Bola Sepak : Undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE

Undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2017 UAE akan berlangsung hari ini jam 8.00 malam. Undian ini akan berlangsung di Abu Dhabi, UAE bersekali dengan pelancaran logo rasmi AFC Piala Asia 2019 UAE. 24 buah negara akan diundi dalam 6 kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan masing-masing akan melangkah ke pusingan akhir AFC Piala Asia 2019 UAE. 12 pasukan sebelum ini telah mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir akan datang.

24 pasukan ini terdiri daripada 4 pasukan yang muncul selaku naib juara kumpulan kelayakan pusingan kedua, 7 pasukan tempat ketiga kumpulan kelayakan pusingan kedua, 3 pasukan terbaik tempat keempat kumpulan kelayakan pusingan kedua, 5 pasukan pemenang saingan playoff pusingan pertama, 3 pasukan pemenangan saingan playoff pusingan kedua manakala 2 lagi pasukan ialah juara dan naib juara Kejohanan AFC Piala Solidariti 2016 iaitu Nepal dan Macau yang menggantikan pasukan Kuwait (penggantungan oleh FIFA) serta pasukan Guam (menarik diri). 

24 pasukan ini telah dibahagikan kepada berdasarkan kedudukan ranking semasa FIFA yang dikeluarkan pada 12 Januari 2017. Pasukan Malaysia atau Harimau Malaysia berada di balang 4 undian berikutan kedudukan pasukan negara di ranking ke 161 dunia. Berikut adalah kedudukan balang undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :

Balang 1

Jordan (107)
Oman (118)
Filipina (122)
Bahrain (123)
Republik Kyrgyz (124)
Korea Utara (125) 

Balang 2
India (129)
Palestin (131)
Tajikistan (132)
Vietnam (136)
Hong Kong (140)
Turkmenistan (143) 

Balang 3 
Maldives (145)
Lebanon (148)
Yemen (149)
Afghanistan (151)
Chinese Taipei (157)
Myanmar (159)

Balang 4 
Malaysia (161)
Singapura (165)
Cambodia (172)
Nepal (174)
Bhutan (176)
Macau (184)

Perlawanan peringkat kumpulan dijadualkan berlangsung dari 28 Mac 2017 hingga 27 Mac 2018 akan datang melibatkan 6 perlawanan bagi setiap pasukan iaitu 3 laman sendiri dan 3 di laman lawan. Bual Sukan akan mengemaskini kedudukan Kumpulan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE selepas undian kumpulan diadakan pada jam 8.00 malam ini. Berikut adalah kedudukan Kumpulan Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Bangkok United FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) atau nama gelaran mereka Harimau Selatan sekali lagi akan turun ke saingan pusingan kelayakan kedua AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 atau 2017 AFC Champions League menentang pasukan Bangkok United FC (BUFC) di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand pada 31 Januari 2017 akan datang. Ini adalah kali ketiga berturut-turut pasukan JDTFC yang kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih Mexico, Benjamin Mora bersaing pada pusingan kelayakan AFC Liga Juara-Juara Asia. Musim lalu mereka tewas melalui penentuan penalti dengan kelab Thailand Muangthong United FC setelah terikat 0-0 sepanjang perlawanan 120 minit berlangsung. Manakala pada musim 2015, pasukan JDTFC tewas kepada kelab Thailand, Bangkok Glass dengan keputusan 3-0. Pasukan BUFC atau nama gelaran mereka Bangkok Angels di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Brazil, Alexandre Polking merupakan naib juara Liga Premier Thailand 2016 manakala JDTFC adalah juara Liga Super Malaysia 2016.

Pemenang pusingan kelayakan kedua AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 antara JDTFC dan Bangkok United FC akan bertemu dengan kelab di tangga keempat Liga Divisyen 1 Jepun (Liga J1), Gamba Osaka pada saingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 yang dijadualkan pada 7 Februari 2017 di Stadium Bolasepak Bandar Suita, Jepun. Pasukan BUFC pastinya mempunyai kelebihan apatah lagi mereka beraksi di gelanggang sendiri. Namun begitu, wakil negara JDTFC pastinya akan memberikan tentangan sengit kepada pasukan BUFC sekaligus melangkah ke pusingan playoff bertemu Gamba Osaka.  

Bual Sukan percaya, perlawanan kedua-dua pasukan ini pastinya akan berlangsung sengit apatah lagi kedua-dua pasukan ini dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan serta bekas pemain kebangsaan negara masing-masing digandingkan bersama barisan pemain import berkualiti dan pemain-pemain muda berpotensi dalam satu pasukan. Kedua-dua Ketua Jurulatih pasukan pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal yang diharapkan mampu memerangkap pasukan lawan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain disiplin pertahanan yang tinggi dilihat mampu ke pusingan seterusnya. Semoga berjaya kepada pasukan JDTFC dalam misi melakar sejarah sebagai kelab Malaysia pertama ke saingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia.    

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Kelayakan Piala Asia: Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan Tentangan Kita!

Kelayakan Piala Asia 2019 pusingan ketiga baru sahaja dilakukan sebentar tadi 2019. Undian diadakan di Emiriah Arab Bersatu. Undian disiarkan secara langsung oleh saluran Youtube rasmi AFC.

Undian Penuh

Kumpulan A – Kyrgyzstan, India, Myanmar, Macau
Kumpulan B – Korea Utara, Hong Kong, Lubnan, Malaysia
Kumpulan C – Jordan, Vietnam, Afghanistan, Kemboja
Kumpulan D – Oman, Palestin, Maldives, Bhutan
Kumpulan E – Bahrain, Turkmenistan, Chinese Taipei, Singapura
Kumpulan F – Filipina, Tajikistan, Yaman, Nepal

Format Perlawanan

Perlawanan kelayakan piala asia diadakan dalam pusingan timbal balik. Setiap pasukan bakal mengharungi enam perlawanan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu.

Logo Kejohanan

Pengelola Piala Asia 2019 juga sempat memperlihatkan logo kejohanan untuk edisi kali ini. Warna pada bendera Emiriah Arab Bersatu dan seni geometrik Arab-Islam digunakan dalam logo ini.

Format Undian

Memandangkan Malaysia diletakkan di balang 4 bersama 5 pasukan lain, mereka diundi terlebih dahulu. Kemudiannya disusuli balang 3, 2 dan 1.

Perlawanan Bakal Dihadapi

Malaysia akan ke Korea Utara (atau negara lain) pada perlawanan pertama Kumpulan B pada 28 Mac ini. Ada kemungkinan perlawanan tersebut diadakan di negara lain.

Kemudiannya Malaysia akan menentang Lubnan pada 13 Jun di laman sendiri.

Seterusnya, pada 5 September, Harimau Malaysia akan menjadi hos kepada Hong Kong. Hong Kong pula akan melayani kunjungan Malaysia pada 10 Oktober.

Perlawanan kelima menyaksikan Korea Utara akan berkunjung ke Malaysia pada 14 November. Manakala perlawanan terakhir kumpulan B ini diadakan pada 27 Mac 2018 di antara Lubnan menentang Malaysia.

Kesimpulan

Memandangkan Malaysia menghadapi 3 perlawanan kelas A, wajarlah diadakan di mana-mana stadium pelusuk negara yang sesuai. Takkanlah seringkali diadakan di kawasan Lembah Klang sahaja!

Seterusnya, seluruh penyokong Harimau Malaysia pastinya tidak mahu skrip yang sama berulang dalam kelayakan kali ini. Datuk Ong Kim Swee harus menyediakan pasukan yang terbaik.

Liga Super sudah bermula, jadi ia mekanisme terbaik untuk melakukan pemilihan yang lebih baik.

Harapan kami cuma satu, meskipun jaraknya jauh lagi, Malaysia mesti layak ke UAE pada 2019!

Baca juga: TMJ Tercalon Sebagai Presiden FAM Yang Baharu, Ditentang 2 Calon Lain

The post Kelayakan Piala Asia: Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan Tentangan Kita! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Carta Jaringan Liga Premier 2017

Sepak mula Liga Premier 2017 telahpun bermula pada 20 Januari 2017 yang lalu dengan 12 pasukan bakal bersaing merebut kejuaraan Liga Premier 2017. Selain itu, 12 pasukan ini juga akan merebut 2 slot pasukan ke saingan Liga Super 2018 dan 5 slot pasukan ke saingan Piala Malaysia 2017 akan datang. Selain itu juga, setiap pasukan pastinya akan berusaha mengelak berada di kelompok dua pasukan terbawah liga sekaligus tersingkir ke saingan Liga FAM 2018.

Setiap pasukan pastinya telah membuat persiapan rapi menghadapi saingan panjang Liga Premier 2017 kali ini dengan menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti membawa cabaran pasukan masing-masing. Dengan musim Liga Malaysia yang panjang, Bual Sukan percaya setiap pasukan pastinya mengharapkan barisan pemain mereka mengekalkan kecergasan serta mengelakkan kecederaan yang berpanjangan. Komitmen tinggi pemain bagi setiap perlawanan yang dihadapi juga pastinya amat ditagih oleh pasukan masing-masing. 
Antara elemen yang pastinya diberi perhatian adalah kemampuan memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol selain disiplin tinggi mempertahankan gawang daripada dibolosi lawan. Ketua Jurulatih pastinya akan mencorakkan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing menghadapi pasukan lawan. Seperti edisi Liga Premier sebelum ini, carta penjaring dikuasai oleh penyerang-penyerang import. Namun bagi edisi Liga Premier 2017 kali ini, tidak mustahil barisan pemain tempatan mampu bersaing merebut gelaran penjaring terbanyak atau Anugerah Kasut Emas Liga Premier 2017 ini. Berikut adalah kedudukan Carta Jaringan Liga Premier 2017 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

3 Gol
Bruno Suzuki Castanheira (Negeri Sembilan)

2 Gol
Dao Bakary (PDRM FA)

1 Gol
Shahurain Abu Samah (PDRM FA)
Tagne Foguieng Dimitri Bodric (MISC-MIFA)
Bobirjon Akbarov (Kuala Lumpur)
Ibrahim Syaihul (Kuala Lumpur)
Nicholas Alberto Fernandez (Johor Darul Ta’zim II)
Muhd. Zafuan Azeman (Perlis)
Mohd. Rafizol Roslan (ATM FA)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Penyokong Manchester United Tunai Janji Lari Bogel Di Jalan Selepas United Elak Kalah

Seorang penyokong Manchester United mengotakan janjinya untuk berlari bogel di depan jalan rumahnya semalam selepas pasukannya berjaya mengelak kekalahan menentang Stoke City semalam.

Janji tersebut dibuat oleh /u/BoomFlexPlays, seorang penyokong Manchester United dalam forum Reddit ketika United masih ketinggalan 0-1. Beliau berjanji akan berlari bogel di depan jalan rumahnya jika United berjaya mengelak kekalahan menentang Stoke City.

Mungkin Tuhan mahu menguji sejauh mana beliau jujur dengan janjinya.

Ketika perlawanan tinggal 1 minit dan nampak berakhir dengan kekalahan 0-1 kepada United, Wayne Rooney menjaringkan gol cantik dari sepakan percuma sebelah kiri.

Gol ini bukan sahaja bersejarah dalam hidup /u/BoomFlexPlays yang mungkin kali pertama berlari bogel di jalan depan rumahnya. Malah bersejarah kepada Wayne Rooney dan Manchester United.

Ini kerana dengan gol ini, Wayne Rooney mengesahkan statusnya sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah Manchester United. Rooney mengatasi rekod Bobby Charlton (249 gol) dengan 250 gol setakat semalam.

Perlu diingat. Bobby Charlton berumur 35 tahun ketika mencipta rekod 249 gol tersebut. Wayne Rooney pula baru berumur 31 tahun. Beliau mempunyai sekurang-kurangnya 4 tahun lagi untuk memperbaiki rekodnya sendiri.

Muat naik video berlari bogel sebagai bukti

Berbalik kepada cerita penyokong United tadi, /u/BoomFlexPlays turut memuat naik video beliau berlari bogel di depan jalan rumahnya sebagai bukti.

“Janji tetap janji. Saya tak pakai apa-apa di bawah. Biar saya tanggalkan baju saya,” kata /u/BoomFlexPlays sebelum berlari keluar dari rumahnya tanpa sebarang pakaian.

Kejujuran /u/BoomFlexPlays menunaikan janjinya mendapat sokongan pengguna Reddit lain. Ini terbukti apabila komen beliau diberi ‘gold’ sebanyak 5 kali (berjumlah £25 atau RM138).

/u/BoomFlexPlays kemudiannya bertindak mendermakan £25 yang diterimanya di Reddit ke badan kebajikan Manchester United Foundation.

Manchester United Foundation merupakan badan kebajikan rasmi Manchester United yang ditubuhkan untuk pembangunan komuniti setempat. Terutamanya kepada kanak-kanak.

Tumpuan utama Manchester United Foundation adalah program-program pendidikan, kesedaran isu sosial dan kerjasama dengan badan-badan kebajikan di UK yang lain.

Baca juga: Wayne Rooney Cipta Rekod, Jadi Penjaring Terbanyak Manchester United Dalam Sejarah

The post Penyokong Manchester United Tunai Janji Lari Bogel Di Jalan Selepas United Elak Kalah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Kedah Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017

Pasukan Kedah berjaya merangkul gelaran Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 apabila berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim FC dalam penentuan penalti dengan keputusan 5-4 setelah kedudukan sepenuh masa terikat dengan keputusan seri 1-1. Pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, Benjamin Mora membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti Ketua Pasukan mereka, Safiq Rahim sebelum di samakan oleh Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar hasil percubaan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol JDTFC, Farizal Marlias. JDTFC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabina bek kanan mereka, S.Kunanlan dilayangkan kad merah setelah menerima 2 kad kuning daripada pengadil perlawanan.

Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan sepakan penalti keempat pasukan JDTFC oleh pemain import mereka Brian Ferreira dimanfaatkan apabila pemain import Kedah iaitu Liridon Krisniqi berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelima sekaligus berjaya membawa pasukan Helang Merah muncul juara edisi 2017. Sepakan penalti pasukan Kedah disempurnakan oleh Farhan Roslan, Akram Mahinan, Ken Ilso, Baddrol Bakthiar dan Liridon Krisniqi manakala penalti pasukan JDTFC disempurnakan oleh Jeronimo Barrales, Marcos Antonio, Gonzalo Cabrera dan Safiq Rahim. Kedua-dua pasukan ini juga berkongsi 1 mata dalam Liga Super 2017 hasil keputusan seri ini. Bual Sukan ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Kedah merangkul kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 ini. Pasukan JDTFC pastinya akan berusaha bangkit lebih garang dalam perlawanan-perlawanan akan datang.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Previu Liga Super 2017: 5 Lagi Perlawanan Pembukaan

5 lagi perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia 2017 akan berlangsung malam ini. Berikut adalah previu ringkas setiap perlawanan.

1. Perak vs Pahang

Perak akan menantikan kunjungan Pahang di Ipoh. Berdasarkan persediaan pra-musim, Pahang kelihatan lebih bersedia dalam perlawanan ini. Ini adalah perlawanan Liga Super pertama Dollah Salleh sejak meninggalkan Pahang pada 2013.

Sejak beberapa musim perlawanan Perak vs Pahang tidak sehebat dahulu kerana perbezaan kualiti pasukan. Namun kali ini kami merasakan ia akan mempertemukan Perak dan Pahang yang sebenar.

2. Kelantan vs. Melaka

Melaka menjadi pendatang baru Liga Super musim ini. Tugasan pertama mereka adalah menentang Kelantan.

Kedua-dua pasukan memiliki cerita yang berbeza sepanjang pra-musim. Kelantan dilaporkan berjaya mendaftarkan kesemua pemain import mereka di saat-saat akhir.

Ini juga perlawanan kompetitif pertama Eric Williams dalam kancah Liga Malaysia. Manakala untuk Zahasmi Ismail, beliau kembali mengemudi Kelantan selepas disingkirkan musim lalu.

sumber foto: FB Melaka United

3. Selangor vs. Pulau Pinang

Ashley Westwood dan P. Maniam akan memulakan tugasan pertama mereka untuk Liga Super musim ini.

Tumpuan terarah bagaimana agaknya permainan pasukan Selangor yang berhadapan dengan pelbagai masalah di pra musim.

Perlawanan ini juga menyaksikan pemenang Puskas 2016, Faiz Subri akan beraksi dengan status pemenang anugerah FIFA buat pertama kali sekiranya bermain.

Selangor hilang ramai tonggak mereka musim lalu. Andik Vermansyah masih lagi berehat panjang.

Menarik untuk menyaksikan taktikal kedua-dua pasukan. P. Maniam dikatakan cuba bermain 3-4-3 dalam perlawanan Selangor sebelum ini ketika pra musim.

Ashley Westwood pula dikenali dengan in-game management yang sangat baik.

4. Felda United vs. PKNS FC

Felda turun dengan status naib juara musim lalu. Banyak rombakan skuad mereka musim ini. Inilah perlawanan pertama Safee Sali untuk PKNS FC.

Setelah pelbagai spekulasi melanda PKNS FC, akhirnya mereka kekal menjadi PKNS FC. Misi mereka adalah untuk menjadi pasukan no.1 di Selangor musim ini dan berada di 5 teratas.

Felda United memiliki skuad yang agak baik. Namun, mereka harus mencabar diri mereka untuk mencapai prestasi musim lalu. Azmi Mohamed adalah protege kepada Irfan Bakti. Beliau menggalas tugas berat musim ini.

5. Sarawak vs. T-Team

Perlawanan yang seimbang dari segi kualiti pemain dan pasukan. Rahmad Darmawan pastinya mencari formula baru setelah kehilangan beberapa tonggak penting musim ini.

Sarawak pula sudah menekan butang reset dek kegagalan projek mega mereka musim lalu. David Usop bergantung kepada ramai muka baru teramsuk mempromosi pemain muda ke dalam pasukan utama.

Perlawanan pertama yang penting untuk kedua-dua pasukan dalam mencari bayangan skuad utama musim ini.

Baca juga:
Kedah Juara Piala Sumbangsih 2017, Menang Penentuan Penalti Ke Atas JDT

The post Previu Liga Super 2017: 5 Lagi Perlawanan Pembukaan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Liga Malaysia 2017 Kini Kembali

Musim baru Liga Malaysia 2017 kini bakal kembali mewarnai kancah bola sepak negara. Perlawanan pembuka tirai Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 bakal menemukan juara Liga Super 2016, Johor Darul Ta’zim FC dengan juara Piala Malaysia 2016, Kedah di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru. 12 pasukan masing-masing akan bersaing dalam Liga Super 2017 dan Liga Premier 2017 bagi menentukan juara liga 2017. Setiap pasukan telahpun membuat persiapan rapi sepanjang Liga Malaysia berehat dengan menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import baru bagi memantapkan pasukan masing-masing. Selain itu juga, terdapat pasukan yang telah merombak pasukan dengan melantik barisan kejurulatihan baru bagi memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing.

Bual Sukan menjangkakan edisi Liga Malaysia 2017 akan datang pastinya akan diwarnai dengan pelbagai elemen-elemen menarik sekaligus kembali memartabatkan sukan bola sepak Malaysia. Selamat berjuang dengan penuh semangat kesukanan kepada setiap pasukan. Semoga penyokong-penyokong disajikan dengan aksi yang menarik pasukan kesayangan mereka. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Cadangan Van Basten, Hapuskan Peraturan Offside Dan Banyak Lagi Perubahan

Pengarah Teknikal FIFA Marco Van Basten akan memberi gambaran bahawa kepimpinan baru FIFA sangat pro aktif untuk menjadikan bola sepak sebagai sukan yang lebih baik dengan beberapa cadangan.

Sebelum ini mereka mencadangkan agar penalty shoot out ditukar kepada format penalti 8 seconds run. Ini adalah antara cadangan Van Basten.

1. Hadkan jumlah perlawanan pemain

Kemudian, FIFA cuba merombak beberapa peraturan baru termasuk potensi untuk menghadkan seorang pemain hanya bermain 60 perlawanan atau kurang dalam setahun.

Ia untuk memberikan lebih peluang kepada pemain lain terutama sekali pemain muda. Van Basten berkata idea menghadkan jumlah perlawanan ini kerana rungutan beberapa pemain yang beliau temui.

Mereka mengeluh kerana terlalu banyak perlawanan dan tidak cergas.

Ia bercanggah dengan kenyataan Gary Lineker sebelum ini yang berkata, pemain bola sepak terutamanya pemain muda yang ghairah bermain bola sepak kalau boleh mahu bermain di dalam padang untuk sehari.

Van Basten berkata:

“Saya telah bercakap dengan banyak jurulatih dan pemain. Kita perlu mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti.”

“Mereka berkata kepada saya, mereka bermain terlalu banyak bola sepak sekarang. Kami perlu untuk mendengar rintihan pemain yang terpaksa bermain begitu banyak perlawanan dan tidak cergas.”

“Itu tidak baik untuk kualiti permainan. Walaupun pada Jun biasanya ada kejohanan besar, anda tidak boleh menggunakan mereka melampau.”

“Ramai pemain bntang hari ini bermain sehingga  75 perlawanan setahun. Saya rasa ianya agak keterlaluan dan mungkin mereka harus berhenti bermain pada perlawanan ke-55 atau ke-60.”

Sebelum ini FIFA bercadang meningkatkan jumlah pasukan Piala Dunia kepada 48 pasukan pada 2026. Van Basten berkata, ia bukan halangan untuk melaksanankan prosedur ini.

Baca juga:Piala Dunia Dengan 48 Pasukan Akan Dilaksanakan Pada 2026!

“Salah satu caranya adalah dengan mengurangkan perlawanan persahabatan terutama sekali perlawanan jelajah (termasuk cuti pertengahan musim dan pra-musim) yang mewah dan bermotifkan keuntungan.

“Perlawanan seperti itu (jelajah) hanya bermotifkan wang. Sudah tiba masanya kita memikirkan bola sepak mengatasi soal wang.”

“Bagi beberapa kelab, ia bukannya mudah untuk menerima cadangan ini. Tetapi wang itu sebenarnya cukup jika pemain seperti Cristiano Ronaldo atau Messi tidak dibayar gaji terlalu tinggi.”

“Ia pasti lebih baik jika kualiti pemain lebih tinggi dan bayaran mereka lebih rendah.”

2. Mansuhkan offside

“Pemansuhan peraturan ofsaid akan menjadikan bola sepak lebih menarik secara visual.” Tambah Van Basten lagi.

“Saya rasa ia akan lebih menarik untuk menonton bola sepak tanpa ofsaid.”

“Bola sepak kini sudah seperti bola baling dengan sembilan atau sepuluh pertahanan bertahan di hadapan gol. Adalah sukar untuk menjaringkan gol. Ini kerana amat sukar untuk mencipta sesuatu dalam ruang yang kecil.”

“Jadi, jika bermain tanpa ofsaid, peluang pasukan yang menyerang mendapatkan gol adalah lebih tinggi.”

3. Cadangan kad Oren / sin bin

Cadangan Van Basten juga agar kad oren digunakan untuk menggantikan kad kuning kedua yang kadangkala dilayangkan atas kesalahan yang bukan mencederakan.

Pemain yang menerima kad kuning kedua akan diarahkan keluar padang. Namun dalam peraturan kad oren, pemain akan dihantar ke sin bin selama 10 minit untuk kesalahan yang tidak berat.

Itulah 3 daripada 8 cadangan Van Basten untuk memperbaiki prestij sukan bola sepak. 5 lagi cadangan lain adalah:

  • Mansuhkan masa tambahan 30 minit. Terus ke penentuan penalti
  • Pengadil menggunakan sistem hentikan masa dalam 10 minit terakhir perlawanan
  • Hanya kapten bersuara
  • Kenakan kuota foul untuk setiap pemain
  • Pemain di kanak-kanak dan liga veteran dicadangkan hanya bermain 8 sebelah bukannya 11 sebelah

Pandangan kami, agak kelakar apabila Van Basten bercerita soal duit bukan keutamaan. Sedangkan baru-baru ini FIFA umumkan Piala Dunia dengan format 48 pasukan.

Mereka menjual hak penyiaran dan menjangkakan keuntungan kutipan keseluruhan (termasuk matchday revenue) meningkat $ 1 billion hanya untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja.

Beliau membidas isu terlalu banyak perlawanan sedangkan FIFA mahukan lebih banyak perlawanan dalam kalendar antarabangsa terutama sekali Piala Dunia.

Apa pandangan anda? Adakah anda bersetuju dengan cadangan Van Basten.

Baca juga: FIFA Cadang Laksana Sepakan Penalti Ala Major League Soccer Era 1990-an

The post Cadangan Van Basten, Hapuskan Peraturan Offside Dan Banyak Lagi Perubahan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Loius Van Gaal Bersara Dari Bola Sepak, Mahu Fokus Pada Keluarga

Loius Van Gaal bersara daripada bola sepak dalam kadar serta-merta.

Bekas pengurus Barcelona, Ajax Armsterdam, AZ Alkmaar, Bayern Munich, Manchester United serta pasukan kebangsaan Belanda ini mengambil keputusan untuk bersara dari pengurusan bola sepak atas alasan peribadi.

Dapat tawaran dari Asia

Van Gaal sebenarnya ada mendapat tawaran yang cukup lumayan dari kelab yang berpengkalan di Asia. Namun beliau memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Tawaran yang cukup lumayan itu memang cukup lumayan dari segi jumlah bayarannya. Hal ini kerana, Van Gaal boleh memperoleh £44 juta dalam masa 3 musim!

Utamakan keluarga

Jika terdahulu ketika beliau baru tiba di Manchester United, Van Gaal pernah memberitahu media yang beliau akan bersara dari menjadi pengurus selepas kontraknya bersama kelab England itu berakhir.

Beliau berbuat demikian kerana telah berjanji dengan isterinya untuk bersara selepas tamat kontrak bersama dengan Manchester United.

Masa Van Gaal di Manchester United mungkin sukar kerana beliau gagal menghidupkan standard bola sepak yang diharapkan oleh para peminat serta pengurusan tertinggi kelab tersebut.

Tetapi masalah peribadi yang dihadapi beliau bersama keluarganya lebih sukar berbanding hari-hari sukarnya di Manchester.

Rahsia disebalik keputusan yang di ambil pengurus berbangsa Belanda itu untuk bersara adalah kerana dugaan yang menimpa anak perempuannya yang kehilangan suaminya pada bulan lalu.

Insiden itu dikatakan sebab utama mengapa beliau mahu bersara dari menjadi pengurus bola sepak.

“Saya boleh pergi ke sana (menjadi pengurus di kelab Asia), tetapi saya masih di sini. Terlalu banyak yang berlaku dalam keluarga saya ketika ini.”

Louis Van Gaal bersara dengan Manchester United menjadi destinasi terakhir beliau sebagai pengurus.

Walaupun berjaya memenangi FA Cup untuk Red Devils, beliau tetap dipecat oleh pengurusan Manchester United 2 hari selepas memenangi piala nasional England itu.

Sebelum itu, beliau juga pernah memenangi gelaran antaranya:

  • Eredivisie (1993/1994, 1994/1995, 1995/1996)
  • KNVB Cup (1992/1993)
  • UEFA Champions League (1994/1995)
  • Intercontinental Cup (1995)
  • La Liga (1997/1998, 1998/1999)
  • Copa Del Rey (1997/1998)
  • Bundesliga (2009/2010)
  • DFB-Pokal (2009/2010)
  • FA Cup (2015/2016)
  • Tempat ketiga Piala Dunia (2014)

Selamat bersara, Louis Van Gaal!

Baca juga: Logo Baru Juventus Dilancarkan Dengan Rekaan Yang Lebih Minimal

The post Loius Van Gaal Bersara Dari Bola Sepak, Mahu Fokus Pada Keluarga appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA