screen-shot-2017-01-22-at-1-03

Penyokong Manchester United Tunai Janji Lari Bogel Di Jalan Selepas United Elak Kalah

Seorang penyokong Manchester United mengotakan janjinya untuk berlari bogel di depan jalan rumahnya semalam selepas pasukannya berjaya mengelak kekalahan menentang Stoke City semalam.

Janji tersebut dibuat oleh /u/BoomFlexPlays, seorang penyokong Manchester United dalam forum Reddit ketika United masih ketinggalan 0-1. Beliau berjanji akan berlari bogel di depan jalan rumahnya jika United berjaya mengelak kekalahan menentang Stoke City.

Mungkin Tuhan mahu menguji sejauh mana beliau jujur dengan janjinya.

Ketika perlawanan tinggal 1 minit dan nampak berakhir dengan kekalahan 0-1 kepada United, Wayne Rooney menjaringkan gol cantik dari sepakan percuma sebelah kiri.

Gol ini bukan sahaja bersejarah dalam hidup /u/BoomFlexPlays yang mungkin kali pertama berlari bogel di jalan depan rumahnya. Malah bersejarah kepada Wayne Rooney dan Manchester United.

Ini kerana dengan gol ini, Wayne Rooney mengesahkan statusnya sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah Manchester United. Rooney mengatasi rekod Bobby Charlton (249 gol) dengan 250 gol setakat semalam.

Perlu diingat. Bobby Charlton berumur 35 tahun ketika mencipta rekod 249 gol tersebut. Wayne Rooney pula baru berumur 31 tahun. Beliau mempunyai sekurang-kurangnya 4 tahun lagi untuk memperbaiki rekodnya sendiri.

Muat naik video berlari bogel sebagai bukti

Berbalik kepada cerita penyokong United tadi, /u/BoomFlexPlays turut memuat naik video beliau berlari bogel di depan jalan rumahnya sebagai bukti.

“Janji tetap janji. Saya tak pakai apa-apa di bawah. Biar saya tanggalkan baju saya,” kata /u/BoomFlexPlays sebelum berlari keluar dari rumahnya tanpa sebarang pakaian.

Kejujuran /u/BoomFlexPlays menunaikan janjinya mendapat sokongan pengguna Reddit lain. Ini terbukti apabila komen beliau diberi ‘gold’ sebanyak 5 kali (berjumlah £25 atau RM138).

/u/BoomFlexPlays kemudiannya bertindak mendermakan £25 yang diterimanya di Reddit ke badan kebajikan Manchester United Foundation.

Manchester United Foundation merupakan badan kebajikan rasmi Manchester United yang ditubuhkan untuk pembangunan komuniti setempat. Terutamanya kepada kanak-kanak.

Tumpuan utama Manchester United Foundation adalah program-program pendidikan, kesedaran isu sosial dan kerjasama dengan badan-badan kebajikan di UK yang lain.

Baca juga: Wayne Rooney Cipta Rekod, Jadi Penjaring Terbanyak Manchester United Dalam Sejarah

The post Penyokong Manchester United Tunai Janji Lari Bogel Di Jalan Selepas United Elak Kalah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *