farizal

Kesebelasan 30 Tahun Pilihan SemuanyaBOLA Untuk Liga Super Musim 2017

Ini adalah kesebelasan 30 tahun dan ke atas dalam Liga Super 2017 pilihan kami. Kami memilih formasi 4-2-3-1.

Penjagan gol – Farizal Harun – Felda United -30 Tahun

Antara penjaga gol terbaik dalam kejohanan domestik sejak beberapa musim kebelakang ini. Beliau membantu Felda United muncul naib juara Liga Super musim lalu.

Bek kanan – S. Kunanlan –  JDT 30 Tahun

Kunanlan masih menjadi tonggak penting skuad JDT. Kami jangkakan ia akan kekal begitu pada musim ini. Mempunyai gaya permainan yang bertenaga dan boleh mencipta peluang gol

S.Kunanlan & Zar Rahan – kredit gambar : asiana.my

Bek tengah – Razman Roslan – Selangor – 32 tahun

Mungkin nama ini merupakan bakat yang agak underated di dalam bola sepak kita sejak beliau berkarier. Memiliki gaya permainan bek tengah moden yang boleh mengawal bola dan hantaran yang baik untuk seorang bek tengah.

Razman Roslan

Razman juga bek tengah yang berdarah sejuk tetapi sangat komited di dalam padang.

Bek tengah – Shukor Adan – Felda –  37 Tahun

Kami memilih lagenda Shukor Adan sebagai kapten pasukan ini. Masuk tahun ini beliau akan berusia 38 tahun pada September nanti.

Pertahanan kalsik dengan gaya yang keras dan no mercy. Memiliki perwatakan kepimpinan yang kuat. Dan beliau masih boleh bersaing secara duel dengan mana-mana pemain import yang berbadan besar.

Bek kiri – Ronny Harun – Sarawak – 30 Tahun

Pemain yang boleh beraksi di kesemua posisi defensif. Beliau menunjukkan taringnya agak lewat (late bloomer). Musim lalu beliau cemerlang menjadi antara pertahanan terbaik di negara kita.

Foto: Zaini Ahmat / www.asiana-my.com

Tenang dan bersahaja gaya permainan beliau. Mempunyai kepakaran lontaran ke dalam yang boleh mencetuskan ancaman.

Tengah pertahanan -Shakir Shaari – JDT – 30 tahun

Ini adalah senarai kecemasan kami. Kami memerlukan seorang destroyer di dalam pasukan. Sukar untuk mencari pemain tempatan yang boleh bermain posisi ini dengan baik.

Jadi, kami senaraikan Shakir Shaari dan berharap beliau tidak lupa cara melakukan destroying kepada gerakan lawan.

Tengah – Badhri Radzi –  Kelantan – 34 tahun

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Kami memilih Badhri Radzi sebagai pemain tengah. Pasukan ini ada 2 pemain yang boleh bermain defensive winger. Jadi diharap ia dapat mengurangkan impak.

Badhri Radzi masih ada kualiti hantaran yang baik dan juga memiliki pegalaman di dalam perlawanan yang bertekanan tinggi.

Sayap kiri – Christie Jayaseelan – Pahang – 31 Tahun

Kepantasan dan kelincahan adalah kunci utama pemain ini. Beliau adalah tipikal penyerang sayap yang agak direct dan tidak tamak. Beliau juga kunci utama kepada serangan balas ketika transisi kepada serangan segera.

Sayap kanan – Azamuddin Akil – JDT – 31 tahun

Ketika beliau menyertai JDT, ramai menjangkakan beliau sudah di akhir karier. Namun ianya silap. Pemain ini mungkin bermain antara bola sepak terbaik beliau musim lalu.

Dalam 2 perlawanan awal JDT musim ini Azamuddin adalah pemain penting.

Beliau adalah defensive winger. Peranan yang menjadi pilihan oleh ramai jurulatih. Cuma kami perlu pastikan dia tidak hilang fokus untuk menjana output terbaik.

Pemain tengah menyerang/ no.10 – Amri Yahyah – Melaka United – 36 tahun

Beliau masih kompetitif untuk liga kita. Memiliki kemampuan untuk merancang gerakan dari zon 14. Satu peranan yang kami sentiasa mahukan di dalam pasukan.

Memiliki teknik sepakan yang sangat baik. Dan tidak lupa, kami harap dia raikan gol seperti di bawah ini jika menjaringkan gol.

foto: JST

Penyerang – Norshahrul Idlan Talaha – Felda United – 30 tahun

MALAYSIA, Johor Bahru: Norshahrul Idlan Talaha of Felda (centre) celebrate his goal during Super League match between JDT and Felda at Larkin Stadium on Jan 27th, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Kami memilih Norshahrul Idlan Talaha sebagai penggempur utama. Dalam 2 perlawanan  pertama Liga Super musim ini beliau berjaya menjadi penjaring gol yang yang klinikal.

Jika Norshahrul Idlan Talaha menolak untuk beraksi di posisi serangan utama barulah kami memanggil Safee Sali ataupun Indra Putra Mahyuddin.

Itulah kesebelasan 30 tahun pilihan kami. Apa pula pilihan anda? Boleh tak lawan dengan pasukan kami ini?

Baca juga: Hasil Ketagihan Terhadap Football Manager, Lelaki Ini Peroleh Kerjaya Dengan Kelab Bola Sepak

The post Kesebelasan 30 Tahun Pilihan SemuanyaBOLA Untuk Liga Super Musim 2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *