7DAgKSTM_400x400

Bola Sepak : Pusingan 16 UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17

Kejohanan berprestij kelab-kelab eropah UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17 atau UEFA Champions League 2016/17 telah memasuki pusingan 16 pasukan terbaik. 16 pasukan ini telah berjaya muncul selaku juara serta naib juara peringkat kumpulan masing-masing. 16 kelab tersebut terdiri daripada 4 kelab Sepanyol, 3 kelab masing-masing dari Jerman dan England serta 2 kelab masing-masing dari Itali, Perancis dan Portugal. Pusingan 16 pasukan ini dijadualkan berlangsung pada 14,15, 21 dan 22 Februari 2017 bagi perlawanan pusingan pertama manakala pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 7,8,14 dan 15 Mac 2017 akan datang. Undian Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara Eropah telah dilangsungkan pada 12 Disember 2016 yang lalu. 16 pasukan ini akan bersaing merebut 8 slot ke pusingan suku akhir seterusnya menghampiri laluan ke perlawanan akhir di Cardiff, Wales pada bulan Mei 2017 akan datang. 
Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16, Real Madrid pastinya akan mempertahankan gelaran kejuaraan mereka pada edisi kali ini. Namun begitu, pasukan Real Madrid pastinya bakal berdepan laluan sukar apabila diundi bertemu kelab Itali, Napoli pada perlawanan pusingan 16 terbaik ini. Pada pandangan Bual Sukan, kesemua pasukan ini mempunyai peluang yang seimbang untuk melangkah ke peringkat suku akhir. Pengurus pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal menghadapi lawan mereka sama ada di tempat sendiri serta di tempat lawan. Saingan pastinya sengit dan tiada jalan mudah untuk ke semua pasukan ke saingan suku akhir akan datang. Dengan disiplin pertahanan dan serangan yang baik, pasukan yang berjaya mengadaptasikannya mampu mencerahkan laluan ke saingan berikutnya. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *