BWFCO-vert

Badminton : Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka China 2015

Datuk Lee Chong Wei membuktikan beliau masih mempunyai sentuhan pemusnah apabila merangkul gelaran perseorangan lelaki BWF Badminton Terbuka China 2015 apabila berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia Chen Long dari China pada perlawanan akhir dengan keputusan 21-15 dan 21-11. Beliau yang kini menduduki ranking ke 9 dunia merangkul kejuaraan keempat tahun 2015 setelah kembali beraksi selepas digantung akibat isu doping. Sebelum ini beliau telah merangkul gelaran Grand Prix Emas Kanada 2015, Grand Prix Emas USA dan Siri Super Terbuka Perancis.

Kejayaan ini membuktikan beliau masih mempunyai semangat yang tinggi walaupun dihimpit dengan masalah prestasi sebelum ini. Kemenangan ini nyata mencerahkan laluan beliau untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang sekaligus menjadi harapan Malaysia untuk merangkul pingat emas sulung pasukan negara dalam temasya Olimpik. Bual Sukan percaya, beliau mampu melakukannya dengan latihan serta disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh beliau yang nyata mempunyai keazaman yang tinggi meraih kejayaan. Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau merangkul kejuaraan BWF Terbuka China 2015.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *