petr-cech-arsenal_3332507

Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 7

Gameweek ke-6 pada minggu lepas nampaknya menjadi minggu yang penuh dengan gol. Sebanyak 34 gol berjaya dihasilkan sepanjang minggu tersebut.

Arsenal kembali garang setelah berjaya membenam Chelsea dengan keputusan 3-0.

Barisan serangan Liverpool pula semakin serasi setelah berjaya meraih kemenangan besar ke atas Hull City dengan jaringan 5-1.

Berikut merupakan tips FPL sempena minggu ke-7.

Penjaga gol

petr-cech-arsenal_3332507

Sepanjang musim ini Arsenal telah berjaya mendapatkan 2 clean sheetClean sheet kedua mereka hadir pada minggu lepas selepas berjaya mengalahkan Chelsea 3-0.

Tugas Petr Cech (£5.5) dijangka akan menjadi lebih mudah dengan peningkatan prestasi gandingan Shkodran Mustafi dan Laurent Koscielny.

Jika Arsenal dapat mengekalkan momentum minggu lepas, dijangka Arsenal sekali lagi dapat mencatat clean sheet ketiga mereka apabila menentang Burnley pada minggu ini.

Artur Boruc (£4.5) pula muncul hero Bournemouth pada minggu lepas selepas membuat 2 saves yang sangat penting pada perlawanan tersebut.

Dengan 2 clean sheets dan hampir 20 saves setakat ini, Boruc adalah alternatif yang baik dan murah.

Pertahanan

4786683-1

Setelah kalah 3 perlawanan berturut-turut pada minggu lepas, nasib Man Utd berubah dengan 3 kemenangan dalam perlawanan terakhir mereka.

Antara pertahanan United yang mencuri tumpuan ketika kemenangan 4-1 ke atas Leicester pada minggu lepas adalah Daley Blind (£5.6).

Bermain menggantikan Luke Shaw di posisi bek kiri, Blind berjaya mencatat 2 assists pada perlawanan tersebut.

Satu lagi pertahanan yang bermain cemerlang pada minggu lepas adalah Hector Bellerin (£6.5).

Jika anda merasakan 2 pemain di atas terlalu mahal, Michael Keane (Burnley, £4.9) adalah pemain yang boleh anda pertimbangkan.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan barisan pertahanan Southampton yang sedang menikmati 3 clean sheets dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Cedric Soares (£5.0) adalah antara pemain Southampton yang konsisten.

Pemain tengah

150817-170-liverpool_bournemouth

Meskipun Liverpool banyak menjaringkan gol, mereka tidak mempunyai penjaring gol sama pada setiap minggu. Philippe Coutinho, Sadio Mane, Adam Lallana dan James Milner masing-masing berjaya mendapatkan 3 gol buat Liverpool setakat ini.

Di antara pemain-pemain ini, kami lebih berminat dengan Philippe Coutinho (£8.2) berikutan 1 gol dan 3 assists yang beliau kutip dalam 2 perlawanan terakhir.

Selain Coutinho, Sadio Mane (£9.0), Raheem Sterling (£8.6) dan Alexis Sanchez (£11.2) juga antara pemain yang sedang berada dalam prestasi terbaik mereka dalam 4 perlawanan terakhir.

Peminat Tottenham Hotspur mungkin gusar dengan ketiadaan Harry Kane akibat kecederaan.

Tetapi dengan kehadiran Son Heung-Min (£7.5) yang menyumbang 4 gol daripada 3 perlawanan liga terakhir, mereka boleh menarik nafas lega.

Penyerang

sergio-aguero-2

Seperti yang dapat anda jangkakan, Sergio Aguero (£13.0) merupakan calon utama kami di bahagian penyerang.

Aguero tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan 2 gol walaupun baru selepas digantung 3 perlawanan.

Meskipun harganya mahal, 5 gol dan 9 mata bonus daripada Aguero boleh dikatakan agak berbaloi dengan pelaburan harganya iaitu £13.0.

Untuk penyerang pada harga yang rendah, kami cadangkan Christian Benteke (£7.5) dan Charlie Austin (£6.3).

Masing-masing berjaya mendapatkan 2 gol di dalam 3 perlawanan terakhir.

Solomon Rondon (£6.6) juga antara pemain yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik sejak akhir-akhir ini.

Namun melihat kepada perlawanan West Brom minggu-minggu yang akan datang, kami cadangkan anda elakkan mendapatkan khidmat beliau.

Pilihan Kapten

  1. Alexis Sanchez (Arsenal)
  2. Sergio Aguero (Man City)
  3. Philippe Coutinho (Liverpool)

The post Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 7 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *