356B744400000578-0-image-a-3_1466241463648

6 Pemain Bola Sepak Yang Sebenarnya Ada Pertalian Kekeluargaan

Kita biasanya kenal pemain adik beradik seperti Brian Laudrup-Michael Laudrup, adik beradik Pogba, Granit Xhaka-Taulant Xhaka, Lars Bender-Sven Bender dan ramai lagi.

Namun dalam artikel ini kami ingin membawa anda kepada beberapa senarai pemain bola sepak yang ada hubungan kekeluargaan yang mungkin ramai di antara kita tidak sangka ataupun tidak tahu.

1. James Rodriguez-David Ospina

Ospina adalah abang ipar kepada James Rodriguez selepas bintang Real Madrid tersebut mengahwini adik Ospina, Daniela. James dan Ospina masih aktif mewakili pasukan Colombia.

Hubungan kedua-dua mereka memang rapat ditambah pula dengan status di luar padang mereka.

2. Alex Iwobi – Jay Jay Okocha

Untuk penyokong Arsenal, mereka mungkin sudah tahu akan pertalian di antara pemain muda Arsenal ini dengan Lagenda Nigeria, Jay Jay Okocha.

Iwobi adalah anak saudara ataupun anak buah kepada Jay Jay Okocha. Iwobi banyak menjadikan pak cik beliau sebagai inspirasi. Kedua-dua mereka bermain sebagai pemain serangan.

Musim ini, Iwobi agak cemerlang dalam kempen Arsenal. Namun kami rasa Iwobi harus belajar lebih banyak daripada pak cik beliau yang dianggap pemain terbaik sepanjang zaman Nigeria dan digelar Wizard!

3. Mark Viduka – Luka Modric

Lagenda Leeds United dan Australia Mark Viduka adalah sepupu kepada bintang Real Madrid, Luka Modric. Ramai mungkin tertanya-tanya bagaimana kedua-duanya boleh ada pertalian sedekat ini.

Mereka memang ada pertalian kekeluargaan. Namun keluarga Mark Viduka telah berhijrah ke Australia pada sekitar 1960-an. Kedua-dua pemain adalah pemain yang ada kelas tersendiri di posisi mereka.

4. Leroy Fer – Patrick van Aanholt

Kedua-dua pemain ini sedang menikmati musim yang baik di EPL. Leroy Fer bermula dengan sangat baik musim ini di EPL walaupun Swansea dalam krisis prestasi yang agak kritikal.

Van Aanhlot pula menjai pemain penting di Stadium Of Light. Kedua-dua pemain ini adalah sepupu.

5. Didier Drogba – Oliver Tebily

Penyerang Chelsea, Drogba dikenali di seluruh dunia kerana bakat bola sepak dan sikap pemurah beliau di luar padang. Beliau adalah lagenda bola sepak dunia.

Drogba bukan sahaja pujaan jutaan peminat bola sepak global malah menjadi figura inspirasi dan dianggap pemain terbaik sepanjang zaman di Ivory Coast.

Oliver Tebily pula lebih menikmati karier di peringkat domestik dan tidak ada kejayaan seperti UCL yang dimiliki Drogba. Kedua-dua pemain ini adalah sepupu.

Tebily adalah peminat setia Arsenal dan Drogba sudah pastinya pro-Chelsea. Jadi mereka berdua kerap mengusik (bantering) dan troll antara satu sama lain.

6. Yannick Bolasie – Lomana LuaLua

Kedua-dua pemain ini adalah sepupu. Mereka juga dari keluarga yang susah ketika kecil. Di Congo keluarga mereka bertarung dengan kemiskinan dan juga kebuluran.

Keluarga Yannick Bolasie kemudian berhijrah ke Perancis dan Yannick dilahirkan di sana. Mereka sama-sama melalui perjalanan yang sukar untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Baca juga : 8 Pemain Bola Sepak (Termasuk Amri Yahyah) Yang Mempunyai ‘Chant’ Mereka Sendiri

The post 6 Pemain Bola Sepak Yang Sebenarnya Ada Pertalian Kekeluargaan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *