LigaBSuperBMalaysiaB2016-vert1

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2016

Sepak mula Liga Super 2016 bermula hari ini 13 Februari 2016 di mana saingan melibatkan 12 pasukan. Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC atau nama gelaran mereka pastinya sekali lagi akan turun selaku pasukan pilihan untuk mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki. Namun saingan 11 pasukan lain pastinya getir di mana setiap pasukan pastinya memberikan tentengan sengit bagi mencabar kejuaraan Liga Super 2016 ini. Setiap pasukan juga pastinya akan memastikan kutipan mata berharga di gelanggang sendiri dengan mencatatkan kemenangan dengan cuba memberi saingan terbaik di gelanggang lawan. Pasukan masing-masing pastinya akan merencanakan strategi, taktikal serta formasi terbaik masing-masing dengan gabungan pemain-pemain tempatan, pemain-pemain import serta memperkenalkan pemain-pemain muda pasukan dalam saingan kali ini.
Bual Sukan percaya, musim panjang Liga Super 2016 ini pastinya mendebarkan dan tidak mustahil keputusan-keputusan di luar dugaan pasti berlaku pada saingan kali ini. Pasukan yang mampu memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta dan menjaringkan gol selain mampu mempertahankan gawang daripada dibolosi mampu mencabar kejuaraan musim ini. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Liga Super 2016 : 

13 Februari 2016 (Sabtu)
Johor Darul Ta’zim FC lwn Selangor (1-1) – JDT FC Juara Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2016
Johor Darul Ta’zim FC : Hariss Harun
Selangor : Mohd. Hafiz Kamal
(Johor Darul Ta’zim FC menang penentuan penalti 7-6)

Pahang FC lwn T-Team (2-2)
Pahang FC : Dalibor Volas, German Pacheco
T-Team : Safawi Rasid, Izzaq Faris Ramlan

Terengganu lwn Pulau Pinang (1-0)
Terengganu : Gustavo Lopes

Felda United lwn Kedah (2-0)
Felda United : Lutfulla turaev, Zah Rahan Krangar

PDRM FA lwn Sarawak (1-0)
PDRM FA : Ali Ashfaq

Perak lwn Kelantan (0-0)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *