download-tile

Bola Sepak : Preview Johor Darul Ta’zim FC lawan Al-Qadsia

Kejohanan Piala AFC 2015 atau 2015 AFC Cup semakin menuju ke kemuncak saingan dengan 4 pasukan kini akan meneruskan cabaran di Peringkat Separuh Akhir yang akan diadakan secara timbal balik pada 29 dan 30 September 2015 untuk Perlawanan Separuh Akhir Pertama manakala 20 dan 21 Oktober 2015 untuk Separuh Akhir Kedua. Edisi kali ini menyaksikan pasukan dari Malaysia iaitu Juara Liga Super 2014 dan 2015, Johor Darul Ta’zim FC berjaya melakar sejarah dengan berjaya meneruskan kemaraan ke Peringkat Separuh Akhir. Pasukan Harimau Selatan ini bakal bertemu dengan kelab gergasi Asia daripada Kuwait iaitu Al-Qadsia.

Pasukan JDT FC di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Argentina, Mario Gomez pastinya berdepan cabaran sukar di mana Al-Qadsia yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih Rashed Al-Bediah merupakan juara bertahan Piala AFC 2014 di mana mereka menewaskan kelab Iraq, Erbil SC pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti. Namun begitu, dalam bola sepak tiada yang mustahil sekiranya pasukan Harimau Selatan mampu memanfaatkan setiap gerakan serta peluang menjaringkan gol selain bermain dengan disiplin pertahanan yang baik. 

Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan mampu melakar kejutan seterusnya memberikan kebanggaan kepada bola sepak Malaysia yang semakin merudum sejak kebelakangan ini. Berikut adalah sedikit preview perlawanan antara JDT FC bertemu kelab Al-Qadsia pada Separuh Akhir Piala AFC 2015 akan datang :  

Pasukan JDT FC

Nama Gelaran Pasukan : Harimau Selatan (Southern Tigers)

Ketua Jurulatih : Mario Gomez

Ketua Pasukan : Safiq Rahim

Pemain Utama : Safiq Rahim, Safee Sali, Luciano Figeroa

Penjaring Utama : Luciano Figeroa (5 Gol)

Jumlah Jaringan : 20 Gol

Jumlah Bolos : 5 Gol

Laluan JDT FC

East Bengal (GS) menang 4-1 – (Safiq Rahim, Safee Sali, S.Chanturu, Nazrin Nawi)
Belestier Khalsa (GL) menang 1-0 – (Asraruddin Putra)
Kitchee (GL) kalah 0-2
Kitchee (GS) menang 2-0 – (Luciano Figeroa, Safiq Rahim)
East Bengal (GL) menang 1-0 – (Raju Gaikwad (GS))
Belestier Khalsa (GS) menang 3-0 – (Safee Sali, Safiq Rahim, Luciano Figeroa)
Ayeyawady FC (GS) menang 5-0 – (Safiq Rahim, Luciano Figeroa (2), Jorge Pareyra Diaz (2))
South China (GS) seri 1-1 – (Luciano Figeroa)
South China (GL) menang 3-1 – (Mahali Jasuli, Safee Sali (2))

Pasukan Al-Qadsia

Nama Gelaran Pasukan : The Kings, The Yellow Fort

Ketua Jurulatih : Rashed Al-Bediah

Ketua Pasukan : Bader Al-Mutawa

Pemain Utama : Bader Al-Mutawa, Fahad Al-Ansari, Hamad Aman

Penjaring Utama : Bader Al-Mutawa (4 Gol)

Jumlah Jaringan : 11 Gol

Jumlah Bolos : 8 Gol

Laluan Al-Qadsia


Ahal FK (GS) menang 2-0 – (Saleh Al-Sheikh, Faisal Abdullah)

Erbil SC (GL) menang 1-0 – (Danijel Subotic)

FC Istiklol (GS) seri 2-2 – (Bader Al-Mutawa (2))

FC Istiklol (GL) kalah 0-2 

Ahal FK (GL) menang 1-0 – (Bader Al-Mutawa)

Erbil SC (GS) kalah 1-2 – (Hamad Aman)

Al-Wehdat (GL) menang 1-0 – (Fahad Al-Ansari)

Al-Jaish SC (GS) menang 3-0 – (Fahad Al-Ansari, Doris Fuakumputu, Bader Al-Mutawa)

Al-Jaish SC (GL) tewas 0-2

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *