HWLBLogo-tile

Hoki : Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia FIH 2016/17

Pasukan Hoki Lelaki Malaysia atau nama gelaran mereka The Speedy Tigers akan mengharungi cabaran Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia FIH 2016/17 akan datang. Kejohanan dijadualkan berlangsung di Dhaka, Bangladesh bermula pada 4 hingga 12 Mac 2017 akan datang. Pasukan hoki negara di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Stephan Van Huizen akan bersaing merebut 2 slot pasukan ke saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2016/17 akan datang bersama-sama dengan 7 pasukan lain iaitu pasukan tuan rumah Bangladesh, Mesir, China, Fiji, Ghana, Oman dan Sri Lanka. 8 pasukan ini telah diundi dalam 2 kumpulan. The Speedy Tigers diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan tuan rumah Bangladesh, Oman dan Fiji manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Mesir, China, Ghana dan Sri Lanka.

Bual Sukan menjangkakan peluang pasukan negara untuk ke saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia FIH 2016/17 adalah cerah. Namun begitu saingan pasukan lain terutamanya pasukan Mesir dan China tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan negara. Dengan tempoh persediaan pasukan yang singkat serta jadual padat setiap pemain yang sedang bersaing di Liga Hoki Kebangsaan 2017, Ketua Jurulatih negara pastinya mempunyai perancangan terbaik untuk pasukan. Setiap pemain perlu mengelakkan daripada mengalami kecederaan yang menjejaskan peluang mewakili pasukan kebangsaan. Para pemain yang terpilih menggalas cabaran pasukan negara juga pastinya akan memberikan fokus dan komitmen yang jitu membawa cabaran jalur gemilang pada edisi kali ini.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia FIH 2016/17 pada 4 hingga 12 Mac 2017 di Dhaka, Bangladesh akan datang :

KUMPULAN A
Malaysia, Bangladesh, Oman dan Fiji

4 Mac 2017
Oman lwn Fiji
Malaysia lwn Bangladesh

5 Mac 2017
Bangladesh lwn Fiji
Oman lwn Malaysia

7 Mac 2017
Malaysia lwn Fiji
Bangladesh lwn Oman

KUMPULAN B
Mesir, China, Ghana dan Sri Lanka

4 Mac 2017
China lwn Ghana 
Mesir lwn Sri Lanka 

5 Mac 2017
Ghana lwn Sri Lanka
Mesir lwn China 

7 Mac 2017
China lwn Sri Lanka
Ghana lwn Mesir

SUKU AKHIR

11 Mac 2017
Juara Kumpulan A lwn Tempat Keempat Kumpulan B
Naib Juara Kumpulan B lwn Tempat Ketiga Kumpulan A
Juara Kumpulan B lwn Tempat Keempat Kumpulan A
Naib Juara Kumpulan A lwn Tempat Ketiga Kumpulan B

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *