Inilah Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara #NFDP Malaysia

Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara merupakan satu pelan jangka masa panjang, dimana fasa pertama bermula 2014-2020 yang diketuai oleh Pengarah Projek, Lim Teong Kim.

Pelan ini bukan sahaja untuk pembangunan bola sepak, malahan untuk pembangunan jurulatih dan juga turut mengadakan satu falsafah atau DNA baharu bagi bola sepak negara kita.

Satu falsafah bola sepak negara ini termasuk corak permainan, strategi, teknik, taktik serta perwatakan yang akan kita gariskan supaya dapat diselaraskan di seluruh pusat-pusat kecemerlangan yang akan ditubuhkan di setiap daerah.

Kemuncak kepada program ini ialah Akademi Bola Sepak Negara di Gambang yang akan menempatkan 500 pemain muda terbaik dari seluruh negara antara 13 dan 17 tahun.

Bayangkan ribuan kanak-kanak sekolah dilatih secara sistematik, seterusnya membentuk generasi pemain yang benar-benar memahami formasi, skil serta gaya permainan asas. Inilah program pembangunan bola sepak yang menjadi harapan kita semua.

Kita mulakannya sekarang.

KEJE KOSONG DI SINI https://www.facebook.com/kerjakosongdisini
Video Rating: / 5

Incoming search terms:

13 thoughts on “Inilah Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara #NFDP Malaysia”

  1. boleh saya menyertai akademi ini ? saya betul-betul nak mengharumkan nama negara kita…

  2. malaysia banyak je pemain berkualiti..cthnya pasukan hoki..bertaraf dunia..bola ni jadi teruk sebab pucuk pimpinan sangat teruk..

  3. Indo dengki…dah klah pastu memfitnah malay..bodo punya indo blik rumah arr menagis x yah datang stadium…%&!&";!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *