AFCBChampionsBLeague-vert

Bola Sepak : Gamba Osaka lawan Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim FC akan berkunjung ke Jepun bertemu kelab Liga Divisyen 1 Jepun (J-League 1), Gamba Osaka pada saingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2017 di Stadium Bola Sepak Bandar Suita. Pemenang perlawanan ini akan melangkah ke pusingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dalam Kumpulan H bersama-sama dengan pasukan Adelaide United (Australia), Jiangsu Suning (China) dan Jeju United (Korea Selatan). Pasukan JDTFC sebelum itu berjaya menewaskan pasukan Bangkok United FC dari Thailand dengan penentuan sepakan penalti 5-4 setelah kedudukan terikat dengan keputusan 1-1. Pasukan Gamba Osaka merupakan pasukan yang berada di tangga keempat Liga Divisyen 1 Jepun (J1) pada musim 2016.
Selain itu juga, pasukan Gamba Osaka yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih berasal dari Jepun, Kenta Hasegawa yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Jepun adalah antara pasukan yang berjaya muncul juara AFC Liga Juara-Juara Asia iaitu pada edisi 2008 menewaskan pasukan Adelaide United dengan agregat 5-0. Pasukan Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Mexico, Benjamin Mora pastinya akan berdepan tugas getir berdepan pasukan lawan yang dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan, bekas pemain kebangsaan serta pemain import berkualiti. Antara pemain yang perlu diberikan perhatian adalah Ketua Pasukan mereka, Yasuhito Endo yang amat berpengalaman di peringkat kelab dan antarabangsa. JDTFC juga akan beraksi tanpa penyerang import dari Argentina iaitu Jeronimo Barrales yang dilayangkan kad merah pada pertemuan bertemu Bangkok United FC pada 31 Januari yang lalu.

Bual Sukan percaya, kedua-dua Ketua Jurulatih pasukan mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal untuk memerangkap lawan masing-masing. Dengan disiplin menyerang dan bertahan yang baik pastinya akan membuahkan hasil. Walauapapun keputusan perlawanan ini, JDTFC wajar diberikan pujian kerana berjaya melangkah ke pusingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dan tidak mustahil mereka mampu melangkah lebih jauh di masa akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *