Czech Republic v Croatia - EURO 2016 - Group D

Musuh No. 1 Bola Sepak Croatia, Zdarvko Mamic Akhirnya Meletakkan Jawatan

“Saya meletakkan jawatan kerana tidak mahu menjadi beban.”

Itulah komen Zdravko Mamic, bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) yang juga merupakan musuh nombor satu bola sepak Croatia ketika mengumumkan perletakan jawatannya di CFF semalam.

Mengapa secara tiba-tiba?

Tindakan Mamic ini boleh dikatakan satu tindakan yang mengejutkan kerana majoriti peminat bola sepak Croatia tidak menjangkakannya walaupun berita ini merupakan impian mereka.

Mamic dikatakan meletakkan jawatan selepas menerima tekanan daripada penyokong dan media di Croatia selepas terpalit dengan isu mengelak dari membayar cukai kepada pihak berkuasa.

Kemuncak kemarahan penyokong Croatia kepada Mamic berlaku ketika kempen EURO 2016 apabila sekumpulan penyokong Croatia yang diketuai oleh ultras Dinamo Zagreb (Bad Blue Boys) dan Hajduk Split (Torcida) membuat kacau-bilau ketika perlawanan kumpulan menentang Turki.

Kekacauan ini membuatkan UEFA bertindak mendenda Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) dan mengancam untuk menyingkirkan Croatia terus daripada kejohanan tersebut.

‘Saya tidak mahu menjadi beban’

Mamic mengumumkan perletakan jawatannya serta-merta ini hanya melalui sidang akhbar yang disebarkan olehnya ke semua pihak media di Croatia.

Menurutnya, beliau meletakkan jawatan kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada ‘urusan peribadi’ serta tidak mahu menjadi beban kepada kemajuan bola sepak Croatia.

“Saya tidak lagi mahu menjadi punca mengapa setiap kejayaan yang dibawa oleh rakan-rakan saya di FC Dinamo Zagreb dan juga di Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) kepada rakyat untuk bertahun lamanya dipandang rendah oleh semua.”

“Saya tidak mahu nama saya digunakan sebagai alasan kepada kerosakan bola sepak Croatia yang telah memberi kita rasa bangga diatas titik peluh usaha dan hasilnya.”

Mamic turut memberitahu beliau mahu menumpukan perhatian dan tenaganya untuk membela diri dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

“Saya akan menghabiskan masa untuk hal peribadi saya dan saya akan buktikan yang saya tidak bersalah dengan cara bagaimanapun.”

“Persatuan Bola Sepak Croatia dan FC Dinamo Zagreb akan selalu mempunyai penyokong paling setia iaitu saya.”

Reaksi peminat bola sepak Croatia

Reaksi bercampur-baur dari peminat bola sepak Croatia dapat disaksikan berikutan berita perletakan jawatan Mamic.

Namun begitu, secara kasarnya peminat bola sepak Crotia tidaklah begitu teruja dengan perletakan jawatan tersebut.

Pada asasnya, mereka lebih terkejut diatas kesanggupan Mamic menletakkan jawatan selepas ditekan teruk oleh peminat dan media kerana bagi mereka Mamic adalah seorang yang tidak mudah untuk ditewaskan.

Selain itu, para peminat dan media sudah meramalkan perletakkan jawatan Mamic tidaklah bersifat menyeluruh.

Hal ini kerana walaupun Mamic sudah mengumumkan perletakan jawatannya di peringkat kelab sebelum ini, Mamic masih lagi bertindak sebagai ‘penasihat’ belakang tabir bagi kelab Dinamo Zagreb.

Kumpulan ultras Dinamo Zagreb, Bad Blue Boys ternyata berang dengan pengaruh belakang tabir Mamic sehinggakan mereka berhenti datang ke stadium sejak musim 2015 dan mula menyokong pasukan futsal yang ditubuhkan mereka sendiri.

Apa yang berlaku di Croatia ini hanyalah satu peringatan kepada kita sebagai peminat bola sepak Malaysia bahawa desakan supaya Presiden FAM meletakkan jawatan adalah satu desakan sia-sia.

Desakan perletakan jawatan seharusnya ditujukan kepada barisan exco FAM. Ini kerana exco FAM lah yang berkuasa melantik Presiden FAM.

Baca juga : 5 Persamaan Keganasan Ultras Croatia (Vs Rep. Czech) Dengan Ultras Malaya (Vs Arab Saudi)

The post Musuh No. 1 Bola Sepak Croatia, Zdarvko Mamic Akhirnya Meletakkan Jawatan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *