FMLLP Kecewa PBNP Umum Tiada Siaran Langsung Semifinal Piala FA

Pada petang tadi, kira-kira pukul 3 petang, PBNP menerusi facebook Pahang FA membuat pengumuman siaran langsung Piala FA dari Stadium Darulmakmur pada 30 April 2017 dibatalkan.

Ia menarik perhatian ramai pihak. PBNP hanya memberikan alasan, siaran langsung tidak dapat ditayangkan kerana kerana kerja-kerja baik pulih kemudahan di stadium.

Pada pukul 8 malam tadi, FMLLP melalui siaran medianya menyatakan ia sepatutnya tidak berlaku, dan FMLLP telah menghubungi PBNP berhubung isu ini.

FMLLP menuduh Pahang telah menghampakan peminat bola sepak Malaysia yang mahukan lebih siaran langsung, mereka pula mahu mengurangkannya.

Menurut FMLLP:

Satu perjanjian kerjasama telah ditandatangani di antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kesemua pasukan untuk menjadi sebahagian daripada Football Malaysia LLP (FMLLP).

Ia adalah asas secara kolektif untuk bersama-sama memacu bola sepak Malaysia ke hadapan.

Kerjasama ini juga bermaksud lebih banyak pendapatan bagi setiap pasukan melalui penyertaan mereka dalam Liga Malaysia.

Apabila pasukan tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian ini, kesannya dirasai oleh semua pihak yang berkepentingan. Bukan sahaja kepada pasukan yang tidak mematuhi.

Ini kerana apa sahaja kesan kepada Liga akan memberi kesan kepada semua komponen itu, termasuk pasukan lain. Semua terikat antara satu sama lain untuk maju atau gagal bersama.

Dengan tidak membenarkan siaran langsung perlawanan, terutama perlawanan yang penting, ianya akan memberi kesan yang besar sekali.

1. Nilai komersial susut

Perjanjian penyiaran dan komersil boleh terjejas kerana nilai akan menyusut. Penaja pasukan tidak mendapat pendedahan sepatutnya di peringkat separuh akhir.

Penyokong juga akan terbabit kerana tidak semua peminat pasukan yang terlibat boleh datang memberi sokongan di stadium.

Terdapat juga unsur-unsur peminat neutral yang mahu menonton dengan penuh minat dan mengetahui kemajuan seterusnya.

Apa yang setiap pasukan harus menyedari adalah perlawanan samada di gelanggang sendiri atau lawan, ianya bukan mengenai mereka sahaja. Ia melibatkan semua pihak.

2. Kena ubah mentaliti

Pemikiran ini mesti diubah untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Kenyataan yang dibuat setakat ini adalah siaran langsung tidak dibenarkan di Stadium Darul Makmur bagi perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA, dan ini jelas akan menjejaskan semua pihak yang terlibat.

3. Tanggungjawab PTR

Ianya adalah tanggungjawab Pasukan Tuan Rumah (PTR) untuk menyediakan kemudahan siaran langsung dan FMLLP telah berhubung dengan PBNP untuk tindakan selanjutnya.

4. Pahang melanggar syarat peraturan komersial

Sekiranya siaran langsung tidak dibenarkan, maka Pahang jelas melanggar peraturan komersil yang mana mereka telah menerima pendapatan mereka untuk tahun 2017.

Ya, pendapatan ini telah berkembang empat kali ganda sejak 2014. Dan FMLLP sedang berusaha keras untuk memastikan ia berganda atau tiga kali ganda lagi dalam tahun mendatang. Kita berada di landasan yang betul.

Tetapi ini adalah perkara-perkara yang boleh menjejaskan segala-galanya.

Dan apabila ia tidak berlaku, adakah kita mahu menyalahkan FMLLP atau kita perlu melihat perkara-perkara secara objektif dan sedar bahawa perkara-perkara ini adalah apa yang memegang kita kembali.

Struktur adalah sesuai bagi FMLLP untuk mencapai kemajuan. Komponen telah berada di tempatnya. Adakah kita akan menunjukkan sikap yang betul?

Semoga isu selesai

Diharap isu siaran langsung ini akan diselesaikan dengan baik oleh semua pihak yang berkepentingan. Sama-sama kita nantikan kata putus isu ini esok.

The post FMLLP Kecewa PBNP Umum Tiada Siaran Langsung Semifinal Piala FA appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata

Velizar Popov menembak pengurusan KAFA sekali lagi di dalam akaun twitter rasmi beliau.

Sebelum ini bekas pengendali Kelantan itu menagih gaji 2 bulan terakhir beliau di Kelantan yang masih belum dibayar oleh KAFA.

Ianya selepas Popov membalas kenyataan McKain yang melabel KAFA sebagai penipu ketika KAFA mengumumkan sudah membayar tunggakan gaji.

Beberapa minggu yang lalu, FAM telah mengumumkan semua pasukan Liga Super dan Liga Premier telah menerima wang mereka.

Presiden FAM sebelum itu memberikan peringatan agar semua pasukan membayar hutang mereka secepat mungkin. Ini termasuk tunggakan gaji dan jurulatih.

Jika tidak, pasukan yang masih bermasalah dengan tunggakan gaji ini berhadapan dengan tindakan pemotongan mata.

Tan Sri Annuar Musa, bekas Presiden KAFA pula membidas kenyataan FAM ini dan menganggap ia terlalu drastik sambil menyalahkan FMLLP sebagai punca masalah ini.

Popov nyata kecewa apabila mendenar KAFA bercadang untuk melaburkan duit untuk pemain import yang baharu sedangkan gaji bekas pemain dan jurulatih.

Dalam status beliau di twitter, Popov merasakan tindakan KAFA itu sukar diterima.

Beliau juga merasakan KAFA sepatutnya mengutamakan isu untuk mengelak dipotong mata dan juga membayar gaji pemain dan jurulatih yang masih tertunggak berbanding dengan perkara lain.

Popov juga menyatakan beliau sangat komited ketika menjadi jurulatih Kelantan. Namun kini sumbangan beliau seakan-akan tidak dipandang oleh KAFA. Popov mahu menuntut wang yang juga hak beliau.

FMLLP dan FAM buat masa ini masih belum mengumumkan apa-apa tindakan susulan daripada kenyataan mereka minggu lalu yang mahu memotong mata beberapa pasukan.

Ini kerana mereka gagal menjelaskan hutang gaji pemain dan jurulatih.

Baca juga: McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Kenyataan ‘Plastik’ KAFA

The post Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Subahan Kamal Tuntut Hak Milik Kompleks Sukan Dari Kerajaan Selangor

Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal agak kecewa dengan komitmen Kerajaan Selangor yang ada hari ini kepada bola sepak di negeri Selangor.

Salah satu isu yang diperjuangkan oleh Datuk Seri Subahan Kamal adalah isu pemilikan Kompleks Sukan.

Beliau mahu kerajaan negeri menukar hak milik kompleks sukan di Seksyen U15, Shah Alam kepada FAS. Ini penting untuk memastikan FAS bekerja dengan lebih efisien.

Sebagai pentadbir utama pasukan bola sepak Selangor, FAS simpati dengan nasib pasukan Selangor yang kini berlatih di padang SUK yang disifatkan Datuk Seri Subahan Kamal seperti tanah bendang.

Padang tersebut juga dikongsi bersama-sama dengan orang awam yang duduk di sekitarnya. Dipetik dari sumber Bernama, Datuk Seri Subahan Kamal berkata:

“Bila Selangor menang piala semua orang berebut-rebut menjulang nama pasukan ini. Tetapi realitinya, tiada seorang pun yang melihat dan memperjuangkan kebajikan FAS.”

“Kami tidak minta banyak, cukuplah hanya satu tempat khas untuk kita bekerja dan buat pasukan kesayangan kita berlatih.”

“Saya difahamkan pada asalnya padang di belakang bangunan Yayasan FAS itu telah digazetkan kepada FAS tetapi entah bagaimana tiba-tiba boleh dibangunkan menjadi sebuah pusat komersial.”

“Ketika Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau telah berjuang membantu FAS mendapatkan tanah tersebut untuk menjadi kompleks sukan.”

“Namun, ketika saya menjawat jawatan Presiden FAS, status kompleks itu berubah tanpa sebarang alasan yang jelas.”

Baca juga: 7 Tugas Dan Cabaran Admin Group Whatsapp Futsal Ataupun Bola Sepak

The post Subahan Kamal Tuntut Hak Milik Kompleks Sukan Dari Kerajaan Selangor appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Video: Pertarungan Paolo Maldini vs Overmars, Euro 2000

Marc Overmars adalah pemain yang paling sukar dikawal kerana kelincahan beliau.

Namun dalam perlawanan separuh akhir Euro 2000, Belanda menentang Itali. Overmars berhadapan dengan Paolo Maldini.

Anda saksikan kehebatan Maldini mengawal Overmars di dalam perlawanan ini. Ini dianggap pertarungan Beautiful Attacker vs Beautiful Defender.

Itali dan Belanda seri 0-0. Namun Itali mara ke final menentang Perancis selepas menang penentuan penalti 3-1.

The post Video: Pertarungan Paolo Maldini vs Overmars, Euro 2000 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Muangthong Mara Ke Pusingan Kalah Mati ACL 2017, Jurulatih Brisbane Kecam FFA!

Harapan Brisbane Roar untuk mara ke pusingan kalah mati ACL dikuburkan oleh Muangthong di bumi Thailand.

Kemenangan Muangthong ini membolehkan juara bertahan Thailand ini merajai kumpulan E dengan baki 1 lagi perlawanan.

Ini juga membolehkan mereka layak ke pusingan kalah mati. Jaringan Muangthong dalam perlawanan ini adalah menerusi Xisco, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda.

Jurulatih Brisbane Roar, John Aloisi terus menyalahkan Persatuan Bola Sepak Australia (FFA) yang dituduh beliau antara punca kegagalan Brisbane Roar ini.

Jadual liga yang padat membuatkan pasukan beliau bergelut untuk kecergasan. Brisbane merehatkan beberapa tonggak mereka dan tidak membawa mereka berkunjung ke Thailand.

Aloisi mengakui mereka lebih peluang untuk menang sesuatu di Australia berbanding dengan ACL. Itulah sebab beliau terpaksa meletakkan ACL sebagai keutamaan kedua.

Beliau berkata:

“FFA seakan-akan tidak menyokong usaha kami untuk melakukan sesuatu di ACL.”

“Kami bermain menentang Muangthong di Brisbane sebelum, kami bermain satu perlawanan pada Sabtu. Mereka tidak mahu mengubah jadual untuk kami.”

“Pada ketika itu, saya harus memikirkan adakah pertandingan (ACL) yang kami sertai ini berbaloi untuk kami cuba kejar?”

“Situasi kai sekarang, kami lebih berpeluang menang sesuatu di A-League. Itu bukan bermakna saya memberi jaminan kami akan menang sesuatu di sana.”

“Kami memang masih mahu bermain bola sepak kami dan mahu mara tetapi buat masa ini, kami harus menurunkan pasukan terbaik kami pada Ahad ini di Melbourne.

Selepas 5 perlawanan Brisbane hanya mampu menang sekali, seri sekali dan tewas 3 kali.

Ini adalah pencapaian bersar dalam sejarah Muangthong apabila pertama kalinya mereka mara ke pusingan 16 pasukan terakhir dalam francais ACL. Tahniah!

Baca juga: Sarawak Dan Kelantan Terikat Tanpa Jaringan Di Kuching

The post Muangthong Mara Ke Pusingan Kalah Mati ACL 2017, Jurulatih Brisbane Kecam FFA! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Nazmi Faiz Sah Digantung 1 Perlawanan Berserta Denda RM 3 Ribu

Pemain Johor Darul Ta’zim, Nazmi Faiz Mansor telah pun dikena hukuman diatas tindakan beliau ketika perlawanan suku akhir Piala FA Malaysia diantara JDT menentang Pahang tempoh hari.

Menurut Datuk Baljit Singh Sidhu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pihaknya telah meneliti rakaman video mengenai insiden yang berlaku pada perlawanan tempoh hari.

Dalam rakaman tersebut, Nazmi didapati melakukan kekasaran terhadap pemain Pahang ketika perlawanan yang menyaksikan Pahang layak ke separuh akhir menerusi kiraan agregat.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Selain daripada kekasaran, Nazmi juga didapati melakukan terjahan terhadap pemain lawan pada perlawanan tersebut.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun membuat keputusan untuk menghukum Nazmi dengan perggantungan perlawanan berserta denda.

Nazmi didenda perggantungan 1 perlawanan berserta perlu membayar denda sebanyak RM 3 ribu.

Pemain tengah JDT itu bakal terlepas aksi perlawanan Liga Super menentang Melaka United yang bakal berlangsung pada 6 Mei 2017.

Beliau terlepas perlawanan tersebut kerana pasukan JDT tidak terlibat dengan peringkat separuh akhir Piala FA Malaysia. Jika terlibat, Nazmi perlu menjalani perggantungan perlawanan beliau pada perlawanan separuh akhir pertama.

Baca juga: Wenger: “Sanchez Tak Akan Keluar Arsenal, Kontrak Baharu Bakal Ditawarkan”

The post Nazmi Faiz Sah Digantung 1 Perlawanan Berserta Denda RM 3 Ribu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Gol Mahmadou Sumareh Ranapkan Impian JDT Untuk Pertahankan Piala FA Malaysia

JDT VS Pahang di Larkin menyaksikan perlawanan yang cukup menarik diantara kedua-dua pasukan dalam misi ke separuh akhir Piala FA Malaysia.

JDT dalam misi mempertahankan kejuaraan memerlukan kemenangan selesa dalam mengubah kedudukan agregat yang pada mulanya memihak Pahang.

Pasukan tuan rumah nyata bermula garang apabila terus melancarkan serangan bertali arus untuk mendapatkan gol awal.

Hasilnya diminit ke-6 JDT memperoleh gol apabila Gonzalo Cabrera menyudahkan bola yang diterima beliau.

Gol tersebut nyata memberikan semangat kepada JDT untuk mencari gol kedua. Hasilnya pada minit ke-22 mereka berjaya memberikan gol menerusi Gabi Guerra yang menyudahkan hantaran Azrif Nasrulhaq.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Pahang juga mempunyai peluang menerusi Joseph Kalang Tie apabila tandukan sipi beliau hanya melalui hadapan gol JDT termasuk hantaran dari Hoe Jae-Won yang menanduk baik bola tetapi ditepis Izham Tarmizi.

Syamim Yahya turut menjadi tumpuan dalam perlawanan ini. Hal ini kerana beliau sering memperoleh ‘layanan’ istimewa dari pemain-pemain JDT yang menyebabkan beliau sering kesakitan.

Separuh masa kedua bermula dengan hampir 15 ke 20 minit permainan hanya berkisar di kawasan penalti pasukan Pahang sahaja.

JDT dinafikan penalti selepas pemain mereka dijatuhkan dalam kotak penalti namun pengadil Zulkifli Ahmad tidak berminat dengan permintaan itu.

JDT nyata dominan namun mereka tidak berjaya menterjemah setiap peluang yang mereka ada untuk mencari gol ketiga.

Pahang juga sekali sekala cuba mengetuk pintu gol JDT namun begitu pertahanan JDT bermain dengan baik sekali menlenyapkan pengaruh barisan serangan Pahang di hadapan gol mereka.

Memasuki minit-minit terakhir permainan, JDT cuba memperlahankan rentak untuk mempertahankan pendahuluan mereka.

Namun begitu taktik mereka itu memakan diri apabila Mahmadou Sumareh menjaringkan gol untuk meletakkan Pahang kembali dihadapan menerusi agregat.

Sebaik selepas Pahang menjaringkan gol, situasi menjadi panas selepas Afiq Fazail dan Sumareh terlibat dalam pergaduhan.

Hasil dalam pergaduhan itu mendorong pengadil memberikan masa tambahan 6 minit.

JDT gagal mencari gol ketiga mereka untuk mengheret perlawanan ini ke masa tambahan 30 minit apabila Pahang berjaya bertahan dengan baik.

Keputusan akhir, JDT 2-1 Pahang. Pahang mara dengan agregate 4-3 dan bakal bertemu Negeri Sembilan di separuh akhir.

Kesebelasan utama

JDT: Izham Tarmizi (penjaga gol), Azrif Nasrulhaq, Marcos Antonio, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Safiq Rahim (kapten), Amirulhadi Zainal, S. Kunanlan, Afiq Fazail, Gabi Guerra, Gonzalo Cabrerra

Pahang: Wan Azraie (penjaga gol), Hoe Jae-Won, Afif Amiruddin, Faisal Rosli, Matthew Davies (kapten), Wan Zaharulnizam, Azam Azih, Syamim Yahya, Mahmadou Sumareh, Joseph Kalang Tie, Matheus Alves

Baca juga: FIFA Manager: Musuh Tradisi Football Manager Yang Kini Pupus

The post Gol Mahmadou Sumareh Ranapkan Impian JDT Untuk Pertahankan Piala FA Malaysia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Thailand FA Ikat Tenaga Pakar Malaysia, Serap Lim Kim Chon Dalam Pasukan Kejurulatihan

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah menandatangani kontrak bersama seorang instruktor FIFA dari Malaysia iaitu Lim Kim Chon.

Ianya sebahagian daripada program untuk memastikan impian Piala Dunia 2026 mereka dapat direalisasikan.

Lim Kim Chon telah dilantik oleh pihak FAT dalam rangka badan bola sepak Thailand itu merevolusikan bola sepak negara Gajah Perang itu.

Sebelum ini FAT telah membawa masuk kepakaran luar untuk meningkatkan kemahiran teknikal pemain Thailand dengan membawa 4 bekas jurulatih dari kelab gergasi Sepanyol, Barcelona bagi setiap pasukan bawah umur mereka.

Barisan Keurulatihan Baharu FAT.

Tetapi portfolio yang diperolehi oleh Lim Kim Chon adalah berlainan. Lim Kim Chon dilantik untuk mengetuai bahagian pendidikan kejurulatihan. Ini bermakna Kim Chon akan membantu FAT untuk menghasilkan jurulatih-jurulatih yang berkualiti untuk Thailand.

Laporan di sesawang rasmi FAT menyatakan bahawa Lim Kim Chon akan mengambil alih kesemua modul kursus kejurulatihan yang dikendalikan badan induk bola sepak Thailand itu.

Ini termasuk untuk jurulatih yang berkelayakkan di Thailand untuk memperolehi Sijil Kursus Kejurulatihan AFC “C” dan FC Pro- Diploma Coaching Course.

Lim Kim Chon (berbaju gelap) ketika bersama AFC.

Lim Kim Chon yang juga mempunyai pengalaman sebagai Pengarah Teknikal di Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) berkata cabaran utama beliau ialah untuk membantu Thailand untuk memiliki jurulatih yang berilmu pengetahuan di dalam bidang kejurulatihan.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa sasaran sekarang ialah untuk meningkatkan ilmu kejurulatihan untuk jurulatih yang berasal daripada Thailand dan berharap untuk melihat hasilnya selepas 2 tahun.

Impian Lim Kim Chon ialah untuk melihat jurulatih daripada Thailand berkhidmat dengan AFC dan di negara serantau hasil daripada program yang mereka dalami bersama beliau.

Lim Kim Chon ketika menyertai NFDP.

Lim Kim Chon, 62 tahun,  bukanlah watak yang asing dalam bola sepak di negara kita di peringkat pembangunan.

Beliau adalah seorang individu yang kaya dengan pengalaman kejurulatihan di peringkat akar umbi sehinggalah ke badan bola sepak dunia, FIFA.

Pada Piala Dunia 2006, Lim Kim Chon adalah antara individu yang dilantik sebagai ahli kumpulan teknikal FIFA untuk berkhidmat dalam bahagian kaji selidi (research).

Di Malaysia, Lim Kim Chon adalah individu yang menyelaras program Mykids Soccer di seluruh negara. Beliau juga pernah menganggotai satu jawatankuasa khas di bawah Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan ketika itu) untuk memantau pelbagai program peringkat pembangunan di negara kita.

Setelah itu, Lim Kim Chon bersama-sama dengan adik beliau, Lim Teong Kim memilih untuk menyertai Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Beliau kemudiannya menyertai FIFA sebagai instruktor.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat maju jaya kepada Lim Kim Chon atas peranan baru beliau.

Baca juga: Highlight: Chelsea 4 Tottenham Hotspurs 2, Conte Dan The Blues Ke Final Piala FA!

The post Thailand FA Ikat Tenaga Pakar Malaysia, Serap Lim Kim Chon Dalam Pasukan Kejurulatihan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Isteri Nafikan Kiatisuk “Zico” Senamuang Akan Menjadi Pengendali Baharu Harimau Malaya

Isteri Kiatisuk, Asarapa Senamuang menafikan Kiatisuk “Zico” Senamuang sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Berita Harian semalam.

Kiatisuk Senamuang bersama Asarapa Senamuang (kanan sekali) dan tiga anak gadisnya.

Sejak meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk sering dikaitkan dengan jawatan mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Kemungkinan itu semakin kencang apabila pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat mencapai persetujuan dengan pilihan awal, Mario Gomez.

“Tidak, dia tidak ada mengadakan perbincangan dengan mana-mana pasukan ketika ini.”

“Sekarang dia hanya melakukan kerja sendiri dan belum menerima sebarang tawaran daripada sesiapa,” ujar Asarapa Senamuang kepada wartawan Berita Harian.

Kiatisuk Senamuang

Kenyataan tersebut pasti meranapkan impian segelintir peminat di negara ini untuk melihat bekas kapten Thailand itu mengemudi skuad Harimau Malaya.

Pada masa ini, FAM sedang dalam proses mencari calon yang sesuai untuk menggalas jawatan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan.

Datuk Ong Kim Swee adalah pengendali skuad kebangsaan sebelum ini sebelum beliau diarahkan untuk mengendali skuad Bawah 23 tahun negara.

Kiatisuk Senamuang juga adalah seorang polis berpangkat leftenan, meninggalkan jawatan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Thailand setelah pencapaian hambar pasukannya dalam pusingan kelayakkan Piala Dunia Zon Asia.

Kredit: The Star Online. Datuk Ong Kim Swee bersama skuad Harimau Malaya.

Sejak Kiatisuk meninggalkan pasukan dengan jolokan Gajah Perang itu, pasukan tersebut sering dikaitkan dengan ramai nama besar.

Ini termasuk bekas pengendali Chelsea dan Leicester, Claudio Ranieri, lagenda Brazil, Dunga, Ruud Gullit dan Alejandro Sabella.

ESPN baru -baru ini melaporkan Frank Riijkard telah menghantar borang pemohonan untuk menjadi jurulatih Thailand.

Untuk rekod, Kiatisuk Senamuang telah berjaya mengemudi pasukan Bawah 23 Thailand mendapat tempat ke-4 dalam Sukan Asia di Korea Selatan pada tahun 2014.

Selain daripada itu, Kiatisuk Senamuang juga adalah satu-satunya individu yang pernah menjulang Piala AFF Suzuki sebagai pemain dan juga Ketua Jurulatih skuad kebangsaan.

Tunku Ismail, Tunku Mahota Johor.

Kiatisuk juga sangat memahami persekitaran bola sepak di negara kita kerana pernah bermain di sini ketika bergelar pemain.

Dalam satu sidang media FAM semalam, Presiden FAM, telah menyatakan bahawa Baginda telah mengadakan pertemuan dengan individu tertentu untuk jawaran ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Pertemuan yang diadakan semalan adalah bagi menilai kesesuaian individu berkenaan dengan tugas yang bakal dipikul sebagai pengendali skuad Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Tunku Ismail enggan mendedahkan siapakah individu yang hadir dalam pertemuan bersama baginda tersebut.

Penafian Asarapa Senamuang pasti menjadikan teka-teki siapakah yang akan menjawat jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya akan berterusan.

Pada pendapat anda, siapakah calon yang layak memegang jawatan ini selain daripada Zico Thailand? Kongsikan dengan kami di ruangan komen. Kami ingin mendengar pendapat anda.

Baca juga: Kevin Ramalingam: “Stadium Shah Alam Venue Final Piala FA 2017”semnamsenamu

The post Isteri Nafikan Kiatisuk “Zico” Senamuang Akan Menjadi Pengendali Baharu Harimau Malaya appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Kevin Ramalingam: “Stadium Shah Alam Venue Final Piala FA 2017”

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam memberitahu bahawa Stadium Shah Alam sekali lagi akan menjadi venue untuk menganjurkan final Piala FA 2017.

Perlawanan final Piala FA 2017 dijadualkan berlangsung pada 20 Mei hadapan.

Pemilihan Stadium Shah Alam kerana kapasiti stadium tersebut yang besar dan sesuai untuk menampung jumlah kehadiran penyokong yang ramai pada final.

FMLLP yakin jumlah kehadiran untuk final Piala FA musim ini akan terus kekal pada paras sekitar 80,000 penyokong.

Stadium Shah Alam bukanlah venue asing untuk penganjuran final pertandingan domestik sejak ia siap dibina pada 1994.

Namun pada awal musim 2017, Stadium tersebut hanya dibenarkan menganjurkan bola sepak di bawah kelolaan FMLLP untuk sebelah petang sahaja.

Ini kerana pencahayaan lampu limpah stadium tersebut yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh FMLLP.

FMLLP menetapkan tahap pencahayaan lampu limpah hendaklah minimum 1,500 lux. Pihak pengurusan Stadium Shah Alam sebelum ini memeberitahu bahawa aspek pencahayaan ini akan selesai pada April 2017.

Piala FA 2017 kini dalam fasa suku akhir. 3 perlawanan sudah berlangsung pada Jumaat. 3 pasukan sudah pun mengesahkan kemaraan ke separuh akhir iaitu Kedah, Terengganu dan juga Negeri Sembilan.

Manakala 1 lagi perlawanan suku akhir tumpuan akan berlangsung pada Ahad ini. Ianya melibatkan JDT dan Pahang.

Baca juga: Analisis Taktikal: Pertarungan Direct Football Di Antara Negeri Sembilan Dan Sabah

The post Kevin Ramalingam: “Stadium Shah Alam Venue Final Piala FA 2017” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA