Aksi Palestin vs Malaysia Kekal Di Hebron: Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Permohonan Pertukaran Ke Gelanggang Berkecuali

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini telah menghantar permohonan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya venue perlawanan antara Palestin dan Malaysia pada 12 November ini ditukar ke gelanggang berkecuali jika tiada jaminan keselamatan diberikan terhadap pasukan negara sepanjang berada di Palestin.

Biro Kelayakan Piala Dunia FIFA dipengerusikan Juan Angel Napout yang bermesyuarat di Zurich, Switzerland pada Selasa (20 Oktober 2015) telah meneliti permohonan FAM untuk perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu diadakan di gelanggang berkecuali.

Biro Kelayakan Piala Dunia Kekalkan Venue Di Palestin

Pihak biro telah membuat keputusan untuk mengekalkan venue perlawanan Palestin vs Malaysia seperti yang dijadualkan iaitu ia akan tetap berlangsung di Stadium Dura di Hebron, Palestin selepas pihak berkuasa Palestin sudah mengambil semua langkah bagi memastikan keselamatan delegasi pasukan Malaysia sepanjang berada di Palestin nanti.

FIFA juga akan melantik pegawai keselamatan yang pakar untuk bekerjasama secara terus dengan Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) bagi memastikan perlawanan antara Palestin dan Malaysia itu berlangsung dalam keadaan yang baik.

 

Baca: 10 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Kekalahan 6-0 Menentang Palestin 

Baki perlawanan Kumpulan A membabitkan Malaysia bagi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019:

12 November 2015: Palestin vs Malaysia (Stadium Dura, Hebron)

17 November 2015: Malaysiavs UAE (Stadium Shah Alam)
Perlawanan tanpa penonton

Baca: Kenali Omar Abdulrahman, Pemain UAE Yang Manchester City Ingin Beli

24 Mac 2016: Arab Saudi vs Malaysia (Stadium Prince Mohamed bin Fahd)

Baca juga: 8 Perkara Yang Kita Belajar Daripada Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi

Sumber: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

 

The post Aksi Palestin vs Malaysia Kekal Di Hebron: Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *