mir

Mirchev Pemain Perak Yang Hebat Ketika Remaja

Mirchev Pemain Perak memiliki rekod yang hebat ketika remaja. Pemain ini menyertai The Bos Gaurus pada musim 2017.

Profail

Mirchev Pemain Perak 2017

Nama: Vladislav Mitkov Mirchev
Tarikh Lahir: 23 Januari 1987
Tempat Lahir: Varna, Bulgaria
Tinggi: 1.82m
Kewarganegaraan: Bulgaria
Posisi: Penyerang Tengah
Kaki Prima: Kanan
Kelab Musim 2017: Perak TBG FC

Maklumat karier

Mirchev Pemain Perak yang memulakan karier dengan kelab kecil Spartak Varna B-19 pada 2003. 2 tahun di akademi pemain ini dipromosi ke skuad utama pada 2005 ketika beliau baru berusia hanya 18 tahun. Beliau juga pemain kebangsaan B-19 dan B-21 tahun.

Jadi pada peringkat remaja pemain ini antara pemain dalam kategori prospek yang baik. Mana tidaknya ketika berusia 18-21 tahun beliau konsisten menjaringkan 7 hingga 10 gol semusim.

Pada 2008, beliau menyertai kelab besar Bate Borisov. Selepas di Bate, beliau banyak berhijrah ke kelab kelab lain sehinggalah beliau menyertai PFK Nesebar. Itulah kelab terakhir beliau sebelum dipancing oleh pasukan Perak.

Entah di mana silapnya apabila selepas menuju ke usia yang boleh dikatakan peak sekitar 25 hingga 27 tahun, perkembangan bakat pemain ini tersekat/ stuck. Mungkin silap memiliih kelab yang gagal membangunkan bakat beliau.

Pemain ini sepatutnya menjadi pemain dalam skuad utama Bulgaria berdasarkan perkembangan bakat beliau ketika remaja. Tambahan pula, Bulgaria sangat kecil gedung bakat mereka.

Sehinggalah beliau pulang kembali ke Sparta Varna pada 2016, barulah karier beliau berada dalam tahap yang baik semula.

Beliau memiliki rekod jaringan yang agak baik sepanjang karier beliau. Pada 2016, adalah pencapaian terbaik beliau dengan 24 gol semusim bersama dengan Spartak Varna.

Aspirasi

Ia adalah musim penting untuk Mirchev. 2 Musim sebelum ini pasukan Perak tidak ada penjaring yang konsisten. Perak terpaksa bergantung kepada pemain 9 jadian seperti Fakhrul Hazly.

Pada musim 2015 pula Perak bergantung kepada penyerang sayap Nurridzuan untuk menjadi antara pennggempur utama. Pemain seperti Chad Souza sebelum ini kurang konsisten memberikan sumbangan gol.

Jadi, tugasan Mirchev adalah untuk memastikan Perak ada penggempur. Pemain ini ada rekod yang baik ketika remaja namun pembangunan beliau seakan-akan terhenti selepas 21 tahun ataupun selepas keluar daripada Bate Borisov.

Namun ketika kepulangan beliau ke Spartak Varna pada 2016 beliau meledak 24 gol semusim. Beliau secara keseluruhanya berjaya menikmati musim terbaik beliau pada 2016.

Tahun yang menyaksikan beliau meledak 29 gol daripada 19 perlawanan untuk 2 kelab yang beliau bermain pada 2016. Ia mengingatkan kembali kepada aksi beliau ketika remaja.

Jadi, kami merasakan Mirchev mahu menikmati semula karier indah beliau ketika remaja.

Selamat Datang ke Liga Malaysia, Mirchev Pemain Perak 2017!

Baca juga: Godwin Antwi (Melaka United): Hulubalang Melaka Dari Akademi Liverpool

The post Mirchev Pemain Perak Yang Hebat Ketika Remaja appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *