Penyokong Arsenal Lancar Kempen Kutipan Derma Untuk Bayar Gaji Messi

Isnin lepas, akhbar Daily Star di UK melaporkan Lionel Messi ‘bersedia’ untuk berpindah ke England selepas didakwa mengelak cukai oleh kerajaan Sepanyol.

Menurut Daily Star lagi, destinasi pilihan Messi jika berpindah ke England adalah Arsenal.

Seperti biasa, majoriti penyokong Arsenal tidak mengambil kisah berita ini kerana mengetahui betapa berjimat-cermatnya pengurusan kelab mereka dalam urusan pembelian pemain.

Untuk membawa Messi ke England, Daily Star melaporkan Arsenal perlu membayar £175 juta untuk menebus klausa pelepasannya dan membayar £600,000 seminggu.

Berdasarkan struktur gaji pemain kelab-kelab Liga Perdana Inggeris ketika ini, hanya Manchester United, Manchester City dan Chelsea sahaja yang mampu membayar Messi.

Tetapi seorang penyokong Arsenal mempunyai idea lain.

Melalui tweetnya, Matt Clark mencadangkan beliau dan 599,999 penyokong Arsenal lain membuat arahan direct debit sebanyak £1 seminggu kepada akaun masing-masing.

Kami tak dapat pastikan sama ada beliau betul-betul serius atau hanya bergurau.

You may say I’m a dreamer, but I’m not the only one, menurut kata John Lennon. Kami pasti Matt Clark bersetuju dengan beliau.

Baca juga: Bagaimana Messi Dan Iniesta Hampir Berpindah Ke Rangers

The post Penyokong Arsenal Lancar Kempen Kutipan Derma Untuk Bayar Gaji Messi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *