Petr-Cech-3

Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 13

Premier League kembali untuk minggu ke-13 dan yang terdapat 2 perlawanan yang menarik perhatian kami pada minggu ini iaitu perlawanan Chelsea menentang Tottenham Hotspur dan juga perlawanan antara Southampton menentang Everton.

Untuk minggu ini juga kami tertarik dengan beberapa calon yang sesuai untuk anda masukkan ke dalam pasukan Fantasy Premier League (FPL) anda. Dan ini adalah cadangan kami.

Penjaga gol

Di gawang kami memilih Petr Cech (Arsenal) sebagai calon pilihan kami minggu ini.

petr-cech-3

Cech memperoleh rekod baik apabila hanya memboloskan 3 gol daripada 4 perlawanan serta sudah mengumpul 5 clean sheet setaka ini.

Cech dijangka tiada masalah di gol kerana pasukan yang akan bertandang ke Emirates adalah Bournemouth. Mereka mempunyai rekod buruk ditempat lawan apabila dalam 6 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan, 3 perlawanan menyaksikan mereka tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.

Calon-calon lain adalah Ben Foster (West Bromwich Albion) dan Ron-Robert Zieler (Leicester City).

Pertahanan

Di bahagian pertahanan,untuk 2 minggu berturut-turut scout kami mencadangkan kepada kami nama Virgil Van Dijk (Southampton) untuk anda.

virgilvandijk

Beraksi cemerlang ketika menentang Liverpool tempoh hari. Van Dijk telah melakukan 28 terjahan dan berada dalam kedudukan 7 pertahanan terbaik di Premier League setakat ini.

Tugas beliau ketika menentang Everton pastinya sukar kerana beliau akan berhadapan Romelu Lukaku.

Tapi tak perlu gusar, mata FPL pasti boleh diperoleh dengan mudah kerana Van Dijk pastinya tak duduk senang ketika menentang Lukaku terutamanya di udara.

Selain Van Djik, kami juga mencadangkan James Collins (West Ham United).

Pemain tengah

Di bahagian tengah kami memilih Phillipe Coutinho (Liverpool) dan Eden Hazard (Chelsea) pada minggu ini.

Coutinho mempunyai rekod yang baik beraksi di Anfield musim ini. Menentang Sunderland, dijangka tiada masalah untuk beliau meneruskan rekod tersebut di laman sendiri.

Hazard pula berada di prestasi terbaik ketika ini dan beliau dijangka akan menjadi pemain utama Chelsea dalam London Derby menentang Tottenham Hotspur di laman sendiri.

hazard baru

Beliau mempunyai rekod yang cukup baik di laman sendiri apabila sudah menjaringkan 4 gol dan 1 bantuan gol dari 3 perlawanan terakhirnya di laman sendiri.

Calon-calon lain adalah Gylfi Sigurdsson (Swansea City) dan Yaya Toure (Manchester City).

Penyerang

Alexis Sanchez (Arsenal) merupakan calon utama kami untuk FPL pada minggu ini.

Sanchez kini berada di prestasi terbaiknya apabila sudah berjaya menjaringkan 4 gol serta 2 bantuan gol dan prestasi itu akan diteruskan ketika menentang Bournemouth minggu ini.

sanchez-fpl

Selain itu juga, kami merasakan Solomon Rondon (West Bromwich Albion) adalah calon sesuai untuk mengemudi bahagian serangan minggu ini.

1 gol dan 1 bantuan gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Burnley tempoh hari menjadi punca mengapa kami rasakan Rondon adalah calon sesuai untuk diletakkan di bahagian penyerang.

Calon lain adalah Diego Costa (Chelsea) dan Christian Benteke (Crystal Palace).

Pilihan kapten: 

    • Petr Cech (Arsenal)
    • Eden Hazard (Chelsea)
    • Phillipe Coutinho (Liverpool)

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Steven Gerrard Menamatkan Karier Sebagai Pemain Bola Sepak!

The post Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 13 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *