Bola Sepak : Pusingan 16 UEFA Piala Liga Europa 2016/17

Saingan UEFA Piala Liga Europa 2016/17 atau UEFA Europa League 2016/17 telah memasuki pusingan 16 pasukan terbaik. 16 pasukan ini akan bersaing bagi merebut 8 slot pasukan ke suku akhir. 16 kelab tersebut terdiri daripada 3 kelab dari Belgium, 2 kelab masing-masing dari Jerman dan Russia serta masing-masing 1 kelab dari negara Sepanyol, England, Itali, Perancis, Belanda, Greece, Turki, Denmark dan Cyprus. Antara pasukan pilihan yang masih meneruskan cabaran ke Pusingan 16 Pasukan Terbaik ini adalah seperti pasukan Manchester United, AS Roma dan Schalke 04. Namun begitu, saingan pasukan lain juga pastinya sengit dan kejutan pasti berlaku seperti edisi-edisi lalu.  

Undian Pusingan 16 pasukan terbaik telah diadakan pada 24 Februari 2017 yang lalu. Perlawanan Pusingan Pertama dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2017 manakala Perlawanan Pusingan Kedua pula dijadualkan berlangsung pada 16 Mac 2017 akan datang. Bual Sukan percaya, Pengurus pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal bertemu pasukan lawan. Setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan masing-masing. Berikut adalah undian Pusingan 16 UEFA Piala Liga Europa 2016/17 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Manchester United Juara Piala EFL 2016/17

Dua jaringan penyerang berbisa Sweden, Zlatan Ibrahimovic serta jaringan Jesse Lingard sudah cukup untuk membawa Manchester United kendalian pengurus dari Portugal, Jose Mourinho menjulang kejuaraan Piala EFL 2016/17 menewaskan pasukan Southampton dengan keputusan 3-2. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan buat kali kelima bagi pasukan The Red Devils setelah kali terakhir menjulang kejuaraan pada edisi Piala Liga 2009/10. Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley semalam, pasukan Manchester United terlebih dahulu mendahului pasukan The Saints dengan 2-0 hasil jaringan sepakan percuma Zlatan Ibrahimovic serta rembatan Jesse Lingard sebelum 2 jaringan Monolo Gabbiadini menyamakan kedudukan buat pasukan bimbingan pengurus Perancis, Claude Puel.

Ketika perlawanan berbaki 3 minit, hantaran cantik Ander Herrera disudahkan dengan tandukan padu Zlatan Ibrahimovic menerjah jaring menewaskan penjaga gol Southampton, Fraser Forster. Jaringan tersebut, nyata amat mengecewakan pasukan Southampton yang sebelum ini tidak dibolosi sepanjang laluan mereka ke Perlawanan Akhir Piala EFL 2016/17. Zlatan Ibrahimovic juga telah dipilih selaku pemain terbaik perlawanan akhir Piala EFL 2016/17. Ini merupakan kejuaraan kedua pasukan Manchester United musim ini setelah memenangi perlawanan pembuka tirai Perisai Komuniti 2016/17 serta kejuaraan kompetitif pertama Jose Mourinho sejak menjadi pengurus pasukan Manchester United. Bual Sukan mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan Manchester United menjulang kejuaraan Piala EFL 2016/17 ini.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

FA Selangor Nyatakan Sokongan Terhadap TMJ Untuk Jadi Presiden FAM

FA Selangor (FAS) baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor untuk menjadi Presiden FAM menjelang pemilihan kerusi tersebut – penghujung Mac ini.

FAS menurut presidennya iaitu Datuk Subahan Kamal berkata FAS memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada TMJ untuk menerajui FAM.

Yakin dengan TMJ

Subahan berkata FAS yakin untuk memilih TMJ kerana beliau adalah seorang individu yang boleh mengubah landskap bola sepak negara.

“TMJ adalah individu yang tepat kerana masih muda serta berani dalam memperjuangkan bola sepak yang terbukti dengan kecemerlangan pasukan JDT.”

Subahan bagaimana pun memberitahu Sinar Harian yang kebolehan pencabar TMJ iaitu Tan Sri Annuar Musa tidak boleh dipandang enteng.

“Kita tak boleh pandang sepi kebolehan Annuar Musa. Beliau telah menjadi individu yang mengubah bola sepak Kelantan sementara TMJ pula mengubah bola sepak Johor.”

Tak ambil elaun

Subahan yang dalam masa yang sama merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia dan juga calon Timbalan Presiden FAM berkata beliau tidak akan menerima sebarang wang elaun sekiranya menjadi orang nombor 2 di FAM.

Sebaliknya beliau hanya akan fokus untuk mencari dana untuk sukan tersebut sahaja.

Saya tidak akan jadi yes man dan akan pastikan kebajikan persatuan negeri diperjuangkan. Semua pihak perlu tahu tanpa anggota gabungan, tiadalah FAM.”

“Sebelum ini, FAM hanya menunggu presiden bekerja. Perkara ini perlu berubah kerana timbalan presiden, naib presiden juga perlu bekerja dan berusaha mendapatkan dana.”

Baca juga: Merzagua Abderrazak Bakal Kembali Terajui Pulau Pinang?

The post FA Selangor Nyatakan Sokongan Terhadap TMJ Untuk Jadi Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Perak TBG Lepaskan Karl Heinz Weigang Lantik Mehmet Durakovic

Ketua Jurulatih Perak The Bos Gaurus, Karl Heinz Weigang yang berasal dari Jerman menjadi Ketua Jurulatih ketiga selepas Mario Gomez (Johor Darul Ta’zim FC) dan Azmi Mohamed (Felda United) meninggalkan jawatan setelah kontrak beliau ditamatkan dengan persetujuan bersama pasukannya pada 22 Februari 2017. Tempat beliau akan diambil alih oleh bekas pemain serta Ketua Jurulatih pasukan Selangor, Mehmet Durakovic yang berasal dari Australia. Weigang atau nama panggilan mesra di kalangan peminatnya “Atuk Weigang” yang kini berusia 80 tahun merupakan Ketua Jurulatih tertua Liga Super 2017. Beliau telah mengemudi Perak beberapa kali dan membawa pasukan Perak TBG kembali ke landasan terbaik beberapa kali ekoran kemerosotan prestasi.

Musim Liga Malaysia 2017 ini menyaksikan beliau berjaya mengemudi pasukan The Bos Gaurus dalam 6 perlawanan iaitu 5 perlawanan Liga Super 2017 serta 1 perlawanan Pusingan Kedua Piala FA 2017. Perak TBG berjaya mencatatkan 4 kemenangan, 1 seri serta 1 kekalahan sepanjang 6 perlawanan tersebut. Bual Sukan percaya, walaupun beliau telah dilepaskan oleh pasukan Perak TBG, jasa beliau akan terus dikenang oleh penyokong-penyokong pasukan Perak TBG.

Ketua Jurulatih baru Perak TBG, Mehmet Durakovic pastinya berdepan tugasan yang mencabar mengemudi pasukan Perak TBG untuk kembali memberikan saingan yang kompetitif dalam saingan Liga Malaysia 2017 ini. Tugasan pertama beliau pastinya berdepan dengan pasukan Felda United pada 25 Februari 2017 (Sabtu) ini dalam perlawanan Liga Super 2017 yang akan berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Apa yang menariknya adalah kedua-dua pasukan ini akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih baru mereka. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Shakespeare Nafi Ada Pakatan Pemain Punca Ranieri Dipecat, Mereka Hormati Ranieri

Dalam sesi sidang media pertama interim Leicester City, Craig Shakespeare telah ditanya soalan panas tentang punca pemecatan Ranieri dan kaitannya dengan pakatan pemain.

Tersebar berita di UK menyatakan selepas kekalahan di tangan Sevilla, kekecewaan pemain sudah sampai ke kemuncak dan mendesak pemilik kelab agar Ranieri dipecat.

Antara nama-nama pemain senior yang dikaitkan adalah Ulloa, Morgan dan Shlupp serta ada juga yang menyelitkan nama Jamie Vardy dan Robert Huth.

Pakatan pemain senior ini dikatakan telah menjadi dalang menentang Ranieri.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan taktikal Ranieri dan pemilihan pasukan utama dalam perlawanan.

Hal ini dinafikan oleh Craig Shakespear. Beliau menyatakan keputusan memecat Ranieri adalah 100% dari pemilik kelab.

Shakespear berkata:

“Saya tidak takut pemain-pemain senior pergi mengadu kepada pemilik kelab untuk menyingkirkan saya. Ia perkara baru bagi saya”

“Dari sudut pandangan bola sepak, saya nak beritahu anda semua yang pemain-pemain kami sangat profesional.”

“Mereka sangat terluka dan kecewa (dengan kekalahan) di bilik persalinan.”

“Saya tidak ada masalah dengan mereka di pusat latihan. Mereka sangat hebat dan profesional. Mereka pun turut kecewa seperti orang lain apabila pengurus dipecat.”

Shakespear mengakui dia ada berbual-bual dengan Ranieri malam semalam dan menganggap pemergian Ranieri sebagai sesuatu yang memeranjatkan.

“Saya ada berbual-bual dengan dia. Dia ucapkan terima kasih kerana sokongan daripada saya. Namun percakapan kami biarlah rahsia.”

“Hubungan kami baik seperti biasa.”

“Saya sangat sedih melihat dia kehilangan jawatan. Tapi semua kita tahu, dalam bola sepak perkara seperti ini biasa berlaku.”

“Saya tidak mendengar pihak kelab sudah ada calon untuk menggantikan beliau buat masa ini.”

“Kami akan pastikan dia sentiasa dalam ingatan kami semua. Dia pergi dengan semua orang di sini menghormati beliau.”

Tugasan pertama Shakespear adalah menentang Liverpool dalam perlawanan liga.

Baca juga: Undian Pusingan 16 Terbaik Europa League, United Bertemu Rostov!

 

The post Shakespeare Nafi Ada Pakatan Pemain Punca Ranieri Dipecat, Mereka Hormati Ranieri appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Felda United

Pasukan Felda United buat pertama kalinya akan membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC. Pasukan The Fighters yang kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, B.Sathianathan telah diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan kelab Hanoi FC (Vietnam), Tempines Rovers (Singapura) dan Ceres-Negros FC (Filipina). Keempat-empat pasukan ini dilihat mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing dan berpeluang ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2017 ini.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Felda United, B.Sathianathan akan merancang formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukannya untuk bersaing dengan 3 pasukan lain. Dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman, pemain-pemain import serta pemain-pemain muda berkualiti, pasukan Felda United mampu memberikan permainan terbaik mereka mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya.
Berikut adalah Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Felda United : 

21 Februari 2017
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Felda United (Malaysia) Tewas 1-2
Felda United : Fazrul Hazli Kadri

7 Mac 2017
Felda United (Malaysia) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)

15 Mac 2017
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Felda United (Malaysia) 

4 April 2017
Felda United (Malaysia) lwn Ceres-Negros FC (Filipina)

19 April 2017
Felda United (Malaysia) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)

3 Mei 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Felda United (Malaysia) 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Hector Bellerin: “Jika Wenger Keluar Dari Arsenal, Saya Akan Turut Serta”

Hector Bellerin keluar Arsenal? Adakah ini akan terjadi?

Pemain pertahanan kanan Arsenal itu tegaskan mahu keluar dari Arsenal namun dengan satu syarat.

Beliau hanya akan keluar sekiranya Arsene Wenger membuat keputusan untuk tidak bersama lagi dengan kelab tersebut selepas lebih 20 musim berkhidmat.

Calon utama Barcelona

Tapi ke mana Bellerin akan pergi? Beliau memilih untuk pulang ke kelab lamanya iaitu Barcelona.

Barcelona sudah lama inginkan beliau kembali, hal ini terbukti apabila media-media di Sepanyol sering mengeluarkan gosip yang beliau menjadi buruan Barcelona.

Barcelona antara kelab utama dunia pasti mahukan pemain berkaliber seperti Bellerin bermain untuk mereka. Tambahan pula, posisi di pertahanan kanan mereka berada dalam masalah.

Mereka kehilangan Alexi Vidal, dan Sergi Roberto masih lagi tidak berada dalam prestasi terbaik jadi Bellerin mungkin penyelesaian jangka panjang terbaik buat mereka.

Wenger pergi, kami juga pergi

Pemergian Wenger ini dijangka beri kesan buruk kepada Arsenal. Hal ini kerana, bukan sahaja Bellerin akan tinggalkan Arsenal sekiranya pengurus daripada Perancis itu tidak menyambung kontraknya di Arsenal.

Mesut Ozil juga mengatakan masa depan beliau di Arsenal bergantung kepada Wenger. Sekiranya Wenger kekal, beliau juga akan kekal di Arsenal.

Selain Ozil, Alexis Sanchez juga berkata masa depan beliau juga bergantung dengan kekalnya Wenger di Arsenal atau pun tidak.

Bellerin jelas seorang yang setia pada Wenger. Terdahulu ketika Manchester City datang memanggil, beliau memilih untuk kekal di Arsenal.

Baginya, Wenger adalah individu terbaik yang boleh memajukan karier Bellerin.

Baca juga: McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Dengan Kenyataan ‘Plastik’ KAFA

The post Hector Bellerin: “Jika Wenger Keluar Dari Arsenal, Saya Akan Turut Serta” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : B.Sathianathan Ketua Jurulatih Baru Felda United

Bekas Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaysia, pasukan Kelantan dan paukan ATM FA B.Sathianathan sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan Felda United menggantikan Azmi Mohamed yang meletak jawatan baru-baru ini. Pasukan yang diberi gelaran The Fighters ini sebelum ini dikendalikan oleh Mohd bin Nik selaku Ketua Jurulatih sementara. Beliau sempat mengendalikan 3 perlawanan iaitu 2 perlawanan Liga Super serta 1 perlawanan Piala FA Pusingan Kedua. Dalam 3 perlawanan tersebut, Felda United tewas ketiga-tiga perlawanan iaitu kepada pasukan Kelantan (1-2), Selangor (1-3) dan Johor Darul Ta’zim FC (0-2). Sebagai rekod, pasukan Felda United merupakan Naib Juara Liga Super 2016 yang lalu.

Perlawanan pertama B.Sathianathan sebagai Ketua Jurulatih baru Felda United adalah bertemu dengan pasukan Tampines Rovers pada 21 Februari 2017 dalam saingan Piala AFC 2017. Manakala perlawanan pertama Liga Super 2017 bagi beliau selaku Ketua Jurulatih adalah bertemu dengan pasukan Perak TBG pada 25 Februari 2017 akan datang. Dengan cabaran Felda United dalam saingan Piala FA 2017 telahpun berakhir, fokus kini pastilah kepada saingan Liga Super 2017 selain membawa cabaran kelab Malaysia ke saingan Piala AFC 2017 yang akan bermula 21 Februari 2017 akan datang. Selain itu juga, cabaran untuk layak ke saingan Piala Malaysia 2017 juga pastinya akan diberi perhatian oleh pasukan Felda United. Bual Sukan percaya, B.Sathianathan akan menggunakan segala kepakaran serta pengalaman beliau membantu pasukan The Fighters untuk kembali bangkit dan berjuang memberikan cabaran dalam saingan Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC 2017 akan datang. Beliau juga pastinya akan merencanakan formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukan menghadapi setiap perlawanan yang mendatang. 

Dengan barisan pemain-pemain berpengalaman serta gandingan pemain-pemain import berkualiti dan pemain-pemain muda berpotensi B.Sathianathan mampu membawa pasukan kembali ke landasan terbaik dalam kancah saingan Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC 2017 akan datang. Selamat maju jaya kepada B.Sathianathan Ketua Jurulatih baru serta pasukan Felda United.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa