giggs

Previu EPL 2017/17: Manchester United vs. Arsenal – Bukan Sekadar Pertarungan Taktikal

Pada 8.30 malam ini akan berlangsung perlawanan terbesar dalam EPL untuk minggu ini. Dalam era moden di EPL, ini merupakan antara perseteruan yang terbesar.

Daripada era Keane-Viera sehinggalah ke peristiwa perpindahan Robin Van Persie yang berhijrah ke Old Trafford untuk menjadi pemain penting yang membantu United menjuarai kejuaraan EPL terakhir mereka setakat ini.

Siapa akan lupa jaringan solo Piala FA Ryan Giggs menentang Arsenal pada 1999 dengan celebration yang anda juga akan ingati.

giggs

Seterusnya, Manchester United adalah pasukan yang telah menjadi penamat kepada perjalanan invincible pasukan Arsenal dengan cara yang masih dipertikaikan oleh penyokong Arsenal.

Tidak lupa aksi Martin Keown dan Ruud Van Nistlerooy.

keown

Hari ini juga pertarungan peribadi antara Jose Mourinho dan Arsene Wenger!

mo

Baiklah, kita akan tinggalkan sejaraha panas itu, kerana kami mahu membawa anda kepada previu yang lebih statistikal.

Prestasi Semasa

Manchester United hanya menang 2 kali, seri 3 kali dan tewas sekali dalam 6 perlawanan terakhir mereka. Daripada 10 perlawanan terakhir United, mereka hanya mencatatkan streaks kemenangan 2 perlawanan berturut-turut.

Arsenal mencatatkan 4 kemenangan dan 2 seri daripada 6 perlawanan terakhir mereka. Daripada 10 perlawanan terakhir Arsenal, Arsenal mencatatkan streaks kemenangan terbanyak dengan 4 kemenangan berturut-turut.

Rekod Pertemuan

223 pertemuan di antara kedua-dua kelab ini dalam sejarah mereka. 96 kemenangan adalah milik United. 81 lagi milik Arsenal. Manakala 46 lagi adalah seri.

banner-manchester-united-arsenal-clash

Dalam 6 pertemuan terakhir pula, kedua-dua pasukan masing-masing menang 2 kali, seri 2 kali dan kalah 2 kali. 7 gol dijaringkan United dalam 6 pertemuan terakhir dan 9 oleh Arsenal untuk tempoh yang sama.

26 kad kuning (United-17, Arsenal 9) dan 1 kad merah (United-1) dicatatkan dalam 6 perlawanan terakhir mereka.

Perlawanan terakhir pada Februari 2016 dalam EPL dimenangi oleh Manchester United dengan jaringan 3-2 di Old Trafford.

Previu Taktikal

Formasi

United dijangka akan mengekalkan 4-2-3-1 dengan meletakkan Pogba di peranang yang hampir seperti no.10. Namun sukar untuk meramalkan taktikal dan formasi United setakat ini.

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Manchester United Pamer Karakter Lebih Baik Berhadapan Leicester City

Arsenal dijangka akan cuba menanti laporan akhir daripada Alexis Sanchez. Jika Sanchez cergas, tidak ada keperluan untuk mereka menukar sistem false 9 yang menjadi kekuatan utama mereka.

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Kualiti Dan Struktur Arsenal Musnahkan Chelsea

Jika Sanchez gagal cergas, mereka mungkin akan menggunakan Giroud dalam sistem 9 tulen. Namun Arsenal masih ada alternatif untuk kekal dengan false 9 dengan adanya Theo Walcott yang berada dalam prestasi yang baik setakat ini.

Karakter

Arsenal kelihatan lebih garang buat masa ini berbanding dengan Manchester United.

Namun dari segi permainan, United lebih berorientasikan serangan dan perancangan daripada bahagian sayap berbanding dengan Arsenal yang suka untuk masuk segera ke half-space dan bahagian tengah.

Kedua-dua pasukan ada ancaman tambahan yang kuat daripada bek sisi yang ofensif. Ia akan menjadi elemen penting dalam mengubah perlawanan.

United adalah pasukan yang lebih agresif setakat ini berbanding dengan pasukan Arsenal. Ini akan mempengaruhi kemampuan mereka untuk memenangi duel secara aerial ataupun fizikal.

Dari segi kelemahan pasukan, Arsenal hanya ada masalah dengan kesilapan individu dan lemah dalam menewaskan perangkap ofsaid. Selain itu, mereka tidak ada kelemahan yang terlalu signifikan.

United pula ada masalah dengan penyudah walaupun dalam perlawanan terakhir mereka, jelas ada karakter yang lebih baik di hadapan gol.

Seterusnya adalah, United kerap berhadapan dengan isu lemah untuk masuk ke tight area ataupun zon 14 yang membuatkan mereka tidak penetratif dan terlalu bergantung kepada hantaran lintang.

Perkembangan Pasukan

miss

Pemain Tumpuan

Matteo Darmian (Manchester United)

darmian

Kenapa kami pilih beliau? Ini kerana Beliau dijangka akan menggantikan Antonio Valencia.

Corak serangan Arsenal yang berpusat di kiri ataupun kawasan bek kanan lawan adalah perkara yang signifikan dengan Arsenal dalam 3 musim terakhir.

Amat penting untuk Darmian mengekang gerakan dari arah kanan beliau dan pada masa yang sama naik ke atas untuk membantuk serangan dan menjadi lebar kepada bentuk pasukan.

Alex Iwobi (Arsenal)

iwobi

Meskipun ada laporan beberapa media menyatakan Sanchez masih bertarung untuk cergas. Kami rasakan Sanchez akan beraksi pada malam ini.

Namun kami rasakan kepentingan Iwobi dalam taktikal Wenger musim ini harus diberikan lebih kredit. Beliau adalah asas kepada fluiditi di bahagian serangan dan pembuka utama ruang di half-space kiri.

Interaksi beliau dengan Ozil juga sangat baik setakat ini.

Fakta Perlawanan

  • Arsenal menang 4 perlawanan away terakhir mereka dalam EPL.
  • Manchester United belum tewas dalam 12 daripada 13 perlawanan EPL terakhir mereka di Old Trafford
  • Manchester United masih belum tewas 10 tahun atau dalam 12 daripada 13 perlawanan terakhir mereka menentang Arsenal di Old Trafford menentang Arsenal.
  • emmanuel-adebayor-arsenal-manchester-united-old-trafford_3422138

  • Manchester United hanya tewas sekali dalam 10 perlawanan EPL terakhir menentang Arsenal (menang 6, seri 3). Kekalahan itu pada Oktober 2015 dengan kekalahan 3-0 di Emirates.
  • United seri dalam 2 perlawanan terakhir mereka di Old Trafford. Kali terakhir mereka seri 3 perlawanan beturut-turut di sana adalah pada 1992.
  • Manchester United menjadi pasukan yang paling banyak menewaskan Arsenal di EPL berbanding pasukan lain dengan 22 kali, 15 daripadanya di Old Trafford.
  • Jose Mourinho belum pernah tewas dalam EPL menentang Arsenal, menang 5 kali dan seri 6 kali
  • Arsenal hanya menang sekali daripada 15 perlawanan ke atas pasukan Mourinho dan ia dalam Perisai Komuniti 2015
  • Wenger tewas dalam semua perlawanan tugasan pertama pengurus Manchester United menentang beliau. Kesemuanya pada bulan November. Alex Ferguson (November 1996), Moyes (November 2013), Van Gaal (November 2014)
  • Purata mata yang dikumpul oleh Wenger pada bulan November dalam EPL dalam karier beliau adalah 1.58 dan ia adalah kadar paling rendah dalam karier beliau.
  • 6 daripada 10 sepakan penalti gagal disempurnakan di Old Trafford dalam pertemuan kedua-dua pasukan.

Sebelum Wisel

Ini adalah perlawanan penting bukan sahaja untuk kedudukan di dalam liga tetapi kerana nilai perlawanan ini yang penuh dengan ego dan prestij.

Sebagai pihak neutral, kami pasti mengharapkan ada gol awal daripada mana-mana pasukan untuk menjadikan perlawanan ini lebih seronok dan panas untuk ditonton.

Ketiadaan pemain berpengaruh seperti Zlatan Ibrahimovic sudah pasti akan dirasakan oleh United.

Perlawanan ini bukan masa yang sesuai untuk bersembang pasukan mana yang berada dalam prestasi terbaik dan pasukan mana yang lebih lemah.

Ini kerana, isu tekanan dan cara pemain mengendalikan emosi juga akan menjadi aspek penting dalam perlawanan ini.

Baca juga : Penyokong Charlton Terbang Ke Belgium Untuk Beri ‘Surprise’ Yang Paling Diingati Pemilik Kelab

The post Previu EPL 2017/17: Manchester United vs. Arsenal – Bukan Sekadar Pertarungan Taktikal appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *