Kejohanan Capinha: Pintu Gerbang Buat Bakat Muda Di Brazil Ke Pentas Dunia

Kita semua tahu, Brazil merupakan pengeluar tetap bakat-bakat bola sepak yang terbaik di dunia.

Sebut saja namanya, Pele, Ronaldo, Ronaldhino dan Neymar semuanya berasal dari Brazil.

Tapi apa yang buatkan Brazil tidak pernah kekurangan bakat-bakat berkelas dunia?

Kejohanan pemain muda

Di Brazil, terdapat sebuah kejohanan bola sepak bawah-20 yang mengumpul hampir kesemua pasukan remaja di Brazil

Copa Sao Paulo de Futebol Junior atau Copinha merupakan kejohanan yang dipertandingkan sejak 1969, kejohanan ini sentiasa dikenali sebagai medan untuk para pemain muda Brazil untuk menampilkan kehebatan mereka.

Kejohanan ini bagaimana pun pada asalnya dipertandingkan untuk pasukan B-21 tahun, namun selepas 2006 ia dipertandingkan untuk pasukan B-20 tahun pula sehingga sekarang.

Berapa pasukan yang bertanding?

Jumlah pasukan yang bertanding adalah terlalu banyak. Ya, terlalu banyak iaitu sebanyak 120 pasukan untuk edisi 2017.

Kesemua pasukan tersebut merupakan pasukan-pasukan B-20 tahun dari seluruh Brazil, namun kebanyakannya pasukan yang bertanding adalah pasukan yang berpengkalan di Sao Paulo sendiri.

120 pasukan ini akan dibahagikan kepada 30 kumpulan yang mengandungi 4 pasukan. Dan mereka akan menentang lawan mereka di dalam kumpulan masing-masing sekali.

2 pasukan terbaik setiap pasukan akan mara ke pusingan kalah mati.

60 pasukan yang mara ke pusingan kalah mati akan beraksi sehingga jumlah pasukan yang tinggal adalah 15 pasukan.

15 pasukan yang masih dalam kejohanan ini akan disertai dengan 1 pasukan yang terbaik dari pusingan sebelumnya untuk melengkapkan 16 pasukan terakhir dalam kejohanan Copinha ini.

16 pasukan ini akan menyertai pusingan 16 pasukan terakhir dan bertarung untuk mara ke pusingan akhir.

Format kejohanan yang sedikit rumit ini memerlukan sebulan untuk diselesaikan. Copinha berlangsung dari 2 Januari hingga 25 Januari 2017.

Siapa yang pernah menyinar di kejohanan ini?

Seperti yang kami katakan di awal artikel ini, kejohanan ini merupakan medan bagi pemain-pemain muda untuk menyerlahkan bakat mereka.

Salah seorangnya adalah Fred. Selain Juninho Pernambucano, Fred merupakan prospek dari Brazil yang berjaya mencipta nama di Olympique Lyonnais di Perancis.

Beliau diingati kerana menjaringkan gol cantik ini untuk America Mineiro pada 2003, namun sayang gol cantik beliau tidak dapat menghalang pasukan beliau dari dibelasah teruk oleh pasukan lawan sebanyak 5-1.

Setahun selepas itu, namanya mula dikenali ramai dan berjaya memperoleh perpindahan ke Olympique Lyonnais pada tahun 2005.

Casemiro dan Lucas Moura antara nama yang turut menyinar dalam kejohanan ini pada edisi 2010 bersama dengan Sao Paulo.

Duo ini menjadi tunjang kepada kejuaraan Sao Paulo pada 2010. Casemiro menunjukkan skil beliau yang cukup memukau di tengah padang, sementara Moura pula diangkat sebagai pemain paling berpontesi tinggi pada kejohanan tersebut.

Semuanya kerana persembahan cemerlang beliau yang beraksi mirip lagenda Corinthians – Marcelinho.

Casemiro dibeli Real Madrid pada 2013, sementara Moura yang sudah pun bermain untuk pasukan senior Sao Paulo pada tahun 2010 berpindah ke Paris Saint-Germain pada 2012.

Copinha juga merupakan pentas untuk Neymar menunjukkan skilnya, beliau merupakan watak utama bagi Santos ketika kejohanan edisi 2008. Pada tahun tersebut, beliau cuma baru berusia 15 tahun!

Dan beliau sekali lagi menyertai skuad remaja Santos ke kejohanan ini pada edisi 2009, menjaringkan 3 termasuk gol cantik ini.

Satu nama yang tidak boleh dilupakan adalah Gerson, beliau merupakan sebahagian daripada skuad Fluminese pada kejohanan edisi 2014. Kini, beliau merupakan pemain muda yang sedang digilap oleh AS Roma.

Siapakah prospek untuk tahun ini?

Terdapat beberapa prospek muda yang boleh diberikan perhatian pada kejohanan tahun ini.

Salah satunya adalah Fellipe, yang merupakan penjaga gol bagi Corinthians. Beliau dalam misi untuk menebus kesalahan yang beliau lakukan pada kejohanan tahun lepas selepas melakukan kesilapan yang menyebabkan pasukannya tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Selain itu juga terdapat pemain bernama Kaue yang bermain untuk Palmeiras. Menariknya, Palmeiras sudah meletakkan harga £25 juta untuk mana-mana kelab yang mahukan khidmat beliau.

Kami sedikit terkejut dengan harga yang dikenakan, tetapi barang kali video ini boleh menjelaskan segalanya.

Kesimpulan

Kejohanan Capinha ini boleh dikatakan setaraf dengan Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun yang menampilkan pasukan bola sepak sekolah dari seluruh Jepun. 

Jika di Malaysia pula, Supermokh Cup merupakan kejohanan yang hampir serupa dengan Capinha. Walaupun Supermokh Cup tidak disertai oleh 100% pasukan remaja di Malaysia, namun ia masih lagi medan terbaik untuk pemain muda di negara kita menyerlah dan terdedah dengan perlawanan-perlawanan kompetitif.

Kami berimpian agar Supermokh Cup akan ditandingi oleh semua akademi-akedemi bola sepak di negara kita tanpa penglibatan kelab luar seperti apa yang Brazil dan Jepun lakukan. Tapi bila ia akan jadi realiti? Jawapanya ada pada persatuan bola sepak di negara kita.

Baca juga: Penilaian Kami Daripada Perlawanan Piala Supermokh 2016, Malaysia Cougars B-13 VS Sepahan

The post Kejohanan Capinha: Pintu Gerbang Buat Bakat Muda Di Brazil Ke Pentas Dunia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

6 Jenis Latihan Untuk Tingkatkan Kekuatan ‘Weaker Foot’ Anda

Dalam bola sepak, weaker foot adalah sama penting dengan kaki dominan anda ketika bermain.

Hal ini penting untuk memastikan seseorang pemain itu boleh melakukan hantaran atau rembatan dari mana saja dan tidak perlu terlalu bergantung kepada kaki dominan sahaja.

Pemain seperti Santi Carzola dan Ryan Giggs antara contoh 2 pemain yang mempunyai kebolehan menggunakan kedua-dua kaki mereka dengan baik.

Oleh itu, tips kali ini adalah mengenai cara untuk memperbaiki weaker foot anda!

Latihan awal

Sebagai permulaan kepada latihan, adalah perlu untuk anda memanaskan badan dan terlebih dahulu dan disusuli dengan joging selama 2 minit.

Selepas itu, lakukan regangan yang bersesuaian yang memfokuskan bahagian betis, buku lali, lutut dan juga pinggul.

Tips ini bertujuan untuk memastikan anda tidak mendapat kecederaan sewaktu latihan dan juga memaksimakan hasil latihan.

Menimbang bola

Selepas memanaskan badan, lakukan latihan ringan dengan menimbang bola menggunakan weaker foot anda.

Caranya adalah dengan membaling bola pada paras pergelangan tangan anda, biarkan ia melantun sekali ke tanah dan kemudiannya anda cuba menimbang bola tersebut menggunakan weaker foot anda.

Lakukan latihan ini selama 5 minit dan tingkatkan masa latihan sebaik saja anda semakin mahir dengan latihan ini.

Begitu juga dengan lantunan yang kami katakan tadi, jika anda sudah semakin mahir anda boleh mulakan latihan tanpa perlu melantunkan bola itu ke tanah.

Dan janga lupa, lakukan di ruangan yang kosong supaya ia tidak menggangu orang lain serta anda boleh fokus 100% kepada latihan ini.

Meningkatkan kawalan

Untuk memastikan bola mudah ‘lekat’ pada weaker foot anda, tips ketiga ini adalah untuk anda.

Latihan ini adalah latihan dimana anda menyentuh bola dengan bahagian luar kaki dan kemudiannya menukar pula kepada bahagian dalam kaki. Ulang disiplin ini beberapa kali untuk meningkatkan tahap kawalan bola pada weaker foot anda.

Latihan ini ibarat anda melakukan gerakan skil flip flap. Namun dalam tempo yang perlahan.

Latihan menghentikan bola

Tips untuk meningkatkan sentuhan pertama anda pada weaker foot, anda boleh lakukan latihan dengan melambungkan bola dan kemudiannya cuba memberhentikan bola di bahagian jari kaki.

Pada permulaan latihan, anda akan mengalami sedikit masalah untuk berjaya dalam latihan ini kerana bola mungkin akan pergi ke tempat lain ketika anda sedang melakukan latihan ini.

Namun lakukan sehingga anda biasa dan mahir dengan teknik ini. Sesudah mahir, cabar diri anda dengan membaling bola ke dinding supaya menghasilkan lebih banyak cabaran kepada latihan ini.

Menghantar bola

Untuk latihan hantaran, gunakan dinding sebagai ‘rakan’ latihan anda. Hantar bola kepada dinding dengan menggunakan kaki dalam atau luar anda – terpulang kepada kemahuan anda.

Apabila semakin mahir, tambah sedikit cabaran kepada latihan hantaran anda  dengan beberapa cabaran seperti:

  • Melajukan latihan dengan meningkatkan tempo hantaran
  • Menghantar bola dengan tidak lebih dari 2 kali sentuhan
  • Hantar bola ke sasaran tertentu untuk tingkatkan ketepatan hantaran

Latihan rembatan

Latihan rembatan merupakan latihan yang paling sukar dalam disiplin untuk meningkatkan weaker foot anda.

Oleh itu, adalah penting untuk anda menguasai 5 latihan awal yang kami beritahu kepada anda sebentar tadi.

Untuk latihan rembatan, cari ruang kosong yang tidak ada objek mudah pecah berdekatan dengan kawasan tersebut untuk melakukan rembatan.

Sediakan sasaran dengan menggunakan kon, botol air ataupun tiang gol untuk anda rembat bola ke sasaran tersebut.

Lakukan rembatan dengan merembat ke sasaran yang telah anda sendiri tetapkan. Gunakan bahagian kaki di kawasan tali kasut untuk dapatkan kuasa rembatan yang semaksima mungkin.

Dalam latihan ini, tetapkan fokus anda untuk dapatkan rembatan sekencang boleh serta ketepatan rembatan yang paling baik.

Secara kesimpulannya, untuk memperbaiki weaker foot anda ia memerlukan latihan yang beterusan.

Lakukannya secara kerap dan anda akan mampu untuk menyepak bola dengan kedua-dua kaki dengan baik, semoga berjaya!

Baca juga: Tips Untuk Jadikan Rembatan Anda Lebih Padu & Kencang

The post 6 Jenis Latihan Untuk Tingkatkan Kekuatan ‘Weaker Foot’ Anda appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017

Sepak mula Liga Malaysia 2017 akan bermula pada 20 Januari 2017 akan datang di mana Juara Piala Malaysia 2016, iaitu Kedah bakal bertemu dengan pasukan juara tiga kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC pada perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017. Pertemuan ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos atau Stadium Larkin. Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 atau juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih 2017 merupakan edisi kali ke 32 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1985.

Pasukan JDT FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Argentina, Mario Gomez pastinya menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan edisi kali ini. Ini kerana mereka memiliki deretan pemain-pemain berstatus bintang, pemain import berkualiti serta barisan pemain-pemain baru dalam satu pasukan. Namun begitu, saingan pasukan Kedah atau Lang Merah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe ini pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana mereka memiliki gandingan pemain berpengalaman, pemain import berkualiti selain pemain-pemain muda berpotensi yang pastinya membentuk ramuan pasukan yang mantap bersaingan dengan JDT FC. 

Bual Sukan menjangkakan, seluruh peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan satu pertembungan dramatik dan terbaik sepanjang aksi 90 minit antara kedua-dua pasukan. Semoga kedua-dua pasukan dapat mempamerkan aksi terbaik masing-masing seterusnya memberikan masa depan yang cerah kepada bola sepak negara. Siapa pun yang menang adalah penting mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi bagi memartabatkan bola sepak Malaysia di masa mendatang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Senarai Pemain Import Liga Super 2017

Musim baru Liga Super 2017 akan bermula pada 20 Januari 2017 akan datang dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC akan bertemu pasukan Kedah pada perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 20117. Setiap pasukan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi musim panjang Liga Super 2017 akan datang dengan menandatangani barisan pemain-pemain tempatan baru serta mencari pemain-pemain import berkualiti memantapkan pasukan masing-masing. Selain itu juga, terdapat pasukan yang melantik barisan kejurulatihan baru bagi memberikan suntikan terbaik untuk pasukan masing-masing. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah pemilihan barisan pemain-pemain import untuk pasukan masing-masing. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 4 pemain import dengan 1 kuota dikhaskan untuk pemain-pemain Asia. 

Seperti tahun-tahun lalu, setiap pasukan begitu ghairah mencari pemain-pemain import yang diharapkan mampu membawa cabaran pasukan masing-masing. Namun begitu, pelaburan yang diharapkan kepada mereka tidak membuahkan hasil yang diimpikan pasukan serta penyokong masing-masing. Dengan reputasi pemain import yang diharapkan berbaloi dengan perbelanjaan yang dilaburkan, setiap pasukan kini pastinya akan berhati-hati memilih pemain import mewakili pasukan mereka. Bual Sukan percaya, setiap pasukan akan mengambil pengajaran yang lalu memilih pemain import untuk ditandatangani menghadapi musim Liga Malaysia 2017. Pemain-pemain import yang ditandatangani diharapkan mampu membantu pasukan serta pemain-pemain tempatan meningkatkan tahap permainan mereka supaya lebih kompetitif. Berikut adalah senarai pemain import Liga Malaysia 2017 akan datang : 
Johor Darul Ta’zim FC
Marcos Antonio (Brazil)
Gonzalo Cabrera (Argentina)
Brian Ferreira (Argentina)

Felda United
Zah Rahan Krangar (Liberia)

Kedah
Ken Ilso (Denmark)
Liridon Krisniqi (Kosovo)
Sandro Mendoca (Brazil)

Kelantan
Margaro Gomis (Senegal)

Selangor
Andik Vermansyah (Indonesia)

Perak TBG
Thiago Junior Aquino (Brazil)
Vladislav Mirchev (Bulgaria)
Mohamed Larbi (Tunisia)
Yashir Pinto (Palestin)

T-Team
Mamadou Samassa (Mali)
Ibrahima Sidibe (Senegal)
Farhod Tadjiev (Uzbekistan)
Shaukat Salamov (Uzbekistan)

Sarawak
Mark Hartmann (Filipina)
Lee Jong-ho (Korea Selatan) 

Pahang FC
Mohamadou Sumareh (Gambia)

Pulau Pinang
Reinaldo Lobo (Brazil)
Nigel Dabinyaba (Papua New Guinea)
Besart Berisha (Albania)
Carl Valeri (Australia)

Melaka United
Godwin Antwi (Ghana)
Sergio Aguero (Argentina)
Illija Spasojevic (Montenegro)
Omid Nazari (Filipina)

PKNS FC
Gonzalo Soto (Argentina)
Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia)
Matias Jadue (Palestin)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

5 Perkara Yang Pasti Kita Rindu Dari Siri PES Terdahulu

Siri Pro Evolution Soccer (PES) pada satu ketika merupakan raja permainan video satu masa dahulu.

Permainan yang tidak terlalu kompleks, seronok untuk dimainkan bersama teman-teman telah menjadikan permainan ini sentiasa digemari oleh sesiapa sahaja.

Tahun demi tahun, PES sudah pun berevolusi. Namun dalam evolusi tersebut, ada beberapa perkara yang hanya PES pada siri terdahulu sahaja ada tetapi pada siri yang terbaru tiada.

Oleh itu, kami saja nak usik memori anda dengan 5 perkara yang pasti anda akan rindu pada siri PES yang lama.

Adriano dan Alvaro Recoba

Lupakan gabungan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kerana kita ada gabungan Alvaro Recoba dan Adriano!

Dua pemain ini mempunyai keupayaan tak masuk akal, hal ini kerana Recoba mempunyai curling stats 99 dan Adriano mempunyai shooting stats sebanyak 99!

Punca mengapa Adriano diberikan stats sebegitu rupa kerana salah seorang daripada pencipta permainan PES ini iaitu Shingo ‘Seabass’ Takatsuka dikatakan merupakan seorang peminat Internazionale dan juga Adriano.

Ada orang cakap, banyak jaring koyak sebab rembatan padu Adriano.

Nama mengarut

Sebelum masuknya era ‘next-gen’, isu perlesenan kelab dan nama pemain tidak pernah menjadi kegusaran para pemain PES.

Bagi mereka, mereka gembira bermain PES walaupun sesetegah nama pemain dan pasukan teramatlah pelik namanya.

Seperti contoh, pasukan-pasukan Premier League jarang mempunyai nama yang tepat.

Nama-nama seperti Mersyeside Red (Liverpool), Man Red (Manchester United) dan juga East London (West Ham United) masih lagi ada di dalam PES kerana masalah mereka untuk mendapatkan lesen dari Premier League sendiri.

Bagi pemain pula, lazimnya nama-nama untuk pemain dari Jerman dan Belanda yang akan terkena sindrom ‘nama pelik’ ini.

Anda pasti pernah ingat bukan dengan nama Von Mistelroum yang merujuk kepada Ruud Van Nistelrooy atau pun Orhailmanaz untuk Marc Overmars?

Penulis teringat dahulu terdapat satu siri PES yang mempunyai pasukan Malaysia di dalamnya. Dan nama ‘pelik’ untuk Hairuddin Omar ketika itu adalah Okem.

PES Shop

Salah satu perkara yang cukup digemari oleh pemain PES adalah PES Shop.

Disitulah pelbagai barangan dijual, dari pek pemain klasik, bola berbentuk bungkusan gula-gula hinggalah ke set topi yang pelik.

Pasti anda diantara kita yang pernah beli set binatang yang bolehkan pemain anda beraksi sambil menunggang burung unta bukan?

Jon Champion & Jim Beglin

PES terkenal dengan kelemahan mereka dalam bahagian ulasan. Bukan kerana pemilihan pengulas, tetapi kerana pengulas sering mengulang apa yang mereka katakan dalam setiap perlawanan.

Tetapi tak dinafikan penulis agak tidak bersetuju dengan pemilihan Jim Beglin, hal ini kerana nada mendatar beliau tidak sesuai dengan emosi yang ditunjukkan oleh Jon Champion. Ataupun dengan Peter Drury yang kini lebih beremosi berbanding Champion.

Gandingan Jon Champion dan Jim Beglin bermula sejak PES 2008 dan berakhir pada PES 2015.

Penulis masih lagi ingat reaksi Champion jika kita terlepas peluang untuk menjaringkan gol keempat, “Oh it’s should be their fourth!”

Kami sediakan video ayat-ayat yang digunakan Champion ketika mengulas untuk PES.

The Original Master League Team

Dan siapa boleh lupa dengan pasukan yang dianggotai oleh Ordaz, Minanda dan si masyhur Castolo?

Jika anda bermain Master League, pasti anda terpaksa bermula dengan pemain-pemain yang diberi nama Ivarov, Espimas dan juga Dodo.

Pasukan ini akhirnya menjadi pasukan lagenda, dengan Castolo menjadi muka wajib pasukan anda untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan. Bawalah pemain mana pun, akhirnya Castolo juga yang akan menjadi penjaring gol.

Kini pasukan ini tiada lagi, kesemua pemain di skuad ini sudah pun tua. Ada diantara mereka sudah menjadi ‘scout’ di mod MyClub untuk PES 2017.

Baca juga: 10 Soundtrack FIFA & PES Yang Pasti Akan Menggamit Memori Anda

The post 5 Perkara Yang Pasti Kita Rindu Dari Siri PES Terdahulu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA