cover-soccer-malaysia

MALAYSIA: Penyerang

MALAYSIAN STRIKERS

Pemain penyerang lazimnya diberikan jersi nombor sembilan (#9), tetapi bukan semuanya begitu. Sebagai contoh, Azman Adnan selalunya memakai #19 manakala Akmal Rizal lebih dikenali dengan #14. Berikut disenaraikan beberapa pemain penyerang yang pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

1. Dollah Don (pra-merdeka)

Beliau pernah bermain untuk beberapa pasukan dan salah satu pasukannya ialah Melayu Semenanjung. Sangat terkenal sebagai bintang bolasepak (sehingga diberi nama panggilan ‘Harimau Malaya’) bukan sahaja di Tanah Melayu (Malaya) tetapi juga di Singapura, Indonesia, Filipina, dan Hong Kong.

2. Abdul Ghani Minhat (Malaya & Malaysia)

Beliau yang digelar sebagai ‘Raja Bola’ telah membantu skuad kebangsaan memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia. Turut berjaya membawa pasukan Selangor FA ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab Asia 1967 (edisi sulung) walaupun akhirnya ditundukkan oleh Hapoel Tel Aviv FC.

3. Shaharuddin Abdullah

The Black Cat
(“Gerd Muller” Malaysia)

Pemain yang dilahirkan pada 28 Ogos 1948 dan berasal dari Bagan Dalam, Pulau Pinang ini telah menunjukkan bakat sejak dari bangku sekolah lagi (Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dan Sekolah Menengah Sungai Gelugor). Merupakan salah seorang pemain negara yang beraksi dalam Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

4. Mokhtar Dahari

Pemain lagenda yang diberi nama jolokan ‘SuperMokh’ ini adalah penjaring terbanyak negara dengan 125 gol dalam 167 penampilan bersama skuad kebangsaan dan turut memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 yang diadakan di Tehran, Iran. Juga merupakan juara Piala Malaysia sebanyak 10 kali bersama pasukannya, Selangor FA.

5. Isa Bakar

Karier bolasepaknya bermula di Kelab Bolasepak Darul Aihsan Kampung Kolam (DAFC), tempat di mana munculnya juga pemain-pemain hebat seperti Abdul Rahman Abdullah, Jalil Che Din, Aziz Ahmad, Ariff Ariffin, Pang Siang Hock, Ibrahim Mydin, Desmond David (bapa Nicol David – skuasy), Shukor Salleh, adik-beradik Abdullah (Namat & Shaharuddin), dan abang beliau sendiri iaitu Ali Bakar.

6. James Wong

King James
(Wong Chye Fook / Ah Fook)

Asalnya bermain sebagai penjaga gol semasa mewakili skuad belia negara dalam Kejohanan Belia Asia 1971 di Tokyo (Jepun), beliau juga adalah pemain negara yang pertama dari negeri Sabah. Merupakan salah seorang anggota skuad kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Kesatuan Soviet (kini Rusia) tetapi tidak dapat beraksi kerana Malaysia telah menarik diri daripada penyertaan untuk memboikot tuan rumah yang telah menceroboh negara Afghanistan.

7. Hassan Sani

Pemain kelahiran Labuan yang digelar ‘Lipas Kudung’ ini mula menempa nama bersama pasukan Sabah FA dan pernah mewakili negara dalam Piala Dunia Bolasepak Pantai 1999 di Rio de Janeiro, Brazil. Sama seperti James Wong, pemain yang juga hebat di bahagian sayap kanan ini tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik 1980 walaupun layak akibat tindakan Malaysia memboikot Kesatuan Soviet (Rusia).

8. Matlan Marjan

Bekas kapten skuad kebangsaan ini berjaya menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan persahabatan menentang England pada 12 Jun 1991 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur walaupun keputusannya Malaysia tewas 4-2. Sayang sekali apabila beliau dan lima orang rakan sepasukannya telah digantung seumur hidup dan dibuang daerah selepas ditahan polis atas tuduhan rasuah empat tahun kemudian.

9. Hashim Mustapha

Penyerang sensasi dari Kota Bharu, Kelantan ini pernah memenangi Kasut Emas (penjaring terbanyak) Liga-M sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1990, 1993, dan 1994. Mendapat pendidikan di Kolej Sultan Ismail, pemain ini gemar melakukan aksi akrobatik seperti sepakan gunting di samping banyak menjaringkan gol-gol yang menarik.

10. Dollah Salleh

Pemain kelahiran Melaka ini telah memenangi pingat emas bersama skuad kebangsaan dalam Sukan Asia Tenggara 1989 (sebelum 1977, dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau SEAP) di Kuala Lumpur serta memperoleh tempat kedua dalam Kejohanan Bolasepak ASEAN (kini Piala AFF) yang diadakan buat pertama kalinya di Singapura pada tahun 1996. Turut membimbing kelab Selangor MPPJ (MPPJ FC) menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 2003 sebagai jurulatih.

11. Azman Adnan

kredit:
http://chedinsphere.blogspot.com/

Dilahirkan di Melaka, penyerang terbilang pasukan Selangor FA ini menjadi pemenang Kasut Emas pada tahun 1999 semasa beraksi bersama pasukan Pulau Pinang (Penang FA) dengan menjaringkan 13 gol dalam Liga-M. Beliau juga telah mewakili pasukan futsal negara apabila mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal FIFA Piala Dunia 1996 di Sepanyol.

12. Rusdi Suparman

Superman

Penyerang hebat pasukan Selangor FA ini telah membantu skuad kebangsaan (dengan menjaringkan 4 gol) untuk menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Bolasepak ASEAN 2000 di Thailand. Beliau juga telah membentuk gandingan yang mantap bersama Azman Adnan samada di dalam Liga-M mahupun di peringkat antarabangsa (yakni rantau Asia Tenggara).

13. Khalid Jamlus

Penyerang kontroversi ini merupakan peneraju utama skuad projek Olimpik 2000, pasukan percubaan yang ditubuhkan oleh FAM bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2000 di Sydney (Australia). Walaupun gagal ke Olimpik, beliau masih berbisa sebagai penyerang apabila membawa skuad kebangsaan ke tempat ketiga dalam Kejohanan Bolasepak ASEAN 2004 yang mana Vietnam dan Malaysia menjadi tuan rumah bersama.

14. Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Penyerang kelahiran Jitra, Kedah ini sangat berkebolehan dan amat berbakat sehingga mendapat peluang untuk bermain serta berlatih di luar negara (bersama dua kelab Perancis, RC Strasbourg & FCSR Haguenau). Mewakili negara dalam pusingan akhir Piala Asia 2007 yang telah berlangsung di empat buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Vietnam.

15. Hairuddin Omar

Dikenali dengan nama panggilannya iaitu ‘Hai-O’, pemain ini adalah seorang penyerang yang disegani dalam arena bolasepak tempatan. Terkenal dengan tandukannya yang menyengat dan juga mampu bermain sebagai pemain tengah, beliau adalah ketua pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang menjadi naib juara kepada Thailand dalam Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2001 yang diadakan di Kuala Lumpur.

16. Nizaruddin Yusof

Pemain penyerang kelahiran Sentul, Kuala Lumpur ini memulakan kariernya di Kuala Lumpur FA dan sering diingati kerana kemahiran yang ditunjukkannya apabila menyarung jersi skuad kebangsaan. Beliau banyak berkelana selepas berhijrah dari pasukan asalnya dan antara pasukan-pasukan yang disertainya adalah Selangor FA, Negeri Sembilan FA, Perlis FA, dan ATM FA.

17. Safee Sali

Penyerang ternama kelahiran Kajang, Selangor ini paling diingati kerana menjaringkan 5 gol untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Bolasepak ASEAN (Piala Suzuki AFF 2010, Indonesia dan Vietnam sebagai tuan rumah bersama) buat julung-julung kalinya bagi skuad kebangsaan sekaligus menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Telah menyertai sebuah kelab dari Indonesia, Pelita Jaya FC pada tahun 2011.

18. Zaquan Adha Abdul Radzak

Beliau merupakan adik-beradik kembar kepada pemain pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak. Walaupun kerap mengalami kecederaan, beliau telah mewakili negara semenjak berumur 14 tahun dan membantu skuad kebangsaan merampas kembali kejuaraan Pestabola Merdeka 2007 (kejuaraan kali terakhir adalah pada tahun 1993) dengan menumpaskan Myanmar 3-1.

19. Norshahrul Idlan Talaha

Dikenali sebagai ‘Matyo’, penyerang kelahiran Besut, Terengganu ini mempunyai larian yang kencang dan mampu menggelicik dengan sangat baik. Salah seorang pemain utama dalam skuad kebangsaan yang memenangi Piala AFF 2010, beliau turut pernah mewakili negara sehingga mara ke peringkat suku akhir (dikecundangkan oleh pasukan China) dalam Kejohanan Belia AFC 2004 yang diadakan di Malaysia.

20. Rozaimi Abdul Rahman

“Neymar” Malaysia

Pemain berkaliber ini mula meniti di bibir para peminat bolasepak Malaysia apabila menjadi penjaring terbanyak pusingan kelayakan Piala Asia Bawah-22 AFC 2013 dengan 10 gol dalam 5 kemunculan bersama skuad kebangsaan. Pemenang Kasut Emas Pestabola Merdeka 2013 (dengan 3 gol) ini juga mampu bermain dengan baik di bahagian sayap dan ketajaman penyudahnya adalah amat mengagumkan.

Selain daripada nama-nama di atas, terdapat ramai lagi yang tidak dapat dihuraikan di duniabolasepak.blogspot.com memandangkan terlalu banyak nama penyerang Malaysia untuk disebutkan di dalam kesempatan yang terhad ini. Walau bagaimanapun, berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain yang boleh dinyatakan secara ringkas:

  • Arthur Koh
  • Robert Choe
  • Dali Omar
  • Syed Ahmad Syed Abu Bakar
  • Zainal Abidin Hassan
  • Zami Mohd Noor
  • Saidin Osman
  • Shamsurin Abdul Rahman
  • S. Paidiya Rau
  • Che Zambil Ahmad
  • G. Shanmugam
  • Nidzam Adzha Yusoff
  • Liew Kim Tu
  • Suharmin Yusof
  • Rusdee Sulong
  • Azmi Mohamad
  • Wan Rohaimi Wan Ismail
  • Azizul Kamaluddin
  • Bobby Pian
  • Norizam Ali Hassan
  • Rudie Ramli
  • Hasmawi Hassan
  • Effendi Abdul Malek
  • V. Saravanan
  • Mohd Faisal Esahar
  • Mohamad Noor Ismail
  • Azlan Ismail
  • Mohd Azrul Ahmad
  • Mohd Zamri Chin
  • Haris Safwan Kamal
  • Mohd Farid Dewan
  • Mohd Amri Yahyah
  • Mohd Nor Farhan Muhammad
  • Abdul Manaf Mamat
  • Abdul Hadi Yahya
  • Ashari Samsudin
  • Samransak Kram
  • Razali Umar Kandasamy
  • Fakri Saarani
  • Farderin Kadir
  • Ahmad Shakir Mohd Ali
  • Azamuddin Akil
  • Fauzi Roslan
  • Afiq Azmi
  • Izzaq Faris Ramlan
  • Syahrul Azwari Ibrahim
  • A. Thamil Arasu
  • Ahmad Hazwan Bakri
  • Haziq Zikri Elias
  • Mohd Ferris Danial
  • Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew
Arthur Koh
Dali Omar
Syed Ahmad Syed Abu Bakar
Zainal Abidin Hassan

DUNIA BOLA SEPAK

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *