cristiano-ronaldo-portgual-1458948561908

Paulo Futre: “Orang Portugal Sebenarnya Lebih Suka Lionel Messi Daripada Cristiano Ronaldo”

Apabila bercakap mengenai Cristiano Ronaldo. Semua pasti akan menceritakan mengenai kepantasan beliau, rembatan deras dari luar kotak serta semangat ‘tetap mahu menang’ beliau di atas padang.

Namun bagi mereka yang membenci beliau. Pasti cerita beliau yang kerap melakukan simulasi, gaya egoisitik beliau sebagai pemain serta dakwaan yang beliau adalah pemain yang hanya mahukan kejayaan individu akan terpacul keluar dari mulut para pembenci Ronaldo.

Dibenci bangsa sendiri

Ia ibarat sudah tercatat dalam hukum alam yang di mana, “jika ramai yang suka kita, pasti ramai juga yang membenci.”

Begitu juga dengan Ronaldo. Ramai diantara kita amat meminati beliau, tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang membenci.

Tetapi apa rasanya jika dibenci oleh bangsa sendiri?

cristiano-ronaldo-portgual-1458948561908

Lagenda Portugal Paulo Futre menceritakan bagaimana Ronaldo begitu dibenci oleh rakyat Portugal.

“Ronaldo seperti yang kita semua tahu beliau adalah seseorang yang berbangsa Portugis. Belia telah lakukan segalanya dalam kariernya dan beliau adalah juara Eropah.”

“Tetapi beliau punyai ramai musuh di Portugal, hal ini berpunca kerana tindakan beliau sendiri.”

Futre mengatakan sikap Ronaldo di dalam dan luar padang membuatkan ramai rakyat Portugal meluat dengannya.

Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukkan beliau di atas padang sudah menjadi pengetahuan umum. Ia adalah sebahagian daripada jiwa beliau yang sentiasa mempunyai daya saing yang tinggi dan tidak mahu mengalah dengan mudah.

Menurut Futre lagi, Ronaldo dibenci kerana apa yang katakan kepada media serta sikapnya.

“Ronaldo adalah seorang yang sangat lantang dan kerana kelantangannya beliau mencipta ramai musuh di negarannya.”

“Kadang kala apa yang beliau katakan selepas perlawanan, dan sikapnya cukup untuk membuatkan rakyat Portugal membenci beliau.”

Pada hemat penulis, mungkin ada beberapa kali Ronaldo telah menyakitkan hati rakyat Portugal. Namun cerita itu hanya diketahui oleh rakyat Portugal sahaja.

Perangai tipikal orang Portugal

Dek kerana terlalu bencikan Ronaldo, Futre memberitahu terdapat ramai rakyat Portugal yang lebih memilih untuk menyokong ‘musuh tradisi’nya iaitu Lionel Messi.

“Pernah terjadi satu ketika dahulu. Ramai pembenci Ronaldo datang ke hotel penginapan skuad kebangsaan Portugal dan menyorak nama Messi berulang kali.”

Futre juga berkata ada juga peminat Portugal yang mahukan Ronaldo tewas pemilihan Ballon d’Or di tangan Messi.

lionel-messi-2015-ballon-do

Lagenda Portugal itu menyifatkan tindakan rakyat Portugal yang membenci Ronaldo itu adalah tindakan tipikal orang Portugis iaitu dengki dengan kejayaan yang dimiliki oleh orang dari bangsa mereka sendiri.

“Jelas sekali, ramai orang di Portugal mahu Messi menang Ballon d’Or. Dan itu menunjukkan sikap tipikal orang Portugal yang dengki dengan kejayaan bangsa mereka sendiri.”

Kata-kata Futre itu sama dengan apa yang perangai tipikal bangsa Melayu di negara kita yang gemar untuk dengki dengan kejayaan bangsa sendiri.

Maka tidak hairanlah mengapa Portugal menjajah Tanah Melayu dahulu.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Figo: “Maaf, Ronaldo Bukan No. 1 Di Portugal.”

The post Paulo Futre: “Orang Portugal Sebenarnya Lebih Suka Lionel Messi Daripada Cristiano Ronaldo” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *