porrrrrr

Portugal vs Poland: Lebih Daripada Tugas Ronaldo

Cristiano Ronaldo seringkali dikaitkan dengan one man show untuk Portugal sejak beberapa tahun yang lalu. Selepas turut bersama dengan era emas Luis Figo-Deco, Ronaldo boleh dikatakan bermain dengan pasukan yang sederhana.

Selain daripada falsafah bolasepak yang dilabel mini samba, di satu sisi lain, pasukan Portugal terus menjadi perhatian kerana adanya pemain bernama Ronaldo dalam pasukan ini.

Pemain yang dikelaskan antara pemain terbaik dalam generasi beliau, sedar akan tugas berat yang akan beliau pikul.

Dalam pusingan suku akhir pada Jumaat ini, ia bukan masa yang sesuai untuk Portugal menyerahkan nasib mereka di kaki lincah Ronaldo.

Portugal 2016

Santos percaya dengan adanya Ronaldo segalanya akan mustahil. Beliau juga yakin pemain yang sinonim dengan no.7 ini cukup bagus untuk membantu Portugal menjuarai kejohanan kali ini.

Walaubagaimanapun, kita semua tahu, bermain sebagai pasukan itu adalah faktor yang lebih kuat untuk membantu sesebuah pasukan untuk menang.

Harapan penyokong Portugal dan juga peminat Ronaldo adalah tidak mahu pemain itu menghabiskan karier beliau tanpa ada kejohanan major di peringkat nasional.

Entah di mana silapnya bolasepak Portugal selepas generasi emas mereka diratah Greece dengan cara cukup kejam dalam perlawanan akhir di bumi mereka sendiri pada 2004. Portugal cuma dipandang sebagai pasukan ‘Ronaldo’.

Pasukan paling tua

Mereka kali ini hadir sebagai pasukan ke-8 paling tua secara purata umur dengan 28 tahun dan 142 hari. Ia adalah statistik yang agak merisaukan.

porrrrrr

Pemain seperti Ricardo Carvalho masih menjadi pilihan utama Santos dalam berberapa perlawanan kebelakangan ini.

Ia mungkin gambaran kepada kekurangan pemain pertahanan muda yang berkaliber untuk posisi center back. Nama seperti Bruno Alves pun masih dibawa ke Paris.

Dengan taktikal Portugal yang berasaskan pressuring football, ia kekadang agak ‘seram sejuk’ untuk melihat pemain seperti Carvalho diarahkan bermain di medium line atau high line.

Malahan, Ricardo Quaresma sendiri masih mendapat kepercayaan besar daripada Fernando Santos berbanding dengan pemain muda yang lain.

Prospek

Apa yang melegakan penyokong Portugal ialah, dalam kejohanan Eropah kali ini Portugal tetap memiliki berberapa pemain muda yang berkualiti untuk memulakan era baru dalam bolasepak Portugal.

Antaranya, Joao Mario (24), Andre Gomez (22), Rafa Silva (23), Raphael Guerreiro (22),William Carvalho (24), dan Renato Sanchez (18).

Dalam pentas Piala Eropah kali ini pemain seperti Andre Gomez, Joao Mario dan Willian Carvalho kelihatan sudah sedia untuk misi yang lebih besar.

Berhadapan dengan Poland sudah pastilah bukan tugas mudah untuk Portugal. Ia adalah hari dimana prospek muda dalam pasukan Portugal melakukan sesuatu.

Perlu lebih baik

Mereka pada menamatkan peringkat kumpulan di tangga ke-3 walaupun pada pra kejohanan mereka dianggap berada dalam kumpulan paling mudah.

Isu yang harus mereka perbaiki adalah keyakinan dalam jiwa pemain muda mereka walaupun di hadapan mereka ada Ronaldo. Pemain seperti Ricardo Quaresma sudah menjalankan tugas untuk ‘membantu’ pasukan ini.

Beliau sudah meledak gol berdepan Croatia untuk membantu Portugal mara ke pusingan suku akhir. Jadi dalam pusingan seterusnya, ia adalah skrip berbeza.

Portugal harus memperbaiki banyak aspek dalam taktikal dan teknikal mereka untuk memenangi perlawanan.

Suku akhir menentang Poland

Ia adalah bukan misi Ronaldo seorang, ia adalah misi satu pasukan Portugal. Pemain perlu percaya akan kemampuan pasukan ini untuk pergi sejauh yang mungkin dalam kejohanan kali ini.

Ronaldo menyatakan, pasukan mereka bukan pasukan pilihan. Memang Portugal bukan pasukan pilihan, namun mereka tidak boleh lari daripada status pasukan tumpuan.

Adakah Portugal akan berjaya menewaskan Poland dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Eropah 2016 ?

Baca juga: Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia

The post Portugal vs Poland: Lebih Daripada Tugas Ronaldo appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *