Cristiano Ronaldo menang Ballon D’or 2014

Pemain antarabangsa Portugal itu diundi sebagai pemain terbaik dunia yang dinilai oleh panel yang terdiri dari ketua pasukan, jurulatih dan wartawan sukan dengan Messi ditempat kedua, Manuel Neuer ketiga.

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah tertinggi pemain terbaik dunia, Fifa Ballon D’or mengatasi penyerang Barcelona, Messi dan penjaga gol German Manuel Neuer. Anugerah ketiga dirangkul dalam kariernya.

Ronaldo menikmati kejayaan besar pada tahun 2014 dimana beliau turut membantu Real Madrid menjuarai Champion League untuk kali ke 10 dengan menghasilkan 17 gol dalam kempen tersebut. Rekod baru jaringan terbanyak untuk satu kejohanan dan memperolehi mata undian 37.66%

Beliau juga membantu Real Madrid merangkul kejuaraan Copa Del Rey dengan menjaringkan 3 gol dalam 6 penampilan namun terlepas aksi final bertemu Barcelona akibat kecederaan.

Pencapaian individu pula, pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan 31 gol dalam 30 penampilan untuk muncul sebagai penjaring terbanyak liga dan menyaksikan beliau berkongsi anugerah kasut emas peringkat Eropah bersama Luis Suarez yang ketika itu bermain untuk Liverpool.

Ronaldo menjadi pemain ketujuh yang berjaya mempertahankan anugerah Ballon D’Or selepas Johan Cruyff, Kevin Keegan, Karl-Heinz Rummenigge, Michel Platini, Marco van Basten dan Messi.

Anugerah pertama Ballon D’or Ronaldo ialah pada tahun 2008 mengetepikan Messi dan Fernando Torres. Beliau juga muncul pemenang kedua terbaik dunia iaitu pada tahun 2009, 2011, dan 2012 sebelum menang semula pada tahun 2013 mengatasi Messi dan Ribery.

Untuk rekod, hanya Messi yang memenangi anugerah Ballon D’or sebanyak empat kali.

Dalam majlis itu Messi turut dianugerahkan penjaring terbanyak La Liga sepanjang zaman dan memecah rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara 2014 dan mendapat undian sebanyak 15.76%.

Neuer terlepas peluang untuk menjadi penjaga gol pertama merangkul anugerah berprestij itu semenjak Lev Yashin memenanginya pada tahun 1963. Beliau mendapat undi sebanyak 15.72%.

Copy of Full Text RSS Builder

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *