LigaBSuperBMalaysiaB2016-vert

Bola Sepak : Carta Jaringan Liga Super 2016

Musim baru Liga Super 2016 telahpun bermula hari ini 13 Februari 2016 di mana 12 pasukan bakal bersaing merebut takhta kejuaraan Liga Super 2016. Pasukan Johor Darul Ta’zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan pastinya sekali lagi turun mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki 2 tahun berturut-turut. Namun begitu, saingan 11 pasukan lain pastinya sengit dan tiada laluan mudah untuk setiap pasukan pada saingan kali ini. Setiap perlawanan pastinya penting untuk setiap pasukan untuk mencapai keputusan terbaik masing-masing. Setiap pasukan pastinya sedaya upaya mencatatkan keputusan terbaik di gelanggang sendiri selain memberi saingan sengit dalam perlawanan di gelanggang lawan bagi mencapai keputusan yang diinginkan. Barisan kejurulatihan pasukan pastinya merencanakan formasi, strategi serta taktikal terbaik pasukan masing-masing untuk mencipta jaringan selain mempertahankan kubu pasukan daripada dibolosi pihak lawan.
Bual Sukan percaya, saingan kali ini pastinya lebih dramatik dan mendebarkan dengan keputusan-keputusan di luar dugaan. Kemampuan menjaringkan gol selain mempertahankan kubu daripada dibolosi pastinya antara senjata penting pasukan masing-masing untuk terus bersaing memburu kedudukan terbaik selain mengelakkan tersingkir ke saingan Liga Premier 2017 akan datang. Seperti tahun-tahun terdahulu, carta jaringan kebanyakannya dikuasai oleh pemain-pemain import. Namun kemampuan pemain tempatan menjaringkan gol juga pastinya diharapkan pasukan masing-masing.

Berikut adalah kedudukan Carta Jaringan Liga Super 2016 : 

1 Gol
Hariss Harun (Johor Darul Ta’zim FC)
Mohd. Hafiz Kamal (Selangor)
Dalibor Volas (Pahang FC)
German Pacheco (Pahang FC)
Gustavo Lopes (Terengganu)
Lutfulla Turaev (Felda United)
Zah Rahan Krangar (Felda United)
Ali Ashfaq (PDRM FA) 
Safawi Rasid (T-Team)
Izzaq Faris Ramlan (T-Team)

* Kemaskini pada 13 Februari 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *