25367322

Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 10

Premier League kembali lagi minggu ini untuk minggu ke-10 selepas pada pertengahan minggu beberapa pasukan Premier League terlibat dengan aksi EFL Cup.

Terdapat beberapa perlawanan menarik minggu ini seperti Middlesbrough menentang Bournemouth, Tottenham Hotspur menentang Leicester City dan Southampton menentang Chelsea.

Oleh itu, mari kita baca tips terkini untuk Fantasy Premier League (FPL) minggu ini!

Penjaga gol

25367322

Penjaga gol yang menjadi tumpuan minggu ini adalah penjaga gol Watford, Huerelho Gomes.

Beliau telah berjaya memperoleh 2 clean sheet secara berturut-turut.

Watford akan menjadi tuan rumah kepada Hull City minggu ini. Satu lagi sebab untuk meletakkan Gomes di gol adalah kerana rekod Hull sendiri.

Mereka hanya berjaya menjaringkan 1 gol dalam 3 lawatan terakhir ke Watford.

Nama-nama lain yang sesuai untuk dijadikan penjaga gol utama adalah Hugo Lloris (Tottenham Hotspur).

Pertahanan

63dfc5d091f3fe388381ed1b3033a7

Michael Keane dari Burnley mendahului senarai untuk pertahanan minggu ini.

Minggu ini Burnley akan bertandang ke Old Trafford untuk menentang Manchester United. Jadi, kita boleh jangkakan barisan pertahanan Burnley akan berkerja keras untuk menyerap segala asakan pasukan tuan rumah.

Oleh itu, Keane adalah calon yang tepat kerana beliau pasti akan dipaksa berkerja keras untuk mempertahankan golnya dari dibolosi. Semestinya, mata FPL boleh diperolehi dari hadangan, pintasan dan semestinya clean sheet.

Selain daripada itu, Keane juga sering melakukan percubaan ke arah pintu gol. Jadi ia juga menambah mata untuk Keane kerana beliau melakukan serangan.

Selain daripada Keane, pilihan lain adalah Curtis Davies (Hull City) dan Winston Reid (West Ham United).

Pemain Tengah

coutinho-fpl

Perancang Liverpool, Phillipe Coutinho menjadi pilihan utama untuk FPL minggu ini.

Countinho mempunyai rekod baik ketika ini, menjaringkan gol ketika menentang West Bromwich Albion yang merupakan gol keempat beliau musim ini.

Beliau juga sudah mempunyai beberapa assist serta sudah mencipta 37 percubaan.

Memandangkan harga beliau agak tinggi iaitu (£13.3 juta). Pilihan yang lebih murah adalah Danny Drinkwater dari Leicester City.

Tugas bertahan di bahagian tengah dilakukan dengan baik oleh Drinkwater apabila beliau melakukan 7 terjahan ketika perlawanan terakhir Leicester di tempat lawan iaitu menentang Manchester United.

Jadi beliau boleh dijadikan pilihan yang sesuai memandangkan Leicester akan bertemu Tottenham di tempat lawan.

Calon pemain tengah lain yang sesuai adalah Idrisa Gueye (Everton).

Penyerang

sanchez-fpl

Romelu Lukaku merupakan calon terbaik untuk bahagian serangan minggu ini. Hal ini kerana beliau tetap memberikan mata FPL yang baik walaupun Everton tidak berjaya mengutip mata penuh.

Selain dari itu, bintang Arsenal iaitu Alexis Sanchez juga merupakan calon terbaik untuk mendahului barisan serangan.

Dengan rekod yang tidak baik dicatatkan oleh pertahanan Sunderland apabila memboloskan 91 percubaan bahaya di dalam kotak penalti. Arsenal mempunyai peluang untuk mendapatkan gol sebanyak mungkin dalam lawatan mereka ke Stadium of Light menentang Sunderland.

Pilihan Kapten: 

  • Huerelho Gomes (Watford)
  • Michael Keane (Burnley)
  • Alexis Sanchez (Arsenal)

Baca juga: Analisis Taktikal EPL 2016/17: 3-4-3 Conte Bunuh Sistem Lemah Jose Mourinho

The post Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 10 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *