EFLBCup-tile

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala EFL 2017

Pasukan bimbingan pengurus Jose Mourinho, Manchester United bakal bertemu dengan pasukan Southampton di bawah bimbingan pengurus Perancis Claude Puel pada perlawanan akhir Piala EFL 2017 atau Piala Liga Inggeris 2017. Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley pada 26 Februari 2017. Pasukan The Red Devils pada separuh akhir berjaya menewaskan pasukan Hull City dengan keputusan agregat 3-2 setelah menang 2-0 di Old Trafford sebelum tewas 1-2 di Stadium KCOM dengan keputusan 1-2. Pasukan The Saints pula terlebih dahulu berjaya mengejutkan pasukan pilihan iaitu Liverpool dengan keputusan agregat 2-0 hasil kemenangan tipis kedua-duanya 1-0 di Stadium Anfield dan Stadium St. Mary’s. Manchester United memburu kejuaraan buat kali kelima manakala Southampton memburu kejuaraan sulung Piala EFL setelah muncul naib juara pada tahun 1979.
Bual Sukan menjangkakan perlawanan akhir ini akan berlangsung sengit dan pastinya mendebarkan. Kedua-dua pengurus pasukan masing-masing pastinya akan menyenaraikan barisan kesebelasan terbaik masing-masing. Dengan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing, pasukan yang mampu memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya berpeluang untuk muncul sebagai juara. Selain itu, disiplin pertahanan yang baik amat penting dalam mempertahankan kubu dari dibolosi lawan. Pemenang perlawanan ini akan mendapat slot pasukan ke saingan Pusingan Kelayakan Ketiga UEFA Piala Europa 2017/18. Berikut adalah laluan ke perlawanan akhir kedua-dua pasukan :

MANCHESTER UNITED
Pusingan Ketiga
Northampton (3-1) – Gelanggang Lawan
(Michael Carrick, Ander Herrera, Marcus Rashford)

Pusingan Keempat
Manchester City (1-0) – Gelanggang Sendiri
(Juan Mata)

Pusingan Kelima
West Ham United (4-1) – Gelanggang Sendiri
(Zlatan Ibrahimovic (2), Anthony Martial (2))

Separuh Akhir Pertama
Hull City (2-0) – Gelanggang Sendiri
(Juan Mata, Marouane Fellaini)
Separuh Akhir Kedua
Hull City (1-2) – Gelanggang Lawan
(Paul Pogba)

Jumlah Jaringan : 11 Gol
Jumlah Bolos : 4 Gol

SOUTHAMPTON
Pusingan Ketiga
Crystal Palace (2-0) – Gelanggang Sendiri
(Charlie Austin, Jake Hesketh)

Pusingan Keempat
Sunderland (1-0) – Gelanggang Sendiri
(Sofiane Boufal)

Pusingan Kelima
Arsenal (2-0) – Gelanggang Lawan
(Jordy Clasie, Ryan Bertrand)
Separuh Akhir Pertama
Liverpool (1-0) – Gelanggang Lawan
(Nathan Redmond)

Separuh Akhir Kedua
Liverpool (1-0) – Gelanggang Sendiri
(Shane Long)

Jumlah Jaringan : 7 Gol
Jumlah Bolos : 0

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *