Leonardo Ulloa Tegaskan Tak Akan Main Lagi Untuk Leicester City

Leonardo Ulloa tegaskan tak akan main untuk Leicester City lagi.

Beliau menulis di laman Twitter beliau secara terbuka memberitahu kepada penyokong Leicester City yang masa depan beliau dengan juara bertahan Premier League itu sudah berakhir.

Dikhianati

Bagi Ulloa, beliau merasakan dirinya telah dikhianati oleh pengurus Claudio Ranieri.

Hal ini kerana beliau masih liga tidak dapat pergi dari kelab England tersebut, walaupun pengurus beliau sudah berjanji untuk membantu Ulloa untuk keluar dari kelab tersebut.

Menurut laporan, terdapat beberapa kelab berminat untuk mendapatkan beliau.

Kelab Sepanyol, Deportivo Alaves telah membida sebanyak £1.7 juta namun bidaan itu ditolak. 

Sunderland juga ada membida sebanyak £3 juta namun ditolak. Leicester City menegaskan mereka tak mahu menjual Ulloa kepada musuh mereka di Premier League.

Walaupun polisi Leicester City sebegitu, namun Sunderland tetap mahukan beliau dengan sanggup menaikkan kadar bidaan kepada £5 juta hingga £7 juta.

Selain itu, Galatasaray juga dikatakan berminat untuk mendapatkan beliau.

Kebaikan bersama

Ulloa di laman Twitter beliau secara terbuka mengatakan masa depan beliau bersama Leicester City sudah berakhir.

Beliau juga nyata kecewa kerana seolah-olah dirinya tidak dibenarkan untuk bermain bola sepak lagi.

“Saaya sendiri tak faham dengan situasi saya sekarang. Mereka seperti tak nak bagi saya main bola dekat tempat lain.”

Beliau merasakan karier beliau dan masa depan beliau akan terganggu jika terus kekal di Leicester City.

“Jika saya kekal di sini, ia akan berikan kesan yang cukup serius kepada karier dan masa depan saya dan saya tak nak kena macam itu.”

“Saya rasa keputusan terbaik untuk saya dan kelab adalah keluar dan benarkan saya bermain di tempat lain.”

Baca juga: Karren Brady Tawarkan Pakej Istimewa Untuk Pemulangan Jersi Payet

The post Leonardo Ulloa Tegaskan Tak Akan Main Lagi Untuk Leicester City appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Kesebelasan 30 Tahun Pilihan SemuanyaBOLA Untuk Liga Super Musim 2017

Ini adalah kesebelasan 30 tahun dan ke atas dalam Liga Super 2017 pilihan kami. Kami memilih formasi 4-2-3-1.

Penjagan gol – Farizal Harun – Felda United -30 Tahun

Antara penjaga gol terbaik dalam kejohanan domestik sejak beberapa musim kebelakang ini. Beliau membantu Felda United muncul naib juara Liga Super musim lalu.

Bek kanan – S. Kunanlan –  JDT 30 Tahun

Kunanlan masih menjadi tonggak penting skuad JDT. Kami jangkakan ia akan kekal begitu pada musim ini. Mempunyai gaya permainan yang bertenaga dan boleh mencipta peluang gol

S.Kunanlan & Zar Rahan – kredit gambar : asiana.my

Bek tengah – Razman Roslan – Selangor – 32 tahun

Mungkin nama ini merupakan bakat yang agak underated di dalam bola sepak kita sejak beliau berkarier. Memiliki gaya permainan bek tengah moden yang boleh mengawal bola dan hantaran yang baik untuk seorang bek tengah.

Razman Roslan

Razman juga bek tengah yang berdarah sejuk tetapi sangat komited di dalam padang.

Bek tengah – Shukor Adan – Felda –  37 Tahun

Kami memilih lagenda Shukor Adan sebagai kapten pasukan ini. Masuk tahun ini beliau akan berusia 38 tahun pada September nanti.

Pertahanan kalsik dengan gaya yang keras dan no mercy. Memiliki perwatakan kepimpinan yang kuat. Dan beliau masih boleh bersaing secara duel dengan mana-mana pemain import yang berbadan besar.

Bek kiri – Ronny Harun – Sarawak – 30 Tahun

Pemain yang boleh beraksi di kesemua posisi defensif. Beliau menunjukkan taringnya agak lewat (late bloomer). Musim lalu beliau cemerlang menjadi antara pertahanan terbaik di negara kita.

Foto: Zaini Ahmat / www.asiana-my.com

Tenang dan bersahaja gaya permainan beliau. Mempunyai kepakaran lontaran ke dalam yang boleh mencetuskan ancaman.

Tengah pertahanan -Shakir Shaari – JDT – 30 tahun

Ini adalah senarai kecemasan kami. Kami memerlukan seorang destroyer di dalam pasukan. Sukar untuk mencari pemain tempatan yang boleh bermain posisi ini dengan baik.

Jadi, kami senaraikan Shakir Shaari dan berharap beliau tidak lupa cara melakukan destroying kepada gerakan lawan.

Tengah – Badhri Radzi –  Kelantan – 34 tahun

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Kami memilih Badhri Radzi sebagai pemain tengah. Pasukan ini ada 2 pemain yang boleh bermain defensive winger. Jadi diharap ia dapat mengurangkan impak.

Badhri Radzi masih ada kualiti hantaran yang baik dan juga memiliki pegalaman di dalam perlawanan yang bertekanan tinggi.

Sayap kiri – Christie Jayaseelan – Pahang – 31 Tahun

Kepantasan dan kelincahan adalah kunci utama pemain ini. Beliau adalah tipikal penyerang sayap yang agak direct dan tidak tamak. Beliau juga kunci utama kepada serangan balas ketika transisi kepada serangan segera.

Sayap kanan – Azamuddin Akil – JDT – 31 tahun

Ketika beliau menyertai JDT, ramai menjangkakan beliau sudah di akhir karier. Namun ianya silap. Pemain ini mungkin bermain antara bola sepak terbaik beliau musim lalu.

Dalam 2 perlawanan awal JDT musim ini Azamuddin adalah pemain penting.

Beliau adalah defensive winger. Peranan yang menjadi pilihan oleh ramai jurulatih. Cuma kami perlu pastikan dia tidak hilang fokus untuk menjana output terbaik.

Pemain tengah menyerang/ no.10 – Amri Yahyah – Melaka United – 36 tahun

Beliau masih kompetitif untuk liga kita. Memiliki kemampuan untuk merancang gerakan dari zon 14. Satu peranan yang kami sentiasa mahukan di dalam pasukan.

Memiliki teknik sepakan yang sangat baik. Dan tidak lupa, kami harap dia raikan gol seperti di bawah ini jika menjaringkan gol.

foto: JST

Penyerang – Norshahrul Idlan Talaha – Felda United – 30 tahun

MALAYSIA, Johor Bahru: Norshahrul Idlan Talaha of Felda (centre) celebrate his goal during Super League match between JDT and Felda at Larkin Stadium on Jan 27th, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Kami memilih Norshahrul Idlan Talaha sebagai penggempur utama. Dalam 2 perlawanan  pertama Liga Super musim ini beliau berjaya menjadi penjaring gol yang yang klinikal.

Jika Norshahrul Idlan Talaha menolak untuk beraksi di posisi serangan utama barulah kami memanggil Safee Sali ataupun Indra Putra Mahyuddin.

Itulah kesebelasan 30 tahun pilihan kami. Apa pula pilihan anda? Boleh tak lawan dengan pasukan kami ini?

Baca juga: Hasil Ketagihan Terhadap Football Manager, Lelaki Ini Peroleh Kerjaya Dengan Kelab Bola Sepak

The post Kesebelasan 30 Tahun Pilihan SemuanyaBOLA Untuk Liga Super Musim 2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala EFL 2017

Pasukan bimbingan pengurus Jose Mourinho, Manchester United bakal bertemu dengan pasukan Southampton di bawah bimbingan pengurus Perancis Claude Puel pada perlawanan akhir Piala EFL 2017 atau Piala Liga Inggeris 2017. Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley pada 26 Februari 2017. Pasukan The Red Devils pada separuh akhir berjaya menewaskan pasukan Hull City dengan keputusan agregat 3-2 setelah menang 2-0 di Old Trafford sebelum tewas 1-2 di Stadium KCOM dengan keputusan 1-2. Pasukan The Saints pula terlebih dahulu berjaya mengejutkan pasukan pilihan iaitu Liverpool dengan keputusan agregat 2-0 hasil kemenangan tipis kedua-duanya 1-0 di Stadium Anfield dan Stadium St. Mary’s. Manchester United memburu kejuaraan buat kali kelima manakala Southampton memburu kejuaraan sulung Piala EFL setelah muncul naib juara pada tahun 1979.
Bual Sukan menjangkakan perlawanan akhir ini akan berlangsung sengit dan pastinya mendebarkan. Kedua-dua pengurus pasukan masing-masing pastinya akan menyenaraikan barisan kesebelasan terbaik masing-masing. Dengan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing, pasukan yang mampu memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya berpeluang untuk muncul sebagai juara. Selain itu, disiplin pertahanan yang baik amat penting dalam mempertahankan kubu dari dibolosi lawan. Pemenang perlawanan ini akan mendapat slot pasukan ke saingan Pusingan Kelayakan Ketiga UEFA Piala Europa 2017/18. Berikut adalah laluan ke perlawanan akhir kedua-dua pasukan :

MANCHESTER UNITED
Pusingan Ketiga
Northampton (3-1) – Gelanggang Lawan
(Michael Carrick, Ander Herrera, Marcus Rashford)

Pusingan Keempat
Manchester City (1-0) – Gelanggang Sendiri
(Juan Mata)

Pusingan Kelima
West Ham United (4-1) – Gelanggang Sendiri
(Zlatan Ibrahimovic (2), Anthony Martial (2))

Separuh Akhir Pertama
Hull City (2-0) – Gelanggang Sendiri
(Juan Mata, Marouane Fellaini)
Separuh Akhir Kedua
Hull City (1-2) – Gelanggang Lawan
(Paul Pogba)

Jumlah Jaringan : 11 Gol
Jumlah Bolos : 4 Gol

SOUTHAMPTON
Pusingan Ketiga
Crystal Palace (2-0) – Gelanggang Sendiri
(Charlie Austin, Jake Hesketh)

Pusingan Keempat
Sunderland (1-0) – Gelanggang Sendiri
(Sofiane Boufal)

Pusingan Kelima
Arsenal (2-0) – Gelanggang Lawan
(Jordy Clasie, Ryan Bertrand)
Separuh Akhir Pertama
Liverpool (1-0) – Gelanggang Lawan
(Nathan Redmond)

Separuh Akhir Kedua
Liverpool (1-0) – Gelanggang Sendiri
(Shane Long)

Jumlah Jaringan : 7 Gol
Jumlah Bolos : 0

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Penjaga Gol Ini Dilayangkan Kad Merah Yang Paling Pelik!

Kad merah adalah simbol kepada kesalahan berat. Ia pastinya bukan perkara yang digemari oleh mana-mana pemain mahupun jurulatih.

Biasanya kad merah dilayangkan untuk kesalahan berat seperti terjahan bahaya, terjahan menggunakan 2 kaki, pergaduhan dan lain-lain kesalahan yang membawa kemudaratan kepada mangsa foul.

Semalam kecoh di twitter apabila akaun twitter rasmi milik Shotts Bon Accord mengemaskini laporan semasa perlawanan. Ianya ditulis:

Shettleston goalkeeper Gary Whyte sent off after 72 minutes for having a pee behind the goals

(Penjaga gol Shettleston, Gary Whyte dibuang padang minit ke-72 kerana kencing di belakang pintu gol)

Ramai yang mulanya menganggap ianya troll. Ini kerana Shotts Bon Accord adalah pasukan yang menjadi lawan Shettleston Junior dalam perlawanan tersebut. Lagipun Gary Whyte adalah bekas pemain Shotts Bon Accord.

Ia disahkan benar oleh Shettleston Junior. Tweet tersebut telah ditweet semula lebih 6,000 kali semalam. Kejadian itu berlaku di Greenfield Park di Glasgow.

Gary Whyte yang sudah tidak tahan telah meminta pengadil menghentikan perlawanan seketika dan dia pergi ke belakang gol untuk kencing.

Kemudian dia berseia untuk memulakan perlawanan semula. Namun malangnya, ia tidak berlaku, Whyte telah dibuang padang dengan layangan kad merah.

Ia mendapat banyak reaksi. Ada juga yang merasakan kesalahan tersebut mungkin patut kad kuning sahaja. Ada juga yang berkata, ia adalah panggilan alam (nature calling) dan sukar untuk dilawan.

Sebelum ini, Luis Suarez pernah meminta kebenaran untuk keluar padang seketika ketika perlawanan Uruguay menentang Arab Suadi pada 2014.

Ianya mungkin kad merah paling pelik pernah dilayangkan di dalam bola sepak dunia. Mungkin kad kuning sudah memadai rasanya.

Adakah FIFA akan memberikan perhatian ke atas isu ini selepas ini?

Bca juga: Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat

The post Penjaga Gol Ini Dilayangkan Kad Merah Yang Paling Pelik! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat

Arsene Wenger digantung 4 perlawanan oleh England FA selepas insiden melibatkan beliau dengan pengadil keempat tempoh hari.

Semuanya berlaku ketika aksi diantara Arsenal dan Burnley minggu lepas.

Tolak pengadil

Arsene Wenger digantug 4 perlawanan selepas menolak pengadil keempat Anthony Taylor selepas berang ketika aksi perlawanan menentang Burnley.

Beliau nyata kecewa selepas Burnley diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan yang membolehkan Burnley menyamakan kedudukan.

Wenger yang kemudiannya bengang melepaskan kemarahannya kepada Taylor. Selepas itu Taylor pun mengarahkan beliau untuk keluar dari bangku simpanan.

Selepas itu, Wenger dihalang dari melihat aksi perlawanan di terowong selepas Taylor menghalang beliau.

Tindakan itu menyebabkan Wenger semakin marah, lantas beliau menolak Taylor sebanyak 2 kali tanda protes.

Kejadian yang dirakam oleh kamera itu menyebabkan insiden itu dibincangkan dengan hebatnya.

Namun begitu, selepas perlawanan Wenger memohon maaf dan mengakui yang beliau menyesal atas tindakannya itu.

“Saya menyesal. Patut saya diam saja.”

Didenda

Namun penyesalan beliau tiada gunanya apabila beliau tetap didenda oleh England FA diatas kelakuannya.

England FA telah mendenda Wenger dengan denda sebanyak £25 ribu serta beliau digantung dari menguruskan perlawanan sebanyak 4 perlawanan.

Ini merupakan satu malapetaka kepada Arsenal kerana Wenger tidak akan berada di bangku simpanan dalam 4 perlawanan yang cukup penting.

Ia bermula pada perlawanan FA Cup minggu ini menentang Southampton disusuli dengan perlawanan Premier League menentang Watford.

Ketiadaan Wenger pada perlawanan penting turut dirasai ketika perlawanan menentang Chelsea yang merupakan perlawanan ketiga Wenger digantung.

Dan perlawanan terakhir adalah ketika menentang Hull City, juga dalam aksi Premier League.

The post Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Gol Cantik Khairu Azrin Tak Cukup Untuk Beri 3 Mata Buat Melaka United

Selangor lawan Melaka United menyaksikan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri.

Separuh masa pertama

Perlawanan ini berlangsung dalam tempo yang agak perlahan apabila kedua-dua pasukan masing-masing seperti tidak berani untuk cuba memecah masuk ke dalam pertahanan lawan.

Namun begitu, Melaka United adalah pasukan yang lebih dominan kerana mereka lebih banyak menguasai perlawanan dari segi penguasaan bola dan percubaan.

Perlawanan ini terpaksa menanti sehingga minit ke-15 untuk memperoleh percubaan tepat yang pertama apabila sepakan percuma Khuzaimi Piee dari jarak 30 meter berjaya ditepis keluar oleh Norazlan Razali.

Selepas itu kedua-dua pasukan tampak seimbang dari segi penguasaan bola dan juga percubaan apabila corak permainan kedua-dua pasukan mula bermain secara permainan terbuka.

Selangor hampir menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 apabila percubaan S. Veenod yang ditepis oleh Badrul Zaman Halim gagal ditolak mudah oleh Forkey Doe yang percubaannya terkena pertahanan Melaka United yang mencuba menghalang.

Usaha Adam Nor Azlin untuk mencari gol hampir berhasil apabila percubaan beliau dari tepi padang hasil susulan sepakan penjuru hampir memasuki jaring Melaka United.

Gambar oleh: Nur Ridzuan/ asiana.my

Adam sekali lagi hampir menjaringkan gol dari situasi yang hampir sama cuma kali ini di dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir separuh masa pertama namun keputusannya tetap sama – percubaannya tersasar.

Melaka United hampir menjaringkan gol sebelum rehat apabila hantara lintang Amri Yahyah berjaya menemui Syed Sobri tetapi tandukannya sipi ke tepi gol.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan Melaka United berjaya mendapat peluang untuk menjaringkan gol selepas hantaran lintang mencari Amri Yahyah di dalam kotak penalti berjaya ditangkap oleh Norazlan.

Selangor juga memperoleh peluang apabila hantaran tinggi Syahmi Safari berjaya menemui Forkey Doe namun rembatan kaki kiri beliau terus kedakapan Badrul Zaman.

Selangor dilihat pasukan yang lebih agresif apabila mengutip 3 kad kuning menerusi Adam Nor Azlin, Ugo Ukah dan Saiful Ridzwan.

Melaka United berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Khairu Azrin pada minit ke-68 selepas rembatan Khairu Azrin dari luar kotak penalti hasil satu placing shot yang menewaskan Norazlan.

Gambar oleh: Nur Ridzuan/ asiana.my

Melaka United hampir menambah jaringan pada minit ke-76 apabila pertahanan import dari Korea Selatan Jeon Woo Young melakukan percubaan dari jarak dekat tetapi diselamatkan Norazlan.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 selepas Victor Astafei yang menggantikan Halim Zainal menjaringkan gol menerusi tandukan dari sepakan penjuru Raimi Mad Nor.

Forkey Doe hampir menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 tetapi percubaan beliau dari luar kota penalti tersasar.

Tamat perlawanan, Selangor 1-1 Melaka United.

Kesebelasan utama

Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), Razman Roslan (kapten), Ugo Ukah, Rizal Fahmi, Raimi Mad Nor, Saiful Ridzwan, Halim Zainal, Syahmi Safari, Adam Nor Azlin, Forkey Doe, S. Veenod

Melaka United: Badrul Zaman Halim (penjaga gol), G. Puaneswaran, Godwin Antwi, Khair Jones, Khuzaimi Piee, Khairu Azrin, Ezrie Shafizie, Syed Sobri, Amri Yahyah, Sergio Aguero, Ilija Spasojevic (kapten)

Baca juga: JDT Atasi FELDA United Di Larkin! Azammudin Akil Cemerlang Dengan 2 Bantuan Gol

The post Gol Cantik Khairu Azrin Tak Cukup Untuk Beri 3 Mata Buat Melaka United appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Ditangguhkan Lagi, Penganjuran ASEAN Super League Alami Masa Depan Tak Menentu

ASEAN Super League (ASL) sekali lagi mengalami masalah dari segi penganjuran selepas jawatan kuasa ASL membuat keputusan untuk menangguhkan sekali lagi liga terbabit.

Ia terhasil daripada mesyuarat khas ahli jawatan kuasa AFF yang dilangsungkan di Singapura baru-baru ini.

Tertangguh lagi

Memurut bekas presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Zainudin Nordin, beliau berkata pelan untuk melaksanakan ASL sekali lagi terpaksa ditangguhkan walaupun ia sebenarnya dalam ia dalam proses untuk dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut berkata ASL belum berjaya mendapatkan komitmen dari semua pihak. Jadi beliau memberikan bayangan liga tersebut tidak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Apa itu ASL?

ASEAN Super League akan dijadikan sebagai liga antara kelab-kelab ASEAN melibatkan 10 pasukan.

Ia melibatkan 5 buat negara ahli AFF dimana Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina akan menghantar 2 wakil dari liga masing-masing ke liga tersebut.

Pada pelan awal, wakil ASL dari Malaysia dijangka akan dipilih dari pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-3 dan ke-4.

ASEAN Super League dilangsungkan dalam format seperti Indian Super League (ISL) dimana selepas saingan liga, akan wujud peringkat play-offs.

Dalam masa yang sama, pasukan yang bermain di ASL akan beroperasi secara francais seperti pasukan-pasukan di Major League Soccer.

Tak diundang

Namun begitu, cadangan mewujudkan ASL ini tidaklah diterima oleh semua pihak.

Pemain Liverpool yang pernah bermain di Tampines Rovers iaitu Jermaine Pennant berkata ASL ini hanya akan merugikan bola sepak Singapura.

“Saya tak rasa ASL ini akan memberikan manfaat kepada Singapura jika pemain-pemain terbaik di liga ini terpaksa bermain di liga lain. Saya dapat bayangkan peminat tak dapat terima keputusan itu.”

Tengku Mahkota Johor (TMJ) juga memberikan pandangan yang sama iaitu tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Saya tak bersetuju dengan cadangan ASL ini. Hal ini kerana bola sepak Asia Tenggara masih lagi mentah, jadi lagi elok kita fokus sahaja untuk jadi sehebat bola sepak Eropah.”

“Sasaran kita yang tertinggi adalah AFC Champions League, jadi ASL ini bukan dalam radar saya.”

Baca juga: Lelaki Ini Beri 9 Dalil Kenapa TMJ Layak Jadi Presiden FAM

The post Ditangguhkan Lagi, Penganjuran ASEAN Super League Alami Masa Depan Tak Menentu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Premier 2017

Saingan Liga Premier 2017 telahpun bermula pada 20 Januari 2017. 12 pasukan bersaing merebut gelaran juara Liga Premier 2017. Selain itu, perebutan 2 slot pasukan teratas yang bakal bersaing di Liga Super 2018 serta 5 slot pasukan terbaik untuk slot Piala Malaysia 2017 bakal menjadi rebutan 12 pasukan ini. Setiap pasukan telah membuat persiapan rapi menghadapi saingan musim ini dengan menandatangani barisan pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import baru bagi memantapkan pasukan masing-masing menghadapi saingan panjang Liga Premier 2017 kali ini. Terdapat juga pasukan yang memberikan kepercayaan kepada barisan pemain-pemain muda berpotensi untuk ditonjolkan pada saingan kali ini. Selain itu juga, pelantikan barisan kejurulatihan baru diharap mampu memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing menghadapi saingan mencabar Liga Premier 2017 ini. 
Selain 2 slot pasukan ke saingan Liga Super 2018 serta 5 slot pasukan ke saingan Piala Malaysia 2017 akan datang, setiap pasukan pastinya akan berusaha mengelakkan mereka terjerumus ke 2 tempat terakhir liga yang bakal diturunkan ke saingan Liga FAM 2018 akan datang. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi pastinya akan dihadapi dengan sebaik mungkin oleh pasukan-pasukan ini, Setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya akan cuba dimanfaatkan oleh setiap pasukan bagi memastikan mereka terus mampu bersaing dalam edisi kali ini. Semoga peminat bolasepak tempatan disajikan dengan aksi dan perlawanan terbaik dengan penuh semangat kesukanan pada saingan edisi 2017 kali ini. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Liga Premier 2017 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

PERLAWANAN PERTAMA

20 Januari 2017 (Jumaat)
PDRM FA lwn MISC-MIFA (3-1)

PDRM FA : Dao Bakary (2), Shahurain Abu Samah
MISC-MIFA : Tagne Foguieng Dimitri Bodric

Terengganu lwn PKNP FC (Perlawanan Ditangguhkan)


Kuantan FA lwn UiTM FC (Perlawanan Ditangguhkan)

Negeri Sembilan lwn Sabah (3-0)
Negeri Sembilan : Bruno Suzuki Castanheira (3)

Kuala Lumpur lwn Johor Darul Ta’zim II (2-1)

Kuala Lumpur : Bobirjon Akbarov, Ibrahim Syaihul
Johor Darul Ta’zim II : Nicholas Alberto Fernandez

Perlis lwn ATM FA (1-1)
Perlis : Muhd. Zafuan Azeman
ATM FA : Mohd. Rafizol Roslan

PERLAWANAN KEDUA
26 Januari 2017 (Khamis))
MISC-MIFA lwn ATM FA (2-3)

MISC-MIFA : Michael Chukwubunna, Alan Aciar
ATM FA : Pavel Smolyarchenko, Bea Beom-Geum, Vanice Elphi

Johor Darul Ta’zim II lwn Perlis 


Sabah lwn Kuala Lumpur


UiTM FC lwn Negeri Sembilan (0-1)

Negeri Sembilan : Bruno Suzuki Castanheira

PKNP FC lwn Kuantan FA


PDRM FA lwn Terengganu

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Carta Jaringan Liga Super 2017

Musim baru Liga Super 2017 telah bermula pada 20 Januari 2017 yang lalu. 12 pasukan bakal bersaing merebut gelaran kejuaraan edisi kali ini. Pasukan Johor Darul Ta’zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan selaku juara bertahan 3 kali berturut-turut pastinya sekali lagi akan mempertahankan kejuaraan mereka. Namun begitu saingan daripada 11 pasukan lain pastinya sengit dan tiada laluan mudah kepada pasukan JDTFC.

Setiap perlawanan yang dihadapi sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan pastinya amat penting bagi mencapai kemenangan sekaligus mengutip 3 mata berharga. Setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya akan cuba dimanfaatkan oleh pasukan masing-masing. Antara tumpuan utama musim ini adalah perebutan anugerah kasut emas selaku penjaring terbanyak liga. Sejak beberapa musim lalu, pemain import jelas mendominasi carta penjaring gol Liga Super. Bual Sukan percaya, penyerang tempatan mampu bersaing dengan penyerang import bagi merebut gelaran penjaring terbanyak edisi kali ini.
Berikut adalah kedudukan Carta Jaringan Liga Super 2017 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

1 Gol

Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim FC)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Adam Nor Azlin (Selangor)

Francis Forkey Doe (Selangor)
Nor Shahrul Idlan Talaha (Felda United)
Ahmad Syamim Yahya (Pahang)
Thiago Aquino Junior (Perak)
Mohd. Nor Hakim (TTeam)
Mateo Roskam (Sarawak)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Harimau Malaysia dalam Kumpulan B

Pasukan bola sepak Malaysia atau Harimau Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Korea Utara, Hong Kong dan Lebanon dalam Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE. Pasukan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee pastinya akan berdepan laluan berliku untuk menempatkan diri selaku 2 pasukan teratas Kumpulan B yang bakal melangkah ke Pusingan Akhir AFC Piala Asia 2019 UAE akan datang. 

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih negara pastinya mempunyai perancangan menghadapi 3 pasukan ini yang berada di kedudukan terbaik ranking FIFA berbanding pasukan negara. Antara aspek yang penting adalah pemilihan pemain yang benar-benar komited beraksi untuk pasukan kebangsaan. Selain itu, perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik menghadapi pasukan lawan amat diperlukan. Setiap peluang dan ruang mencipta jaringan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh barisan pemain negara. Dengan disiplin pertahanan dan serangan yang baik tidak mustahil keputusan baik mampu dicapai. Tiada lagi istilah eksperimen pasukan negara. 

Selain itu juga, pemain yang terpilih adalah pemain yang benar-benar mempunyai kecergasan serta bebas kecederaan. Menghadapi pasukan Korea Utara, Hong Kong dan Lebanon yang rata-ratanya dibarisi oleh pemain-pemain yang lebih dari segi fizikal memerlukan pemain negara lebih lasak dan memberi komitmen sepenuhnya di atas padang. Dengan pemilihan pemain yang komited serta mempunyai tahap disiplin yang tinggi, tidak mustahil pasukan negara mampu melakar keputusan yang diharapkan mampu memberi sinar kepada bola sepak negara. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE bagi Kumpulan B :

PERLAWANAN PERTAMA
28 Mac 2017
Korea Utara lwn Malaysia
Lebanon lwn Hong Kong

PERLAWANAN KEDUA
13 Jun 2017
Malaysia lwn Lebanon
Hong Kong lwn Korea Utara

PERLAWANAN KETIGA
5 September 2017
Malaysia lwn Hong Kong
Korea Utara lwn Lebanon

PERLAWANAN KEEMPAT
10 Oktober 2017
Hong Kong lwn Malaysia
Lebanon lwn Korea Utara

PERLAWANAN KELIMA
14 November 2017
Malaysia lwn Korea Utara
Hong Kong lwn Lebanon

PERLAWANAN KEENAM
27 Mac 2018

Korea Utara lwn Hong Kong
Lebanon lwn Malaysia

Sukan Malaysia dan Antarabangsa