Memphis Depay Yang Masih Gagal Menjadi The Flying Dutchman

Istilah The Flying Dutchman biasanya label untuk pemain sayap yang prolifik dari Belanda. Negara yang terkenal dengan pemain sayap yang laju dan prolifik.

Label ini antara simbol kebanggaan seorang pemain sayap The Oranje! Memphis Depay antara pemain yang mulai dikaitkan dengan gelaran itu pada usia muda.

Prospek Yang Menjadi Rebutan

Memphis Depay menjadi rebutan banyak kelab besar Eropah sebelum persaingan itu dimenangi Manchester United. United membayar £25 juta untuk pemain sayap ini.

United dilaporkan menewaskan Liverpool mungkin kerana faktor Van Gaal. Ini kerana beberapa laporan sebelum ini melaporkan Liverpool sangat hampir mendapatkan Depay.

£25 juta dilaporkan media sebagai harga lelong untuk pemain yang menjadi penjaring gol yang konsisten sebagai penyerang sayap.

depay2

Beliau juga disenarai sebagai pakar bola mati di Eropah dengan kemampuan beliau. Namun pada hari ini beliau hanyalah pemain yang dikaitkan dengan pintu keluar pada Januari ini.

Relevan Pembelian Depay

Ia adalah pembelian kerana sistem. Louis Van Gaal mahu membangunkan sistem Van Gaal dengan bek bertiga seperti yang beliau lakukan dengan pasukan kebangsaan Belanda.

Selain Depay, Van Gaal sebelum mendapatkan seorang lagi bek sayap, Matteo Darmian dari Itali. Untuk Depay, beliau boleh bermain sama ada bek sayap ataupun penyerang sayap.

Beliau pantas diberikan sebagai pemain sayap paling mengujakan sejak Arjen Robben.

dp1

Depay dianggap pilihan terbaik untuk menggantikan Angel Di Maria yang dilepaskan ke PSG selepas gagal menyerlah di Old Trafford.

Depay memiliki rekod 27 gol sebagai penyerang sayap pada musim 2014/15 untuk PSV Eindhoven.

during the Barclays Premier League match between Manchester United and Aston Villa at Old Trafford on April 16, 2016 in Manchester, England.

during the Barclays Premier League match between Manchester United and Aston Villa at Old Trafford on April 16, 2016 in Manchester, England.

Berikut adalah 5 sebab kenapa beliau sukar di Manchester United.

1. Tekanan

Sejak awal dia menyertai United, harapan ke atas Depay agak tinggi. Ada yang menganggap Depay adalah pengganti kepada Ronaldo dengan rekod yang dibawa beliau.

No.7 adalah jersi keramat kepada simbol kemegahan United sejak era Eric Cantona, Beckham dan juga Cristiano Ronaldo.

Tekanan daripada penyokong dan media England membuatkan mereka lupa bahawa Memphis Depay masih dalam proses pembangunan bukannya sebuah artikel lengkap.

Musim pertama di United, Depay bergelut dengan prestasi dan hanya menjaringan 5 gol daripada 23 penampilan berbanding dengan 22 gol daripada 36 penampilan.

2. Media England

Setiap kali Depay beraksi, beliau diberikan perhatian terlalu dekat oleh media di England. Apabila beliau gagal beraksi baik, media menghentam seolah-olah beliau adalah pemain ‘marquee’ yang bernilai £50 juta.

depay

Hal ini memang kerap terjadi kepada pemain bukan Inggeris yang beraksi di EPL. Dari era Diego Forlan, Veron hinggalah ke Luis Suarez.

Tidak ramai yang mampu mengatasi tekanan secara mental oleh media Inggeris seperti yang dilakukan Luis Suarez.

Mereka menjadi hentaman dan kecaman media di Inggeris dengan teruk berbanding dengan layanan kepada pemain-pemain Inggeris.

Agak tidak adil untuk Depay kerana dia adalah bakat muda yang patut diberikan ruang untuk membangunkan bakat.

3. Adaptasi

Ini merupakan perkara yang paling mustahak untuk mana-mana pemain yang menukar suasana mereka ke liga yang berlainan.

Depay dalam kategori yang lambat. Beliau ada DNA pemain sayap Belanda sejati. Itu yang berlaku kepada Arjen Robben dahulu.

Van Persie lebih bertuah kerana kemampuan beliau untuk bermain lebih dari satu posisi dan dibangunkan dari asal bola sepak Inggeris.

Dengan konflik sistem dan taktikal Van Gaal yang sukar untuk diterapkan dalam pasukan ber-DNA 4-4-2 United, Depay terpaksa bermain sebagai pemain sayap yang sebenar bukannya penyerang sayap.

Apabila bermain sebagai pemain sayap dalam sistem yang lebih konvensional memerlukan dia ada kemampuan bertahan. Dari segi aspek bertahan Depay agak lemah walaupun dia boleh bermain bek sayap.

Depay ada masalah untuk bertahan dalam unit. Seterusnya adalah kecenderungan untuk memberikan servis kepada penyerang utama.

Sebagai penyerang sayap ber-DNA Belanda, beliau lebih cenderung untuk menggelecek masuk ke dalam kotak penalti.

Cara beliau bermain membuatkan Depay sedang bermain penyerang sayap dalam asas pemain sayap konvensional. Ia adalah pendekatan yang salah dalam peranan sepatutnya.

4. Motivasi

Adaptasi ini semakin bermasalah apabila Depay dilihat semakin hilang motivasi kerana tekanan. Beliau gagal memberikan aksi terbaik.

Hasilnya, beliau gagal mendapat tempat di dalam pasukan utama. Jelas sekali beliau ada masalah dengan keyakinan diri sejak akhir-akhir ini.

Adakah beliau tidak diberikan minit yang cukup di United?

Depay menjadi pemain pilihan utama pada awal karier beliau di United. Beliau boleh dikatakan bermula dengan baik.

Data Whoscored menunjukkan walaupun beliau muncul 23 kali dengan 15 kali dari penampilan dari bangku simpanan namun beliau diberikan minit yang boleh dikira agak baik dengan 1,478 minit.

5. Peranan Dalam Pasukan

Salah satu aspek yang membawa kepada aksi cemerlang Depay di PSV Eindhoven adalah peranan beliau yang lebih dominan di dalam pasukan.

depay

Depay lebih bebas dan menjadi pemain penting dalam pasukan. Dalam erti kata lain, beliau adalah bintang ketika di sana.

Ketika di United, beliau gagal mendapat status tersebut. Beliau sendiri sukar untuk menjadi pemain utama dalam pasukan United.

Apa Selepas Ini?

Dengan sistem semasa Manchester United, Depay kelihatan masih sukar untuk menjadi pemain kedua sekalipun. Adakah Memphis Depay akan mampu bangkit selepas ini?

Baca juga : Pemain Bundesliga & La Liga Paling Rajin Menyerang, Lionel Messi Mendahului Senarai

The post Memphis Depay Yang Masih Gagal Menjadi The Flying Dutchman appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich

Hampir setiap hari mereka dicemuh dan dicaci oleh seluruh penyokong bola sepak di Jerman kecuali penyokong mereka sendiri.

Setiap hari juga mereka mendengar orang menyumpah seranah, memaki dan mengharapkan mereka akan berada di zon penyingkiran dan tidak ada dalam Bundesliga lagi selepas ini.

Kisahnya bermula apabila sebuah syarikat gergasi dari Austria, Red Bulls membeli lesen sebuah kelab amatur divisyen 5 Jerman iaitu SSV Markranstaedt.

rb2

Red Bulls telah menukarkan semua identiti kelab itu termasuk namanya sekali. Red Bulls turut menjanjikan dana perpindahan pemain sekitar €100 juta.

Sebelum ini tidak ada siapa pun kisah atau ingin tahu pasal kelab ini. Namun pada hari ini, hampir seluruh dunia ingin tahu tentang mereka.

Kebangkitan Leipzig Dengan Cara Tidak Disenangi

Di Jerman, kelab bola sepak dilarang untuk menamakan kelab mereka dengan nama organisasi atau syarikat tertentu untuk memastikan kelab adalah milik awam/masyarakat.

Red Bulls telah menukar nama SSV Markrandstaedt kepada Rassenballsport Lepzig atau singkatanya RB Leipzig. Rassenballsport bermaksud lawn ball sport.

rb16

Kelahiran RB Leipzig bermula daripada cetusan idea Dietrich Mateschitz, founder kepada Red Bull. Beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak di Jerman timur.

Berdasarkan rekod, memang tidak ada kelab dari timur yang kompetitif di Bundesliga. Energy Cottbus adalah kelab Jerman yang paling berjaya selepas 3 kali berjaya memenangi promosi ke Bundesliga iaitu 2009, 2012, dan 2016.

Namun ramai melihat Mateschitz lebih mengambil kesempatan untuk menjadikan kelab bola sepak sebagai mekanisma publisiti pernigaan.

Beliau sudah memiliki Red Bulls Salzburg, New York Red Bulls, dan pasukan Formula One. Dalam bidang bola sepak, kenapa beliau tidak fokus kepada kelab beliau sebelum ini.

Leipzig, kota terbesar di Sachsen, kemudian dipilih Mateschitz untuk membina empayar beliau dalam bola sepak Jerman.

rb1111

Bantahan dan protes dari ramai pihak ke atas nama itu kerana akronim RB itu lebih kepada signifikan dengan Red Bulls.

RB Leipzig Manipulasi Peraturan Dan Paling Dibenci Di Jerman

Dalam satu tinjauan yang dilakukan di Jerman, RB Leipzig kini menjadi keab yang paling dibenci oleh peminat bola sepak di sana mengatasi Bayern Munich walaupun Leipzig baru sahaja memperkenalkan diri.

Peraturan 50+1 juga dengan jelas mengkehendaki kelab dimiliki oleh majoriti masyarakat yang menjadi ahli kepada kelab.

Bayern Munich setakat ini ada 224,000 ahli kelab yang membayar yuran tahunan €60 sahaja. Manakala Borrusia Dortmund ada 139,00 ahli dengan yuran €62 sahaja.

Untuk RB Leipzig pula mereka ada 17 ahli kelab dengan yuran tahunan seorang ahli ialah €1,000. Dari mana orang biasa sanggup membayar angka itu hanya menjadi ahli kelab bola sepak?

Difahamkan RB Leipzig tidak mahu mendedahkan siapakah 17 ahli kelab mereka dengan alasan mahu menjaga privasi mereka.

Boikot Ke Atas RB Leipzig

Ini membuatkan kempen besar-besaran dibuat oleh peminat bola sepak seluruh Jerman untuk memboikot perlawanan menentang Leipzig.

Dalam perlawanan pertama Bundesliga menentang Dortmund, peyokong lawan menyindir mereka dengan berkata:

“Kami akan bersama-sama dengan pasukan kami (BvB), tetapi menerusi radio bukannya ke stadium kamu. Jangan harap anda menikmati duit kami”

Mereka tidak mahu datang ke stadium Leipzig untuk mensabotaj hasil kutipan tiket. Ada juga yang mencaci Leipzig dengan membaling kepala kerbau (lambang Red Bulls) ke arah mereka.

rb3

Banyak lagi protes dijalankan di seluruh Jerman. Sebuah kelab kerdil berhampiran mereka Hallescher FC kini ada sepanduk khas untuk RB Leipzig iaitu “Tradition Hat Einen Namen” atau “Tradisi Menggantikan Nama.”

Seorang penyokong Hellescher berkata kepada NY Times:

“Dulu mereka adalah seteru kami sebagai satu pasukan bola sepak. Namun kini kami lebih membenci mereka lebih daripada itu.”

“Warna dan nama kelab adalah identiti dan kebanggaan penyokong, namun mereka sanggup menggadaikannya hanya kerana wang!”

Sebuah lagi kelab setempat dengan mereka ialah Lokomotive Leipzig juga sangat bencikan RB Leipzig.

Bukan Leipzig Sahaja

Leipzig bukanlah satu-satunya pasukan yang dimiliki oleh syarikat besar. Contohnya Wolfsburg dimiliki Volkswagen. Bayer Leverkusen dimiliki Farmasi Bayer. Hoffenheim pula dimiliki oleh SAP.

Namun peminat di Jerman tidak begitu marah mungkin kerana ia adalah syarikat tempatan dan tidak mengambil kesempatan dengan menamakan semula nama pasukan tersebut atas kepentingan sendiri.

Aksi Di Atas Padang

Di sebalik tekanan sebagai pasukan yang paling dibenci di Jerman, anak-anak buah Ralph Hasenhüttl setakat ini berada di landasan terbaik untuk mengelakkan dari tersingkir.

Malah mereka kini sedang bertarung untuk ke Eropah musim hadapan dan juga secara matematiknya sedang bersaing kejuaraa Bundesliga.

rb13

Mereka menjadi antara 3 pasukan yang masih belum tewas selepas 10 perlawanan. Mereka berada di tangga ke-2 hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan dengan Bayern Munich.

Mereka adalah pasukan yang kedua menjaringkan gol terbanyak dan pasukan kedua paling sikit dibolosi masing-masing di belakang Bayern Munich.

Luar Padang

Sebelum ini mereka hanya memerlukan 7 tahun untuk mara dari divisyen 5 ke Bundesliga. Antara watak penting adalah Ralf Ragnick yang kini merupakan pengarah sukan mereka.

Mereka kini memiliki fasiliti serba moden dengan stadium Red Bullls Arena yang berkapasiti 44,000 dan pusat latihan moden yang dianggap antara yang terbaik di Jerman.

rb4

Mereka memiliki 20,000 pemegang pas bermusim pada musim ini.

Pemilik RB Leippzig memang bercita-cita untuk menjadi kuasa baru di Jerman menyaingi Bayern Munich dan Borussia Dortmund dalam beberapa musim lagi.

Baca juga : Hulu Langat FC: Kelab Bola Sepak Yang Ingin Menjadi Kebanggaan Warga Hulu Langat

The post Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Cabaran ‘Maha Susah’ Yang Patut Anda Cuba Di Football Manager 2017

Football Manager (FM) 2017 telah tiba dipasaran secara rasmi beberapa hari yang lepas dan ia sudah pun digelarkan sebagai siri FM terbaik yang pernah dihasilkan Sports Interactive.

Hal ini kerana beberapa pembaharuan di bahagian grafik, gameplay, dan penambahan ciri-ciri baharu seperti social media tab telah memberi lebih banyak keseronokan terhadap permainan video ini.

Oleh itu, kami tampilkan kepada anda 5 cabaran yang mungkin susah ya amat untuk anda cuba di FM17!

5. Ayuh Bermula! – Minnesota United (Major League Soccer)

pi-mls-minnesota-united-fc-325

 

Minnesota United adalah sebahagian daripada ahli keluarga baharu dalam siri kelab francais Major League Soccer (MLS).

Apa yang menarik jika anda menguruskan kelab MLS adalah MLS draft. Sama seperti sukan-sukan di Amerika Syarikat yang lain yang menggunakan format draft, pengurus boleh memilih pemain-pemain muda yang berbakat untuk beraksi dalam pasukan mereka dan digilap menjadi pemain termasyhur di dunia.

Selain itu, MLS juga terikat dengan beberapa peraturan-peraturan yang mengelirukan seperti peraturan designated player dan wage cap. Walaupun mengelirukan, ia pasti akan memberikan cabaran yang hebat kepada anda!

Namun begitu, misi utama anda bersama Minnesota United adalah menjuarai MLS di tahun pertama penubuhan kelab mereka.

4. Kembali Ke Jalan Sebenar – Parma (Serie C)

parma-15-16-kits-3

Misi ini cukup popular dan ia masih lagi menjadi antara cabaran yang seronok untuk disertai.

Parma yang satu ketika dahulu adalah pasukan yang dianggotai Gigi Buffon, Lilian Thuram dan Fabio Cannavaro kini dalam misi kembali ke jalan mereka yang sebenar iaitu pulang semula ke Serie A.

Dengan sedikit cabaran dengan polisi perpindahan kelab tidak membenarkan pemain anda membeli pemain bukan berstatus EU dari luar negara. Jadi mungkin anda akan lebih memilih untuk menggunakan bakat-bakat tempatan?

Harus diingat, cabaran utama adalah kembali ke Serie A!

3. Serbia Takluk Eropah – (Partizan dan Serbia)

serbias-forward-aleksandar-mit

Cabaran ini memerlukan anda menjadi pengurus kelab dan negara dalam masa yang sama. Partizan merupakan kilang produk yang sentiasa mengeluarkan pemain berbakat dari negara Serbia.

Sebagai contoh, dalam skuad anda terdapat pemain muda bernama Nemanja Mihajlovic. Jadi terpulang kepada anda bagaimana anda hendak menggilap beliau.

Misi anda bersama Partizan adalah mencipta generasi emas mereka menerusi produk-produk keluaran Partizan sendiri.

Selepas itu, anda perlu menterjemah kehebatan generasi emas Partizan di dalam skuad kebangsaan Serbia. Dengan pemain-pemain hebat seperti Nemanja Matic dan Aleksandar Mitrovic sudah sedia berada di dalam skuad Serbia, jadikan Serbia kuasa besar di Eropah!

2. Aspirasi Paul Scholes (Salford City – Vanarama Conference North Side)

class-of-92

Salford City adalah kelab yang diketuai oleh generasi Class of ’92 dan salah seorang pemilik bersamanya adalah Paul Scholes.

Mereka yang masih lagi bermain dalam bola sepak amatur mempunyai impian untuk beraksi dalam bola sepak profesional satu hari nanti.

“Kami mahu bermain di tahap yang setinggi mungkin, kami berimpian mahu bermain di EFL Championship.”

Hasil dari kata-kata itu sudah jelas ke mana anda harus bawa Salford City selepas ini – beraksi EFL Championship.

1. Wawasan 2021 (Aston Villa – EFL Championship)

screen_shot_2016-05-18_at_19-0

Bagi kami ini adalah cabaran yang maha susah untuk dilakukan, semuanya kerana mereka mempunyai tempoh masa yang perlu dikejar.

Pemilik baharu Aston Villa iaitu Dr. Tony Xia menetapkan sasaran bagi Aston Villa untuk menjadi kuasa besar bola sepak Inggeris dalam masa 5 tahun sahaja!

Ini termasuklah kembali semula ke Premier League, menjuarai Premier League dan menjuarai UEFA Champions League sebelum tahun 2021.

Mereka masih mempunyai skuad yang cukup baik untuk bersaing di EFL Championship namun untuk menjadi kuasa besar Eropah sebaris Real Madrid, Barcelona atau Bayern Munich.

Ia mungkin mengambil sedikit masa dan pastinya memerlukan lebih dari 5 tahun.

Jika anda berjaya melengkapkan cabaran ini dalam sebelum 2021 anda adalah pemain FM yang hebat. Tetapi jika kalah jangan mula balik ya!

Baca juga: Football Manager 2017 Tampil Dengan Ciri Baharu, Brexit Akan Beri Impak Pada Permainan

The post 5 Cabaran ‘Maha Susah’ Yang Patut Anda Cuba Di Football Manager 2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Statistik : John Stones Adalah Error-Prone Yang Paling Kritikal Dalam EPL Setakat Ini

John Stones merupakan pemain yg paling banyak melakukan kesilapan pertahanan dalam Liga Perdana Inggeris sejak beliau membuat penampilan sulung pada 2013. Beliau boleh digelar error-prone yang kritikal setakat ini.
 
Pada Ahad lalu, Stones melakukan kesilapan ketika melakukan hantaran ke belakang kepada Vincent Kompany. Ia membolehkan Nathan Redmond menewaskan Claudio Bravo. Mujurlah City tidak tewas dalam perlawanan tersebut.
 
Walaupun ia adalah kesilapan pertama Stones untuk kelab barunya dalam EPL, namun ia bukanlah yang pertama dalam Liga Perdana Inggeris sejak 2013.

stonsss

Statistik eksklusif dari oulala.com menunjukkan ia adalah kesilapan pertahanan ke-12 untuk pertahanan berusia 22 tahun itu dalam EPL.

Ia juga kesilapan ke-5 yang terus membawa kepada gol pihak lawan dalam EPL sepanjang karier beliau setakat ini.

stones

Statistik yang dikumpul dari musim pertama Stones di EPL pada 2013/14 telah membuat perbandingan 10 pemain pemain yang paling banyak melakukan kesilapan pertahanan dalam EPL.
 
Everton menguasai 10 teratas dengan 4 pemain atau bekas pemain mereka beada di tempat teratas.
 
Bekas gandingan bek tengah Stones di Everton, Phil Jagielka berada di tannga kedua dengan 11 kesilapan dari 93 penampilan, empat daripadanya telah menjurus kepada gol secara langsung.
 
Pengganti Stones di Everton, Ashley Williams, pula merekodkan 11 kesilapan dalam 115 permainan dengan 2 daripadanya terus membawa kepada gol.

jd

Namun pemain berusia 32 tahun itu masih belum melakukan sebarang kesilapan pertahanan sejak beliau menyertai Everton.

Pemain tengah pertahanan Toffees, Gareth Barry berada di tempat ke-4 setelah setelah melakukan 10 kesilapan dalam 107 perlawanan, tiga daripadanya terus membawa kepada gol.

Di tempat ke-5, seorang lagi pemain yang berpangkalan di Merseyside. Walapun semakin cemerlang di bawah Jurgen Klopp, Dejan Lovren merekodkan 9 kesilapan pertahanan di 88 penampilan, 4 daripadanya terus membawa kepada gol.
 
Seorang lagi bekas bintang Liverpool, Martin Skrtel berada di tangga ke-8 dengan 9 kesilapan dalam 91 perlawanan antara 2013 dan 2016 sebelum menyertai Fenerbahce musim panas lalu.

lovren
 
Pemain lain yang turut tersenarai ialah pertahanan Chelsea, Gary Cahill dengan 8 kesilapan pertahanan. 2 kesilapan besar awal musim ini, kedua-duanya telah membawa kepada gol.
 
Walaupun John Stones jelas seorang pemain bola sepak berbakat, namun dari segi kesilapan pertahanan beliau agak meresahkan penyokong Manchester City.

Beliau masih muda, dan masih banyak masa untuk memperbaiki dirinya untuk menjadi bek tengah terbaik.

Baca juga : Memahami Konsep Summer Time, Bagaimana Ia Boleh Mempengaruhi Masa Siaran Langsung Di Malaysia

The post Statistik : John Stones Adalah Error-Prone Yang Paling Kritikal Dalam EPL Setakat Ini appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Peak Pemain Bola Sepak, Bilakah Purata Umur Pemain Berada Di Usia Kemuncak?

Peak pemain bola sepak adalah subjektif. Peak bermaksud tempoh terbaik atau kemuncak untuk prestasi para pemain dalam karier mereka.

Peak pemain bola sepak sangat subjektif dan ia berkait rapat secara langsung dengan kemampuan pemain itu sendiri. Secara kasarnya, ramai yang merumuskan peak pemain adalah sekitar 20 tahun dan sebelum 30 tahun.

Sir Alex Ferguson antara pengurus yang percaya peak terbaik untuk pemain bola sepak adalah di antara 24-28 tahun. Alex Ferguson ada polisi untuk tidak menandatangani pemain lebih 27 tahun.

vanpersie

Namun, beliau mengenepikan prinsip itu ketika mendapatkan khidmat Robin Van Persie pada 2012. Ia mungkin kerana Alex Ferguson melihat Van Persie masih mampu menyumbang untuk tahun terakhir beliau menguruskan Manchester United.

Van Persie akhirnya menjadi kunci utama kejayaan United pada musim tersebut.

Kajian Simon Kuper

Jabatan Ekonomi dengan kerjasama Kolej Perniagaan Dan Ekonomi – Universiti Radford, Amerika Syarikat telah menjalankan satu kajian untuk merungkai persoalan:

Bilakah peak (kemuncak) para pemain bola sepak?

Kajian ini diketuai oleh Simon Kuper (gambar di bawah) telah menggunakan data statistik whoscored. Ini kerana whoscored mengandungi purata gred prestasi semasa pemain.

kuper

Whoscored memberikan gred dari 0-10 adalah merujuk kepada yang paling teruk sehingga yang paling cemerlang. 

Whoscored juga lengkap dengan kemaskini semasa untuk karakter, kekuatan dan kelemahan pemain di dalam padang selain daripada data data seperti hantaran, jaringan, bentesan, dan banyak lagi.

Kuper juga berkerjasama dengan pakar analisis yang lain seperti Michael Caley dan Ben Cater(BBC). Kajian mereka menggunakan banyak metodologi. Antaranya kajian ke atas:

  1. Purata umur pemain ketika mereka berada dalam prestasi kemuncak. Data ini melibatkan ramai pemain.
  2. Pengaruh minit perlawanan ke atas peak pemain – Mencari purata umur pemain yang diberikan minit perlawanan terbanyak dalam karier mereka.
  3. Analisis ke atas pemain yang sama usia dan perbandingan graf prestasi antara mereka

Kajian Pada Piala Dunia 2014

Kajian pertama mereka adalah pada Piala Dunia 2014. Data menunjukkan purata umur pemain yang beraksi pada Piala Dunia 2014 adalah 27.5 tahun.

Ben Carter berpendapat ia adalah purata usia terbaik untuk menyertai Piala Dunia. Namun analisis ini sangat terhad kerana ia kejohanan yang cuma berlangsung sebulan.

Analisis Dari 5 Liga Utama Eropah

Skop Kajian Kuper diperluas kepada kelab-kelab bola sepak di Eropah yang pemain-pemain mereka mengharungi 10 bulan musim bola sepak daripada 5 Liga Utama –  EPL, La Liga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1.

Hasil kajian Kuper kali ini mendapati:

  • Purata umur untuk pemain memasuki peak terbaik mereka adalah sekitar 23-25 tahun
  • Pemain penyerang akan lebih cepat mencapai peak mereka berbanding dengan pemain pertahanan
  • Tempoh optimum peak seseorang pemain adalah pada pertengahan usia 20-an
  • Ramai pemain boleh mengekalkan peak mereka sehingga 31 tahun.

Hujah Michael Caley & Gleaves

Namun begitu, dapatan kajian Michael Caley sedikit berbeza dengan Kuper. Berdasarkan kajian Caley ke atas Liga Perdana Inggeris 2013. Caley mendapati:

  • Purata umur pemain mencapai peak mereka adalah 24-28 tahun
  • Purata peak terbaik untuk pemain penyerang adalah pada sekitar 25-26 tahun

Menyokong hujah Caley, seorang lagi lagi penganalisis, Gleaves merumuskan:

Kategori Usia
Bakat Muda Bawah 24 tahun
Peak (Kemuncak) 24-29 tahun
Veteran Lebih 29 tahun

Perdebatan Ke Atas Kajian Tentang Peak Pemain Bola Sepak

Apa sahaja kajian dan hujah tentang peak/kemuncak seseorang pemain bola sepak sentiasa boleh diperdebatkan walaupun penganalisis telah mencuba sebaik mungkin mengumpul dan memecahkan data yang sistematik berdasarkan profail pemain yang lengkap.

Ini kerana bola sepak adalah permainan berpasukan yang lebih kompleks. Ia melibatkan 11 pemain dalam satu pasukan dan pertarungan 22 pemain di dalam padang.

Ia amat sukar untuk mengukur prestasi individu seperti mana sukan-sukan lain seperti besbol, tenis atau bola keranjang.

Skop pengaruh permainan berpasukan dalam bola sepak adalah dalam kerangka kuantiti pemain yang lebih besar.

Dalam erti kata lain, prestasi seseorang pemain juga dipengaruhi oleh pemain-pemain di sekeliling beliau secara lebih langsung.

Peak Dan Nilai Pemain Dalam Pasaran Global

Bola sepak dan perniagaan adalah dua entiti yang berkait rapat. Ilmu pengetahuan tentang kajian peak pemain ini telah menjadi antara faktor penting dalam polisi jual beli pemain terutama dari segi tag harga semasa.

Pemberian kontrak yang sesuai dengan potensi peak seseorang pemain juga menjadi sebahagian daripada perkara biasa dalam pengurusan bola sepak profesional.

Ini kerana bola sepak adalah sukan yang memerlukan seorang pemain, terutamanya pemain utama (first team player) yang boleh menyumbang kepada pasukan secara optimum.

Pemain bola sepak juga ibarat aset dagangan yang penting. Mereka ada nilai yang boleh naik dan susut pada setiap masa.

Ada beberapa kelab di Eropah seperti Arsenal telah mengenakan polisi tidak rasmi dalam pemberian kontrak lanjutan hanya setahun kepada pemain yang berusia 30 tahun ke atas. 

Arsene Wenger percaya, peak pemain bola sepak berakhir selepas usia 30 tahun. Walaubagaimanapun, polisi ini kadangkala kurang disenangi ramai pihak terutamanya penyokong.

afobe

Ini kerana ramai pemain ketika usia 27,28 atau 29 tahun enggan menyambung kontrak kerana mereka cuba mengelakkan kontrak jangka pendek.

Mereka akan cuba mencari kelab lain yang mahu menawarkan kontrak lebih panjang kepada mereka terutama sekali apabila sudah melebihi usia 30 tahun.

Anda pasti masih teringat kes AC Milan yang melepaskan Andrea Pirlo dan beliau menyertai Juventus. Ramai penganalisis menyatakan, masa beliau di Juventus adalah yang terbaik dalam karier beliau.

andreapirloacmilanvacsienaserietzsdb54qtxtl

Lebih mengecewakan apabila pemain yang terlebih umur ini masih bermain dalam prestasi terbaik pada usia lebih 30 tahun di kelab lain.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian Simon Kuper dan beberapa penganalisis yang lain, dapatlah disimpulkan:

1. Kemuncak prestasi seseorang pemain bola sepak adalah pada pertengahan usia 20-an atau lebih spesifik sekitar 25-27 tahun.

2. Purata umur untuk penyerang dan pemain tengah mencapai peak terbaik mereka adalah pada usia 25-26 tahun. Namun pemain tengah biasanya memiliki peak yang lebih cepat dan tajam berbanding dengan penyerang kerana purata minit perlawanan mereka yang lebih banyak.

3. Peak untuk pemain pertahanan pula lebih lewat iaitu pada purata 25.7 – 26.5 tahun. Ia berkait rapat dengan ransangan psikologi, pengalaman dan motivasi yang kurang berbanding dengan penyerang dan pemain tengah ketika bermain bola sepak.

Pemain pertahanan juga boleh mengekalkan peak mereka lebih lama berbanding dengan pemain tengah dan serangan. Ini kerana mereka tidak banyak terlibat dalam gerakan yang pantas dan menggunakan tenaga yang banyak.

Dalam erti kata lain, semakin banyak seseorang pemain yang berusia menggunakan fizikal mereka, maka semakin cepat kekuatan fizikal mereka merosot.

Namun begitu pemain-pemain bola sepak memerlukan lebih banyak minit perlawanan ketika menuju ke usia kemuncak untuk mencapai peak lebih awal. Ia membantu dalam momentum pembangunan.

Kesimpulannya, peak pemain adalah berbeza. Ada sesetengah pemain yang memiliki peak yang lewat atau late bloomer seperti Jamie Vardy.

Ada juga pemain yang boleh mengurangkan impak daripada penurunan peak pada masa yang lama.

Kajian ke atas peak ini harus dipandang serius terutama di negara kita untuk memastikan ada satu graf purata sebagai panduan peak pemain.

kredit gambar: asiana.my

kredit gambar: asiana.my

Ini untuk memudahkan perancangan pengurusan pemain dari segi latihan yang komprehensif untuk membantu mengekalkan prestasi mereka, di samping membantu dalam pemberian kontrak yang betul.

Baca juga : Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 11

The post Peak Pemain Bola Sepak, Bilakah Purata Umur Pemain Berada Di Usia Kemuncak? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 11

Premier League kembali sekali lagi untuk minggu ke 11 dengan beberapa perlawanan menarik pasti akan menarik perhatian anda!

Terdapat beberapa perlawanan menarik yang berlangsung minggu ini seperti Manchester City menentang Middlesbrough dan Chelsea menentang Everton.

Dan perlawanan tumpuan minggu ini pastilah perlawanan North London Derby antara Arsenal dan Tottenham Hotspur pada hari Ahad.

Jadi ini adalah previu untuk Fantasy Premier League minggu ini!

Penjaga gol

112391325_heaton-sport-xlarge_

Hasil daripada aksi cemerlang beliau di pintu gol pada minggu lalu menentang Manchester United, Tom Heaton dari pasukan Burnley adalah pilihan utama untuk menjadi penjaga gol.

Heaton sudah melakukan 57 saves setakat musim ini di liga. Heaton berpeluang untuk meneruskan rekod cemerlangnya musim ini apabila Burnley menerima kunjungan Crystal Palace.

Pertahanan

Cara pemain pertahana untuk mendapatkan masa di dalam Fantasy Premier League adalah menerusi bilangan hadangan (block), pintasan (interception), terjahan (tackle) dan clearance.

Oleh dengan itu, scout kami sering mencadangkan kepada kami beberapa nama dari pasukan-pasukan yang dijangka akan lebih banyak bertahan berbanding menyerang terutamanya ketika menentang pasukan-pasukan utama.

Jika minggu lalu kami mencadangkan Micheal Keane dari Burnley dan Winston Reid dari West Ham United. Minggu ini Jose Holebas dari Watford menjadi pilihan.

josaeholebas

Beliau menjadi pertahan yang cukup aktif ketika menyerang. Holebas mencipta 9 peluang untuk rakan sepasukan dan mempunyai 13 percubaan ke arah gol.

Ketika bertahan juga, Holebas sudah mencatatkan rekod yang baik. Beliau mencatatkan 74 CBI (clearances, blocks, interceptions) selain daripada 14 terjahan.

Pilihan kami yang lain ada Goerge Friend dari Middlesbrough. Beliau sudah melakukan 80 CBI musim ini serta 25 terjahan.

Pemain tengah

Di bahagian tengah. Pemain yang kami cari adalah pemain yang boleh menghasilkan gol, bantuan gol (assist), percubaan tepat ke pintu gol dan jumlah peluang yang dicipta.

Untuk minggu ini kami sekali lagi memilih Phillipe Coutinho dari Liverpool. Prestasi cemerlang beliau ketika ini sudah menghasilkan 16 percubaan ke arah pintu gol dengan 7 adalah percubaan tepat.

Coutinho juga sudah mencipta 13 peluang untuk rakan-rakannya ketika menentang Watford tempoh hari.

Pilihan lain yang adalah Dimitri Payet dari West Ham United.

Beliau merupakan pemain paling banyak mencipta peluang menjaringkan gol. Payet setakat ini sudah mencipta 33 peluang menjaringkan gol – paling tinggi di Premier League.

Dimitri-Payet-West-Ham1

Penyerang

Aksi cemerlang ketika menentang West Bromwich Albion membuatkan kami yakin Sergio Aguero adalah pilihan tepat untuk mengetuai barisan serangan anda.

Barisan pertahanan Middlesbrough pasti akan berkerja keras kerana mereka pasti akan diuji hebat oleh Aguero yang mencipta 17 percubaan ke pintu gol dengan 8 adalah percubaan tepat.

sergio-aguero-2

Pilihan lain adalah Diego Costa dari pasukan Chelsea. 16 percubaan tepat daripada 31 percubaan ke pintu gol membuktikan beliau adalah seorang penyerang yang cukup tajam di depan pintu gol.

Costa juga bersifat all-rounder apabila mencipta 12 peluang gol dengan 2 daripadanya diakhiri dengan assist.

Selain itu juga, Costa juga sering membantu pertahanan Chelsea. Jumlah CBI beliau adalah 17 dan 12 terjahan direkodkan atas nama beliau, satu bertahan yang baik untuk seorang penyerang.

Pilihan kapten:

  • Tom Heaton (Burnley)
  • Phillipe Coutinho (Liverpool)
  • Sergio Aguero (Manchester City)

Baca juga: Sejarah Dan Perkembangan Kontrak Pemain Dalam Bola Sepak

The post Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 11 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Klose Umum Persaraan Selepas Jaring 213 Gol Daripada 529 Penampilan Kompetitif

Penyerang veteran dan juga Lagenda Jerman Mirsolav Klose telah mengumumkan persaraan penuh daripada bola sepak profesional pada selasa lalu.

Klose memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1998 di FC Homburg sebelum berhijrah ke Kaiserslautern, Werder Bremen, Bayern Munich dan Lazio.

Beliau lebih sinonim dengan Bayern Munich kerana banyak aksi dan kejayaan yang beliau tempa di sana.

Masanya Telah Tiba!

Klose merasakan sudah tiba masanya beliau menukar angin dalam karier bola sepak daripada pemain kepada kejurulatihan.

Sepanjang karier beliau, penyerang prolifik ini telah menjaringkan 213 gol daripada 529 perlawanan kompetitif. Beliau adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Jerman setakat ini dengan 71 gol daripada 137 perlawanan.

Klose juga merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia setakat ini.

Akan Memulakan Tugas Baru

Klose disahkan akan terus menyertai pasukan kejurulatihan pasukan kebangsaan Jerman.

“Saya telah meraikan kejayaan terbesar saya dengan pasukan kebangsaan. Ia sangat cantik dan akan sentiasa kekal dalam ingatan. Ia tidak dapat dilupakan.”

“Sebab itu saya tidak ragu-ragu untuk terus kembali berkhidmat dengan Persatuan Bola Sepak Jerman,” kata Klose pada Selasa lalu.

Penyerang berusia 38 tahun ini telah memenangi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil selepas menewaskan Argentina 1-0 pada perlawanan akhir.

Joachim Loew mengalu-alukan Klose ke dalam pasukan beliau dengan berkata:

“Saya amat gembira sekarang bahawa dia (Miroslav Klose) ada dalam pasukan kami,”

“Beliau adalah seorang contoh seorang manusia dan seorang atlet yang tidak pernah akur kepada apa sahaja demi kejayaan pasukan.”

rt

“Saya yakin pemain-pemain kami akan mendapat banyak manfaat daripada beliau dalam kem kami,”

“Dia akan membantu dari segi latihan dan juga pandangan ke atas analisis video.”

Selamat Tinggal Miro!

Selamat tinggal Miroslav Klose. Pemain dianggap antara yang paling ‘gentleman’ di dalam padang. Beiau sentiasa mennghormati dan dihormati lawan.

Anda pasti masih ingat insiden dia meminta agar jaringan beliau dibatalkan kerana bola terlebih dahulu terkena tangan beliau. Jarang pemain mahu melakukan hal itu.

Penyerang yang menjadi ikonik kepada bola sepak dunia sebaris dengan nama-nama besar yang lain.

Baca juga : Hanya Kerana Nama Yang ‘Susah Nak Eja’, Gladbach Jana Hampir €30K Dalam Masa 2 Hari

The post Klose Umum Persaraan Selepas Jaring 213 Gol Daripada 529 Penampilan Kompetitif appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Alexis Sanchez dan Roberto Firmino, Kebangkitan Semula 9 Jadian Di EPL

Terminologi false 9 atau 9 jadian ini pernah kami huraikan di dalam artikel lama kami yang mungkin anda boleh baca kembali untuk mengerti maksudnya lebih mendalam.

Sistem ini merujuk kepada penggunaan pemain bukan target man sebagai penyerang utama.

Ramai percaya sistem ini pada awalnya digunakan oleh pasukan kebangsaan Austria pada 1934, namun ketiadaan bukti video membuatkan amat sukar untuk penganalisis mengiktiraf hal itu dengan lebih kuat

Pada era total football, Johan Cruyff dan penyerang Hungary, Nandor Hidegkuti menunjukkan cara bermain sistem ini. Pada hari ini pemain terbaik dunia, Lionel Messi adalah raja kepada sistem ini.

9 Jadian Di EPL

Sebelum ini di EPL kita melihat Arsene Wenger pernah menggunakan Robin Van Persie yang merupakan penyerang sayap menjadi 9 jadian ini.

Namun atas sebab fizikal beliau yang memang jenis target man, pengulas mula membuang terma 9 jadian pada Van Persie dan menganggap beliau sebagai 9 tulen selepas itu.

Van Persie sendiri tidak bermobiliti tinggi setelah bermain di serangan. Dalam erti kata lain, Wenger menukar (convert) pemain penyerang sayap menjadi no.9 tulen sebenar.

Kes yang sama berlaku di Old Trafford apabila Alex Ferguson kerap menggunakan penyerang bayangan (shadow striker) sebagai penyerang utama. Wayne Rooney dan Tevez kerap menggalas tugas itu termasuk Ronaldo.

tevez

Trio Tevez-Rooney-Ronaldo pernah dianggap antara trio terbaik di dunia.

Ketika Brendan Rodgers kehilangan Luis Suarez dan juga krisis kecederaan Sturridge beliau pernah menjadikan Sterling sebagai 9 jadian.

Begitu juga di Everton, sebelum ini Naismith pernah memegang peranan ini di bawah kendalian Roberto Martinez.

during the Barclays Premier League match between Everton and Liverpool at Goodison Park on October 4, 2015 in Liverpool, England.

during the Barclays Premier League match between Everton and Liverpool at Goodison Park on October 4, 2015 in Liverpool, England.

Konsep Dan Kefahaman Taktikal Berpasukan

Sistem ini kerap menjadi pilihan kerana ia lebih mobiliti dan ada juga kerana pelan kecemasan.

Pemain yang menggalas tugas ini adalah penyerang kedua atau penyerang bayangan yang ada set skil yang baik serta boleh turun naik.

Namun begitu, ia memerlukan satu pasukan yang memahami bahawa mereka tidak memiliki pemain yang duduk di dalam kotak penalti sepanjang masa.

Kefahaman taktikal seperti ini yang akan mempengaruhi keupayaan sistem ini ‘melekat’ di dalam sistem mereka.

Liverpool Dan Arsenal 2016

Pada musim ini, kita dapat melihat 2 pasukan utama yang bergantung kepada sistem 9 jadian ini iaitu Arsenal dan Liverpool.

Klopp tidak bersembunyi bahawa Firmino sentiasa menjadi pilihan utama beliau sebagai penyerang utama.

Namun untuk Arsene Wenger, ramai pemerhati masih tertanya-tanya adakah beliau akan mengekalkan Alexis Sanchez dengan peranan ini selepas kembalinya Olivier Giroud.

2 pasukan ini menjadi sangat menarik untuk ditonton dengan sitem 9 jadian mereka. 47 gol telah dicetak oleh kedua-dua pasukan setakat ini dalam EPL, 23 oleh Arsenal dan 24 oleh Liverpool.

Kebanyakan perlawanan mereka adalah mennggunakan tiada penyerang tulen.

Ini menunjukkan 2 pasukan ini tetap produktif dengan sistem ini setakat ini. Hanya Manchester City (24) dan Spurs (21) yang turut menjaringkan lebih 20 gol selain Liverpool dan Arsenal setakat perlawanan ke-10.

Liverpool Dan Firmino

Firmino dikeliligi oleh pemain-pemain seperti Philippe Coutinho, Adam Lallana dan Sadio Mane. Ketika beliau turun ke bawah, biasanya Sadio Mane dan Lallana akan berada di hadapan beliau.

firmino3

Masalah musim lalu yang jelas sudah diperbaiki Klopp. Musim lalu, apabila Firmino turun ke bawah untuk membantu pertahanan, Liverpool ada masalah dengan serangan balas.

Eksploitasi ruang oleh Liverpool sangat baik setakat ini dengan sistem yang lebih cair (fluid). Alan Pardew selepas perlawanan menentang Liverpool berkata:

“Firmino memainkan peranan itu (penyerang) dengan sangat bijak. Anda tidak tahu di mana dia akan berada, dan ia sangat jarang dilakukan penyerang utama.”

“Dia menarik pertahanan keluar, tiba-tiba muncul di bahagian tengah. Ketika dia berada bahagian tengah (lebih deep), ada pemain lain yang menggantikan dia di atas.”

“Dia seperti piston dalam enjin yang bekerja di dalam padang.”

Liverpool kelihatan tidak ada peranan khas kepada front 4 atau front 6 mereka musim ini.

Coutinho, Lallana dan Mane sering bertukar-tukar peranan dan cuba untuk cut inside dan masuk ke dalam kotak penalti. Kelebaran(width) pasukan akan dibekalkan oleh bek sisi iaitu, Milner dan Clyne.

Klopp mengulas tentang Firmino:

“Roberto seorang pemain yang sentiasa terlibat dalam serangan dan ketika bertahan. Dia sangat suka melakukan perkara-perkara seperti menekan (pressing), kerana ia salah satu kemahiran semula jadi beliau (Firmino adalah bekas pemain pertahanan).”

Ini adalah heatmap Firmino menentang Hull City yang jelas bukan pemain yang sesuai untuk pertahanan kenakan kawalan ketat dengan man to man marking. Peranan beliau benar-benar sebagai floating attacker.

firmino1

Arsenal Dan Alexis Sanchez

Dari segi fluiditi, Arsenal memang terkenal dengan aspek ini sejak dari dulu. Wengerball?

Jadi tugasan Wenger mungkin lebih mudah berbanding Klopp untuk memasukkan pemain seperti Sanchez ke dalam sistem ini.

sanchess

Baca juga: Bagaimana Arsenal Guna Sistem False 9 & Deep Lying Playmaker Dengan Alexis & Xhaka

Namun sebenarnya silap, Wenger mengakui dia sangat sukar memasukkan Sanchez ke dalam pasukan untuk bermain sistem 9 jadian ini.

Paling ketara pada awal musim ini, apabila ada Ozil beliau nampak menjadi, namun tanpa Ozil Sanchez nampak kurang efektif. Contoh yang jelas adalah pada perlawanan pertama menentang Liverpool.

Wenger mengakui dia memang merancang untuk menjadikan Sanchez sebagai penggempur utama sebelum ini. Ini kerana beliau gemar melihat penyerang yang bermobiliti tinggi dalam pasukan yang sedia ada.

Kemasukan Mesut Ozil dan peningkatan mendadak oleh Iwobi berjaya membantu Sanchez untuk mendapat rentak lebih awal. Dan kini, kami percaya Sanchez sudah boleh bermain tanpa Ozil dalam sistem ini.

sancq

Komen Wenger tentang Sanchez adalah:

“Saya pernah mencuba dia beberapa kali untuk bermain sistem ini sebelum ini, namun hasilnya tidak meyakinkan.”

“Pada masa itu saya terfikir sama ada saya buat keputusan yang salah dan harus berhenti; atau saya perlu yakin dia pemain yang betul dan perlu berikan dia lebih masa?”

“Dua perlawanan pertama musim ini saya tidak begitu yakin dan keliru. Tetapi selepas perlawanan demi perlawanan, dia semakin meningkat dan bermain lebih baik dalam sistem ini.”

Sanchez kerap turun ke zon 14 atau lebih ke bawah. Pada ketika ini gerakan dari arah lain di sekitar beliau akan digerakkan oleh Ozil, Alex Iwobi dan Theo Walcott/Alex Oxlade-Chamberlain.

Ketika pemain di sayap cuba masuk ke dalam, Sanchez akan mencari ruang tertentu untuk menerima bola atau untuk potensi memenangi bola kedua.

Ini adalah heatmap Sanchez ketika menentang Sunderland. Jelas sekali beliau berlegar di tengah terutama di zon 11 dan 14.

sanchez

Kesimpulan

Jelas Wenger dan Klopp sudah mendapat formula terbaik untuk serangan mereka setakat ini. Kami rasakan Giroud dan Sturridge adalah pilihan kedua atau pelan kedua atau ketiga pasukan.

Daripada penjelasan Klopp dan Wenger, kita dapati, Klopp mengambil masa yang lama untuk membentuk pasukan. Ini kerana rata-rata pemain tidak begitu komprehensif dalam sistem ini sebelum ini.

Buktinya pada musim lalu, Firmino tidak mendapat sokongan sebaik pada hari ini dalam sistem ini.

Wenger pula mengambil masa yang agak lama untuk membentuk pemain kerana beliau memang ada pasukan yang boleh bermain sistem 9 jadian seperti Ozil (Jerman) dan graduan Arsenal sendiri.

Yang pasti adalah, membangunkan sistem ini dalam pasukan bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan 10 lagi pemain lain.

Selain Liverpool dan Arsenal 2 lagi pasukan yang kerap menggunakan sistem ini musim ini adalah Southampton, dengan Nathan Redmond dan West Ham menguji dengan Michail Antonio.

Baca juga : Pengenalan Kepada Taktik Licik “The False 9”

The post Alexis Sanchez dan Roberto Firmino, Kebangkitan Semula 9 Jadian Di EPL appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

VIDEO: Renato Sanches, Juan Bernat & Thomas Muller ‘Gaduh’ Di Bangku Simpanan

2 pemain Bayern Munich Renato Sanches dan Juan Bernat didapati ‘bergaduh’ ketika semuanya duduk di bangku simpanan.

Perkara ini berlaku ketika aksi perlawanan Bundesliga antara FC Augsburg yang dimana keputusannya berakhir dengan jaringan 3-1 memihak Bayern Munich.

Mereka yang sedang bergurau ketika itu turut bertepuk-tampar sesama sendiri menjadikan video ini lucu!

Tambah menarik, Thomas Muller juga terlibat sama dalam ‘pergaduhan’ ini. Kali ini beliau ‘menentang’ Sanches pula!

Beyern Munich kini sudah memenangi 7 daripada 9 perlawanan yang dilalui mereka.

Gol-gol dihasilkan oleh Koo Ja Cheol untuk Augsburg dan 2 gol dari Robert Lewandowski serta 1 dari Arjen Robben.

Dengan kemenangan ini meletakkan Bayern Munich berada di puncak liga dengan 23 mata, 2 mata di hadapan pencabar terdekat – RB Leipzig.

Baca juga: Raumdeuter: Memahami Maksud Dan Peranan ‘Pentaksir Ruang’ Dalam Bola Sepak

The post VIDEO: Renato Sanches, Juan Bernat & Thomas Muller ‘Gaduh’ Di Bangku Simpanan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA