FMLLP-vert

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Sepak mula musim baru Liga Super Malaysia 2016 akan bermula 13 Februari 2016 akan datang. 12 pasukan akan bersaing merebut gelaran kejuaraan musim baru ini dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan gelaran yang telah mereka menangi 2 musim berturut-turut. Namun begitu, saingan 11 pasukan lain pastinya sengit dengan setiap pasukan telah melakukan persiapan terbaik masing-masing menghadapi musim panjang Liga Malaysia 2016. Setiap pasukan juga menandatangani pemain-pemain tempatan terbaik serta pemain-pemain import baru berkualiti selain memperkenalkan pemain-pemain muda berpotensi bagi memastikan pasukan mereka mampu memberikan saingan bermakna dalam Liga Malaysia 2016. Pelaburan besar yang dilakukan oleh setiap pasukan masing-masing pastinya ingin memastikan pasukan mendapatkan hasil terbaik yang diingini. 
Saingan Liga Malaysia 2016 pastinya lebih menarik untuk diikuti di mana buat pertama kalinya ianya dijalankan secara penswastaan yang dikendalikan Football Malaysia Limited Liability Partner-ship (FMLLP) diterajui oleh Kevin Ramalingam. Bual Sukan percaya, saingan kali ini pastinya getir dan peluang setiap pasukan untuk bersaing pastinya terbuka. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya akan mempunyai kelebihan untuk mencapai keputusan terbaik masing-masing. Dengan jadual perlawanan yang padat dan kompetitif, setiap pasukan pastinya akan memberikan aksi terbaik masing-masing untuk bersaing merebut kejuaraan selain mengelakkan tersingkir ke saingan Liga Premier 2017 akan datang. Selain itu juga, masalah kecederaan pemain-pemain utama serta masalah prestasi pemain-pemain import pastinya ingin dielakkan oleh setiap pasukan masing-masing pada saingan kali ini. 

Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2016 akan datang :

13 Februari 2016 (Sabtu)
Johor Darul Ta’zim FC lwn Selangor
Pahang FC lwn T-Team
Terengganu lwn Pulau Pinang
Felda United lwn Kedah
PDRM FA lwn Sarawak
Perak lwn Kelantan

16 Februari 2016 (Selasa)
Perak lwn Selangor
Kelantan lwn PDRM FA
Sarawak lwn Felda United
Kedah lwn Terengganu
Pulau Pinang lwn Pahang FC
T-Team lwn Johor Darul Ta’zim FC

26 Februari 2016 (Jumaat)
Kelantan lwn Sarawak

27 Februari 2016 (Sabtu)
Pahang FC lwn Selangor
Terengganu lwn Johor Darul Ta’zim FC
Felda United lwn T-Team
PDRM FA lwn Pulau Pinang
Perak lwn Kedah

1 Mac 2016 (Selasa)
Selangor lwn Sarawak
Kedah lwn Kelantan
Pulau Pinang lwn Perak
T-Team lwn PDRM FA
Johor Darul Ta’zim FC lwn Felda United
Pahang FC lwn Terengganu

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan dari semasa ke semasa.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *