bale

Football Leaks Dedahkan Lavezzi Masih Pemain Dengan Bayaran Tertinggi Bukan Tevez

Sebelum ini, beberapa bulan yang lalu Football Leaks mendedahkan bahawa Lavezzi mengatasi bayaran Cristiano Ronaldo untuk gaji mingguan tertinggi.

Ia bercanggah dengan laporan media di China yang mendedahkan gaji Lavezzi kurang daripada bayaran yang bakal diterima Cristiano Ronaldo.

Laporan media China

Ronaldo dilaporkan bakal menerima £365,000 seminggu dalam kontrak baru dengan Real Madrid. Dan gaji Lavezzi lebih rendah daripada itu.

Kontrak baru Lionel Messi dikatakan tidak jauh daripada angka Ronaldo sama ada lebih tinggi ataupun sama secara bayaran asas.

Media China kemudian akur dengan laporan Football Leaks dan tampil dengan kenyataan mendedahkan gaji Lavezzi lebih tinggi daripada gaji Ronaldo.

Menurut mereka, gaji Lavezzi seminggu adalah £400,000 seminggu. Manakala Hulk pula menerima £320,000 seminggu.

Football Leaks: Ia masih tidak tepat

Football Leaks datang dengan pendedahan bahawa gaji pemain itu adalah £493,000 seminggu bukannya £400,000 seminggu.

Ia menyanggah kenyataan dari media China yang kononnya sudah mendedahkan angka sebenar gaji Lavezzi.

Football Leaks berkata, angka £493,000 seminggu itu adalah bayaran asas tanpa bonus.

Dikatakan ada beberapa bonus lain dimasukkan ke dalam kontrak beliau termasuk bonus gol, bonus kemenangan dan bonus trofi.

Tetapi semua kita tahu Lavezzi payah betul nak menjaringkan gol di China.

Kemudian, pada awal musim ini, Tevez pula dilaporkan menjadi pemain dengan gaji paling tinggi di dunia dengan bayaran £634,615 seminggu.

Baru-baru ini, Football Leaks tampil dengan kenyataan mengejutkan dengan menyatakan Lavezzi masih pemain dengan gaji paling tinggi.

Dalam buku ‘Football Leaks: The Dirty Business of Football’, gaji seminggu Lavezzi rupa-rupanya £798,000 seminggu.

WOW!

Jumlah itu lebih 2 kali ganda daripada angka diterima Cristiano Ronaldo.

Apa 2 kali ganda? Bukankah Ronaldo hanya menerima £365,000 seminggu?

Tidak! Football Leaks mendedahkan Ronaldo angka yang diberikan oleh Real Madrid kepada umum adalah kurang tepat.

Ronaldo sebenarnya menerima £424,615 seminggu selepas cukai dalam kontrak baru beliau.

Jika pendedahan ini benar, Real Madrid pastinya pening kerana Gareth Bale sebelum ini mahukan gaji yang sama dengan Ronaldo.

Real Madrid dikatakan bersedia membayar pemain itu £350,000 seminggu. Angka yang sama ditawarkan mereka kepada Ronaldo pada awal perjanjian kontrak baru.

Namun selepas aksi cemerlang Ronaldo musim lalu, Real bersetuju menambah £15,000 lagi untuk seminggu.

Carlos Tevez adalah pemain di tangga ke-2 untuk pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam seminggu. Beliau £634,615 seminggu.

Football Leaks juga mendedahkan, angka gaji Lionel Messi juga kurang tepat. Pemain itu sebelum ini dikatakan meminta gaji sekitar £365,000 seminggu, angka yang sama dengan Ronaldo dapat.

Sebenarnya pemain ini sudah pun menerima £362,480. Jadi, tidak mungkin Messi hanya meminta kenaikan hanya £3,000 seminggu.

Baca juga: Lavezzi – 3 Minggu Lalu Dituduh Mat Gian, Minggu Ini Dilaporkan Pemain Berpendapatan Tertinggi

The post Football Leaks Dedahkan Lavezzi Masih Pemain Dengan Bayaran Tertinggi Bukan Tevez appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *