Sukan : Bual Sukan Kembali

Bual Sukan kini kembali menulis setelah sekian lamanya tidak menulis serta mengemaskini blog sukan ini ekoran masalah teknikal yang dihadapi. Bual Sukan berharap penulisan blog ini kembali mewarnai dan memeriahkan penulisan-penulisan artikel sukan sama ada di Malaysia mahupun di peringkat global. Bual Sukan akan memastikan penulisan artikel sukan terbaik dan cuba membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa di masa akan datang. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada semua pelayar blog http://blogbualsukan.blogspot.my/ di mana jua anda berada. Sukan untuk semua..

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Apa Itu Boxing Day Dalam Bola Sepak?

Kita kerap mendengar satu terma hari perlawanan yang disebut Boxing Day. Ia merujuk kepada hari perlawanan selepas hari Natal yang berlangsung pada 26 Disember.

Namun untuk kes-kes tertentu ada juga perlawanan pada 27 Disember, tetapi kemeriahnnya tidak samalah.

Kekeliruan kita kadangkala menganggap ia hanya metafora kepada hari perlawanan panas seperti perlawanan boksing. Tidak ia bukan begitu.

Sejarah Boxing Day

Boxing day adalah satu kebudayaan orang Inggeris dan banyak negara di Eropah bukannya keagamaan. Terma ini sudah wujud di England sejak pertengahan abad ke-19, ketika pemerintahan Ratu Victoria.

Budaya masyarakat Inggeris zaman tersebut, golongan bawahan ataupun pekerja akan melayan majikan mereka dengan meneyediakan masakan yang enak pada Hari Natal. Maknanya, mereka tidak ada cuti pada hari Natal.

Selepas layanan yang istimewa, pada keesokan harinya si majikan pula akan memberikan pekerja mereka hadiah dan perlepasan cuti.

Hadiah biasanya dimasukkan di dalam kotak merah. Hadiah ini pelabagai, ada yang memberikan wang, perhiasan dan macam-macam lagi.

Jadi, secara ringkasnya, boxing day adalah berasas dari perkataan box ataupun kotak. Ia adalah hari membuka kotak hadiah.

Setelah zaman berubah, tradisi pekerja melayan bos pada hari Natal tidak wujud. Semua nak cuti dah! Namun ia diubah menjadi hari dimana orang Inggeris akan memberikan hadiah sesama keluarga terutama kepada anak-anak mereka.

Mereka meletakkan kotak di ruang tamu dan akan dibuka oleh anak-anak mereka.

Ada juga yang menjadikan boxing day sebagai hari untuk memberikan hadiah kepada orang yang memerlukan seperti gelandagan dan peminta sedekah. Mereka dibawa pergi makan ke restauran dan membeli baju baru. Ia subjektif.

Ia berlaku pada 26 Disember setiap tahun. Konsep blockbuster day yang sama berlaku di Jerman.

Boxing Day Dalam Bola Sepak

Orang Ingeris menjadikan bola sepak sebagai salah satu budaya mereka. Jadi, mereka menganggap bola sepak juga hadiah kepada mereka ketika boxing day. Menikmati cuti dengan rakan-rakan dan keluarga di stadium!

Bukan sahaja bola sepak, malah sukan-sukan lain yang berlangsung pada 26 Disember akan dilabel hari perlawanan Boxing Day.

Ia seakan-akan menjadi hari sukan ketika ramai orang sedang bercuti di banyak negara di Eropah termasuk Australia.
Jadi, ia adalah perlawanan bola sepak atau acara sukan yang biasa tetapi berlangsung pada hari boxing day.

Syarat Khas Perlawanan Boxing Day

Antara cara orang England dan Eropah meraikan boxing day adalah dengan menonton perlawanan bolasepak. Jadi pada boxing day, perlawanan biasanya akan melibatkan pasukan yang dekat.

Jadi,ia akan senang diakses oleh penyokong lawan dengan tren dan sebagainya. Jarak perjalanana away game terlalu jauh akan meletihkan penyokong pelawat.

Namun begitu derbi setempat sangat tidak digalakkan kerana ia boleh mengganggu keharmornian kekeluargaan pada boxing day.

Sebab itu ada suara mengkritik penjadualan perlawanan Derbi Merseyside minggu lalu yang berlangsung sebelum Boxing Day.

Konsep bermain bola sepak pada boxing day ini telah dikekalkan banyak negara kerana mereka mendapat manfaat. Ini kerana dengan adanya boxing day pemain tidak boleh makan sesuka hati dan minum alkohol ketika perayaan.

Lebih penting, hari Boxing Day di EPL juga kerap menjadi pembayang kepada juara liga.

Bayangkan di Malaysia ada perlawanan pada Hari Raya kedua sebab pengurusan tidak mahu pemain terlalu me’rendang’ dan jaga diet ketika perayaan. Ia tidak akan berlaku rasanya sebab jarak antara pasukan di Negara kita terlalu jauh.

Itulah maksud boxing day. Harap ia tidak disalah tafsir sebagai hari tinju. Ini pula jadual Boxing Day pada kali ini.

Baca juga : Isu Kontrak Dan Gaji Pemain, Sebab Dan Solusi Yang Boleh Diambil!

The post Apa Itu Boxing Day Dalam Bola Sepak? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Perdana Menteri Tampil Untuk Cuba Membantu The Red Warriors!

Dalam status yang baru dimuat naik beliau di facebook, Datuk Seri Najib Razak menyatakan keprihatinan beliau ke atas situasi yang melanda bola sepak Kelantan.

Beliau juga mahu bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa terus mengembleng tenaga membantu KAFA dalam menyelesaikan kemelut bola sepak di Kelantan.

PM menerima maklumat bahawa, perletakan jawatan oleh Tan Sri Annuar Musa sebelum ini sedikit sebanyak telah memberikan impak kepada masalah ini.

Sebelum ini, KAFA menerusi naib Presiden mereka telah mengumumkan penarikan diri daripada Liga M pada musim hadapan. Ini kerana KAFA hanya memiliki RM700,000 dalam akaun mereka.

Ia sangat jauh daripada angka RM15,000,000.00 yang mereka perlukan untuk menampung perbelanjaan pasukan pada musim hadapan.

Ia mendapat reaksi bercampur baur daripada pelbagai pihak. Penyokong The Red Warriors agak sedih dengan berita ini kerana bola sepak adalah sukan no.1 di negeri Kelantan.

Beberapa hari lalu, sebuah pertubuhan gabungan daripada bekas-bekas pemain Kelantan telah menubuhkan tabung khas ‘1 Orang Kelantan RM10.’

Mereka dari Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan. Mereka berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan wang bagi menampung jumlah sekitar RM14.2 juta lagi yang diperlukan oleh KAFA.

Berbalik kepada status oleh PM Malaysia dalam laman facebook beliau, Datuk Seri Najib akan cuba berbincang dengan pihak tertentu untuk memastikan bola sepak di Negeri Kelantan terus dinikmati oleh rakyat Kelantan musim hadapan.

Jadi, untuk penyokong Kelantan, ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat mereka.

Baca juga : 3 Kisah Penyokong Menyelamatkan Kelab Mereka!

The post Perdana Menteri Tampil Untuk Cuba Membantu The Red Warriors! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2017

Musim baru Liga Malaysia 2017 akan bermula pada bulan Januari 2017 akan datang. Setipa pasukan kini sedang sibuk menjalani latihan pramusim bersama barisan pemain sedia ada yang dikekalkan selain pemain-pemain muda berpotensi untuk didaftarkan pada musim akan datang. Dengan jendela perpindahan pemain Liga Malaysia 2017 masih dibuka, setiap pasukan yang bersaing kini sibuk menandatangani pemain-pemain tempatan berkualiti selain membuat penilaian ke atas pemain-pemain import terbaik bagi mewakili pasukan masing-masing. Terdapat juga pasukan yang telah melantik barisan kejurulatihan baru bagi memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing.

Berikut adalah senarai Ketua Jurulatih pasukan Liga Malaysia 2017 akan datang :
Johor Darul Ta’zim FC : Mario Gomez (Argentina)
Felda United FC : Azmi Mohamed
Kedah : Tan Cheng Hoe
Kelantan : Zahasmi Ismail
Selangor :
Perak : Karl-Heinz Weigang (Jerman)
T-Team : Rahmad Darmawan (Indonesia)
Sarawak : David Usop
Pahang FC : Dollah Salleh
Pulau Pinang : Ashley Westwood (England)
Melaka United : Eric Williams (Australia)
PKNS FC : E Elavarasan


Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Previu MSL 2017 : Penyokong Kelantan Persoal Status Pasukan Kelantan

Pada beberapa hari yang lalu, KAFA melalui Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail telah mengumumkan akan menarik diri daripada Liga Malaysia pada musim hadapan.

Status penuh akan diumumkan pada 29 Disember ini. Kenyataan KAFA itu mengundang banyak reaksi. Tidak kurang juga resah dan kecewa oleh peminat bola sepak Kelantan.

Mereka rata-rata tidak bersetuju dengan penarikan diri ini. Bagi mereka, biarlah pasukan Kelantan terus bersaing dengan pasukan ‘murah’ sekalipun.

Maksudnya, mereka mencadangkan agar KAFA mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat pemain Piala Presiden dan pemain-pemain yang bergaji rendah.

Kredit gambar : asiana.my

Mana tidaknya, setelah berhempas pulas cuba keluar dari zon penyingkiran, tiba-tiba mahu menarik diri.

Dilema KAFA

KAFA menjelaskan mereka tidak dapat mencari tajaan untuk musim hadapan. Mereka juga  mendedahkan mereka cuma ada sekitar RM700,000.00 dalam akaun mereka.

Jumlah tersebut sangat sukar untuk menampung kos operasi pasukan apatah lagi mahu membayar gaji pemain. Mereka sebelum ini menjalin kerjasama dengan Datuk Seri Vida.

Namun jutawan kosmetik tersebut seakan-akan sudah tawar hari untuk meneruskan kerjasama dengan Kelantan. Pelbagai masalah dan konflik salah faham berlaku di antara kedua-dua pihak sebelum ini.

Pada pertengahan musim lalu KAFA mendakwa mereka cuma menerima RM4 juta sahaja daripada Datuk Seri Vida. Datuk Seri Vida membalas balik dengan berkata, pihak beliau tidak pernah menjanjikan tajaan sebesar RM8 juta kepada pasukan Kelantan.

Kini status penajaan dikatakan dalam masalah dan KAFA akan mengambil tindakan perundangan jika pihak Vida Beauty gagal menepati perjanjian yang masih berbaki semusim lagi.

Sathianathan : Bina Pasukan RM3 Juta

Bekas pengendali Kelantan, Datuk B. Sathianathan tampil dan mahu KAFA memikirkan semasak-masaknya isu penarikan diri ini.

Beliau kurang bersetuju dengan anggaran KAFA yang meletakkan angka RM15 juta sebagai kos minimum untuk mereka meneruskan persaingan dalam Liga M pada musim hadapan.

Petikan kenyataan beliau kepada Sinar Harian berbunyi :

“Apa yang penting adalah kewujudan pasukan Kelantan itu sendiri yang perlu ada dalam saingan Liga-M musim hadapan.”

“Kebanyakan orang tidak kira di Kelantan atau di negeri lain kenal dengan pasukan The Red Warriors selain ramai yang masih pakai jersi pasukan itu. Tolonglah jangan hampakan harapan peminat.”

“Jika tidak mampu sedia dana besar, cuba cari pemain muda dan bina kembali pasukan dalam masa dua atau tiga tahun ini. Tiada pemain import pun tak mengapa.

“Jelaskan pada peminat bahawa untuk musim ini, sasaran kejar piala terpaksa diketepikan dan fokus kepada pembentukan pasukan. Saya yakin ramai peminat yang faham,” katanya.

Mengulas  lanjut, Sathianathan turut mahu Kafa memikirkan implikasi penarikan diri pasukan kepada pemain dan jurulatih sedia ada.

“Saya rasa untuk cari dua atau tiga juta mungkin tiada masalah buat Kafa.”

Kemusykilan Peminat

Baru-baru ini heboh berita bahawa KAFA telah melantik pembantu jurulatih yang berasal dari Thailand iaitu Sathit Bensoh. 

Maka timbul keraguan, jika benar mahu menarik diri, kenapa masih melantik penolong jurulatih yang berprofail agak baik.

Namun, ada juga berita menyatakan keputusan melantik Shahit sudah dilakukan beberapa minggu yang lepas. Persoalan seterusnya, kenapa mereka tidak berbincang untuk menamatkan sahaja perjanjian awal.

Ini kerana, Shahit berisiko untuk tidak menerima bayaran berdasarkan terma yang dipersetujui di dalam kontrak beliau. Lantas, ada yang mengandaikan KAFA mungkin sedang main wayang seperti mana sebelum ini.

Teori mereka adalah, akan muncul satu nama yang menjadi adiwira sekali lagi dan melonjakkan populariti di mata penyokong Kelantan.

Selamatkan Bola Sepak Kelantan

Ada beberapa suara dari penyokong Kelantan yang mengajak penyokong-penyokong TRW yang masih sayangkan pasukan ini untuk menubuhkan Yayasan Bola Sepak Kelantan.

Kelantan memiliki fan base yang sangat besar. Jadi, jika ada kesedaran tentang kuasa penyokong melalui Yayasan bola sepak sebegini ia sudah pasti satu langkah besar.

Namun berdasarkan pemerhatian kami, cadangan ini kurang mendapat sambutan daripada penyokong-penyokong Kelantan.

Pandangan Kami

Secara umumnya, kita semua tahu KAFA terbeban dengan masalah kewangan sejak beberapa musim yang lalu. Mereka berhadapan dengan masalah pembayaran gaji pemain dan jurulatih.

Yang peliknya, hampir setiap kali jendela perpindahan pemain mereka membawa masuk pemain-pemain import yang baru. Ia melibatkan kos yang agak besar.

Pihak KAFA sudah pasti akan membayar pendahuluan kontrak dan bayaran khidmat ejen pemain yang tinggi. Pada masa yang sama, mereka perlu membayar pampasan kepada pemain yang ditamatkan kontrak.

Kelantan memiliki fan base yang sangat besar. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, mungkin yang terbesar di Malaysia.  Di mana silapnya KAFA yang gagal untuk mendekati dan memanfaatkan lingkaran ini.

Kami bersetuju dengan pandangan B. Sathianthan yang mencadangkan pasukan lebih murah. Mungkin jumlah RM3 juta itu agak terlalu minima.

KAFA harus menyemak semula segala butiran dalam kos operasi dan juga perbelanjaan mereka yang meragukan dan cuba untuk menyiasat serta cuba optimumkannya.

Dari segi pemilihan pemain, cuba sedaya upaya mencari pemain yang mahu menerima gaji berdasarkan kemampuan yang diberikan pasukan.

Sebarang tindakan terlalu emosional dalam mendapatkan pemain akan memberikan impak seperti sebelum ini.

Seterusnya, mungkin KAFA harus duduk semeja dengan beberapa pemain senior untuk berbincang tentang rombakan kontrak yang membawa kepada pengurangan kadar gaji.

Jika mereka tidak mahu berbuat demikian maka KAFA harus menghormati keputusan mereka dan melepaskan mereka.

Ingat! Juventus dulu, ada beberapa pemain mereka yang datang dan meminta gaji dipotong atas dasar sayangkan kelab.

Kehilangan Kelantan dari kancah bola sepak Malaysia pada musim hadapan pastinya mengurangkan warna dan kemeriahan bola sepak domestik kita.

Kami mengharapkan pasukan ini kekal bersaing dan berjaya mencari penyelesaian kepada masalah semasa mereka.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga :North American Soccer League: Pengurusan Liga Lemah Dan Dibayangi Populariti MLS?

The post Previu MSL 2017 : Penyokong Kelantan Persoal Status Pasukan Kelantan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Separuh Akhir EFL Cup 2016/17

4 pasukan yang bakal meneruskan aksi pada peringkat Separuh Akhir EFL Cup 2016/17 ialah Manchester United, Liverpool, Hull City dan Southampton. Pasukan Manchester United dan Liverpool pastinya menjadi pilihan untuk melangkah ke pentas perlawanan akhir namun begitu saingan Hull City dan Southampton tidak boleh dipandang mudah. Tidak mustahil kejutan bakal berlaku pada saingan EFL Cup 2016/17 kali ini. Keempat-empat pasukan ini bakal bertarung dalam 2 aksi perlawanan timbal balas separuh akhir yang dijadualkan pada bulan Januari 2017 akan datang. Berikut adalah undian Separuh Akhir EFL Cup 2016/17 :

Manchester United vs Hull City

Liverpool vs Southampton

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

SA Antlers 1-1 Ingress Tigers: Antlers Diikat Di Halaman Sendiri

Shah Alam Antlers mencipta sejarah dalam sejarah penubuhan mereka apabila beraksi buat kali pertama dalam perlawanan kompetitif semalam.

Bermain menentang Inggress Tigers FC di Kompleks Sukan Panasonic atau dikenali sebagai Antlersland setiap kali Shah Alam Antlers beraksi, mereka menunjukkan kesungguhan yang cukup tinggi untuk menang.

Selain daripada dengan pertemuan menentang Inggress Tigers, terdapat beberapa lagi acara utama iaitu:

  • Hari Shah Alam atau Shah Alam Day
  • Sidang media majlis pengenalan pasukan
  • Sambutan dari warga Shah Alam
  • Perlawanan antara Shah Alam Antlers menentang Inggress Tigers

Hari Shah Alam (Shah Alam Day)

Hari Shah Alam atau Shah Alam Day adalah satu inisiatif dari kelab untuk mewujudkan matchday experience yang menarik kepada para penyokong.

Terdapat beberapa trak makanan (food truck) dibuka dengan menyediakan pelbagai variasi makanan dan minuman seperti nasi campur dan coconut shake.

Kedai rasmi Shah Alam Antlers juga beroperasi buat pertama kalinya semalam, mereka menjual pakaian seperti jersi rasmi kelab dan barangan dari penaja kelab iaitu Curva 1312.

Sidang media

Sidang media yang dilakukan sekitar jam 2 petang dihadiri oleh Encik Ahmad Yani Ismail (kanan) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shah Alam Antlers, Encik Mizal Ghazali (tengah) yang merupakan timbalan presiden kelab serta Coach Muthu (kiri) yang merupakan ketua jurulatih pasukan.

Dalam sidang media tersebut, mereka telah ditanya oleh para wartawan mengenai beberapa soalan seperti objektif penubuhan kelab, pelan jangka masa panjang serta bagaimana sistem pemilihan pemain dilakukan.

Selain itu juga, terdapat sesi pengenalan jersi Shah Alam Antlers buat kali pertama kepada umum. Selain itu juga terdapat sesi pengenalan para penaja yang menaja kelab.

Sambutan dari warga Shah Alam

Sambutan yang diberikan oleh warga Shah Alam ternyata memberangsangkan untuk penampilan pertama mereka di kancah kompetitif.

Sambutan hangat serta sokongan padu dari Homebois yang merupakan gerakan ultras yang berpusat di Shah Alam telah memberikan sambutan padu kepada pasukan sepanjang perlawanan berlangsung.

Perlawanan antara Shah Alam Antlers dengan Inggress Tigers

Babak pertama

Perlawanan antara Shah Alam Antlers dengan Inggress Tigers dalam aksi Klang Valley League (KVL) bermula dalam keadaan yang pada mulanya risau akan cuaca yang dijangka akan hujan.

Pasukan tuan rumah beraksi mempamerkan aksi dominan sepanjang perlawanan berlangsung dan berjaya menghasilkan beberapa gerakan-gerakan menarik.

Namun begitu, gerakan menarik tersebut gagal disempurnakan oleh barisan serangan tuan rumah apabila bola sampai berada di dalam kotak penalti.

Shah Alam Antlers berjaya memperoleh gol hasil dari satu set-piece sepakan percuma yang cukup baik, namun begitu gol yang dijaringkan ketika itu dibatalkan kerana terdapat pemain tuan rumah yang berada dalam kedudukan ofsaid.

Keputusan penjaga garisan tersebut sedikit sebanyak telah mengundang kemarahan penyokong tuan rumah yang kecewa dengan keputusannya.

Namun akhirnya, pasukan Shah Alam Antlers akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama mereka apabila Mohd Fairuz berjaya hasil dari set-piece sepakan percuma yang hampir sama dengan gol yang dibatalkan kerana ofsaid tadi.

Sepakan percuma yang diambil dari jarak 30 meter dilambungkan bola ke dalam kotak penalti dan Fairuz menunjukkan kemahuan yang sangat tinggi untuk mendapatkan bola tersebut.

Beliau berjaya melompat tinggi, dan menanduk bola ke dalam pintu gol menewaskan penjaga gol Inggress Tigers.

Inggress Tigers juga sekali sekala menyerang berjaya membolosi kotak penalti Shah Alam Antlers, namun gagal menemui penyudah.

Babak kedua

Babak kedua menyaksikan Shah Alam Antlers terus mencari gol tambahan untuk menjadikan kedudukan lebih selesa.

Namun begitu, ketumpulan bahagian serangan menyaksikan Shah Alam Antlers melepaskan beberapa peluang keemasan.

Inggress Tigers yang sekali sekala menyerang berjaya memperoleh gol penyamaan selepas serangan mereka dari tengah padang berjaya menembusi kotak penalti sebelum penyerang mereka melepaskan rembatan padu kaki kiri melepasi penjaga gol Shah Alam Antlers, Khairil Ikhwan.

Pasukan tuan rumah berjaya juga mendapat 2 peluang menerusi sepakan percuma jarak dekat, salah satunya terkena palang ketika permainan memasuki babak akhir permainan.

Babak ketiga

Perlawanan KVL ini dilangsungkan secara 3 separuh masa dan kedua-dua pasukan terus mencari gol kemenangan.

Namun begitu, barangkali faktor keletihan menyaksikan tempo permainan sedikit perlahan dan tidak banyak gerakan berbahaya berlaku.

Malang bagi pemain Shah Alam Antlers, Nurnasreen atau Jeren yang mengalami kecederaan ketika beraksi.

Menurut laporan, Jeren mengalami kecederaan di bahagian ligament dan memerlukan pemeriksaan selanjutnya jika perlu.

Kesebelasan utama Shah Alam Antlers:

Khairil Ikhwan (penjaga gol), Muhamad Aiman, Sathiskumar, Mohd Fairuz, Azri, Mohamad Naim, Ahmad Shahidan, Jason Lim, Mohd Raffi, Ku Mohammad Nazran, Firdaus Selvam.

Pemain simpanan Shah Alam Antlers:

Hamadi (penjaga gol), Nicholas Chan, Nurnasreen, Muhd Imran, Amres Singh, Muhd Hakimi, Arif Fikri

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Shah Alam Antlers FC: Gabungan Idea Freiburg, Kashima & Western Sydney Wanderers

The post SA Antlers 1-1 Ingress Tigers: Antlers Diikat Di Halaman Sendiri appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Thailand Juara Piala AFF Suzuki 2016

Gergasi bolasepak ASEAN, Thailand bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada Indonesia pada Perlawanan Akhir Pertama yang lalu apabila berjaya menewaskan pasukan Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Thailand. Kemenangan ini sekaligus membawa mereka merangkul kejuaraan edisi 2016 dengan kemenangan agregat 3-2.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?

Pelbagai aksi dan karenah dapat disaksikan di Liga Malaysia setiap tahun. Paling menarik apabila terdapat sebilangan pemain berkelas dunia menyertai kelab Liga-M.

Namun, pemain berkelas dunia nampaknya gagal untuk menyerlah di Liga-M. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini !

INTENSITI DAN TEMPO LIGA MALAYSIA TERLALU RENDAH !

Kalau kita saksikan dengan teliti, kebanyakan pasukan Liga Malaysia mengamalkan ‘build-up attack’ daripada half sendiri dan banyak bermain di kawasan sendiri sebelum melancarkan serangan ke tempat lawan. Secara tidak langsung, tempo permainan akan menjadi perlahan dan ianya sedikit sebanyak menganggu rentak permainan serta melengahkan masa. Pemain berkelas dunia agak tidak biasa dengan tempo sebegini kerana di liga luar negara, tempo permainan mereka adalah daripada tahap ‘moderate’ hingga ‘ultra-fast’. Selain itu, intensiti di Liga-M juga sangat rendah dengan tidak banyak pressing dilakukan dan terjahan di sini terlampau kasar hingga menyebabkan kecederaan serius. Ianya berbeza dengan pemain berkelas dunia yang gemar untuk ‘recycle’ bola dengan cepat dan melakukan ‘clean tackles’.

PEMAIN BERKELAS DUNIA SUDAH OFF-PEAK?

Kadangkala, corak permainan di Liga-M tidak boleh dipersalahkan 100%. Salah satu sebab mereka gagal di Liga-M mungkin kerana mereka sudah off-peak! Apa itu off-peak? Ia bermaksud pemain itu sudah melepasi kemuncak prestasi mereka dan sedang mengalami kejatuhan prestasi yang drastik. Pablo Aimar antara pemain yang sudah off-peak ketika menyertai Johor DT. Bukan salah pemain tetapi salah pengurusan & jurulatih ketika itu!

PEMAIN MALAYSIA TIADA ‘BASIC FOOTBALL’ ?

Ini mungkin kenyataan sebenar tentang Liga Malaysia. Sampai bila pemain kita mahu ‘buta’ tentang ‘basic football’? Sampai bila pemain kita terus tinggal di bawah ‘tempurung’? Sampai bila? Kalau kita perhatikan, pemain berkelas dunia tidak dapat langsung melakukan tugas mereka dengan baik disebabkan kelemahan ‘basic football’ pemain Malaysia. Tiada kesefahaman dan kurang kemahiran individu sebenarnya menyusahkan mereka umpama mereka keseorangan di atas padang! Sampai bila?

Sekian sahaja penulisan saya kali. Saya harap ada yang faham mengapa pemain berkelas dunia pun tidak mampu mengubah pasukan selemah ATM FA. Terima kasih !

Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

2021: Ulangtahun Ke-100 Piala Malaysia

Berbaki kurang dari 5 tahun lagi, 2021 (tahun masihi) bakal menjadi ulangtahun ke-100 buat pertandingan bolasepak paling berprestij yang sering mendapat tumpuan di Malaysia yakni Piala Malaysia. Menjelang genapnya seratus tahun, Malaya Cup sebagai nama lamanya mula dipertandingkan sejak Singapura yang dahulunya sebahagian daripada Tanah Melayu (Malaya) muncul johan edisi sulung dengan menundukkan pasukan yang kini (setakat ini) merupakan pemenang Piala Malaysia yang terbanyak iaitu Selangor.

1921: Tahun bermulanya sejarah Piala Malaysia
(kredit: British Library Blogs)

Sehingga tahun 2016, hanya ada 90 kali sahaja penentuan pasukan mana yang menjadi juara Piala Malaysia memandangkan peristiwa Perang Dunia Kedua telah merencatkan hampir semua jenis aktiviti bolasepak negara dari tahun 1942 hinggalah 1947. Jika tiada aral melintang, inshaaAllah tanahair yang bertuah ini akan menemukan juara Piala Malaysia yang ke-seratus pada tahun 2026.

Dengan sejarahnya yang agak panjang malah mengatasi usia kemerdekaan negara, apakah maknanya semua ini? Adakah sukan bolasepak umumnya dan Piala Malaysia khususnya memberikan kesan atau impak yang tertentu? Boleh jadi ia memberikan kenangan yang bermakna, jika tidak kepada semua tetapi tetap bermakna bagi beberapa pemain, jurulatih, pegawai, wartawan, pemberita, serta penyokong yang terlibat. Mungkin juga, ia tidak memberi sebarang makna pun kepada sekumpulan yang lain. Cuma, permainan bolasepak nampaknya terus-menerus diadakan melainkan berlakunya keadaan tidak aman seperti peperangan.

HMS Malaya Cup
(kredit: adelinelau.wordpress.com)

Menyebut tentang peperangan, hati yang tidak keras pasti akan merasa sedih dan berduka cita terhadap situasi mangsa-mangsa penganiayaan perang terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak. Kesian sungguh apabila melihat apa yang terjadi kepada penduduk-penduduk negeri dan negara bergolak seperti Mindanao, Pattani, Arakan (Rakhine), Xinjiang, Kashmir, Palestin, Kurdistan, Iraq, Afghanistan, Syria, Libya, Yaman, Somalia, Sudan, Nigeria, dan di merata tempat lagi. Ke mana perginya perasaan belas kasihan sehingga begitu ramai orang yang diperlakukan sebegitu rupa? Marilah berdoa dan berusaha agar kita semua dapat dijauhkan daripada sebarang bentuk kezaliman ke atas diri sendiri mahupun terhadap orang lain.

Samada ada di antara kita yang terleka atau tidak, manusia sejagat seluruhnya bertanggungjawab ke atas isu-isu penting apatah lagi soal yang melibatkan nyawa. Apabila nyawa diambil dengan tidak berhak, maka perlu ada pertanggungjawaban. Maka, sebab itulah amanah yang sangat besar terletak di atas bahu pemimpin. Pemimpin perlu mengingatkan kepada para pengikutnya supaya tidak lupa akan tanggungjawab masing-masing dan di samping itu pula para pengikut juga perlu mengingatkan kepada pemimpin yang terlupa. Tidakkah kita, rakyat Malaysia rasa bersalah bersuka-ria menonton perlawanan bolasepak tak kiralah di stadium ataupun di rumah tahun demi tahun tanpa memikirkan tentang mereka yang kurang bernasib baik?

Mampukah bolasepak memberikan sinar harapan buat pelarian Rohingya?
(kredit: www.rvisiontv.com)

Sudahlah membuang masa sahaja beratur panjang untuk membeli tiket ke stadium, malah lebih teruk lagi pulang hampa dengan tangan kosong. Kalau tengok di restoran pula, beli air sahaja pun dah mahal. Nak bawa bekal malu pula, tengok di rumah sajalah. Rasanya sudah tiba masa untuk menggunakan waktu aman yang dianugerahkan oleh Tuhan bukan lagi untuk menganjur, bermain, atau menonton bolasepak semata-mata tetapi turut memanfaatkannya lebih-lebih lagi untuk perkara-perkara yang lebih berguna. Jadi, apakah perkara-perkara yang lebih berguna daripada sekadar duduk tercegat menanti perlawanan ‘bola’?

Apa kata, dan ini sekadar cadangan, daripada menjerit-jerit, terpekik melolong menyokong pasukan yang disayangi setiap kali datangnya musim bolasepak Piala Malaysia, kita berubah pula. Sudah tentu, perubahan tersebut mestilah perubahan ke arah yang lebih baik dan berterusan lebih baik. Perubahan yang dimaksudkan tersebut adalah perubahan yang kecil-kecil sahaja dan bukannya perubahan drastik pun. Sebagai permulaan, tanya diri kita sendiri soalan ini: “Adakah bolasepak mempunyai manfaat untuk diriku dan juga orang lain?”. Jawapan kepada persoalan itulah nanti yang akan menentukan samada perubahan yang baik boleh berlaku atau sebaliknya.

DUNIA BOLA SEPAK