fp

Ashley Westwood: Bakal Merevolusikan Pulau Pinang Dengan Kuasa Pemain Muda

Pulau Pinang mengesahkan mereka mengesahkan bahawa mereka sudah mencapai persetujuan dengan Ashley Westwood sebagai Ketua Jurulatih mereka.

Ia disahkan melalui laman rasmi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP)

fp

Siapakah Ashley Westwood?

Beliau adalah jurulatih yang berasal dari England. Karier beliau sebagai pemain agak menarik. Pada awal perkembangan beliau, Ashley Westwood menyertai akademi Manchester United.

Westwood membantu skuad belia United untuk menjuarai Piala FA Belia 1994/1995.

Beliau kemudian menyertai Crewe Alexandria pada 1995. Pada 1998, beliau menyertai Bradford dan membantu kelab tersebut memenangi promosi ke EPL.

Namun karier terbaik beliau mungkin ketika bersama-sama dengan Sheffield United. Beliau muncul dalam 77 perlawanan untuk Sheffield.

Westwood berhijrah ke banyak kelab dalam karier beliau.

westwood-listcle-2_getty_northampton-now

Kejurulatihan

Peringkat awal kejurulatihan beliau adalah ketika di Blackpool. Beliau menjadi jurulatih pasukan utama di bawah pengurus Michael Appleton.

Westwood turut bersama-sama dengan staf backroom Appleton ketika pengurus tersebut menyertai Blackburn Rovers.

FC Bengaluru

Di India beliau sangat signifikan dengan kebangkitan FC Bengaluru. Westwood membina skuad tersebut dari asas. Westwood mendidik pemain-pemain muda di sana.

Beliau berjaya membantu Bengaluru menjuarai Liga India sebanyak 2 kali dari musim 2014-2016. Pada 2015, Westwood membantu Bengaluru mara ke peringkat 16 pasukan Piala AFF.

aw1

Beliau meninggalkan Bengaluru selepas kontrak tamat pada May lalu.

Satu portal berita di India melaporkan Westwood menolak beberapa tawaran lain dari sekitar Asia dan Eropah untuk datang ke Malaysia.

Salah satu jawatan besar yang sukar untuk ditolak adalah Pengarah Teknikal untuk kelab Hong Kong, Kitchee.

Ini adalah pengalaman pertama beliau untuk melatih pasukan di rantau Asia.

Karakter

Ashley Westwood adalah jurulatih yang banyak belajar daripada corak pengurusan Sir Alex Ferguson dan juga Michael Appleton.

Namun beliau lebih tertarik dengan ‘nilai’ yang ada pada Alex Ferguson.

“Ferguson sangat teliti dalam pengurusan, termasuk isu pemain sehinggalah ke kitman.”

“Beliau(Ferguson) adalah seorang yang meletakkan sasaran dan mengharapkan hasil. Dan keinginan beliau untuk menang adalah sesuatu yang paling tinggi pernah saya lihat dalam seseorang.”

aw2

“Saya rasa bertuah kerana sentiasa ada ruang untuk berhubung dengan Sir Alex Ferguson sekitar dua kali dalam setahun bila saya memerlukan.”

“Kami akan bercakap di telefon dan juga mesej.”

Dari segi taktikal, beliau adalah jurulatih yang menggemari bola sepak menyerang. Agak terhad untuk kami berbicara soal taktikal ini kerana maklumat yang kurang.

Beliau pernah melabel dirinya sebagai jurulatih yang cepat menyesuaikan diri dengan keadaan.

Westwood Dan Bakat Muda

Ashley Westwood terkenal dengan kemampuan beliau untuk membangunkan pemain muda. Hampir dalam setiap perlawanan beliau ketika di Bengaluru beliau akan memasukan pemain bawah 22 tahun dalam pasukan beliau.

Beliau pernah mengkritik beberapa pasukan di India yang seakan-akan tidak suka dengan peraturan Liga India yang menetapkan sekurang-kurangnya seorang pemain bawah 22 tahun dalam senarai untuk perlawanan.

Westwood memang terkenal dengan sikap lantang beliau dalam bersuara. Dalam perlawanan penting menentang Mumbai FC Beliau berkata:

“Kami hari ini menurunkan 4 pemain bawah 22 tahun di dalam padang. Walaupun kami terdesak ingin menang kami tetap masukkan seorang lagi pemain muda (B-22 tahun) kami.”

aw3

“Kami sentiasa yakin dengan bakat muda kami, tetapi yang memalukan adalah pasukan lain tidak yakin dengan mereka (pemain muda).”

“Kita sentiasa bercakap tentang pembangunan bola sepak India, tetapi kita tak nampak hasilnya.”

“Rasanya, saya sahaja jurulatih asing dalam liga ini (India) yang menghormati peraturan pemain muda ini dan yakin terhadap pemain muda.”

“Mungkin saya patut melihat diri dalam cermin. Saya sendiri bukan orang India jadi kenapa pula saya yang lebih mengambil berat tentang pembangunan bola sepak India?”

Selamat Bertugas Di Pulau Pinang Ashley Westwood!

Kami di semuanyaBOLA ingin mengalu-alukan kedatangan Ashley Westwood ke dalam kancah bola sepak Malaysia.

Selamat Datang dan Selamat Maju jaya untuk anda dan juga pasukan Pulau Pinang.

Baca juga : Statistik Menunjukkan Brazil Merupakan Negara Paling Banyak Eksport Bakat Ke Eropah

The post Ashley Westwood: Bakal Merevolusikan Pulau Pinang Dengan Kuasa Pemain Muda appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *