leonardoulloa-cropped_186jf854

Leonardo Ulloa Tegaskan Tak Akan Main Lagi Untuk Leicester City

Leonardo Ulloa tegaskan tak akan main untuk Leicester City lagi.

Beliau menulis di laman Twitter beliau secara terbuka memberitahu kepada penyokong Leicester City yang masa depan beliau dengan juara bertahan Premier League itu sudah berakhir.

Dikhianati

Bagi Ulloa, beliau merasakan dirinya telah dikhianati oleh pengurus Claudio Ranieri.

Hal ini kerana beliau masih liga tidak dapat pergi dari kelab England tersebut, walaupun pengurus beliau sudah berjanji untuk membantu Ulloa untuk keluar dari kelab tersebut.

Menurut laporan, terdapat beberapa kelab berminat untuk mendapatkan beliau.

Kelab Sepanyol, Deportivo Alaves telah membida sebanyak £1.7 juta namun bidaan itu ditolak. 

Sunderland juga ada membida sebanyak £3 juta namun ditolak. Leicester City menegaskan mereka tak mahu menjual Ulloa kepada musuh mereka di Premier League.

Walaupun polisi Leicester City sebegitu, namun Sunderland tetap mahukan beliau dengan sanggup menaikkan kadar bidaan kepada £5 juta hingga £7 juta.

Selain itu, Galatasaray juga dikatakan berminat untuk mendapatkan beliau.

Kebaikan bersama

Ulloa di laman Twitter beliau secara terbuka mengatakan masa depan beliau bersama Leicester City sudah berakhir.

Beliau juga nyata kecewa kerana seolah-olah dirinya tidak dibenarkan untuk bermain bola sepak lagi.

“Saaya sendiri tak faham dengan situasi saya sekarang. Mereka seperti tak nak bagi saya main bola dekat tempat lain.”

Beliau merasakan karier beliau dan masa depan beliau akan terganggu jika terus kekal di Leicester City.

“Jika saya kekal di sini, ia akan berikan kesan yang cukup serius kepada karier dan masa depan saya dan saya tak nak kena macam itu.”

“Saya rasa keputusan terbaik untuk saya dan kelab adalah keluar dan benarkan saya bermain di tempat lain.”

Baca juga: Karren Brady Tawarkan Pakej Istimewa Untuk Pemulangan Jersi Payet

The post Leonardo Ulloa Tegaskan Tak Akan Main Lagi Untuk Leicester City appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *