memutuskan untuk berhenti mengambil ubat tersebut. Saya tidak mengambil sebarang keuntungan untuk menceritakan hal ini.”

“Saya cuma mahu atlit atlit lain turut melakukannya (berhenti mengambil pil),” katanya kepada akhbar Denmark, Jyllands-Posten.

Pendapat doktor ortopedik

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hypermobility syndrome yang dihidapi Agger, kami bertanya kepada Pegawai Perubatan Hospital Melaka, Dr. Wan Rujhan Raqibi yang mempunyai pengalaman berkhidmat dalam Wad Ortopedik.

“Hypermobility syndrome adalah kondisi sejak lahir yang menyebabkan sendi penghidap sindrom ini longgar daripada normal.”

Menurut Dr. Wan Rujhan, penghidap sindrom ini boleh melenturkan sendi mereka lebih daripada biasa seperti gambar di bawah.

received_10206662297498002

“Pemain bola sepak yang menghidap sindrom ini memang cenderung untuk mendapat kesakitan sendi kerana sendiri mereka longgar.”

“Biasanya saya akan memberi peskripsi Celebrex, sejenis pil anti-inflamasi yang tiada steroid kepada penghidap sindrom yang mengalami kesakitan kronik.”

Dr. Wan Rujhan turut memberi amaran awal kesan lebihan dos Celebrex.

“Dos Celebrex yang dibenarkan hanya 200mg sehari. Lebih dari itu, anda akan dapat pendarahan di perut dan penyakit hati (liver disease).”

Hilangnya pertahanan tengah cemerlang

Daniel Agger memulakan karier di Brondby sejak berusia 19 tahun dan menyertai Liverpool pada 2006.

Agger bermain untuk Liverpool dari 2006 hingga 2014 sebelum menyertai semula Brondby selama 2 musim.

130101-058-Liverpool_Hull

Secara keseluruhannya, Agger bermain 384 perlawanan dalam karier beliau – 232 perlawanan untuk Liverpool, 77 untuk Brondby dan 75 lagi untuk Denmark.

Agger adalah pertahanan tengah yang sangat bagus dengan bola. Beliau memiliki kekuatan di udara.

Beliau juga mampu memberikan ancaman melalui tandukan, cubaan jauh dan juga sepakan bebas.

Agger adalah pemain yang disifatkan Benitez sebagai hibrid kualiti Hyypia dan Carragher.

Memiliki karakter yang kuat sebagai seorang pemimpin Agger pernah menjadi timbalan kapten kepada Gerrard di Liverpool dan juga banyak kali menjadi ketua pasukan Denmark.

Agger adalah kehilangan besar untuk Denmark yang akan menghadapi kelayakan Piala Dunia pada September ini.

Sepenting mana bolasepak dan setinggi mana cintanya kepada sukan ini, kami merasakan kesihatan dan keluarga sentiasa yang lebih utama.

Selamat bersara dan berehatlah Daniel Agger…

Baca juga: Kecederaan Lutut ACL: Mimpi Ngeri Pemain Bola Sepak

The post Agger Dedah Bagaimana Gabungan Pil Tahan Sakit, Kafein Dan Minuman Tenaga ‘Hancurkan’ Badannya appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Malaysia ketandusan pemain berbakat? Oh, tidak…

Berita persaraan awal empat orang pemain dari kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ingin berhenti menyarung jersi kebangsaan sememangnya mencetuskan pelbagai reaksi terutamanya daripada beberapa pihak yang masih mengambil berat tentang senario bolasepak tanahair. Setiap kali ada isu yang melibatkan pasukan kebangsaan ‘Harimau Malaya‘, maka akan timbullah semula ketidakpuasan hati orang ramai terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Penukaran nama pasukan kebangsaan kepada “Harimau Malaysia” yang diumumkan oleh FAM dan penajanya tidak lama dahulu nampaknya telah terbukti tidak memberi apa-apa makna.

Safiq Rahim, Aidil Zafuan, dan Tunku Ismail (TMJ) bersama Piala AFC.
(kredit: www.bharian.com.my / johorsoutherntigers.com.my)

Apabila Mohd Safiq Rahim (29 tahun), Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (29 tahun), Kunanlan a/l Subramaniam (30 tahun), dan Mohd Amirulhadi Zainal (30 tahun) membuat keputusan untuk bersara daripada skuad kebangsaan walaupun masih lagi boleh berbakti, ia merupakan satu tamparan hebat buat barisan kepimpinan di FAM. Samada mereka sedar setelah ditampar dengan begitu hebat atau tidak, entahlah. Selepas ini, janganlah terlalu hairan sekiranya Datuk Ong Kim Swee pula yang akan menerima nasib yang serupa dengan Dollah Salleh, seorang jurulatih yang sangat berwibawa dan juga bekas pemain kebangsaan yang bertaraf bintang pun terpaksa meletakkan jawatan kerana dipersalahkan sebagai ketua jurulatih kebangsaan. Semua orang dengan mudahnya ditolak ke tepi dan dibuang kecuali anda tahu siapa, yang bertali leher berbelang kuning-hitam!

Lazimnya, seseorang pemain kebangsaan tidak mengumumkan persaraan daripada bolasepak antarabangsa melainkan sudah terlalu tua atau mengalami kecederaan yang sangat serius. Selain daripada itu, seseorang pemain itu tidak pernah bersara secara rasmi daripada mewakili negara. Cuma, apa yang terjadi adalah mereka tidak lagi dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan. Hanya apabila seseorang pemain itu menggantung but dan tidak lagi bermain dalam mana-mana liga maka umum mengetahui bahawa pemain tersebut secara automatiknya terus bersara daripada arena bolasepak profesional. Oleh itu, sekiranya seseorang pemain kebangsaan yang masih berada di kemuncak prestasi, apatah lagi merupakan ketua pasukan atau timbalan ketua pasukan bersara secara mengejut itu bermakna terdapat masalah besar yang sedang menimpa.

Peletakan jawatan seorang presiden belum mampu
menyelesaikan masalah kerana punca masalah
adalah memberi amanah kepada bukan ahlinya.

Walau bagaimanapun, adalah tidak adil seandainya Presiden FAM iaitu Tengku Mahkota Pahang, DYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah sahaja yang dibidas memandangkan tanggungjawab mempertahankan maruah bolasepak negara tidak terletak di atas bahu seorang presiden semata-mata. Tanggungjawab mempertahankan maruah serta mengangkat martabat bolasepak negara sebenarnya dipikul oleh semua yang terlibat bermula dari para pemain sehinggalah kepada para penyokong. Namun begitu, pihak yang berada di tengah-tengah yang menghubungkan antara para pemain dengan para penyokong itu adalah para pegawai. Para pegawailah yang memainkan peranan paling besar sekali dalam memastikan kedua-dua belah yakni para pemain dan para penyokong sentiasa mendapat apa yang sewajarnya. Tanpa para pemain maka tiadalah yang akan bermain bolasepak dan tanpa para penyokong maka tiadalah yang akan menonton perlawanan bolasepak. Tanpa kedua-duanya, tiada gunanya lagi untuk melantik sebarang pegawai walaupun dibayar gaji buta.

Oleh yang demikian, kalaulah para pegawai hanya mementingkan kehidupan mewah dengan bercuti ke luar negara serta bekerja sambil lewa, kenapa pula hendak terkejut jika ada pihak yang marah sehingga mahu beri penyepak (dengan tangan) dan penyepak (dengan kaki)? Memanglah kekerasan dan keganasan bukan boleh menyelesaikan masalah tetapi mengapa pula harus membuka ruang dan peluang untuk semua itu? Tidakkah mengundang masalah namanya itu? Hatta, masalah jangan dicari, tetapi bila ada masalah jangan pula lari. Jelas sekali, sudah tiba masanya untuk para pegawai di FAM berubah jika tidak mahu diubah dari kedudukan mereka sekarang. Selagi mana yang tidak bersalah dipersalahkan dan yang bersalah boleh terlepas, selagi itulah sejarah kegemilangan bolasepak negara semakin jauh dari penglihatan.

Tugas berat kini menanti Ong Kim Swee untuk melaksanakan
perubahan drastik dalam merubah wajah skuad kebangsaan.
(gambar: says.com)

Selepas aksi Play-Off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor-Leste awal bulan Jun yang lalu, skuad kebangsaan sepatutnya sudah mula membuat persiapan untuk Piala Suzuki AFF 2016 pada penghujung November nanti. Namun, apa yang berlaku hanyalah gangguan yang bakal merencatkan persediaan Malaysia sahaja. Dalam siri beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa dalam Jelajah Oceania baru-baru ini, sudahlah negara tewas 0-2 kepada Papua New Guinea (naib juara Piala Negara-negara Oceania 2016 dan ranking ke-193 dunia), kemenangan tipis 2-1 bertemu New Caledonia (ranking ke-183 dunia) pula tidak diiktiraf FIFA atas kesilapan teknikal tuan rumah khabarnya. Mujurlah dapat juga satu keputusan seri 1-1 dalam perlawanan dengan Fiji (ranking ke-186 dunia). Dengan ketiadaan kapten Safiq Rahim dan tiga rakan-rakannya, selepas ini cuma tinggal empat perlawanan persahabatan antarabangsa sahaja lagi dalam bulan September dan Oktober sebelum pasukan negara memberikan cabarannya di peringkat Asia Tenggara. Samada pasukan negara mampu bersaing atau tidak, kita tunggu dan lihat sahajalah nanti.

Sudah tentu, ketiadaan pemain-pemain tonggak dan berpengalaman pastinya menggusarkan para peminat bolasepak tempatan. Menggantikan mereka dengan pemain-pemain lain bukanlah perkara yang mudah kerana memang susah untuk mencari mahupun mengenal pasti bintang-bintang baru manakah yang akan bersinar sama cerah kalau tidak lebih terang daripada bintang-bintang terdahulu. Maka akan timbul persoalan di benak fikiran orang-orang yang tertentu, adakah Malaysia ketandusan pemain berbakat? Jawapannya, (inshaaAllah) sudah tentu tidak. Betulkah Malaysia masih mempunyai pemain-pemain berbakat? Ya, samada sedar atau tidak, tahu atau tidak tahu, negara kita yang bertuah ini sentiasa dianugerahkan dengan pemain-pemain berbakat sejak dahulu lagi. Hanya orang-orang yang tidak menghargai mereka sahaja yang tidak nampak dan membazirkan bakat mereka. Siapakah calon-calon pemain yang diharapkan boleh menggantikan tempat pemain-pemain “pencen” awal yang sungguh telah banyak berjasa selama ini?

Adakah sirih akan pulang ke gagang?
(sumber: www.slsgsoccer.com)

DUNIA BOLA SEPAK

Previu Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia (Matchday 2): Selangor Kebal Di Shah Alam

Kedua-dua pasukan hadir ke perlawanan ini dalam prestasi yang terbaik.

Selangor mencatatkan kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Manakala Kelantan pula dengan 2 kemenangan berturut-turut.

Perlawanan terakhir mereka berakhir dengan thriller 7 gol di mana Selangor menang 2-5 di Kota Bharu.

Sebelum ini kedua-dua pasukan turut menang dalam 2 derbi penting mereka. Selangor menang ke atas Kuala Lumpur.

Manakala Kelantan pula segar daripada membelasah Terengganu 1-6 dalam Derbi Pantai Timur. Pada malam ini, mereka akan bertemu di Stadium Shah Alam.

Mana-mana pasukan yang menang dalam pertemuan ini akan memintas Kuala Lumpur sebagai pendahulu kumpulan B.

Kedudukan dalam Kumpulan B

Perlawanan Menang Seri Kalah Gol Bolos Mata
Kuala Lumpur 2 1 0 1 2 1 3
Kelantan 1 1 0 0 1 0 3
Selangor 1 1 0 0 1 0 3
Pahang 2 0 0 2 0 2 0

Prestasi semasa (5 Perlawanan Terakhir)

Selangor kela

Kelantan kelantan

Rekod 6 pertemuan terakhir

Selangor menang: 3 (50%)
Kelantan menang: 2 (33%)
Seri: 1 (17%)

h2h

Fakta perlawanan

  • Selangor masih belum tewas dalam 4 perlawanan terakhir
  • 5 daripada 6 kemenangan terakhir Selangor adalah kemenangan dengan perbezaan 1 gol sahaja
  • Selangor masih belum tewas di  tempat sendiri dalam 16 perlawanan domestik terakhir dan 8 perlawanan terakhir termasuk perlawanan antarabangsa
  • Kelantan adalah pasukan yang terakhir menewaskan Selangor di tempat sendiri dalam pertandingan domestik pada September 2015 dalam Piala Malaysia dengan keputusan 0-3
  • Kemenangan 1-6 di Terengganu adalah kemenangan pertama Kelantan di tempat lawan selepas tewas 5 perlawanan berturut turut dan seri sebelum itu
  • Kelantan cuma menang 2 daripada 11 perlawanan di tempat lawan

Karakter Pasukan

Selangor

  • Gemar mengunakan Taktikal Klasik 4-4-2
  • Menyerang melalui sayap kiri
  • Aktif mencipta peluang menerusi hantaran lintang

Kelantan

  • Aktif menyerang melalui  sayap kanan
  • Bermain secara agresif
  • Cuba untuk kerap mencipta peluang melalui through passes

Kekuatan Pasukan

Selangor

  • Mempertahankan gol pendahuluan
  • Menyudahkan hantaran lintang
  • Memiliki kreativiti di kawasan serangan dengan adanya pemain seperti Andik dan Nazmi Faiz
  • Lemah berhadapan dengan pasukan yang agresif dan bermain secara fizikal

Kelantan

  • Memiliki kelajuan di bahagian sayap untuk melancarkan counter attack
  • Sistem box-to-box player yang aktif
  • Menyudahkan peluang gol

Potensi kelemahan

Selangor

  • Kerap membazirkan peluang dan mengambil masa yang lama untuk melakukan cubaan tepat
  • Gemar untuk bertahan selepas mendapat gol pendahuluan
  • Bermasalah untuk bertahan berdepan pemain laju di bahagian sayap

Kelantan

  • Melindungi gol pendahuluan
  • Kerap melakukan individual errors yang menmbawa kepada ancaman gol oleh pihak lawan
  • Melakukan kesalahan di kawasan luar kotak penalti
  • Kadangkala terlalu agresif dan berpontensi mendapat kad disiplin

Pemain tumpuan

Ugo Ukah (Selangor)

Pemain bek tengah ini akan mejadi tumpuan. Mereka berdepan dengan penyrang yang sedang dalam prestasi yang terbaik di hadapan gol, Blazhe Ilijoski.  Ukah menjadi matchwinner ketika Selangor menewaskan PDRM.

13723942_1133266700079153_3986103257020995350_o

Blazhe Ilijoski (Kelantan)

Man of the moment untuk pasukan Kelantan.  Meledak 4 gol ketika menentang Terengganu dalam Derbi Pantai Timur. Beliau juga adalah penjaring terbanyak dalam Liga Super setakat ini.

[UNSET]

Sebelum wisel

Jika ada satu keluhan yang relevan dengan Selangor ketika ini, ia adalah kelambatan mereka untuk ‘panas’, terutamanya depan penyokong sendiri di Shah Alam.

Mereka kerap bermula dengan perlahan pada separuh masa pertama. Tetapi tetap berjaya menang kerana kualiti-kualiti pemain sering membolehkan Selangor tetap pulang dengan kemenangan.

Peluang inilah yang perlu diambil oleh Kelantan di Shah Alam pada malam ini.

Ketika kedua-dua pasukan ini bertemu dalam aksi Liga Super 2016 (debut Velizar Popov bersama Kelantan) di Shah Alam, Kelantan bermula dengan baik.

Bagaimanapun kegagalan mereka menghukum Selangor lebih awal walaupun bermain dengan baik menyebabkan mereka hanya seri 0-0.

Ditambah pula dengan kehilangan disiplin pemain mereka sendiri (Wan Zack dibuang padang) sehingga terpaksa bermain 10 orang, Kelantan gagal menghukum Selangor.

Selangor bakal turun dengan keyakinan bahawa mereka kebal di Shah Alam.

Jika Kelantan gagal menghukum Selangor lebih awal, kekebalan Selangor di Shah Alam akan berlanjutan ke 17 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri.

Baca juga: Previu Piala Malaysia 2016 (Matchday 2): Mampukah Terengganu Bangkit Dari Mimpi Ngeri 1-6?

The post Previu Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia (Matchday 2): Selangor Kebal Di Shah Alam appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia 2016: PDRM Mangsa JDT Seterusnya?

Selepas hanya mampu seri 2-2 dengan PKNS FC di halaman sendiri pada perlawanan pembukaan kumpulan C Piala Malaysia 2016, JDT pastinya mahu bangkit mengutip 3 mata pula.

Menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka, JDT mungkin tiada masalah untuk menjadikan halaman PDRM sebagai halaman mereka sendiri jika warga wilayah utara Johor seperti Muar, Tangkak, Segamat dan Jementah turun ke stadium malam ini.

Prestasi semasa (5 Perlawanan Terakhir)

PDRM PDRM

JDT JDT

Rekod 5 pertemuan terakhir

PDRM menang: 1 (20%)
JDT menang: 4 (80%)
Seri: 0 (0%)

Fakta perlawanan

  • PDRM tewas semua  4 pertemuan terakhir menentang JDT
  • PDRM bolos 10 kali dalam 4 pertemuan terakhir perlawanan ini, manakala JDT cuma bolos 3 kali sahaja
  • JDT masih belum kalah dalam 12 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan dengan 10 kemenagan, 2 seri, rentetan kemenangan terpanjang adalah 8 (April-Mei 2016)
  • PDRM sangat tidak konsisten dalam 7 perlawanan terakhir dengan cuma mencatatkan 1 kemenangan, 3 seri dan 3 kekalahan.
  • PDRM gagal mencatatkan clean sheet dalam 5 perlawanan terakhir, di mana JDT berjaya mencatatkan 3 clean sheet daripada 5 perlawanan terakhir mereka
  • JDT sangat produktif dengan 23 gol daripada 5 perlawanan terakhir. 3 kemenangan besar dicatatkan (5-0 vs Kedah, 7-2 vs Kaya FC, 0-6 vs Pahang FC)
  • PDRM masih belum tewas dalam 4 perlawanan terakhir di tempat sendiri.
  • JDT tidak tewas dalam 3 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan dengan 2 kemenangan terakhir dan 1 seri.

Karakter Pasukan

PDRM

  • Terkenal dengan karakter gung-ho (agresif) ketika menyerang
  • Fleksibel dari segi taktikal; mampu bermain dengan sistem 3 pertahanan dan 4 pertahanan

JDT

  • Aktif menyerang melalui tengah dan sayap kanan
  • Gemar melakukan rotasi pemain
  • Agresif mematikan ancaman lebih awal

Kekuatan Pasukan

PDRM

  • Berbahaya ketika melancarkan serangan balas
  • Tidak memerlukan penguasaan bola yang banyak untuk menjaringkan gol
  • Berbahaya ketika situasi sepakan percuma dan sudut dengan adanya kualiti teknikal Andrezinho

JDT

  • Penyerang klinikal di depan gol
  • Pemain sayap mampu menghantar hantaran lintang berkualiti
  • Penyerang gemar mengatasi perangkap offside
  • Kuat dalam duel di udara
  • Efektif melindungi gol pendahuluan
  • Mencipta peluang melalui situasi bola mati
  • Efektif menyudahkan serangan balas

Potensi Kelemahan

PDRM

  • Cenderung untuk bolos apabila ditekan dan diserang bertubi-tubi
  • Gemar untuk tiba-tiba bertahan selepas mendapat gol pendahuluan

JDT

  • Mengeluarkan hantaran lintang
  • Melakukan kesalahan di kawasan luar kotak penalti

Pemain tumpuan

Guilherme De Paula (PDRM)

Bekas pemain import pasukan Selangor ini baru sahaja kembali ke kancah Liga Super. Beliau turut meledak 1 gol ketika menentang bekas majikannya dalam aksi Liga Super baru-baru ini.

De Paula akan menjadi pemain tumpuan kali ini kerana gaya permainan beliau sebagai target man klasik ada potensi untuk memecahkan kubu pasukan terbaik di Malaysia buat masa ini.

17hm61ur_1468704142

Azrif Nasrulhaq (JDT)

Kami menjangkakan pemain ini akan mendapat debut penuh untuk pasukan baru beliau. Pemain yang memiliki kepantasan dan kreativiti ini adalah jenis fullback yang gemar untuk terlibat di bahagian serangan.

sumber foto: JST

Sumber foto: JST

Sebelum wisel

Kemenangan akan meletakkan PDRM 5 mata di hadapan JDT. Ia bukan tugas mudah untuk mereka. JDT baru sahaja membelasah pasukan Kedah sebelum ini.

JDT pula akan memintas PDRM sekiranya mereka menang dalam misi kali ini. Apa yang pasti, kemenangan amat penting untuk menjarakkan diri daripada  pasukan lain.

Kumpulan ini adalah antara kumpulan yang agak terbuka buat masa ini. Kami menjangkakan JDT akan melakukan rotasi dalam pemilihan pasukan mereka kali ini.

Baca juga: Previu Piala Malaysia 2016 (Matchday 2): Derbi Negeri Sembilan-Melaka Jadi Tumpuan

The post Previu Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia 2016: PDRM Mangsa JDT Seterusnya? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA