Bola Sepak : Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia

Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia atau FIFA Confederations Cup Russia 2017 dijadualkan berlangsung pada 17 Jun hingga 2 Julai 2017 akan datang. Kejohanan edisi kali ke 10 ini akan berlangsung di negara tuan rumah FIFA Piala Dunia 2018 iaitu Russia. Kejohanan ini bakal disertai oleh 8 pasukan terdiri daripada pasukan tuan rumah serta juara-juara kejohanan benua atau zon bola sepak masing-masing. Selain pasukan tuan rumah iaitu Russia, 6 pasukan lain yang telah layak ialah pasukan Jerman (Juara FIFA Piala Dunia 2014 Brazil), Australia (Juara AFC Piala Asia 2015 Australia), Chile (Juara CONMEBOL Copa Amerika 2015 Chile), Mexico (Juara Piala CONCACAF 2015), New Zealand (Juara Piala OFC 2016 Papua New Guinea) dan Portugal (Juara UEFA Euro 2016 Perancis). Satu lagi pasukan iaitu dari zon CAF akan ditentukan pada perlawanan akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon dijadualkan pada 5 Februari 2017 akan datang. 

8 pasukan ini telah diundi pada 26 November 2016 yang lalu dalam 2 kumpulan di mana juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan separuh akhir. Bual Sukan menjangkakan setiap pasukan pastinya akan membariskan pemain terbaik masing-masing bagi bersaing antara satu sama lain merebut kejuaraan edisi 2017 ini. Berikut adalah Kedudukan Kumpulan serta Jadual Perlawanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia. 

KUMPULAN A
Russia, New Zealand, Portugal, Mexico

17 Jun 2017
Russia lwn New Zealand
18 Jun 2017
Portugal lwn Mexico

21 Jun 2017
Russia lwn Portugal
Mexico lwn New Zealand

24 Jun 2017 
Mexico lwn Russia
New Zealand lwn Portugal

KUMPULAN B
Juara AFCON 2017, Chile, Australia, Jerman

18 Jun 2017
Juara AFCON 2017 lwn Chile

19 Jun 2017
Australia lwn Jerman

22 Jun 2017
Juara AFCON 2017 lwn Australia
Jerman lwn Chile

25 Jun 2017 
Jerman lwn Juara AFCON 2017
Chile lwn Australia 

SEPARUH AKHIR

28 Jun 2017
Juara Kumpulan A lwn Naib Juara Kumpulan B

29 Jun 2017
Juara Kumpulan B lwn Naib Juara Kumpulan A

PENENTUAN TEMPAT 3/4

2 Julai 2017
Pasukan Kalah Separuh Akhir 1 lwn Pasukan Kalah Separuh Akhir 2

PERLAWANAN AKHIR

2 Julai 2017
Pasukan Menang Separuh Akhir 1 lwn Pasukan Menang Separuh Akhir 2

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Pusingan 16 UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17

Kejohanan berprestij kelab-kelab eropah UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17 atau UEFA Champions League 2016/17 telah memasuki pusingan 16 pasukan terbaik. 16 pasukan ini telah berjaya muncul selaku juara serta naib juara peringkat kumpulan masing-masing. 16 kelab tersebut terdiri daripada 4 kelab Sepanyol, 3 kelab masing-masing dari Jerman dan England serta 2 kelab masing-masing dari Itali, Perancis dan Portugal. Pusingan 16 pasukan ini dijadualkan berlangsung pada 14,15, 21 dan 22 Februari 2017 bagi perlawanan pusingan pertama manakala pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 7,8,14 dan 15 Mac 2017 akan datang. Undian Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara Eropah telah dilangsungkan pada 12 Disember 2016 yang lalu. 16 pasukan ini akan bersaing merebut 8 slot ke pusingan suku akhir seterusnya menghampiri laluan ke perlawanan akhir di Cardiff, Wales pada bulan Mei 2017 akan datang. 
Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16, Real Madrid pastinya akan mempertahankan gelaran kejuaraan mereka pada edisi kali ini. Namun begitu, pasukan Real Madrid pastinya bakal berdepan laluan sukar apabila diundi bertemu kelab Itali, Napoli pada perlawanan pusingan 16 terbaik ini. Pada pandangan Bual Sukan, kesemua pasukan ini mempunyai peluang yang seimbang untuk melangkah ke peringkat suku akhir. Pengurus pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal menghadapi lawan mereka sama ada di tempat sendiri serta di tempat lawan. Saingan pastinya sengit dan tiada jalan mudah untuk ke semua pasukan ke saingan suku akhir akan datang. Dengan disiplin pertahanan dan serangan yang baik, pasukan yang berjaya mengadaptasikannya mampu mencerahkan laluan ke saingan berikutnya. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos?

Jualan jersi pemain berjuta-juta boleh membantu pembelian pemain yang baru atau menampung kos operasi yang lain? Adakah ia fakta atau mitos.

Persoalan ini sebenarnya sudah dijawab oleh Jake Cohen, penulis bola sepak terkemuka dari The Gaurdian.

Ketika Manchester United mengumumkan pembelian Paul Pogba dengan nilai £89 juta, Zlatan Ibrahimovic mengeluarkan kenyataan:

“Tidak mengapa, jualan baju saya sahaja sudah cukup untuk membawa Pogba kembali.”

Ia membuatkan ramai penyokong bola sepak di seluruh dunia percaya akan kenyataan tersebut.

Sebenarnya, Ibrahimovic tidak senaif itu untuk tidak memahami proses dan angka melibatkan hal ini. Ia kenyataan yang mungkin atas dasar berseloroh.

Ia sekadar mitos

Masih belum ada kelab profesional di Eropah yang mendapatkan hasil jualan jersi secara langsung.

Adidas, Nike, Puma dan pembekal kit lain biasanya akan mendapat 85-90% daripada hasil jualan jersi ini.

Bahkan pemain itu sendiri mendapat lebih daripada kelab untuk hak imej jersi dengan nama mereka.

Walaupun ada beberapa kelab kelab seperti Bayern Munich yang ada pemilikan lesen khas oleh Adidas juga tidak mendapat peratusan yang besar.

Bezanya, mereka mendapat pendapatan lebih sedikit dan Adidas menyediakan rekaan khas yang lebih istimewa untuk mereka setiap musim.

Berapa sebenarnya United dapat?

Manchester United mendapat kontrak tajaan kit selama 10 tahun dengan Adidas bernilai £ 750 juta.

Ianya salah satu penajaan kit terbesar dalam sejarah bola sepak dan EPL setakat ini.

Walau bagaimanapun,  secara prinsipal Adidas membayar Manchester United £ 75 juta setahun.

Manchester United adalah alat pemasaran Adidas untuk memperagakan produk mereka. Hak ke atas segala macam nilai jersi adalah milik Adidas.

Nilai perjanjian yang besar ini kerana United adalah kelab yang paing popular di dunia.

Adidas juga menafikan mereka ada membayar dana tambahan untuk membawa Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic.

Ia hanya cerita rekaan. Bahkan baru-baru ini Manchester United sendiri mengumumkan pemain-pemain mereka akan dipotong gaji sekiranya gagal ke UCL.

Ini kerana kelab tidak berhak mendapatakan bonus dari Adidas untuk mana-mana musim mereka gagal ke UCL.

Kelab bola sepak adalah kelab bola sepak

“Jake Cohen turut menggariskan, kelab bola sepak tidak ada kaitan dengan urusan jersi. Mereka hanya beroperasi sebagai pasukan bola sepak.”

Kelab bola sepak tidak ada kepakaran setanding pengeluar barangan sukan dalam soal infrastruktur yang diperlukan untuk mengeluar dan mengedarkan berjuta-juta kit.

Ini termasuk mengendalikan dan menjalankan urusan kedai serta di dalam talian. Isu logistik dan outsource kepada pihak ketiga. Ianya bidang dengan kepakaran yang berbeza dengan pengendalian kelab bola sepak.

Manchester United dan Adidas mengumumkan kerjasama pada Julai 2014, di mana perjanjuan itu diterangkan, dengan jelas atas pakej pelesenan.

Ketua Pegawai Eksekutif Adidas Herbert Hainer menyatakan mereka ‘menang’ bidaan hak penajaan. Beliau berkata:

“Kerjasama ini adalah peristiwa penting untuk kami kerana potensi merchandising yang tinggi.”

“Kami menjangkakan jumlah jualan mencecah £ 1.5billion sepanjang perkongsian kami.

£50 juta jualan jersi Zlatan?

Kenyataan bahawa jualan jersi Zlatan Ibrahimovic adalah sekitar £50mjuta itu agak mengarut dan tidak realistik.

Ada yang menganggap ia sudah lebih dari cukup untuk ‘cover’ gaji beliau yang tinggi.

Jika angka itu benar sekalipun, kenyataan mengaitkan jualan jersi dengan pembayaran gaji pemain adalah imaginasi dan mitos semata-mata.

Manchester United sendiri tidak secara automatik menerima 10-15%, iaitu angka standard industri ini dalam pembayaran royalti

Namun fakta yang jelas adalah  bayaran £75 juta bayaran tahunan adalah begitu besar untuk United dan mereka cuma perlu menambah £14 juta sahaja lagi untuk Paul Pogba.

Anggaran Jake Cohen

Musim 2015/16 kurang tiga juta baju Manchester United telah dijual. Secara andaian, jersi Ibrahimovic membantu menjual tambahan 300,000 unit jualan jersi.

Mana orang akan beli, jersi Smalling, Fellaini atau Ibrahimovic? Sudah pastinya ramai memilih Ibrahimovic.

Peningkatan 10% adalah unjuran yang optimistik memandangkan Ibrahimovic adalah atlet Nike dan tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti promosi Adidas sendiri.

Perjanjian hak imej Adias dan United menggunakan Ibrahimovic secara tidak langsung ketika beliau mengenakan jersi United ketika perlawanan.

Selebih itu, Ibrahimovic tidak mungkin akan memberikan sokongan peribadi kepada Adidas.

Mari kita membuat anggaran royalti jersi United sekiranya mereka berjaya menjual tiga juta jersi dan menerima royalti 15% (angka maksimum dalam standard bayaran royalti).

Andaian harga 1 unit jersi adalah £70. Ia hanya menjadi £21 juta tambahan dalam jualan kasar. Jadi, United mendapat royalti £3 juta daripada angka £21 juta.

Sekarang, £3 juta ini bukan satu jumlah yang kecil. Ia bukan milik kelab 100%. Kelab mungkin akan menerima sekitar 20% daripada royalti jersi Ibrahimovic.

Ianya selepas dibayar atas hak imej Ibrahimovic, gaji tambahan atas jualan jersi, yuran ejen, bonus khas, dan lain-lain yang termaktub di dalam kontrak.

Jadi, kenyataan yang menyatakan United memperoleh dana tambahan £50 juta adalah sangat tidak munasabah.

Yang pasti Adidas dilaporkan menjana pendapatan yang sangat luar biasa menrusi perjanjian dengan Manchester United.

Rumusan

Diharap penjelasan ini dapat membantu ramai pembaca di luar sana memahami tentang industri ini secara asas.

Artikel ini ditulis oleh Jake Cohen pada Ogos 2016 yang berjudul Shirt sales alone do not pay for a superstar’s transfer fee.

Untuk kelab seperti United, agak sukar angka royalti jersi seorang pemain untuk membeli pemain di pasaran perpindahan.

Baca juga: Gaji Pogba Dan Zlatan Akan Dipotong Jika Gagal Bantu United Ke UCL?

The post Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Gamba Osaka lawan Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim FC akan berkunjung ke Jepun bertemu kelab Liga Divisyen 1 Jepun (J-League 1), Gamba Osaka pada saingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2017 di Stadium Bola Sepak Bandar Suita. Pemenang perlawanan ini akan melangkah ke pusingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dalam Kumpulan H bersama-sama dengan pasukan Adelaide United (Australia), Jiangsu Suning (China) dan Jeju United (Korea Selatan). Pasukan JDTFC sebelum itu berjaya menewaskan pasukan Bangkok United FC dari Thailand dengan penentuan sepakan penalti 5-4 setelah kedudukan terikat dengan keputusan 1-1. Pasukan Gamba Osaka merupakan pasukan yang berada di tangga keempat Liga Divisyen 1 Jepun (J1) pada musim 2016.
Selain itu juga, pasukan Gamba Osaka yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih berasal dari Jepun, Kenta Hasegawa yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Jepun adalah antara pasukan yang berjaya muncul juara AFC Liga Juara-Juara Asia iaitu pada edisi 2008 menewaskan pasukan Adelaide United dengan agregat 5-0. Pasukan Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Mexico, Benjamin Mora pastinya akan berdepan tugas getir berdepan pasukan lawan yang dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan, bekas pemain kebangsaan serta pemain import berkualiti. Antara pemain yang perlu diberikan perhatian adalah Ketua Pasukan mereka, Yasuhito Endo yang amat berpengalaman di peringkat kelab dan antarabangsa. JDTFC juga akan beraksi tanpa penyerang import dari Argentina iaitu Jeronimo Barrales yang dilayangkan kad merah pada pertemuan bertemu Bangkok United FC pada 31 Januari yang lalu.

Bual Sukan percaya, kedua-dua Ketua Jurulatih pasukan mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal untuk memerangkap lawan masing-masing. Dengan disiplin menyerang dan bertahan yang baik pastinya akan membuahkan hasil. Walauapapun keputusan perlawanan ini, JDTFC wajar diberikan pujian kerana berjaya melangkah ke pusingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dan tidak mustahil mereka mampu melangkah lebih jauh di masa akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

FIFA Bakal Laksanakan Sin-Bins Dalam Bola Sepak?

Laporan BBC menyebut bahawa International Football Association Board (IFAB) akan mempertimbangkan cadangan memperkenalkan konsep sin-bins dalam bola sepak.

Konsep

Konsep sin-bins dalam bola sepak ini akan digunakan terhadap pemain yang dilayangkan kad kuning. Pemain yang melakukan kesalahan tertentu akan diarahkan berada di sin-bins dengan durasi hukuman itu akan disahkan kelak.

Konsep ini mirip kepada kaedah yang digunakan di dalam sukan ragbi. Pemain yang melakukan kekasaran akahn diasingkan ke satu seksyen khas.

ROME, ITALY – MARCH 16: Brian O’Driscoll of Ireland sits in the sin bin during the RBX Six Nations match between Italy and Ireland at Stadio Olimpico on March 16, 2013 in Rome, Italy. (Photo by Tom Shaw/Getty Images)

Bulan hadapan, IFAB bakal mengadakan mesyuarat tahunan di London. Konsep sin-bins ini telah diujikaji di liga amatur di negara ahli UEFA.

Bagaimana cadangan ini lulus?

Memang ia dikhabarkan mengambil masa. Tetapi, pengenalan sin-bins ini akan bermula di pertandingan peringkat amatur atau belia.

Manakala selepas dua hingga tiga tahun, sin-bins akan digunakan di perlawanan peringkat profesional.

Bulan lalu, pegawai teknikal FIFA, Marco Van Basen merasakan sudah tiba masanya untuk beberapa keasalahan kad kuning kedua tidak perlu dilayangkan kad merah.

Salah satu caranya adalah mengenakan perintah pemain berada di sin-bins selama 10 minit. Ada kesalahan kad kuning kedua adalah ringan dan berbentuk tactical fouls bukannya kekasaran yang mencederakan.

Agenda lain mesyuarat IFAB

IFAB dalam laman rasminya juga bakal membincangkan beberapa perkara.

Salah satunya iaitu IFAB memberikan kebebasan kepada persatuan bola sepak kebangsaan (FA) untuk menentukan seberapa ramai mana pemain boleh ditukar dalam sesebuah perlawanan.

Seterusnya FIFA akan pro-aktif dalam menilai keberkesanan pertukaran ke-4 untuk perlawanan yang berlarutan lebih 90 minit yang sudah pun diuji sepanjang 2016.

IFAB juga bakal mendengar pembentangan hasil percubaan pertukaran keempat tersebut dan memutuskan sama ada ia sebagai terpakai secara umum dalam peraturan perlawanan.

Selain itu juga, mereka akan berbincang mengenai paparan logo pengeluar barangan berkaitan pemain.

Kesimpulan

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan FIFA, Gianni Infantino telah mencadangkan banyak perkara. Antaranya format Piala Duni 48 pasukan, penggunaan bukti video untuk pengadilan dan banyak lagi.

Untuk memperkenalkan sin-bins ini, pastinya ada pro dan kontra beberapa reformasi dalam sukan nombor 1 duna ini. Sudah tentu sin-bins ini menjadi tumpuan lebih.

Jika sin-bins ini dilaksanakan dan hasilnya kurang memberangsangkan, tidak mengapa IFAB untuk melakukan ‘U-turn’. Tidak salah memberi peluang untuk mencuba bukan?

Apa kata anda?

Baca juga: JDT Atasi Urawa Reds dan Buriram United Dalam Ranking Kelab-Kelab Terbaik AFC

The post FIFA Bakal Laksanakan Sin-Bins Dalam Bola Sepak? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : JDTFC Tewaskan Bangkok United FC

Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim FC bimbingan Ketua Jurulatih berasal dari Mexico hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah apabila berjaya ke peringkat pusingan akhir playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 apabila berjaya menewaskan kelab Thailand, Bangkok United FC. JDTFC menang penentuan penalti dramatik 5-4 setelah kedudukan terikat dengan keputusan 1-1 tamat 120 minit perlawanan. Gol JDTFC dijaringkan oleh Ketua Pasukan mereka Safiq Rahim namun disamakan oleh Bangkok United di minit-minit akhir perlawanan masa tambahan sekaligus mengheret ke penentuan sepakan penalti. Kejayaan ini nyata amat bermakna selepas 2 kali terkandas pada pusingan yang sama pada edisi 2015 dan 2016 kedua-duanya tewas kepada kelab Thailand

JDTFC sebelum itu terpaksa beraksi dengan dengan 10 pemain apabila penyerang import mereka Jeronimo Berrales dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Laluan JDTFC seterusnya adalah kelab dari Liga J1 Jepun Gamba Osaka dalam perlawanan yang dijadualkan pada 7 Februari 2017 akan datang. Bual Sukan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan JDTFC atas kejayaan melangkah ke pusingan akhir playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 akan datang.
Sukan Malaysia dan Antarabangsa