Terima kasih Tengku Abdullah, semoga berjaya TMJ!

Bolasepak dibawa masuk ke semenanjung Tanah Melayu melalui penjajah British. Walaupun sukan tradisional sepak raga sejak dahulu lagi menjadi permainan kesukaan orang-orang Melayu, bolasepak kini telah menguasai hampir semua bangsa di dunia termasuklah bangsa Melayu dan warganegara Malaysia. Rata-rata penduduk Amerika Syarikat yang lebih gemar kepada American football pun sudah mula merasai betapa bahangnya fanatik sejumlah manusia kepada bolasepak, yang mereka sendiri panggil sebagai soccer.

HMS Malaya: Kedatangan bolasepak melalui kapal perang
(kredit: www.hobbylinc.com)

Apabila kapal perang HMS Malaya singgah di perairan negara pada 1920, kehidupan rakyat tempatan mulai berubah. Tahun 1921, bermulalah pertandingan bolasepak tahunan peringkat kebangsaan iaitu Malaya Cup. Ianya begitu popular hinggakan hanya Perang Dunia Kedua sahaja yang boleh menghentikannya buat sementara. Pada tahun 1926, persatuan-persatuan bolasepak Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan juga Singapore Amateur Football Association telah bergabung untuk membentuk Malayan Football Association (MFA). Asalnya berpangkalan di Singapura, MFA kemudiannya dihidupkan semula menjadi Football Association of Malaya (FAM) pada 1933 dengan seorang pentadbir kolonial British yakni Sir Andrew Caldecott menjadi presidennya yang pertama. Selepas itu, presiden FAM adalah M.B. Shelley diikuti dengan Dr. J.S. Webster, S.D. Scott, R. Williamson, J.E King, Adrian Clark, H.P Byson, dan Dr. C. Rawson, sehinggalah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menjadi Presiden FAM bukan British yang pertama pada 1951.

Sir Andrew Caldecott
(sumber: www.npg.org.uk)

Selepas pentadbiran FAM dipindahkan dari Singapura ke Malaya pada 1940, jawatan setiausaha agung FAM diwujudkan dengan pelantikan A.R. Singham pada 1941. Senarai setiausaha agung FAM termasuklah Datuk Kwok Kin Keng, Dato’ T.P Murugasu, Dato’ Paul Mony Samuel, Dato’ Dell Akbar Khan, Dato’ Ibrahim Saad, Dato’ Azzuddin Ahmad, dan Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin. Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden telah membawa FAM menjadi antara 14 anggota pengasas Asian Football Confederation (AFC) pada 1956. Dua tahun kemudian, FAM diiktiraf sebagai ahli FIFA. Semangat Tunku terhadap bolasepak juga telah menghasilkan pembinaan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur, tempat pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Selain itu, rakyat turut dihadiahkan dengan kejohanan Pestabola Merdeka sebagai salah satu acara utama sambutan kemerdekaan yang kini sayangnya tidak lagi diadakan secara berterusan. Skuad kebangsaan Harimau Malaya pula meraih pelbagai pencapaian, termasuk buat pertama kalinya layak ke Sukan Olimpik pada 1972 di Munich, Jerman Barat.

Tatkala Football Association of Malaya telah diubah namanya kepada Football Association of Malaysia, Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tampuk kepimpinan FAM daripada Tunku. Jawatan presiden FAM seterusnya diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah, yang kemudiannya turut dilantik menjadi presiden AFC. Selepas itu, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah menjadi presiden FAM sebelum diganti dengan anakanda baginda, Tengku Abdullah. Berikutan pengumuman penarikan diri Tan Sri Annuar Musa daripada bertanding dalam pemilihan presiden FAM untuk penggal yang baharu, tahun 2017 bakal memperlihatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menjadi presiden yang ke-15 dalam sejarah FAM.

Kerusi presiden FAM akan berpindah tangan kepada TMJ.
(gambar: The Star Online)

Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada Tengku Abdullah kerana telah berusaha dengan sebaik mungkin. Tahniah pula diucapkan kepada Tunku Ismail. Adalah menjadi harapan besar kami semua agar segala macam kanser dan parasit di badan induk bolasepak negara dibuang dengan segera, demi maruah negara!

DUNIA BOLA SEPAK

Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Salah satu daripada calon presiden baharu FAM iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri daripada bertanding sebagai presiden FAM.

Keputusan ini disahkan oleh beliau sendiri selepas mengadakan sidang media di Parlimen sebentar tadi – sumber Astro Awani.

Tiada desakan

Menurut Annuar sendiri, keputusan beliau menarik diri ini bukanlah atas desakan daripada mana-mana pihak.

“Tiada sebarang desakan daripada mana-mana pihak, ini keputusan saya sendiri.”

Tambah Annuar lagi, beliau akan meneruskan tugas beliau seperti biasa dengan jawatan yang ada sekarang dan tidak akan menerima sebarang posisi sebagai penasihat di FAM.

“Saya rasa tak perlu, saya akan lakukan tugas seperti biasa.”

“Bagi saya, FAM perlu bermula dari posisi yang betul.”

Elak berpuak

Keputusan Annuar untuk menarik diri daripada menjadi calon presiden FAM adalah kerana beliau tidak mahu situasi berpuak-puak wujud di dalam FAM.

“Tiada guna jika ada yang menang dan yang kalah.”

“Jika saya menang, akan ada yang kata saya ini menang kerana Khairy Jamaluddin. Tetapi jika pihak satu lagi (TMJ) menang pula akan timbul kelompok yang suka dan tak suka dengannya.”

“Itu satu perkara yang tidak baik untuk bola sepak.”

Penarikan diri Annuar sebagai calon presiden FAM menyaksikan pertandingan satu penjuru yang kini menyaksikan hanya Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang masih bertanding.

TMJ dijangka menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-53 Sabtu ini.

Baca juga: Manifesto TMJ Sempena Pemilihan Presiden FAM: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat

The post Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Alex Ferguson Dedahkan Sebab Gagal Dapatkan Pemain Idaman Beliau, Paolo Maldini

Sir Alex Ferguson mendedahkan beliau sangat hampir untuk mendapatkan Paolo Maldini untuk Manchester United.

Namun hasrat itu tidak direstui oleh ayah Paolo Maldini iaitu Cesare Maldini.

Sir Alex juga menyatakan, Cesare telah menggunakan alasan kesetian keluarga mereka kepada Milan sebagai faktor terkuat untuk menghalang niat Sir Alex Ferguson.

Paolo Maldini hanya akan berhijrah jika AC Milan menyingkirkan beliau sahaja. Palo Maldini telah menjuarai 5 kejuaraan Eropah dan 7 Serie A sepanjang 25 tahun karier di AC Milan.

Bercakap di hadapan wartawan semasa majlis perlancaran International Champions Cup di New York, Sir Alex Ferguson berkata:

“Saya pernah cuba menandatangani Paolo Maldini. Tetapi ianya terhalang apabila saya bertemu ayah dia.”

“Ketika itu, Cesare siap menggelengkan kepala dan meminta saya memahami situasi. Ianya bukan sekadar bola sepak sebaliknya atas semangat kekeluargaan.”

“Dia berkata kepada saya, datuk saya Milan, ayah saya Milan, saya Milan, anak saya pun Milan. Lupakanlah niat itu.”

Sir Alex turut berkongsi kerinduan beliau kepada kawasan teknikal di tepi padang. Beliau merindui perlawanan bola sepak yang besar sebagai pengurus pasukan.

Kini, pengurus lagenda ini cuba menghadiri sebanyak mungkin perlawanan-perlawanan dan derbi yang besar di seluruh dunia.

Sir Alex Ferguson juga berbesar hati untuk terlibat dalam perlawanan testimonial Michael Carrick.

Baca juga: Kisah Bagaimana 5 Derbi Terakhir, 5 Pengurus Baru Dilantik!

The post Alex Ferguson Dedahkan Sebab Gagal Dapatkan Pemain Idaman Beliau, Paolo Maldini appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pertahanan Celtic: “Neymar Adalah Pelakon Terhebat Dalam Bola Sepak!”

Pemain Celtic, Mikael Lustig nyata bukanlah peminat kepada bintang Barcelona iaitu Neymar.

Hal ini kerana, beliau merasakan pemain Brazil itu adalah seorang “pelakon terhebat dalam bola sepak”.

Senang jatuh

Tapi apa kaitan Lustig dengan Neymar? Atau apa kaitan Celtic dengan Barcelona.

Semuanya kembali kepada perlawanan UEFA Champions League diantara Celtic dan Barcelona di Celtic Park ketika peringkat kumpulan tempoh hari.

Lustig yang merupakan pertahanan kanan Celtic ditugaskan untuk mengawal segala pergerakan Neymar.

Ia bukanlah malam yang mudah untuk kedua-dua pemain, hal ini kerana Lustig dan Neymar menghadapi pertarungan 1 lawan 1 yang cukup hebat sesama mereka ketika perlawanan itu sampai bergaduh.

Lustig nyata tidak senang dengan tindakan Neymar yang digambarkan beliau sebagai “mudah jatuh”.

“Neymar ni senang sangat jatuh. Kita nak sentuh dia pun tak boleh.”

“Saya boleh cakap yang Neymar ni adalah pelakon terhebat dalam bola sepak.”

Tetap terbaik

Namun begitu, Lustig tetap menganggap Neymar merupakan pemain antara yang terbaik di dunia ini.

“Saya tetap anggap beliau adalah antara pemain terbaik di dunia ini. Tetapi beliau perlu bertindak seperti memang seorang pemain terbaik di dunia.”

Lustig juga mengaku beliau mengalami kesukaran untuk menjaga Neymar pada malam tersebut.

“Saya perlu menutup ruang dan kadang kala terpaksa lakukan helah menewaskannya.”

“Ada juga masa saya perlu masuk ke dalam fikirannya untuk meneka apa yang beliau akan lakukan selepas ini.”

Baca juga: PKNS FC Rancang Bina Stadium Sendiri, 3 Lokasi Jadi Pilihan

The post Pertahanan Celtic: “Neymar Adalah Pelakon Terhebat Dalam Bola Sepak!” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Gary Neville Sokong Cadangan Untuk Melarang Pemecatan Pengurus Sebelum Musim Berakhir

Gary Neville sangat bersetuju sekiranya ada satu mekanisme diwujudkan untuk membela nasib pengurus daripada dipecat sebelum musim berakhir.

Jadi, ia akan lebih menjadikan pengurus lebih banyak peluang untuk membuktikan diri mereka seperti mana yang diberikan kepada pemain.

Sistem yang sedia ada, pemain hanya ditamatkan kontrak jika ada melanggar peraturan dan kesalahan yang besar oleh kelab.

Beliau juga percaya idea ini akan mendapat banyak sokongan daripada pelbagai pihak kecuali para pemilik kelab.

Neville memberikan pendapat beliau tentang hal ini selepas geram dengan pemecatan Aitor Karanka.

Aitor Karanka adalah pengurus yang ke-6 dipecat di dalam EPL musim ini. Dalam podcast Sky Sports, Neville berkata:

“Saya akan menyokong sepenuhnya idea melarang pengurus dipecat ketika musim berlangsung.”

“Apabila anda dalam rangka persiapan awal musim, anda berbincang dengan pengurus anda. Oleh itu mereka harus ada di sana menjadi pengurus untuk satu musim.”

“Ramai orang dalam bola sepak akan menyokong idea ini dari sudut profesional. Namun saya tak pasti akan ada pemilik kelab yang akan menyokong.”

“Pemain juga akan tahu mereka harus bekerja dengan pengurus mereka untuk satu musim.”

Neville memberikan pendapat tentang isu Ranieri yang dilaporkan hilang kawalan ke atas bilik persalinan beliau dan ada pemain yang memboikot beliau.

Walaupun Leicester menunjukkan peningkatan mendadak di bawah pengurus baru mereka, Neville berkata:

“Kerap kali kita melihat pasukan yang mengambil langkah seperti ini.”

“Saya harap mereka (Leicester) tidak akan berjaya. Sebab, jika mereka berjaya, ia akan memberikan orang lain inspirasi untuk melakukan perkara yang sama.”

Neville mengakui impak yang berlaku kepada Hull City dan juga Swansea selepas memecat pengurus mereka.

Namun beliau tetap berharap ia tidak akan terlalu menjadi kepada kedua-dua pasukan tersebut.

Sebagai rekod, Neville pernah dipecat ketika baki 8 perlawanan lagi musim liga berakhir. Neville dilantik sebagai pengurus pada pertengahan musim.

Baca juga: Sir Alex Ferguson Akan Kembali Menjadi Pengurus Manchester United?

The post Gary Neville Sokong Cadangan Untuk Melarang Pemecatan Pengurus Sebelum Musim Berakhir appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Conte Bergayut Seperti Budak-Budak Kerana Terlalu Gembira ‘Perjudian’ Mendapat Pulangan

Antonio Conte bukanlah asing untuk babak-babak meraikan gol dengan cara penuh girang. Namun untuk bergayut seperti semalam ia adalah pertama kali.

Ini selepas jaringan kemenangan lewat oleh Gary Cahill selepas pemain-pemain Stoke gagal mengeluarkan sepakan penjuru Fabregas.

Gary Cahill berkata:

“Kemenangan ini terlalu bermakna untkuk kami. Lihatlah kegirangan semua orang ketika meraikannya.”

Antonio Conte pula menyatakan beliau meraikan gol seperti budak-budak kerana para pemainnya sangat memahami kehendak dan falsafah taktikal beliau.

Conte berkata:

“Pemain-pemain saya memahami idea bola sepak yang saya mahukan. Mereka sudah mengadaptasi sistem saya dengan baik.”

“Dalam filosofi bola sepak saya, saya mahukan pasukan membina sesuatu yang penting pada produk akhir.”

Conte mengakui sistem 3-4-3 beliau kurang berkesan di dalam perlawanan menentang Stoke semalam dan menukarkannya kepada sistem bek berempat selepas 20 minit separuh masa kedua.

Oleh itu, Conte menggantikan bek sayap Moses dan memasukkan pemain perancang tengah Fabregas.

“Ini bukan yang pertama kali kami terpaksa menukar sistem 3-4-3. Ia juga berlaku ketika menentang Burnley.”

“Dalam setiap perlawanan, jika anda rasakan taktikal anda kurang menjadi dan anda tetap mahukan 3 mata, anda perlu mengambil risiko dengan melakukan perubahan.”

“Ketika melakukan perubahan ini, anda mungkin akan mendapat hasil lebih baik ataupun berkemungkinan akan dihukum pihak lawan. Ianya adalah perjudian (gamble) dan mengambil risiko.”

“Namun saya sentiasa akan mengambil risiko demi 3 mata.”

“Selain itu, saya juga akan melakukan perubahan kerana mahu mempertahankan 3 mata.”

Chelsea secara matematiknya hanya perlu menang 7 perlawanan lagi sekiranya Spurs pun menang kesemua 7 perlawanan berikutnya.

Baca juga: Hashim Mustapha, Kisah Daripada Hanya ‘Budak Tingkatan 4’ Kepada Budak Emas !

The post Conte Bergayut Seperti Budak-Budak Kerana Terlalu Gembira ‘Perjudian’ Mendapat Pulangan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Lagenda Juventus Dedahkan Kelab Itu Hampir Dapatkan Lionel Messi Pada 2005

Lagenda Juventus iaitu Mauro Camoranesi mendedahkan pasukannya itu hampir mendapatkan khidmat bintang Barcelona iaitu Lionel Messi.

Beliau berkata demikian yang bekas kelabnya itu hampir berjaya mendapatkan khidmat Messi kira-kira 12 tahun lepas pada tahun 2005.

Tak kukuh

Camoranesi berkata demikian yang pengurus Juventus ketika itu iaitu Fabio Capello pernah merancang untuk mendapatkan Messi ke dalam skuad Juventus.

Beliau berkata yang Capello hampir berjaya mendapatkan Messi sebagai pembelian beliau ketika itu.

Beliau juga menyatakan yang Capello sudah lama nampak akan potensi Messi yang akan jadi pemain terbaik dunia, namun tidak bagi skuad Juventus ketika itu.

“Capello sudah lama nampak akan potensi Messi. Namun beliau kata tunggu dulu.”

“Hal ini sebab beliau mahu tunggu Messi menjadi pemain yang matang sebelum mendapatkanya.”

Juara Eropah

Menurut Camoranesi, Capello tidak kisah untuk mendapatkan Messi dengan harga yang tinggi dan memaksa Juventus untuk berbelanja lebih.

“Waktu itu, Serie A adalah liga terbaik di dunia.”

“Liga itu cukup kompetitif ketika itu, jadi jika Messi datang ke Juventus pada waktu itu beliau pasti akan menjadi pemain terbaik di dunia.”

Camoranesi juga memberikan gambaran yang jika Messi hadir ke Juventus ketika itu, pasukannya pasti sudah mendakap gelaran UEFA Champions League.

“Saya yakin jika beliau datang ke Juventus ketika itu, kami pasti sudah jadi juara Eropah.”

“Beliau mungkin tak menang trofi seperti yang beliau dapat ketika di Barcelona. Namun kebolehan individu beliau itu boleh dapatkan anugerah-anugerah individu sebanyak mana yang beliau peroleh sekarang.”

Messi kini pemenang 5 kali Ballon d’Or – terbanyak dalam sejarah.

Baca juga: 10 Gandingan Bek Tengah Terbaik Di Eropah Pilihan Squawka

The post Lagenda Juventus Dedahkan Kelab Itu Hampir Dapatkan Lionel Messi Pada 2005 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Penentuan Sama Ada Los Angeles Atau Paris, Siapa Akan Jadi Hos Olimpik 2024?

Beberapa minggu lalu, Budapest, Hungary telah menarik diri dari persaingan bidaan hos Olimpik 2024.

Maka, tinggallah Los Angeles (Amerika Syarikat) dan Paris (Perancis) untuk saingan bidaan hos Sukan Olimpik 2024.

Sebelum ini, Rom (Itali) dan Hamburg (Jerman) juga menarik diri untuk membida temasya sukan terulung dunia untuk edisi 2024.

Timbul kerisauan

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyuarakan kebimbangan bahawa masa depan penganjuran Sukan Olimpik setelah 3 bidaan ditarik keluar.

Kebetulan juga, Durban di Afrika Selatan ditarik hak penganjuran Sukan Komanwel 2022 oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

CGF pernah menyuarakan kebimbangan penganjuran Sukan Komanwel tidak lama dulu.

Nota: Sukan Komanwel tidak pernah menganjurkan acara bola sepak walaupun bola sepak moden berasal dari Britain! Anehnya, sukan lain dari Britain dipertandingkan di Sukan Komanwel seperti hoki dan kriket!

IOC mewujudkan satu pasukan khas yang disertai beberapa orang Naib Presiden IOC untuk membincangkan reformasi proses bidaan temasya sukan terbesar dunia itu.

Pasukan itu juga membuat perbincangan mengenai melantik terus hos Sukan Olimpik 2024 dan 2028 tanpa sebarang undian.

Pasukan itu bakal membentangkan kajian mereka pada Julai ini di Lausanne, Switzerland. Namun, ada kebarangkalian hos Sukan Olimpik 2024 dan 2028 bakal diumumkan serentak pada IOC Session di Lima pada September ini.

Siapa hos 2024 dan 2028?

Tradisinya, bandar raya akan menjadi hos Sukan Olimpik akan diumumkan 7 tahun lebih awal.

Cadangan pengumuman hos kedua-dua edisi temasya ini timbul setelah pasukan bidaan Budapest menarik diri pada tempoh hari.

Jika cadangan ini dilaksanakan, tidak pasti sama ada Los Angeles atau Paris diberi mandat hos 2024.

Sekiranya Paris diberi mandat pada 2024, Los Angeles akan djadikan hos pada 2028 atau vice-versa.

Namun cadangan ini menerima tentangan daripada beberapa pihak. Faktor penentangan cadangan itu dipercayai kerana ada bandar raya yang bercadang untuk bida Olimpik 2028.

Dua bandar raya yang disebut-sebut ialah Brisbane (Australia) dan Istanbul (Turki). Istanbul tewas dalam pemilihan hos 2020 dengan Tokyo, Jepun.

Kuala Lumpur pernah mencuba untuk membida Olimpik pada 2008 namun tidak memasuki senarai akhir pencalonan.

Impak kepada bola sepak

Anda kata bidaan Sukan Olimpik tiada kaitan dengan bola sepak? Ternyata anda silap!

Sebenarnya, venue bola sepak Sukan Olimpik juga dinilai oleh pasukan penilaian daripada IOC sebagaimana venue acara lain.

Kebiasaannya, acara bola sepak lelaki dan wanita diadakan di beberapa buah bandar raya dalam negara hos Sukan Olimpik tersebut.

Contoh, London menjadi tuan rumah edisi 2012, Old Trafford di Manchester turut terpilih menjadi hos perlawanan acara bola sepak.

Dalam proses penilaian bidaan, kelebihan banyak berpihak kepada negara yang memiliki stadium bola sepak yang bagus. Contoh, Brazil (2016), Britain (2012).

Kesimpulan

Tidak kisahlah negara mana menjadi hos Sukan Olimpik 2024, 2028, 2032 dan seterusnya.

Ada beberapa persoalan perlu difikirkan bersama:

  1. Bilakah pasukan bola sepak negara akan kembali semula ke pentas Olimpik?
  2. Takkanlah kita mahu menceritakan sejarah Moscow 1980 kepada anak cucu cicit kita pada masa hadapan?
  3. Atau takkanlah kita bergembira hanya menjulang pingat emas Sukan SEA atau menjuarai Piala AFF Suzuki Cup sahaja?

Renungkan!

Baca juga:Sistem Feeder Club & Senior Affiliate, Bagaimana Sistem Ini Berfungsi?

The post Penentuan Sama Ada Los Angeles Atau Paris, Siapa Akan Jadi Hos Olimpik 2024? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

8 Perkara Asas Yang Anda Harus Tahu Ketika Menggelecek Bola

Menggelecek adalah satu aktiviti di mana pemain bola sepak menguasai bola di kaki mereka dan menggerakkannya melepasi pertahanan.

Ketika menggelecek, pemain perlu menyudahkan gelecekan mereka dengan hantaran ataupun rembatan. Barulah ia dikira gelecekan yang berjaya dan dimasukkan dalam data opta (jika ada).

Gelecekan memerlukan pemain untuk berada dalam kedudukan yang seimbang dan stabil ketika melarikan bola.

Sehebat mana seorang pemain itu menggelecek, jika terlampau menggelecek ia akan mempengaruhi ketajaman sesebuah pasukan.

Jadi, menggelecek tu biarlah berpada-pada dan atas tujuan untuk mencipta gol sama ada mencetuskan peluang ataupun cubaan gol secara berpasukan.

1. Fokus

Ketika menggelecek pastikan anda ada visi yang baik dan sentiasa fokus kepada halangan dari semua arah termasuk dari belakang.

Penggelecek yang hebat akan boleh mengurangkan perhatian kepada bola berbanding dengan pemain yang di sekitar mereka.

2. Mengekalkan penguasaan bola

Anda perlu memastikan anda ada kawalan ke atas bola daripada dirampas pihak lawan dan hilang penguasaan.

Misi utama anda menggelecek adalah untuk mengekalkan penguasaan bola. Antara cara yang anda boleh lakukan ialah:

i. Melindungi bola (Shielding the Ball)

Ia adalah satu cara pemain melindungi bola dengan badan mereka. Pemain lawan tidak ada akses kepada bola ketika anda menggerakkan bola.

Jadi, amda perlu melatih fizikal anda supaya menjadi lebih kuat dan stabil. Semakin kuat anda melidungi bola, semakin tinggi kemampuan anda menggelecek.

ii. Kekal dekat dengan bola (Keeping the Ball Close)

Salah satu cara pertahanan mematikan gelecekan lawan adalah dengan bentesan dan terjahan.

Jadi, seorang peggelecek harus ada kemampuan tinggi dalam menyentuh ataupun menggentel bola dengan kaki.

Kemahiran seperti melakukan depth touch dan close control ala Iniesta antara yang menjadi impian semua dribbler.

Jadi, banyakkan latihan untuk menggelecek dan mengawal bola dalam keadaan yang sangat dekat dengan kaki.

3. Segera masuk ke dalam ruang

Anda perlu berlatih untuk segera masuk ke dalam ruang yang terbuka dengan segera.

Semakin baik seorang itu menggelecek, semakin tinggi kemampuan mereka untuk masuk ke dalam ruang kecil.

Sekiranya anda terkepung, pastikan anda cepat membuat keputusan yang tepat, sama ada untuk meneruskan gelecekan ataupun melepaskan hantaran.

4. Tewaskan pertahanan

Anda perlu tahu kemampuan pertahanan yang akan anda tentang.

Antara aspek yang kerap diambil kira adalah kelajuan pertahanan yang bakal anda tentang. Jika anda lebih laju mungkin anda ada kelebihan.

Tetapi jika pertahanan tersebut lebih laju daripada anda, anda memerlukan kemampuan teknikal untuk mengatasi mereka.

Cuba buat kajian, kelemahan pemain pertahanan termasuk kekuatan fizikal mereka ketika mencabar anda secara fizikal.

Ada sesetengah pertahanan terlalu agresif dan cepat melancarkan bentesan. Anda perlu ada plan untuk memanipulasi keadaan ini.

4 di atas ini adalah asas. Manakala 4 lagi aspek selepas ini berkaitan dengan bakat dan latihan.

5. Teknik gelecekan

Walaupun anda tidak berbakat tinggi, namun anda harus ingat, kemahiran itu boleh diasah dengan latihan.

Banyakkan latihan menyentuh bola menggunakan kaki dalam, kaki luar, instep dan tapak kaki.

Penggelecek profesional biasanya boleh melakukan sentuhan dengan 4 bahagian tersebut. Itu yang menjadikan gerakan mereka lebih semulajadi.

6. Menggelecek dengan kelajuan

Anda boleh menajamkan skil gelecekan dengan menggelecek dalam keadaan yang laju.

Semakin tinggi kadar kelajuan dengan kemampuan anda mengawal bola, anda akan semakin baik menggelecek.

Kadangkala, anda perlu bertindak sendiri tanpa perlu menunggu rakan untuk menuju ke kawasan gol dan meyudahkan bola tersebut.

7. Menukar arah (Changing Direction)

Ini adalah rutin yang paling berkesan untuk menewaskan pertahanan. Anda lihat sahaja Eden Hazard, Robben, Ronaldo dan Lionel Messi.

Ia membuatkan pertahanan terperangkap sehingga ada yang terjatuh. Anda perlu melatih fizikal dan teknik kawalan bola anda supaya tangkas untuk menukar arah dengan berkesan.

8. Gunakan kedua-dua kaki

Tidak ramai yang boleh menggelecek secara efektif dengan kedua-dua kaki. Untuk pemain yang tipikal ini, mereka digelar complete dribbler.

Contohnya Neymar, Adam Lallana, dan Ronldinho.

Anda tidak perlu menjadi complete dribbler, sebaliknya anda perlu ada kemampuan untuk menggunakan kedua-dua belah kaki untuk menyentuh bola.

Penting juga untuk anda tajamkan kaki dominan anda dengan secukupnya. Pemain seperti Messi, Mata dan juga Hazard, mereka lebih dominan dengan satu kaki tetapi sangat berkesan.

Rumusan

Menggelecek adalah satu aktiviti yang nampak hebat apabila seseorang pemain itu efektif. Namun ia akan menyakitkan hati semua orang jika ia kerap gagal dan tidak efektif.

Anda perlu menajamkan aspek sentuhan dan juga visi di dalam padang. Teknikal yang tinggi ditambah dengan kelajuan yang baik adalah ramuan terbaik untuk seorang penggelecek.

Baca juga: Kelayakan Piala Asia B-23 2018, Malaysia Diundi Bersama-Sama Thailand

The post 8 Perkara Asas Yang Anda Harus Tahu Ketika Menggelecek Bola appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Samir Nasri Kutuk Vardy Penipu, Kritik Layanan Media England

Samir Nasri tidak berpuas hati dan melabel Jamie Vardy penipu. Ianya selepas insiden panas di antara Nasri dan Vardy dalam UCL.

Dalam pertemuan kedua di antara Leicester dan Sevilla, berlaku konfrontasi di antara kedua-dua pemain.

Nasri telah menanduk Jamie Vardy sekaligus membuatkan pemain Perancis tersebut dibuang padang pada minit ke-74.

Mengulas tentang insiden terbabit, Samir Nasri berkata:

“Dia tidak bercakap apa-apa dan dia melakukannya (berlakon) dengan sangat baik.”

“Kami saling bersemuka dan dia terus terjatuh. Saya ingatkan pemain Inggeris lebih kuat daripada saya.”

“Kepala dia yang datang ke arah kepala saya, dan dia tiba-tiba jatuh.”

“Dia berlakon dengan baik sekali. Saya tidak menyentuh dia langsung dan saya tidak menanduk dia.”

“Apabila dia jatuh, pengadil terus memberikan kami berdua kad kuning.”

Wartawan bertanya, sama ada Nasri mahu menuduh Vardy sebagai diving?

Nasri menjawab:

“Awak rasa macam mana? Cuba lihat balik imej tersebut. Ya! Dia diving dan berlakon dengan baik sekali.”

“Saya tidak cukup bijak untuk memikirkan serta melakukan perkara itu hari itu.”

“Pada pandangan saya, dia (Vardy) seorang penipu. Jika dia pemain asing, wartawan di England akan terus menulis dia seorang penipu.”

“Saya hanya boleh bercakap dan tidak boleh menulis seperti anda.”

“Mereka 2-0 di hadapan, bermainlah seperti lelaki sebenar dan menang sebagai lelaki sebenar.”

“Walaupun anda tidak lebih baik daripada pasukan kami, tetapi anda sudah 2-0 di hadapan, bakal mara dan teruskan bermain dengan semangat kesukanan.”

Ditanya sama ada Nasri menunggu Vardy di terowong. Nasri mengakui hal tersebut. Ini kerana pada mulanya dia mahu bersemuka dengan Vardy sekali lagi.

Namun selepas berfikir balik, beliau membatalkan hasrat tersebut, takut dia tidak boleh mengawal emosi dan membawa kepada perkara lain seperti bergaduh dan digantung oleh UEFA selepas ini.

Sevilla tewas 2-0 dalam perlawanan ini dan mara ke suku akhir UCL dengan aggregate 3-2.

Sebagai tambahan, Samir Nasri beraksi sangat cemerlang dengan Sevilla musim ini dan di antara perancang terbaik di Eropah.

Baca juga: Statistik: AS Monaco Teruskan Rekod Cemerlang Ke Atas Pasukan Dari England

The post Samir Nasri Kutuk Vardy Penipu, Kritik Layanan Media England appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA